Wednesday 3 May 2017

2017 - LAWATAN KE BELGIUM

TRIP KEMBARA SUFI TRAVEL & TOURS SDN BHD - EUROPE 3 NEGARA 2017 (Bahagian 2 - BELGIUM)

Rujuk:
Bahagian 1 : Lawatan ke Peranchis (Klik disini)

Setelah selesai lawatan ke Perancis, rombongan kemudian di bawa terus ke destinasi Negara kedua iaitu BELGIUM. 

Jarak dari Perancis ke Belgium lebih kurang 290 km


BELGIUM



Belgium adalah sebuah negara yang terletak di Eropah Barat. Penduduk di Belgium menutur 3 bahasa iaitu Bahasa Belanda, Bahasa Perancis dan Bahasa Jerman. 
Ibu Negara Belgium ialah Brussel yang diberi gelaran "IBU KOTA EROPAH" kerana Brussel adalah tempat bagi Ibu Pejabat kebanyakan institusi-institusi Kesatuan di Eropah. Brussel juga adalah Ibu Pejabat bagi Kesatuan Eropah dan juga NATO (North Atlantic Treaty Organisation).

Setiba di Brussel, Belgium rombongan dibawa melihat-lihat ke sekitar bandar Brussel di Belgium sebelum dibawa ke tempat penginapan di Brussel. 







Hotel di Brussel tempat rombongan menginap ialah di Hotel Van Der Valk yang terletak di Charleroi Airport, 115, Chaussee de Courcelles, Belgium yang terletak lebih kurang 3 km dari bandaraya Brussel. 











Gambar kenangan wife bersama Wakil Kembara Sufi di Paris yang dikenali dengan panggilan Kak Shida yang telah menetap di Kota London lebih 20 tahun.

Selepas sarapan pagi di Hotel, Rombongan Kembara Sufi telah di bawa melawat ke beberapa tempat di Brussel, Belgium. Diantaranya ialah:

THE ATOMIUM, BRUSSEL

The Atomium yang terletak di Avenue de l'Atomium, Brussel adalah sebuah menara setinggi 103 meter yang dibina pada tahun 1958 yang menempatkan menara tinjau dan berbentuk atom nukleur. 

Pada tahun 2013, CNN telah menamakan The Atomium sebagai bangunan paling pelik di Eropah. 








MINI EUROPE, BRUSSEL
Mini-Europe logo.svg
Mini Europe tertelak berdekat dengan The Atomium. Sebuah destinasi pelancongan yang menarik kerana disini terdapat replika -replika beberapa bangunan dan binaan yang terdapat di beberapa negara Eropah seperti Big Ben di Kota London, Kincir Angin di Belanda, Menara Pisa di Italy dan banyak lagi. 










Mini Europa Brüssel-2189 Schloss Mogoșoaia.jpg


Mini Europa Brüssel-1992 Palace of Westminster.jpg



Wah ini pahlawan dari mana pula ini... macam kenal je... 



KINEPOLIS,BRUSSEL
Sebuah panggung wayang Megaplex yang pertama di dunia terdapat di Kinepolis, Brussel yang dibukan pada tahun 1988 dengan 25 skrin. 




Selesai lawatan di Sekitar Brussel, rombongan terus berlepas ke Amsterdam di Netherland untuk lawatan terakhir 3 Negara. 

Sambungan Bahagian ke 3 - Lawatan ke Netherlands (Klik disini)


No comments: