Wednesday, 31 December 2014

PERJALANAN - KEDAH 2014

Program tahun 2014 yang melibatkan Negeri Kedah adalah di Central Square Sungai Petani dan Sek.Men. Sin Min (Persendirian) di Alor Setar Kedah.

PULAU SAYAK / KOTA KUALA MUDA, KEDAH
18 FEBRUARI 2014
Saya mengunjungi Pulau Sayak dan Kota Kuala Muda Kedah ketika mesyuarat Penyelarasan Program di Central Square Sungai Petani pada 18 Februari 2014. 

Kisah lanjut layari:

CENTRAL SQUARE SUNGAI PETANI, KEDAH
26-30 MARCH 2014


Saya dan rakan-rakan Awareness Team Yayasan Jantung Malaysia telah berada di Central Square Sungai Petani dari 26 hingga 30 March 2014 untuk program "Minggu Jantung Sg Petani 2015". 

Central Square Sungai Petani dibina pada 1997 adalah salah satu mercu tanda bandar Sungai Petani. Walaupun kini telah wujud pusat membeli belah yang terbaru seperti AmanJaya Mall dan Village Mall, Central Square tetap dikunjungi oleh pelanggan. 



Sungai Petani adalah sebuah bandar yang terbesar di Kedah. Ia terletak berdekatan dengan Butterworth di Pulau Pinang dan kira-kira 55 km dari bandar Alor Setar, dan 376 km dari Kuala Lumpur. 
Sungai Petani dikatakan mengambil nama sempena sebatang anak sungai yang mengalir dari Sungai Merbok. 
Bandar ini dijangkan akan dinaikkan taraf bandaraya menjelang tahun 2015.
Hotel D'Vista dimana kami menginap sepanjang program dijalankan. 

Warong Marina 3 yang terletak dihadapan hotel kami menginap, disini kami akan singgah setiap selesai program selepas jam 10 malam untuk mengisi perut. 

Balai Polis Sungai Petani agak unik kerana kerana ia adalah sebuah bangunan lama yang dibina pada tahun 1916, terletak di Jalan Ibrahim. 




Penjara Sungai Petani telah ditubuhkan pada tahun 1920 oleh pihak British dan dikenali sebagai 'Local Prison Sungai Petani'. Di letakkan di bawah pentadbiran Penjara Alor Star sehingga tahun 1987. Diisytiharkan sebagai Penjara Pusat Latihan Banduan-Banduan Muda sehingga tahun 1993. Pada tahun 1993 kategori sebagai Penjara Pusat Latihan Banduan-Banduan Muda telah ditukarkan kepada Penjara Sungai Petani.



Sebuah lagi bangunan lama yang terdapat di Sungai Petani ialah Bangunan HSBC bank yang dibina pada tahun 1921. 





Di pusat bandar terdapat sebuah bangunan bersejarah iaitu Jam Besar yang dibina pada tahun 1936 untuk memperingati Jubli Perak King George V dan Queen Mary.

SEK.MEN.SIN MIN (PERSENDIRIAN)
ALOR SETAR, KEDAH
24.6.2014



Sek. Men. Sin Min (Persendirian) Alor Setar terletak di Jalan Alor Mengkudu, Mukim Perga, Alor Setar, Kedah. Sekolah ini adalah sekolah Persendirian Cina yang didaftarkan dibawah Kementerian Pendidikan Malaysia. 
Seramai 129 murid termasuk juga guru dan setaf telah menjalani ujian Saringan Kesihatan Penyakit Jantung yang dijalankan dari jam 9.00 pagi hingga 3.00 petang. 
Program ini adalah kerjasama daripada The Lions Club of Alor Setar dan juga bantuan tenaga jururawat dari Klinik Kesihatan Ibu dan Anak Simpang Kuala, Alor Setar, Kedah. 
`
ALOR SETAR, KEDAH
29.12.2014
Gambar berikut dibawah saya ambil ketika mesyuarat di Star Parade Alor Setar pada 29 Disember 2014. 




Menara Alor Setar dibuka pada 14 Ogos 1997 oleh Perdana Menteri Malaysia ketika itu Tun Dr. Mahathir Mohamad. Ia adalah Menara Telekomunikasi yang kedua tertinggi di Malaysia dan yang ke 22 tertinggi di dunia. 



Pekan Rabu ditubuhkan pada 7 Ogos 1940 Pekan Rabu mempunyai sejarahnya yang tersendiri dalam usaha menggalakkan penyertaan kaum Bumiputera bergiat di dalam bidang perniagaan. Kegiatan perniagaan di Pekan Rabu telah bermula sejak selepas Perang Dunia Pertama atas inisiatif YTM Almarhum Tunku Yaacob, seorang Putera DiRaja Kedah supaya orang Melayu dapat terus menjalankan perniagaan di dalam bandar. Kini Pekan Rabu merupakan lambang kegiatan utama ekonomi orang Melayu di dunia perniagaan.

Bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad pernah menjadi peniaga di Pekan Rabu ketika zaman mudanya dahulu. 

16.1.2015



No comments: