Monday, 31 December 2007

PERJALANAN : PAHANG 1997 - 2007

KUANTAN, PAHANG
1987

Negeri Pahang memang tidak asing bagi ku, kerana aku pernah 2 kali bertugas di Pahang ketika berkhidmat dengan Tentera Laut Di Raja Malaysia. Kali pertama ketika bertugas dengan KD Panah (14th Squadron Patrol Craft) berpengkalan di Pengkalan TLDM Tg. Gelang, Kuantan, Pahang. 
Kali kedua ialah ketika berkhidmat dengan Stesen Komunikasi TLDM Kuantan dari 1992 hingga 1995.
KD Panah adalah kapal peronda TLDM jenis patrol craft kelas Kris yang dibawa balik dari U.K sekitar tahun 60├ín. Saya bertugas di KD Panah dari 30 Mac 1987 hingga 11 Oktober 1987. KD Panah ketika itu adalah dari Sekuadron ke 14 Kapal Peronda (14th Squadron Patrol Craft) berpengkalan di Kuantan, Pahang. Sepanjang 7 bulan di KD Panah saya sempat bertugas dengan 2 Pegawai Memerintah iaitu Lt Kdr Zainal Murad dan kemudian Lt Zainal Rashid (Pegawai Penyelam).
Sebagai sebuah kapal ronda yang berpengkalan di Kuantan Pahang, tugas rondaan KD Panah lebih banyak tertumpu di kawasan persekitaran Laut Cina Selatan meliputi kawasan Zon Ekslusif Ekonomi (ZEE). Ini termasuk mengawal pencerobohan Nelayan asing terutama dari Thailand yang menjalankan aktiviti menangkap ikan secara haram di Perairan Malaysia. 


KUANTAN, PAHANG
1992 - 1995


SKTLDM Kuantan ditubuhkan pada 4 Dis 83 dan diletakkan di bawah pemerintahan Pegawai Kanan Stesen Komunikasi TLDM yang berpangkalan di Markas Armada. Pada 1 Apr 89, SKTLDM Kuantan diletakkan di bawah pemerintahan Panglima Wilayah Laut 1 (PANGWILLA 1) bersama unit-unit lain yang telah sedia ada di MAWILLA 1. Tugas dan fungsi utama yang diamanahkan adalah untuk menyediakan saluran komunikasi kepada kapal-kapal yang berada di perairan pantai timur semenanjung Malaysia dan kapal-kapal di bawah pemerintahan PANGWILLA 1 serta unit-unit di bawah naungan. Selain daripada itu, SKTLDM Kuantan ditubuhkan untuk bertindak sebagai penyalur sekunder (back-up) jaringan komunikasi TLDM sekiranya jaringan komunikasi utama TLDM di Pangkalan TLDM Lumut (SKTLDM Lumut, SKTLDM Parit dan SKTLDM Sitiawan). Ianya lebih kepada jaringan strategik komunikasi TLDM.
Pegawai Memerintah pertama SKTLDM Kuantan ialah Lt Kdr Mohd Sharif bin Kalam TLDM N/400329. 



Kompleks Teruntum di Kuantan Pahang, disini aku selalu lepak ketika zaman bujang
HUTAN LIPUR LENTANG / SELESA HILL HOMES
JULY 1998
Kenangan ketika bercuti bersama staff CJ Management Consultants di Selesa Hill Homes pada Julai 1998. 
Dalam perjalanan ke Selesa Hill Homes, kami singgah berkelah di Hutan Lipur Lentang. 
Hutan Lipur Lentang adalah sebuah hutan simpanan  di Bukit Tinggi di Lebuhraya Karak kira-kira 12 km dari Bentong, Pahang. 





Selesa Hill Homes Resort, Bukit Tinggi, Pahang



Selesa Hill Homes & Golf Resort terletak di Bukit Tinggi, Pahang lebih kurang 35 minit memandu dari Kuala Lumpur. Tempat ini sesuai untuk keluarga bersantai di hari cuti untuk melarikan dari hiruk pikuk kehidupan di bandaraya. 
Ia juga sesuai untuk lokasi bagi menjalanakan aktiviti riadah dan kursus motivasi untuk pekerja.

GENTING HIGHLAND
Semasa bekerja dengan The Institution of Engineers, Malaysia di Petaling Jaya, saya telah beberapa kali menginap di Genting Highland ketika menghadiri mesyuarat dan Latihan. 
Genting Highland ialah puncak gunung yang terletak dalam Banjaran Titiwangsa dan merupakan tempat peranginan yang terkenal di Malaysia. 
Genting Highland Berhad ditubuhkan oleh Mendiang Tan Sri Lim Goh Tong pada tahun 27 April 1965 bersama Allahyarham Tan Sri Haji Mohammed Noah bin Omar. 
Pada 31 Mac 1969, YTM Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri Malaysia ketika itu telah meletakkan batu asas pembinaan hotel perdana Genting Highland. 






Zulheimy Maamor
Lembah Keramat, KL
1.2.2015 : 11.40 am

No comments: