Thursday, 15 December 2016

KEMBARA SELANGOR 2016

Program Yayasan Jantung Malaysia di Negeri Selangor bagi tahun 2016, saya terlibat dengan 3 program. 

PROGRAM PEMERIKSAAN KESIHATAN - ALLOY MTD GROUP, BATU CAVES, SELANGOR
1 JUN 2016

Program Pemeriksaan Kesihatan di Alloy MTD di Batu Caves, Selangor telah dihadiri oleh seramai 120 orang setaf. 




Bertemu dengan En. Gagarin, bekas Pegawai navigasi KD Sri Negri Sembilan. Kami pernah bertugas satu kapal ketika dengan TLDM dahulu. 


Syukur Alhamdullillah program di Alloy MTD ini telah mempertemukan saya kembali dengan bekas Pegawai Navigasi (Navigation Officer), Gagarin Mohd Zainal ketika berkhidmat dengan TLDM di atas kapal peronda KD Sri Negri Sembilan. Kami pernah sekapal dulu, dan kali terakhir saya bertemu dengan beliau ialah di HangZhou, China pada tahun 2003. 

PROGRAM KOMUNITI - KG. AMPANG CAMPURAN, SELANGOR
20 NOVEMBER 2016
Seramai 83 orang telah menjalani Ujian Pemeriksaan Kesihatan di Kg Ampang Campuran, Selangor pada 20.11.2016. 


PROGRAM PEMERIKSAAN KESIHATAN - MSU COLLEGE SHAH ALAM
15.12.2016

Seramai 62 pelajar dan setar Kolej MSU Shah Alam telah menjalani ujian Pemeriksaan di Kolej tersebut pada 15 Disember 2016. 

MSU College Shah Alam terletak di Seksyen 13 Shah Alam, Selangor. 





Program di MSU College Shah Alam merupakan program terakhir di Negeri Selangor bagi tahun 2016. In sya Allah tahun 2017, kami akan berusaha untuk mencari program di beberapa daerah di Selangor. 



No comments: