Wednesday 21 April 2021

SEJARAH SG BESI, KUALA LUMPUR - PERMATA BANDAR SELATAN KL

OLEH : ZULRAIDI RADZI

Mungkin ada yg pro dan kontra catatan ini tetapi ianya dihasilkan dari pengalaman dan pengamatan 50 tahun membesar disini.
Sebarang penambahan cerita dan gambar dialu-alukan untuk direkodkan dan dikemaskini serta saya bersedia menerima pandangan dan teguran bagi kebaikan kita semua.
Seharusnya SEJARAH PEKAN SG BESI wajar direkodkan bagi makluman & pemberitahuan masyarakat luar dan maklumat perkongsian di FB pada masa akan datang mengikut carian termasuk di Google tidak terdapat sebarang catatan rasmi memgenai sejarah asal kewujudan kawasan Sg Besi dan kawasan2 sekitarnya.
SG BESI -sebuah pekan terletak di Selatan Kuala Lumpur merangkumi dari TUDM Sg Besi hingga ke Kelab Lumba Kuda Selangor (dulu Lombong Mines Sg Besi) bhampiran Mines Shoping Kompleks bersempadanan dengan Negeri Selangor.
Ketika zaman dahulu terdapat batu sempadan Negeri Selangor / Wilayah Kuala Lumpur dibina berhampiran Kuarters Pekerja India Lombong Mines (dulu dikenali dengan nama Kg Kuyoh / Kuyow) tapak asal kini adalah berhampiran Hotel Mint.
Bandar / Pekan ini dibina dan wujud diawal pasca kemerdekaan negara serta menjadi penempatan penduduk setempat terdiri dari :
1) Kampung-kampung tradisi
2) Aggota tentera dari Kem Tentera Sg Besi
3) Pekerja Lombong Bijih Timah Sg Besi
4) Mereka yang baru berhijrah ke KL ketika itu.
Antara kampung tradisi yang wujud di kawasan Sg Besi ketika itu adalah :
1) Kg Malaysia Raya
2) Kg Malaysia Tambahan
3) Kg Malaysia Baru
4) Kg Selamat (kini Desa Tasik & Bdr Tasik Selatan)
5) Kg Pinang Kem (kini Bandar Baru Lake Field)
6) Kg Sri Perantau (kini sebahagian Astro, Stadium Bkt Jalil, Petronas TPM)
7) Kg Muhibbah / Kg Malaysia Baru (kini sebahagian Terminal Pengangkutan Bersepadu TBSKL) Kg Batu Kong (kini Desa Tun Razak)

8) Desa Sri Semarak (Lake Fields )
9) Kg Indah (sebahagian kws perumahan di Endah Prade Sri Petaling)
10) Kg Syed Mohamad
11) Kg Pinang Tambahan (susur PLUS arah Selatan ke Lumba Kuda Selangor
12) Kg Raya Permai
13) Kg Balak (bhampiran gate keretapi)
Kg Selamat bersebelahan kem tentera adalah contoh kampong tradisi yang pertama menerima arus pembangunan hasil pemuafakatan yg baik antara penduduk, parti politik, pemaju, DBKL yg ketika itu diterajui oleh Datuk Elyas Omar (Datuk Bandar KL) & En Shahir Samad (kini Tan Sri / bekas Ahli Parlimen Johor Bharu) selaku Menteri Wilayah Persekutuan ketika itu.
Penduduk Kg Selamat & kawasan penempatan kecil disekitarnya (Kg Cina dibelakang Balai Polis / Kg Benggali ditapak penyimpanan gas Petronas bhampiran TBS) bersetuju menyerahkan tanah bg projek pembangunan Desa Tasik / Bdr Tasik Selatan dan diberikan 2 unit perumahan percuma sebagai pampasannya.
Perhubungan jalanraya dahulu adalah Jln Serdang - Sg Besi (kini Lebuhraya Besraya) Jalan Batu Kong - Kg Konggo Bdr Tun Razak (kini sebahagian MRR2).
Pembukaan Lebuhraya PLUS ke Selatan & Lebuhraya Kesas ke Shah Alam & Petaling Jaya (sebelum ini pduduk terpaksa mggunakan Jln Kuchai Lama) telah menyusun kembali jajaran trafik & merancakkan lg pembangunan di kawasan Sg Besi
Pembinaan Kompleks Sukan Stadium Bkt Jalil, dahulunya adalah tapak perlupusan sampah (damping) & Bkt Jalil Estet serta pernah menjadi Kem Tahanan Pendatang Vietnam telah menaikkan serta merancakkan lago pembangunan Sg Besi
Pengangkutan yang utama di kawasan ini satu ketika dulu adalah bas awam yg diterajui Syarikat Bas Tong Fong dgn mggunakan bas no 104, 107 dan 133 bg laluan Seri Serdang / Seri Kembangan - Puduraya, terdapat juga bas laluan khas yg terhad ke Kem Tentera Sg Besi bernombor 109 utk kemudahan ahli keluarga tentera & penduduk disekitarnya.
Apa yg melucukan apabila bas Tong Fong ini bhenti di Bengkel Jln Chan Sow Lin semua penumpang akan terjun tingkap utk turun cepat disebabkan bertukar bas
😆
Operator bas kemudian ditukar kpd Bas Intrakota & terdapat penambahan laluan ke Petaling Jaya.
Bas Mini juga turut memainkan peranan tetapi hanya beberapa tahun digunakan bg laluan Tmn Sri Selamat (Kg Selamat / Desa Tasik) - KL diawal tahun 90an.
Laluan keretapi memang menjadi sinonim di kawasan ini dan sering menyebabkan kesesakan apabila pintu pagar keretapi ditutup utk memberi laluan keretapi (kini dibina Stesen LRT Sg Besi di tapak tersebut) namun tiada perhentian stesen dibina ketika itu.
Penduduk hanya dapat menggunakan keretapi setelah Hentian Komuter Bandar Tasik Selatan (BTS) siap dibina pada 1996.
Untuk rekod terdapat 5 buah lombong besar yg berada disekitar Pekan Sg Besi satu ketika dulu (tanpa mengambil kira Lombong2 milik Mines) yg menjadi tumpuan aktiviti masyarakat beriadah & kanak2 remaja mandi manda satu ketika dahulu iaitu :
1) Lombong Wahab (di blkg balai Polis@Kg Selamat / kini menjadi pemilikan individu@Berjaya Group)
2) Lombong Tasik Biru (di Kg Malaysia)
3) Lombong Cina (di Kg Benggali) kini perumahan BTS
4) Lombong Kem Semboyan Combat (kini Masjid Muqarobin BTS)
5) Lombong Kg Pinang Kem & Desa Sri Semarak (kini Lake Fields)
Terdapat 2 stesen minyak dibina (SHELL & ESSO) & menjadi mercu tanda utama untuk masuk ke kawasan satu ketika dahulu dan telah dipindahkan ke Bandar Tasik Selatan & berhampiran RNR Besraya arah ke Sri Kembangan.
Pendidikan juga memainkan peranan utama dikawasan ini. Konsep SEKOLAH WAWASAN telah lama diwujudkan di kawasan ini dengan penempatan 3 buah disatu kawasan bhampiran Kg Selamat yg terdiri :
1) Sek Rendah Kebangsaan Sg Besi,
2) SRJK Cina Kwong Hon
3) SRJK Tamil
Terdapat juga sebuah sekolan rendah di kawasan kem tentera (SK Pengkalan Tentera Darat Sg Besi) bagi menampung keperluan pelajar anak-anak tentera dan penduduk disini.
Satu yg mengecewakan tiada sekolah menengah disini sewaktu permulaan kawasan Sg Besi ini wujud.

Lepasan pelajar lelaki sekolah rendah kebanyakkan akan ke sekolah di KL iaitu
- Sek Men Aminuddin Baki
- Sek Men Dato Lokman
- Sek Men St Gabriel
- Sek Men Jln Chochrene.

Manakala pelajar perempuan ke
- Sek Men Puterijaya di Jln Pasar
- Sek Men Perempuan Jln Pudu
(konsep sekolah2 di Kuala Lumpur ketika itu mengasingkan jantina pelajar disesuatu sekolah).
Terdapat juga pelajar dihantar ke Sek Men Sri Sentosa Jln Kuchai Lama & Sek Men Sri Serdang yang mengamalkan konsep sekolah terbuka.
Sekolah Menengah Sg Besi hanya dibangunkan pada awal tahun 90an ditapak padang hak milik SRJK Tamil Sg Besi yang tidak digunakan.
Masjid utama di kawasan ini terletak ditengah pekan ini yg dinamakan Masjid Jameq Sg Besi (kini Masjid Ibnu Khaldun & telah dinaiktaraf pembangunannya pd 2015 untuk keselesaan masyarakat Islam disini & terdapat sebuah masjid di Kem Tentera SG BESI bagi menampong keperluan terutama untuk solat Jumaat.
Di kawasan Masjid Jameq Sg Besi ini terdapat sebuah Sekolah Rendah Agama dan kemudian dipindahkan ke bangunan sendiri bersebelahan Balai Bomba Sg Besi yg tetap kukuh binaannya semenjak dari dulu ditapak asal sekarang ini.
Balai Polis Sg Besi juga tetap ditapak asal namun semasa proses pembinaan semula ianya dipindahkan sementara ke sebuah rumah banglo dihadapan balai bomba.
Seperti kawasan lain bagi menampung keperluan harian penduduk setempat terdapat sebuah pasar besar didirikan ditengah kawasan ini, apa yg unik ketinggian bumbung pasar ini melebihi 30 kaki dan bangunan ini dirobohkan pd tahun 1982 bg mberi laluan pembinaan pasar baru yg lebih luas & selesa oleh pihak DBKL.
Kawasan ini adalah menjadi tempat utama & tumpuan di Sg Besi (Segi 3 Emas) dgn kepelbagaian perniagaan dari kedai runcit (Kedai Bata, Pasaraya Yew Cheong, Boey Heng, Pajak Gadai dll) satu ketika dahulu.
Kedai Ayam Dinding (penjualan ayam mentah) juga pernah menjalankan perniagaan di kawasan ini namun tidak dapat bertahan lama disebabkan konsep kedai tersebut belum dapat diterima ketika itu, kedai mamak roti canai bawah pokok, gerai cendol di tepi Bangunan Telekom hingga ke kedai gunting rambut yg menjadi tumpuan masyarakat ketika itu & satu keadaan yg nostalgia kepada semua.
Kini kedai-kedai di Sg Besi kebanyakkan ditukar menjadi Kedai Jahit yg diuruskan oleh pekerja Bangladesh kerana terdapat permintaan & sambutan daripada anggota tentera & anggota PDRM di Kuarters Desa Tasik.
Kini kehebatan & kemeriahan kedai2 di Pekan Sg Besi yang juga pernah menjadi tumpuan penduduk Serdang & Bdr Tun Razak diteruskan dgn terbina blok2 kedai & perniagaan di Lake Fields bersebelahannya.
Para anggota tentera Kem Sg Besi & ahli keluarga mereka walaupun telah berpindah, bertukar & berpencen pasti akan singgah ke kawasan ini bagi mengembalikan nostalgia & kenangan satu ketika dahulu mereka pernah berada di Sg Besi.
Mungkin masyarakat luar tidak menyedari terdapat sebuah sekolah pemulihan akhlak di sini iaitu Sekolah Tunas Bakti (kini Institut Sosial) bsebelahan Tanah Perkuburan Islam Sg Besi di Salak South & terdapat juga satu lagi kawasan perkuburan Islam behampiran Kem Sg Besi.
Terdapat juga Kem Pamadam (Pusar Tahanan Dadah) yg kini masih terus beroperasi di Kg Malaysia Raya.
Bagi kemudahan kesihatan terdapat sebuah Klinik Kerajaan dibina & kemudian dipindahkan ke Lake Field untuk keselesaan penduduk.
Terdapat.beberapa kinik kecil seperti Klinik Pertama & Rasmani yg masih wujud sekarang ini.
Penduduk juga mendapat kemudahan Hospital Tentera yg terletak di dalam kem tentera Sg Besi bagi kes-kes kecemasan yang tidak kritikal serta terdapat sebuah Klinik Pergigian Kerajaan bg rawatan & pemerksaan pelajar2 sekolah berhampiran.
Terdapat hanya sebuah perkhidmatan bank disediakan ketika itu iaitu BSN bg kemudahan penduduk setempat namun akhirnya juga berpindah ke kawasan Lake Field.
Segala coretan ini adalah utk makluman & tatapan generasi akan datang & akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Credit kpd pemunya2 gambar di fb
Copy and paste: 21/4/2021 @ 9 Ramadhan 1442H: 12.10 pm

No comments: