Tuesday, 16 December 2008

MELAKA : 1994-2008

MELAKA - 1994
Kenangan ketika menghadiri Kursus Ternakan Ayam Penelor Komersial di Pusat Latihan Ternakan Ayam (PLTA) Ayer Keroh, Melaka pada 1994. 


PLTA Ayer Keroh terletak tidak jauh dari Taman Mini Malaysia. Taman ini merupakan kompleks tema yang memperlihatkan rumah-rumah tradisional dari 13 buah negeri di Malaysia (Dari Perlis hingga ke Sabah). 

Makam yang terletak di Merlimau ini dipercayai Makam Tun Teja Ratna Benggala, anak kepada Seri Amar Di Raja Bendahara Pahang. Tun Teja ialah isteri kepada Sultan Mahmud Shah (1458-1511). Tun Teja mangkat ketika bersama Sultan Melaka berundur ke Bentayan (Muar) semasa Portugis menyerang Melaka pada 1511. 


Perigi Hang Tuah terletak di Kampong Duyong, Melaka dikatakan mempunyai kaitan dengan seorang pahlawan terkemuka Melaka iaitu Hang Tuah. 
Muzium Samudera terletak di Jalan Quayside berhampiran dengan muara Sungai Melaka. Muzium ini merupakan replika kapal Portugis Flor de La Mar dibina pada awal tahun 1990. 

Info mengenai Kapal Flor De La Mar boleh rujuk wikipedia: Wikipedia - Flor De La Mar


MELAKA 1998
Kenangan Percutian bersama keluarga ke Melaka pada tahun 1998. 



 
 
MELAKA - 2000
Kenangan ketika menghadiri "IEM BRAINSTORMING SESSION" , The Institution of Engineers Malaysia di Mahkota Century Hotel, Melaka pada tahun 2000 .





MELAKA 2008
Percutian keluarga di Ayer Keroh D'Village, Melaka
 








16.1.2015

No comments: