Wednesday 7 April 2021

SUNGAI BATU, STEP BESAR UNTUK JATIDIRI UMMAH BANGKIT

Oleh: Dr Tanaka Mustafa
1) Kawasan penempatan 'haram' mesti diselesaikan dengan cara beri pemilikan kepada penduduk terbabit disuatu tempat yang lain, bagi menjaga kawasan tapak arkeologi. Kita tidak tahu lima hingga sepuluh tahun lagi kemungkinan kajian arkeologi itu memerlukan penerokaan tapak yang lebih luas. Benda sejarah ribuan tahun dahulu mana kita nak tau tertimbus sampai kat mana.
2) Keutamaan kepada penduduk yang juga rakyat miskin juga tidak boleh diabai. Tetapi membiarkan mereka tinggal secara sementara di tanah kerajaan juga tidak wajar, kerana bab tanah ini kena gazet dan selesaikan semasa mereka masih hidup. Setelah mereka tak ada, generasi anak cucu mereka akan berkembang biak di atas kawasan tersebut dan akan menjadi lebih sukar untuk dipindahkan jika keadaan memerlukan kelak.
3) Kita faham tanah kerajaan negeri terhad. Tetapi sesuatu yang serius perlu diambil kira untuk situasi menang-menang anatara polisi membela rakyat miskin dan pengkajian sejarah tamadun dunia di Sungai Batu. Bagi yang tak tahu menilai benda artifak dan akademik sejarah, memang tak lut pun dengan penerangan apa pun. Mereka hanya nampak, "apaa laaa depa ni duk buang masa dan duit duk gelebek tanah selut". "Baik bagi duit ratus-ratus ribu kepada orang susah nak makan pun payah".
4) Kenapa penting sangatkah nak korek balik dan tahu pasal sejarah tamadun lama benda dah hilang bla-bla-bla? Penemuan di Sungai Batu adalah penemuan besar sejarah tamadun di Asia Tenggara. Ia akan membawa kepada kajian sejarah dan perbahasan akademik di peringkat dunia mengenai asal-usul tamadun sesuatu kaum dan bangsa.
5) Kita duk marah bangsa Chola duk claim Tanah Melayu ini adalah milik bangsa mereka suatu ketika dahulu. Pernah dengar ada pemimpin mereka kata Melayu adalah kaum pendatang? Kita perli dan sindir mereka kerana sejarah yang kita belajar memberitahu Tanah Melayu milik bangsa Melayu. Tetapi bangsa Chola belajar sejarah dan mendoktrin bangsa mereka bahawa mereka adalah penduduk asal rantau ini. Mereka tidak sebut Melayu adalah pendatang secara semberono, tetapi mereka nak sebarkan doktrin sejarah mereka secara halus dan perlahan-lahan - lebih-lebih lagi ketika ada kuasa.
6) Apabila disebut doktrin, pastilah mereka membawa bukti arkeologi, bukti sejarah, artifak-artifak yang menunjukkan mereka penduduk asal rantau ini. Dengan kewujudan artifak yang menampakkan bukti yang akademik, kita nak fight balik bagaimana? Mestilah dengan bukti dan data akademik.
7) Jika mereka membawa bukti artifak ribuan tahun dahulu untuk claim kenyataan mereka, dengan penemuan artifak sejarah Sungai Batu yang jauh lebih lama berbanding artifak Chola, mungkin ada sesuatu yang kita boleh dapat untuk melawan claim yang mengatakan rantau ini milik mereka. Demikianlah pentingnya pengkajian secara berterusan mengenai tinggalan sejarah tamadun besar Sungai Batu, yang kelak mungkin boleh merubah generasi bangsa kita akan datang kepada generasi yang dihormati - apabila kita sendiri sedar akan jatidiri kita, kita akan bebas daripada inferiority complex dan seterusnya bangkit cemerlang.
8 ) Jika kita berkeras mahu membiarkan beberapa keluarga penduduk susah tinggal di situ, kita mungkin dapat menyelamatkan beberapa keluarga mereka sahaja. Tetapi kita terlepas peluang besar membangkitkan jatidiri ummah keseluruhan. Sedangkan keluarga miskin tersebut, kita ada kuasa dan keupayaan untuk mendapatkan tapak penempatan baru yang lebih baik dan bebas kontroversi.
Sekian

Copy and paste :
7 April 2021 @ 24 Syaaban 1442H: 10.16 am

No comments: