Wednesday 2 February 2022

Lupa Doa Qunut, Lepas Tu Lupa Sujud Sahwi. Apa Hukumnya?

by JIJONASRUN on DECEMBER 25, 2018
SUMBER : ISLAM ITU INDAH

Assalamualaikum. Saya difahamkan sujud sahwi dibuat kerana terlupa rakaat sembahyang. Jika kita terlupa sujud sahwi, bagaimana kedudukan sembahyang tersebut? Terlupa disebabkan faktor umur.

Jawapan

Alhamdulillah, pujian dan syukur kepada Ilahi dengan pelbagai kurniaan dan anugerah yang tidak terhitung buat kita semua. Selawat dan salam ke atas Nabi SAW, keluarga, sahabat dan yang mengikut jejak langkahnya hingga hari kesudahan.

Kami kemukakan terlebih dahulu maksud sujud sahwi dan hukumnya yang dinukilkan daripada kitab al-Fiqh al-Manhaji secara ringkas seperti berikut:

Maksud sahwi dari segi bahasa ialah lupa atau lalai akan sesuatu. Manakala yang dimaksudkan dengan sahwi di sini ialah kecacatan solat yang dilakukan seseorang ketika bersolat sama ada disengajakan atau terlupa.
Oleh itu sujud ini – yang dilakukan di penghujung solat – akan menjadi penutup kepada kecacatan tersebut. Ia dilakukan dengan cara sujud sebanyak dua kali sepertimana sujud-sujud di dalam solat dengan niat sujud sahwi. Tempatnya ialah pada akhir solat sebelum salam.
 
Hukum sujud sahwi adalah sunat apabila terjadi salah satu daripada sebab-sebabnya. (Lihat al-Fiqh al-Manhaji, 1/443)
Menjawab persoalan di atas, jika terlupa hukumnya adalah dimaafkan. Ini juga kerana hukum asalnya adalah sunat. Hal ini sepertimana disebut dalam firman Allah SWT:

عَفَا اللَّـهُ عَمَّا سَلَفَ
Maksudnya: “Allah maafkan apa yang telah lalu.”
(Surah al-Maidah: 95)

Lihat juga artikel kami dalam siri Al-Kafi #694: Perlukah Sujud Sahwi Jika Imam Meninggalkannya?untuk menambahkan kefahaman.

Semoga Allah SWT mengurniakan ilmu dan kefahaman kepada kita. Amin.

Copy and paste: 2 Feburari 2022 > 30 Jamadilakhir 1443H: 7.13 pm







No comments: