Thursday 21 April 2022

Doa Bertemu Malam Lailatul Qadar Serta Amalan Untuk Dilakukan Di 10 Malam Terakhir Ramadan


Menginjak ke 10 malam terakhir Ramadan, rata-rata umat Islam pastinya akan berkejar-kejar dan meningkatkan amalan ibadah bagi bertemu malam yang penuh keberkatan, iaitu malam Lailatul Qadar.

Apakah yang dimaksudkan dengan malam Lailatul Qadar? Lailatuq Qadar merupakan merupakan satu malam yang sangat istimewa di bulan Ramadan.

Surah al-Qadr ayat 1 – 3 menyebut:

“Sesungguhnya kami telah menurunkannya (al-Quran) pada malam kemuliaan. Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik daripada seribu bulan.”

Daripada Aishah RA, bahawa Rasulullah SAW beriktikaf di masjid dalam sepuluh hari yang terakhir daripada bulan Ramadhan kemudian Baginda bersabda : Carilah Lailatul Qadar dalam sepuluh malam yang terakhir daripada bulan Ramadhan.
(Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Para Ulama bersependapat bahawa Lailatul Qadar akan berlaku di dalam malam-malam sepuluh yang terakhir di bulan Ramadan, dan ini bersandarkan kepada banyak hadith Rasulullah SAW.

Ada juga pendapat ulama yang mengatakan bahawa Lailatul Qadar akan berlaku pada malam-malam yang ganjil daripada sepuluh malam ini iaitu pada malam 21, 23, 25, 27 dan 29.

Namun untuk berlakunya malam Lailatul Qadar itu, hanya Allah sahaja yang mengetahui bila masanya dan kepada siapa dalam kalangan hamba-hambaNya yang dikehendaki.

Ini merupakan doa yang dianjurkan untuk dibaca ketika malam al-Qadr:


Dan maksudnya:

Ya Allah, sesungguhnya Engkau Zat Yang Maha Pemaaf dan Pemurah maka maafkanlah diriku”

Manakala antara doa yang boleh diamalkan untuk bertemu malam Lailatul Qadar di sepanjang Ramadan pula adalah:



Maksudnya:

Ya Allah, rezekikan kami Lailatul Qadar pada tahun ini dan juga pada setiap tahun. Dan bantulah kami untuk menghidupkan dan membangunkan malamnya dengan RahmatMu, Wahai yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Mulianya malam Lailatul Qadar ini sehingga melebihi daripada 1,000 bulan. Setiap amalan yang kita lakukan akan diberi pahala 1,000 kali ganda.

Justeru bagi mendapatkan malam yang penuh istimewa ini, setiap umat Islam perlulah melakukan amalan dan ibadah dengan bersungguh-sungguh.

Antara amalan-amalan yang boleh dilakukan adalah:

1. Menghidupkan malam dengan mengerjakan ibadah solat serta membaca Al-Quran

Daripada Abu Hurairoh sesungguhnya Rasulullah SAW telah berkata yang bermaksud:

“Sesiapa yang bangun malam Lailatul Qadar dengan penuh keimanan dan perhitungan (muhasabah diri), akan diampunkan dosa-dosanya yang lalu.”

2. Beriktikaf dengan melakukan perbuatan-perbuatan yang mendekatkan diri kepada Allah seperti solat, zikir, membaca al-Quran dan sebagainya

Baginda Rasulullah akan beriktikaf ketika mana masuk 10 malam yang terakhir.

3. Perbanyakkan doa dan minta keampunan dari Allah

Aishah pernah bertanya baginda Rasulullah apa yang perlu dikatakan pada malam Lailatul Qadar, maka kata Baginda: “Katakanlah, Ya Allah sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Engkau Maha Mulia dan suka kepada pengampunan maka ampunilah aku.

4. Banyakkan sedekah

Sekiranya sedekah yang dilakukan itu bertepatan dengan malam Lailatul Qadar maka amalan sedekah itu juga akan dilipatgandakan lebih baik dari 1,000 bulan.

Sumber: says.com

Copy and paste: 21 April 2022 > 19 Ramadan 1443H: 4.01 pm

No comments: