Saturday 17 October 2020

AKU ROKOK DAN 2 JENIS KANSER

 Kredit to : Hj Suhaimi Basar

(Saya copy and paste kisah Tuan Haji ini kerana bagus untuk dijadikan tauladan...terutama bagi para perokok)

Tahun 1977,baru form 2
1st time merokok,masa duduk kampung, kat dlm jamban😊Jamban kat luar rumah.

Tak tahu lah,time tu,rasa sangat nak merokok.
Dua puff,dah goyang kepala.😊

Lepas tu,tak heavy sangat merokok,bila ada je,baru hisap,tu pun ngan kawan2 (Saya tak salah kan kawan2,saya hisap rokok,diri sendiri yg punya kehendak)
Kalau kenduri kawin kat kampung tu meriah lah,Tuan rumah supply berkotak2.
Dunhil,Benson,Gudang Garam,semua ada.😊

Naik form 5 dah ligat sikit,Time tu baru 45 sen utk 7 batang,5 sen mancis.50 sen kat poket dah cukup beli sekotak.
Sebelum masuk sekolah,lepak kat tempat parking basikal.Ada lah 5 ke 6 org geng.
Nak masuk sekolah,kotak rokok ikat kat betis.(pernah pengawas sekolah tahan.Spot check,dia tak raba kat betis tu.Selamatlah time tu😊)

Masa sekolah dulu,sebatang rokok bole hisap 3 org kongsi2.Sampai habis ke puntong.😊
Kalau hisap dlm tandas sekolah,tak kira apa bau dlm tu.Sedut gak.Those days lah.

Lepas sekolah dah keje,dah heavy.
Satu hari satu kotak.20 batang.Memang susah nak berenti dah.

Sampai lah kawin.
Alhamdulillah.Mak Hajjah,tak pernah bising saya hisap rokok,tapi,dia tak akan beli kalau saya mintak tolong,segan,dia kata.

Dulu,saya tak pernah ketandusan rokok.Mesti ada stok nya.Favourite.Dunhill.
Kat rumah ada 3 kotak standby,kat dlm kereta ada 2 kotak standby,kat opis ada 3 kotak standy.
Kat poket,biasa lah,sekotak.
Sebab saya beli se kartoon sekali.Senang,kalau putus rokok tak gelabah nak cari tengah2 mlm.😊

Doktor banyak kali nasihat suruh berenti,sebab kerap batuk.
Saya dengar je Doktor,bebel.Masuk telingga kiri,keluar kat kanan.😊

Sampai lah saya batuk darah,pada hujung Dec 2009,tak banyak,satu dot je darah,tapi Dato Dr Wahab Suparlan,Ampang Putri suruh saya warded.Further check dia cakap.
Tiba2,dia bagi tahu saya kena TB,Tuberculosis.
Kena isolate jugaklah bilik time tu.Nak lawat kena pakai mask.TB tu serang paru2 saya,Dr Wahab bagi tau.Treatment kena 6 bulan,makan ubat pil,besar2.

MACAM MANA SAYA BERENTI MEROKOK.

Masa warded tu,Dr Wahab,paksa gak saya berenti.Dia bagi ubat pil,bole tawar mulut/tekak dan rasa loya bila nak merokok,Tapi,ketagih nak hisap tu masih ada.
Masa warded tu,saya tak hisap kat ward,tapi turun ke bawah,kat emergency,tepi tiang.

Masa Dr Wahab beri saya pil berenti merokok tu,anak pompuan saya,suka sangat (time tu dia 9 tahun,rapat manja ngan saya) sebab nak ayah dia sembuh dari sakit TB yg dia rasa punca nya dari rokok.Dia ingat saya dah berenti.
Masa dia balik ngan Mak Hajjah,dlm kereta,dia nampak saya merokok lagi kat tepi tiang emergency tu,saya lihat dia sayu,tengok saya merokok,sambil tutup muka dgn dua tapak tangan ,nangis.πŸ˜”

Sedih lak tengok dia time tu,tiba2 macam tersedar.Ehh,ramai org nak aku berenti,dari Doktor hingga lah ke anak bini.Tapi,aku ni syok sendiri tanpa fikir perasaan org lain.
Terdetik time tu,ni last rokok aku hisap.
Alhamdulillah.Lepas discharge saya terus totally stop.
1st,3 week tu,memang struggle.Memang susah nak lupa,Ye lah dari umur 14 tahun sampai 47 tahun (33 tahun) merokok tanpa miss.
Alhamdulillah,sampai sekarang,terus tak hisap lagi.

BAGI SAYA,APA YG TAK ELOK MEROKOK NI.

1) Duit habis.Kalau tidak,dah dapat lagi 3 bijik RXZ @ kalau harga dia Rm7000 sebijik lah dulu.😊

2) Mulut,baju,badan semua bau rokok.Tambah2 kalau baru lepas hisap,melekat kat baju.

3) Buat kotor tempat kita merokok tu,sebab habuk nya.Kalau kat kedai makan/restaurant,x.tray tak da, main petik je habuk kat lantai.

4) Masa banyak terbuang.Ye lah,kalau nak merokok kena keluar rumah,dlm.rumah tak bole,dlm opis tak bole.Dlm surau/masjid lagi lah.😊Sebatang ambik masa lebih kurang 10 minit.

5) Seronok diri sendiri,atau SYOK sendiri je,tak fikir pasal kesihatan org lain.Tentu2 jugak tuan badan ,segala macam masalah sakit dtg.Bila tuan badan dah sakit,masuk.hospital,siapa yg susah.Anak bini jugak.Sebab dia org yg jaga kita nanti kat hospital.

Saya rasa dah terlampau panjang saya cerita pasal rokok saja.

Nanti2 lah ye saya cerita macam mana 3 bulan lepas tu saya kena.operate sebab kanser paru2,kimo dan 8 bulan lepas paru2,kena operate sebab kanser usus pulak.


Copy and paste from Facebook : 17.10.2020 / 29 Safar 1442H : 12.57 pm

No comments: