Sunday 22 November 2015

2015 - NEGERI SEMBILAN : LINGGI, PORT DICKSON, SENDAYAN DAN REMBAU

Kembara Perjalanan saya ke Negeri Sembilan bersama Yayasan Jantung Malaysia bagi Tahun 2015 agak banyak juga. 
Antara program YJM yang saya terlibat di Negeri Sembilan pada tahun 2015 ialah seperti berikut: 

MESYUARAT PENYELARASAN PROGRAM 
LINGGI, N. SEMBILAN
5.2.2015

Saya bersama dengan Pengurus Program YJM, En. Mohd Salehuddin Abdul Malek dan Mohd Syafiq Mahdza telah hadir menghadiri mesyuarat di Pejabat UMNO DUN Linggi pada 5 Feb 2015. 
Perjalanan dari Pejabat kami di Kuala Lumpur mengambil masa 1 jam 16 minit iaitu sejauh 99.1 km. 



Selepas mesyurarat kami mengambil kesempatan untuk melawat sebuah tempat bersejarah di Linggi yang terletak di Pengkalan Kempas. 


KOMPLEK SEJARAH PENGKALAN KEMPAS
N. SEMBILAN

Rujuk : Pengkalan Kempas, NS - 2015



Komplek Sejarah Pengkalan Kempas ini terletak kira-kira 35 km dari bandar Port Dickson. Ianya adalah sebuah perkuburan misteri yang menggunakan batu megalit yang berbentuk pedang dan senduk. Para sejarahwan percaya bahawa perkuburan ini wujud sejak abad ke 2 atau ke 3 masehi. 
Di sini juga terdapat Keramat Sungai Udang iaitu makam seorang ahli agama yang bernama Sheikh Ahmad Majnun yang telah menentang Sultan Mansur Shah Melaka (1457-1477). Batu nisan ini bertulisan Arab dan Kawi (tulisan Sumatera Kuno). 










PROGRAM KOMUNITI
PUSAT INTERNET 1 MALAYSIA, LINGGI, NS 
15.3.2015

Pada 15 Mac 2015, saya bersama Awareness Team Yayasan Jantung Malaysia, terlibat dengan Program Komuniti di Pusat Internet 1 Malaysia di Linggi, N. Sembilan dengan kerjasama ADUN Linggi dan Pejabat UMNO Linggi. Seramai 86 orang penduduk sekitar Linggi menjalankan ujian Pemeriksaan Kesihatan yang dijalankan pada hari tersebut. 

Linggi adalah sebuah mukim dalam daerah Port Dickson. Nama Linggi diambil dari Sungai Linggi yang menjadi sempadan antara Negeri Sembilan dan Melaka. Dikatakan juga bahawa Yang Di Pertuan Negeri Sembilan yang pertama iaitu Raja Melawar datang dari Pagar Ruyung di Sumatera Indonesia dan mudik melalui Sungai Linggi. 









Anggota Awareness Team, Yayasan Jantung Malaysia di Port Dickson


PROGRAM KOMUNITI
TAMAN SENDAYAN INDAH, N.SEMBILAN
29 OGOS 2015

Program Awareness Team YJM di Negeri Sembilan ialah di Taman Sendayan Indah, Negeri Sembilan pada 29 Ogos 2015. Terletak lebih kurang 77.6 km dari Kuala Lumpur mengambil masa perjalanan selama 1 jam 7 minit. 



Hanya 45 orang sahaja yang hadir untuk menjalani ujian Pemeriksaan Kesihatan. 












PROGRAM KOMUNITI 
GUNUNG DATUK, REMBAU, N. SEMBILAN
17 OKTOBER 2015

Program di Negeri Sembilan seterusnya ialah di Gunung Datuk, Rembau, N. Sembilan pada 17 Oktober 2015. Boleh rujuk di Blog saya seperti di bawah. 


PROGRAM KOMUNITI 
DEWAN MERDEKA, REMBAU, NS
22 NOVEMBER 2015



Program Awareness Team YJM selanjut di Negeri Sembilan ialah Program Komuniti yang diadakan di Dewan Majlis Daerah Rembau di Rembau Negeri Sembilan anjuran Majlis Belia Daerah Rembau

Hanya 61 orang telah hadir untuk membuat pemeriksaan Kesihatan. 



Rembau adalah sebuah daerah di Negeri Sembilan yang bersempadan dengan Negeri Melaka. 
Rembau juga adalah tempat pendaratan awal orang-orang Minangkabau dari Sumatera ketika mereka berhijrah dengan membawa Adat Perpatih bersama mereka. 










Restoran ini terletak di bawah Hotel tempat kami menginap iaitu di Your Famiy Hotel yang terletak Kg Anak Ayer Kundur, Pedas, N. Sembilan.








Your Family Hotel

Yours Family Hotel Sdn Bhd
Lot 6259, Jalan DLM 6
Taman Dato Lela Maharaja
Pekan Chembong
71300 Rembau, N.S
Tel: 06-685 8888

Begitulah berakhirnya kembara 2015 Awareness Team YJM di Negeri Sembilan. 
















No comments: