Sunday 30 December 2012

2012 - KEDAH (ALOR SETAR & KUALA NERANG)

ALOR SETAR, KEDAH
3-8 JULAI 2012

Saya berpeluang berkunjung ke Alor Setar Kedah semasa Program "Minggu Jantung Alor Setar 2012" yang berlansung di Star Parade Alor Setar dari 3 - 8 Julai 2012. 

STAR PARADE, ALOR SETAR, KEDAH

Star Parade Alor Setar terletak di Jalan Teluk Wanjah, Alor Setar dirasmikan pembukaannya pada 16 Januari 1998 oleh Dato Seri Dr. Mahathir Mohamad , Perdana Menteri Malaysia ketika itu. Ia adalah merupakan salah satu komplek membeli belah yang terdapat di Alor Setar selain daripada Alor Setar Mall, City Plaza. Mydin Mall dan lain. 








HOTEL SERI MALAYSIA, ALOR SETAR


Kami menetap di Hotel Seri Malaysia Alor Setar sepanjang program dijalankan. Jaraknya ke Star Parade Alor Setar hanyalah 1.6 km sahaja. 









Hotel Seri Malaysia Alor Setar
Jalan Stadium
05150 Alor Setar
Kedah
Tel: 04-730 8737
Warung Nasi Kandar di hadapan Star Parade Alor Setar dimana di sini aku makan tengahari... Nasi Kandar paling best di Alor Setar...

ALOR SETAR, KEDAH
Alor Setar (Jawi: الور ستار, singkatan: AS) atau juga dikenali sebagai Alor Star pada 2004-2008, ialah ibu negeri Kedah, Malaysia; yang merupakan bandar kedua terbesar di negeri Kedah selepas Sungai Petani (mengambil alih kedudukan tersebut pada tahun 2010) ; bandar penting dalam pantai barat Semenanjung Malaysia. Bandar ini menempatkan Pusat Pentadbiran Daerah Kota Setar iaitu di Bandar Muadzam Shah dan bandar diraja Kedah iaitu Bandar Anak Bukit.
Alor Setar terletak 93 kilometer utara Butterworth, Pulau Pinang dan 45 km dari selatan sempadan Thailand. Bandar Alor Setar ini ditadbir oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) iaitu Majlis Bandaraya Alor Setar. Sebagai pusat pengangkutan di kawasan utara Semenanjung Malaysia, kawasan Alor Setar ini yang meliputi tanah seluas 666 km2 (persegi) diduduki oleh lebih daripada 300,000 ribu penduduk mengikut banci tahun 2010 yang merupakan salah satu bandar tertua di kawasan itu.
Alor Setar yang juga merupakan bandar penting negeri Kedah adalah diantara daripada bandar utama di Kedah selain daripada Bandar Sungai Petani, Bandar Kulim dan Bandar Langkawi. Bandar-bandar ini juga membangun seiring dengan pembangunan yang ada di Alor Setar.
Alor Setar adalah cantuman dari kata ‘Alor’ dan ’Setar’. Setar adalah nama pokok Setar, buahnya apabila masak berwarna kuning kemerahan, rasanya masam-masam manis dan saiznya besar sedikit daripada buah rumbia yang termasuk dalam kumpulan pohon kundang dengan nama saintifiknya ‘Bouea macrophylla’.Alor Setar ditubuhkan pada tahun 1735 oleh Sultan Muhammad Jiwa Zainal Adilin Mu'azzam Shah dan merupakan pusat pentadbiran kelapan negeri sejak Kesultanan Kedah pada 1136. Pusat-pusat pentadbiran sebelum ini berlokasi di Kota Bukit Meriam, Kota Siputeh,Kota Sungai Emas, Kota Naga, Kota Sena, Kota Indera Kayangan dan Kota Bukit Pinang.Bandar ini telah diruntuh dua kali ketika Kedah diserang oleh Bugis pada tahun 1770 dan Siam pada tahun 1821.
Alor Setar telah rasmi diberikan status sebagai Bandaraya yang ke-9 di Malaysia, pada 21 Disember 2003 di mana ejaan nama Alor Setar telah berubah secara rasminya ke Alor Star. Upacara pengisytiharan untuk Ibu Negeri Kedah diadakan di Dataran Tunku, Jalan Tunku Ibrahim, Alor Setar. Di antara mereka yang hadir pada upacara bersejarah adalah Tuanku Sultan Kedah Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Sultanah Kedah Tuanku Haminah Hamidun. Upacara juga disaksikan oleh orang awam dan pelancong.Ejaan nama Alor Setar telah ditukar kepada Alor Star sempena Perisytiharan Bandar Raya Alor Star pada 21 Disember 2003. Ejaan ini telah ditukar semula kepada Alor Setar pada 14 Januari 2009 kerana nama Alor Setar berasal daripada nama pokok di Kedah dipanggil Pokok Setar.
Sumber Rujukan: Wikipedia - Alor Setar


Gambar di ambil sebelum solat Jumaat pada 6 Julai 2012

Masjid Zahir atau juga dikenali sebagai Masjid Zahrah merupakan Masjid Negeri Kedah. Bangunan bersejarah ini terletak di tengah-tengah bandar raya Alor Setar. Ia juga dikenali sebagai Masjid Raja kerana ia merupakan masjid Diraja dan terletak di perkarangan Istana Pelamin.
Masjid Zahir merupakan mercutanda yang terkenal di Alor Setar, dengan ciri kubah hitam - satu kubah utama dan lima kubah lebih kecil, yang melambangkan limat rukun Islam.
Mula dibina pada 22 Rabiulawal 1330H (11 Mac 1912) atas usaha YTM Tunku Mahmud Ibni Almarhum Sultan Tajuddin Mukarram Shah, tapak masjid ini pada asalnya adalah tanah pusara wira-wira Kedah yang gugur semasa mempertahankan Kedah dari serangan Siam (1821). Reka bentuk masjid ini diilhamkan dari Masjid Azizi di Bandar Langkat, Sumatera Utara. Ia dihiasi dengan lima kubah utama sebagai lambang lima Rukun Islam.
Upacara perasmiannya dilakukan pada hari Jumaat, 6 Zulhijjah 1333H (15 Oktober 1915) oleh DYMM Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah. Tunku Mahmud telah membaca khutbah Jumaat sementara baginda Sultan Abdul Hamid Shah mengimamkan solat Jumaat.



Menara Alor Star ialah menara yang berketinggian 165.5 meter di Alor Setar, Kedah, Malaysia. Ia dibina untuk Telekom Malaysia yang menelan kos RM40 juta.
Menara Alor Setar yang terletak di Alor Setar ini merupakan salah satu tumpuan para pelancong di Kedah. Menara Alor Setar merupakan salah satu mercu tanda yang popular di Alor Setar, yang tersergam di kaki langit bandar setinggi 165.5 meter. Menara perhubungan ini merupakan yang ke 19 tertinggi di dunia, dan yang kedua tertinggi di Malaysia selepas Menara Kuala Lumpur.
Ia berkhidmat sebagai menara telekomunikasi, ia juga bertindak sebagai destinasi pelancongan di bandar. Menara ini dapat melihat permandangan Bandaraya Alor Setar dan juga dikelilingi banyak restoran dan kedai cenderamata. Menara ini juga digunakan sebagai balai cerap untuk melihat bentuk bulan ketika permulaan kalendar Islam iaitu pada bulan Ramadhan, Syawal, dan Zulhijjah, untuk menyambut bulan RamadhanHari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha.
Balai cerap terletak pada ketinggian 88 meter dari tapak struktur. Menara Alor Setar memiliki rekabentuk menyerupai setangkai padi yang diikat bersama, sebagai penghormatan kepada kepentingan penanaman padi di Kedah.
Tidak jauh dari Menara Alor Setar terdapat bangunan tumpuan pelancong lain seperti Galeri Sultan Abdul Halim, Balai Nobat, Balai Besar, Masjid Zahir, Balai Seni Negeri, Pekan Rabu, dan Rumah Merdeka.



Pekan Rabu mempunyai sejarahnya yang tersendiri dalam usaha menggalakkan penyertaan kaum Bumiputera bergiat di dalam bidang perniagaan. Kegiatan perniagaan di Pekan Rabu telah bermula sejak selepas Perang Dunia Pertama atas inisiatif YTM Almarhum Tunku Yaacob, seorang Putera DiRaja Kedah supaya orang Melayu dapat terus menjalankan perniagaan di dalam bandar. Kini Pekan Rabu merupakan lambang kegiatan utama ekonomi orang Melayu di dunia perniagaan. Bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad pernah berniaga di Pekan Rabu ini ketika zaman muda beliau. 



Stadium Darul Aman merupakan satu stadium negeri bagi Kedah. Ia telah dibina pada tahun 1967. Stadium ini terletak di sebelah Lebuhraya Darul Aman. Stadium ini boleh menempatkan kira-kira 32,387 penonton dalam satu-satu masa. Ia juga pernah digunakan sebagai venue utama Sukan Malaysia 2006.



KUALA NERANG, KEDAH
22.9.2012
Jarak Perjalanan dari Yayasan Jantung Malaysia ke Terap Inn, Kuala Nerang, Kedah


Pada 22.9.2012 saya dan team YJM ke Kuala Nerang, Kedah untuk Program Kesedaran Penyakit Jantung Peringkat Komuniti 2012 yang berlansung di Dewan UMNO Kuala Nerang, Kedah. 



TERAP INN, KUALA NERANG, KEDAH






Sepanjang program kami menetap di Terap Inn Kuala Nerang. Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kuala Nerang adalah sejauh 465 km dan mengambil masa perjalanan selama 5 jam. 
Terap Inn Kuala Nerang terletak 500 meter dari pekan Kuala Nerang, Kedah mempunyai 16 buah bilik dan satu bilik VIP. Terap Inn dimiliki oleh Majlis Daerah Padang Terap. 

SEDIKIT INFO MENGENAI KUALA NERANG, KEDAH
Kuala Nerang, Kedah adalah termasuk dalam kawasan Parlimen Padang Terap, Kedah.
Kuala ialah pertembungan dua sungai iaitu Sungai Pedu dan Sungai Ahning manakala Nerang bermaksud kawasan yang menimbun dan teduh (kawasan persekitaran yang dipenuhi pokok-pokok dan hutan).
Nerang juga dikatakan diambil sempena nama anak Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj (Perdana Menteri Malaysia yang pertama) iaitu Tunku Ahmad Nerang. Tunku Abdul Rahman pernah menjadi Pegawai Daerah di sini. 






Antara kawasan yang kami lalui sepanjang perjalanan ke Kuala Nerang
Kuala Nerang menutup tirai bagi program di Kedah.. InsyaAllah kami akan berusaha untuk menjalankan lebih banyak program kesihatan di Daerah Kedah di masa akan datang.

13.1.2015




No comments: