Sunday 19 January 2020

Kenapa Australia dikenali sebagai benua ? Kenapa bukan pulau ?


Apa perbezaan benua dan pulau ?
..

Definisi Pulau merujuk
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu berkenaan Hukum Laut Antarabangsa , 1982
( UNCLOS ’82 ) :-

' Pulau merupakan daratan yang terbentuk secara semulajadi , dikelilingi oleh air, dan selalu kelihatan berada di atas permukaan air . Sebuah pulau tidak boleh ditenggelami ketika air pasang '
..

Benua pula tiada definisi khas .
Secara ringkasnya ,
sesuatu kawasan itu ada yang dikenali sebagai benua atas faktor geologi , faktor antropologi dan biologi .

Contoh :-
Australia .
Australia dikenali sebagai benua kerana ,
- faktor geologi :-
Australia merupakan daratan yang sangat luas dan berada pada plat tektoniknya yang tersendiri

- faktor biologi :-
Terdapat flora dan fauna khas yang hanya terdapat di Australia

- faktor antropologi :-
Terdapat orang asli dan kebudayaan unik yang hanya terdapat di Australia .

- keyakinan penduduk tempatan terhadap status kawasan yang didiami :-
Sebahagian besar penduduk Australia menganggap Australia sebagai benua .
..

Ciri - ciri di atas antara faktor yang meletakkan status Australia sebagai benua dan bukan sebuah pulau .
...

Ada benua dikenali disebabkan faktor antropologi .
Contoh : benua Eropah.
Jika ambil kira faktor geologi ,
Eropah dan Asia berada pada plat tektonik yang sama iaitu plat Eurasia .

Sepatutnya , hanya ada satu benua sahaja iaitu Eurasia .
Tetapi disebabkan kepelbagaian budaya yang membezakan Eropah dan Asia , maka Eurasia itu terpecah menjadi dua benua ( Eropah dan Asia ) .
...

Ikuti Channel telegram
'AstroMet Malaysia' untuk maklumat menarik berkenaan topik astronomi dan meteorologi :-

Copy and paste from FB
19 January 2020 : 8.35 am

No comments: