Tahukah anda bahawa di Negara China terdapat sekurang-kurangnya 10 etnik minoriti Islam.
1. Yang terbesar sekali ialah etnik Hui yang ditemui diseluruh Negara China. Perangkaan yang dikeluarkan oleh Kerajaan China, komuniti Islam Hui berjumlah lebih kurang 10 juta orang.
Komuniti Hui atau dalam bahasa China dipanggil Hui-hui dijadikan sebagai rujukan dan identiti Islam di China. Komuniti Hui boleh ditemui di wilayah Ningxia dan Xinjing serta daerah-daerah Gansu, Ginghai, Henan, Hevei, Shandong dan Yunnan. Komuniti ini juga boleh ditemui hampir kesemua bandar-bandar besar di China terutama di Beijing.
2. Etnik Uyghur yang mendiami wilayah Xinjiang.Jumlah mereka lebih kurang 8.4 juta orang. Kamu Uyghyur adalah orang Turki yang bertutur dalam bahasa Turko-Altaic. Etnik Uyghur memainkan peranan penting dalam membantu Dinasti Tang menumpaskan pemberontakan An Shi pada pertengahan abad ke-8.

3.Etnik Kazakh pula berasal dari Kazakhstan dan jumlah mereka lebih kurang 1.25 juta orang. Mereka mendiami wilayah Xinjiang dan Gansu. Etnik ini berasal dari Kazakhtan.
4. Etnik Dongxiang yang mendiami wilayah Gansu dan Xinjiang. Jumlah mereka lebih kurang 514,000 orang. Mereka mendiami wilayah Gansu dan Xinjiang. Etnik ini mempunyai sistem bahasanya sendiri yang dikenali sebagai Altaic Mongolia yang dipengaruhi oleh bahasa Arab, Turki dan Parsi. Ada teori yang mereka berasal dari tentera Mongol pimpinan Chingiz (Genghis Khan).
5. Etnik Kyrgyz yang mendiami wilayah Xinjiang dan Heilonjiang berjumlah lebih kurang 144,000 orang. Mereka mendiami wilayah Xinjiang dan Heilonjiang. Etnik ini mempunyai hubungan yang rapat dengan penduduk di Kirghiztan. Mereka juga mempunyai bahasa sendiri yang dikenali sebagai Turki-Altaic.
6. Etnik Uzbeks berasal dari Uzbekistan dan Afghanistan, jumlah mereka lebih kurang 125,000 orang.Mereka berhijrah ke wilayah Xinjiang pada abad ke-18.
7. Etnik Salar ditemui di Qinghai dan Gansu, mereka adalah orang Turki yang berhijrah ke China dizaman Dinasti Ming. Jumlah mereka ialah 105,000 orang. Masyarakat Salar berasal dari Samarkand.

8. Etnik Tajik menetap di wilayah Xinjiang, mereka mempunyai salasilah keturunan Parsi (Iran) dan majoriti mereka berfahaman Syiah. Jumlah mereka ialah 41,000 orang.
9. Etnik Bao'an yang menetap di wilayah Gansu dan Qinghai. Jumlah mereka 17,000 orang. Mereka dipercayai menetap di wilayah tersebut semasa pemerintahan Dinasti Yuan pada abad ke-13.
10. Etnik Tatar merupakan etnik Islam yang terkecil jumlah tinggal di wilayah Xinjiang. Jumlah mereka hanya 5,000 orang. Kebudayaan etnik ini lebih dekat dengan kebudayaan masyarakat Eropah Timur kerana mereka dikatakan berasal dari Hungary.
Copy and paste from FB : 7 March 2020 / 12 Rejab 1441H : 1.28 pm







No comments:
Post a Comment