Monday 18 January 2021

KERAJAAN MELAYU MENAKLUK WILAYAH SELATAN INDIA

Posted by Dino Zain @ FB KINGDOM OF TANAH MELAYU

Tahu tak kalian, pada abad ke 11 masehi, kerajaan Srivijaya iaitu sebuah kerajaan Melayu yang berkuasa di rantau Asia Tenggara (670-1178M), telah menakluk selatan India di wilayah kekuasaan kerajaan Chola.
Pasti ramai yang sedia tahu tentang kerajaan Chola yang pernah menyerang beberapa negeri Srivijaya di Asia Tenggara termasuk ibu kota pemerintahannya di Sungai Batu, Kedah pada tahun 1025M, sekitar abad ke 11 masehi.
Tetapi banyak kalangan kita yang tidak tahu atau pun baru saja tahu, bahawa kerajaan Melayu Srivijaya pernah menakluk wilayah selatan India.
Ini dibuktikan dari sumber China yang merekodkan selama 50 tahun kerajaan dan wilayah Tamil Chola di selatan India berada di bawah kekuasaan kerajaan Srivijaya :
The Chola kingdom is subject to Srivijaya, this is why during the Xining reign period (1068-1077) we wrote to its ruler on coarse paper with an envelope of plain stuff.
Dated 1106 (Songshi p489: 14087)
Kekuatan luar biasa Srivijaya itu mampu mengalahkan seterusnya memusnahkan habis kerajaan Chola lalu menduduki wilayah selatan India.
Kekuatan Srivijaya itu juga yang menggagalkan serangan Chola pada tahun 1025M ke atas Kedah dan beberapa negeri Srivijaya yang lain.
Meski selepas 3 tahun diserang Chola, sumber dinasti Sung merekodkan masih menerima kunjungan utusan dari Maharaja Srivijaya yang baru Shin-Li-Teah-Hua (Sri Deva), malah dalam rekod itu China mengiktiraf kerajaan Srivijaya.
Jika Chola menguasai Srivijaya, tidak mungkin dinasti China menerima utusan dari Srivijaya dan mengiktiraf kerajaan itu kerana China dari sejak dulu mengamalkan prinsip menolak dan tidak mengiktiraf mana-mana kerajaan yang berada dibawah kekuasaan dan taklukan kerajaan lain atau tidak merdeka.
Malah China menerima dan mengiktiraf Srivijaya hingga kali terakhir kerajaan itu mengirimkan utusan pada tahun 1178M.
Paul Micheal Munoz dalam tulisannya "Early Kingdom of The Indonesia Archipelago and The Malay Peninsula" menyebut, Chola hanya mampu menyerang dan lari dengan tujuan jahat untuk merompak harta kekayaan Srivijaya dan merosakkan pusat perdagangan dan kota pemerintahan Srivijaya.
Seperti biasa Srivijaya yang terkenal dengan semangat membalas dendam seperti yang dilakukan terhadap Raja Khmer dari kerajaan Chenla di Kemboja sebelumnya, telah pergi ke India dan menyerang Chola yang dianggarkan berlaku sekitar tahun 1070M, lalu menakluk kerajaan Tamil tersebut.
Dalam serangan itu telah menyebabkan Raja Chola, Virarajendra dan Athirajendra dibunuh yang dipetik dari sumber India menyebut terkorban dalam perang saudara, tetapi sebenarnya lebih tepat kerana serangan oleh Srivijaya.
Seorang bangsawan Melayu dari kerabat negeri sendiri iaitu Raja Kulothunga telah dikirim ke India sebagai pemerintah boneka untuk mentadbir wilayah Chola bagi pihak Sriwijaya.
Oleh kerana tabiat memalsukan fakta negatif tentang negara sendiri sudah menjadi sifat semulajadi sesetengah masyarakat Tamil di India, lantas susur jalur Raja Kulothunga dicipta oleh mereka agar berasal dari keturunan dan kerabat raja-raja Tamil Chola terdahulu.
Tetapi suffix 'tunga' amat sinonim dengan gelaran emperor-emperor Srivijaya seperti Samarathunga, Sri Maravijayathunga atau Sangramavijayathunga yang biasa digunakan oleh dinasti Srivijaya sejak awal abad ke 8 Masehi lagi, jauh sebelum Chola membentuk kerajaan di India pada abad ke 9 Masehi. Apalagi 'tungga' tidak pernah langsung digunakan dalam dinasti Chola dan di India sebelum tahun 1070M.
Malah inskripsi di wilayah Chola dengan berat hati mengakui bahawa Raja Kulothunga berasal dan telah dibesarkan di rantau timur, sekaligus mengesahkan identiti Melayu Raja Kulottungga :
"(He) gently raised without wearying (her) in the least the lotus-like goddess of the earth residing in the region of the rising sun."
Bukti kukuh juga diperoleh dari dokumen Dinasti Sung iaitu Songshi, Wenxian tongkao serta Song huiyao yang mengesahkan bahawa Raja Kulothungga sama sekali tidak mempunyai kaitan keluarga dengan dinasti Chola.
Satu catatan rasmi kerajaan dinasti Sung tahun 1077M juga mengesahkan bahawa Raja Diwakara telah juga menjadi raja asing kepada empayar Chola dan pada perenggan yang sama disebut sekali nama raja boneka kerajaan Chola bergelar Rajendra I; satu singkatan untuk nama sampingan Raja Kulothungga iaitu Rajendra-Deva :
"Song huiyao was the most important source material which gave information to the compiler of Songshi, and in its lidai chaogong section, which records the arrival of envoys from foreign countries, the status of Di-hua-jia-luo is described as fanwang, a foreign king or ruler of Zhu-nian, thus distinguishing him from the king of Zhu-nian. Rajendra I, in contrast, is described as the king of Zhu-nian in the same section"
Catatan para pengembara China pada tahun 1079M, tukang-tukang, para arkitek dan jurutera binaan Melayu Srivijaya, salah seorang bernama chi lolo telah dihantar khusus oleh Maharaja Srivijaya bagi membaiki kuil di China kemudian Raja Divakara telah dianugerahi gelaran 'Jeneral Agung' oleh Maharaja China.
Inskripsi dalam sebuah kuil di Guangzhou yang dibaiki pada tahun 1060M juga mencatatkan hasil sumbangan dari Raja Diwakara yang menyatakan bahawa Diwakara ketika itu ialah Maharaja empayar Sriwijaya :
"During the reign of Chih Ping (1064-1067) the Lord of San Fo Tsi, the Paramount Chief Ti Hua Ka Lo ordered one of his clansmen Chih Lo Lo to this city. Chih Lo Lo saw the temple in ruins. Its foundation buried in wilderness. He then returned home and reported the matter to the Lord. Since then Ti Hua Ka Lo began to have inclinations for Tao"
Akibat terlalu gemar menjadi hero melakukan percubaan mencabar keunggulan jirannya, empayar Chola akhirnya menerima padah dengan menjadi mangsa terbaru penangan maut jiran gagah perkasa.
Sepanjang 50 tahun pemerintahan raja Melayu beragama Buddha ke atas negara Tamil beragama Hindu itu, empayar Chola secara terang-terangan di nyatakan oleh rekod kerajaan China sebagai bahagian dari jajahan takluk empayar Srivijaya.

Copy and paste:
18/1/2021 @ 6 Jamadilakhir 1442H: 9.07 pm

No comments: