Sunday 9 March 2014

THE MALAYSIAN

  1. A.K Mosdeen :  Arkitek bangunan Chow Kit di Kuala Lumpur.
  2. Abang Apong & Linggir Mali Lebu : Ketua orang Iban dalam pertempuran dengan Inggeris di Beting Maru, Sarawak, Julai 1849.
  3. Datu Patinggi Abang Hj Abdullah : Menentang penyerahan Sarawak kepada British.
  4. Datu Bandar Abang Hj Mustapha : Pengasas Parti Negara Sarawak (PANAS) yang menyokong penubuhan Malaysia, 1960.
  5. Abas bin Mohd Taha : Tokoh Gerakan Islah – menerbitkan akhbar ‘Al-Iman” pada 1906.
  6. Dr. Abdul Aziz Abdul Majid : Doktor yang menjadi mangsa tebusan banduan Penjara Pudu, Jimmy Chuah  pada tahun 1985.
  7. Abdul Ghani Minhat : Bekas Pemain dan Jurulatih bolasepak Malaya / Malaysia.
  8. Laksamana Tun Abdul Jamil: Laksamana Johor yang memainkan peranan penting mengembalikan kegemilangan Johor.
  9. Abdul Kadir Adabi : Pemimpin Kelab Putera Kelantan (1926) dan menerbitkan majalah “Putera”.
  10. Hj Abdul Kadir bin Setia Raja : Pengarang akhbar Melayu “Seri Perak”  yang diterbitkan pada tahun 1893 di Taiping, Perak.
  11. Tun Abdul Majid bin Tun Mat Ali : Bendahara Kerajaan Johor Lama.
  12. Abdul Malek bin Mohd Nor : Pemenang 2 pingat Emas Bina Badan Asia (1985 & 1986) dan menduduki tempat ke 11 (light-heavy weight) dalam Kejohanan Bina Badan Dunia.
  13. Datuk Abdul Malek Yusuf : AJK Penyelaras Pertandingan mencorak bendera Tanah Melayu, Mei 1948.
  14. Abdul Malik bin Abdullah @ Tok Pulau Manis : Pendakwah Islam di Terengganu pada kurun ke 16.
  15. Haji Abdul Rahman bin Hj Abdul Hamid @ Haji Abdul Rahman Limbong : Tokoh Agama yang menentang penjajahan Inggeris di Terengganu.
  16. Dato; Abdul Rahman bin Andak : Setiausaha Kerajaan Johor , 1893 – 1909.
  17. Tan Sri Abdul Rahman bin Hashim : Ketua Polis Negara yang ditembak mati oleh Komunis di Jalan Raja Chulan, Kuala Lumpur pada 7 Jun 1974.
  18. Abdul Rahman bin Talib : Menteri Pelajaran Tanah Melayu, Laporan Rahman Talib 1961.
  19. Abdul Rahman bin Yaakub : Pemimpin Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) di Sarawak pada 1973.
  20. Abdul Rauf Singkel : Tokoh Ilmuan Melayu yang terkenal pada abad ke 16.
  21. Abdul Razak bin Abdul Hamid : Pelajar Malaya yang menuntut di Universiti Hiroshima, Jepun semasa bom atom digugurkan di Hiroshima pada tahun 1945. Beliau terselamat dalam tragedi tersebut.
  22. Tun Abdul Razak bin Dato Hussein : Perdana Menteri Malaysia yang kedua / Menteri Pelajaran Tanah Melayu (Laporan Razak).
  23. Abdullah bin Abdul Kadir Munsyi : Lebih dikenali sebagai ‘Munsyi Abdullah’ – pengarang ‘Hikayat Abdullah’ dan ‘Kisah Pelayaran Abdullah.’
  24. Abdullah bin Haji Dahlan : Datuk Undang Rembau, pengasas Syarikat Perbaikan Hidup di N.Sembilan pada 1920an.
  25. Abdullah Jurukaka : Penentang Inggeris di Kuala Berang, Terengganu.
  26. Abdullah Nordin : Ketua Skuad Bolasepak Malaysia, 1969.
  27. Abu Bakar Chinting : Menentang Inggeris di Kuala Berang, Terengganu.
  28. Adi Putra Abdul Ghaniq : Pelajar termuda Universiti Selangor.
  29. Ahmad bin Ibrahim : Peguambela Natrah (Bertha Hertog) dari Syarikat Peguam S.C. Goha & Co.
  30. Ahmad Boestamam : Nama sebenar Abdullah Sani bin Raja Kechil. Pemimpin Angkatan Pemuda Insaf (API) yang menentang Perlembagaan Persekutuan, 1948.
  31. Ahmad Lufti : Tokoh Gerakan Islah yang menyindir Golongan Ulama dalam akhbar “Seruan Al-Azhar.”
  32. Ahmad bin Mohd Arshad @ Mat Komando : Ketua Geng Kumpulan 13 – ditembak mati oleh Pasukan Polis pada 12 September 2002 di Pendang, Kedah.
  33. Tun Ahmad Zaidi Adruce Mohamad Noor : Yang Di Pertua Negeri Sarawak yang ke 5.
  34. Albert Kwok : Mengetuai Gerila Kinabalu melancarkan pemberontakan Double 10th terhadap Tentera Jepun semasa perang Dunia Kedua.
  35. Datuk Alfred Chin : Ahli Perniagaan Malaysia yang ditahan oleh Polis Taiwan pada 26 Mac 1996 kerana terlibat dalam penjualan senjata haram kepada Kongsi Gelap di Taiwan.
  36. Allan Hoon : Bowling Asian Master, 1971 & 1972.
  37. Dato’ Ali bin Hj Ahmad : Menteri Pertanian yang terkorban dalam Nahas Malaysian Airline di Tg. Kupang, Johor pada 4 Disember 1977.
  38. Datuk Patinggi Ali : Ketua Kaum Melayu Sarawak yang menentang pemerintahan James Brooke.
  39. Antanum : Ketua kaum Murut di Sabah yang menentang Kompeni Berpiagam Inggeris pada tahun 1915. Beliau terkorban dalam serangan oleh Inggeris di Sungai Selangit, Sabah.
  40. Arthur Koh : Penyerang Pasukan Bolasepak Selangor, 1952-1961.
  41. Asun : Ketua Kaum Dayak yang menentang Kerajaan Brooke di Sungai Kanowit, Sarawak pada 1920.
  42. Awang Ramli Amit Mohd Deli : Ahli Kumpulan Sulit Rukin 13 – dihukum gantung oleh Inggeris kerana terlibat dalam pembunuhan Gabenor British di Sarawak, Sir Duncan Stewart.
  43. Tan Sri Azman Hashim : Asia Banker of The Year (1985) dan Asean Businessman of The Year (1993).
  44. B. Malik : Ahli Jawatan Kuasa Suruhanjaya Reid, 1957.
  45. B.N Rao : Pengarah Filem Melayu dizaman Kegemilangan Filem-Filem Melayu 1950án dan 60án.
  46. Baba Teck Cheng : Memberi bantuan kewangan dan memberi senjata kepada Raja Mahadi dalam Perang Saudara di Selangor pada 1866-1873.
  47. Dato’ Bahaman : Orang Kaya Semantan yang menentang Inggeris di Pahang.
  48. Baharuddin Abu Kassim : Arkitek Utama Masjid Negara Kuala Lumpur.
  49. Banting : Penghulu Iban di Hulu Sungai Batang Lupar yang menentang Inggeris di Sarawak pada tahun 1893.
  50. Bendahara Tepok : Bendahara Kerajaan Melayu Melaka yang terakhir.
  51. Bendahara Wan Ahmad : Bendahara Pahang pada tahun 1863 setelah berjaya mengalahkan Bendahara Wan Mutahir dalam perang Saudara di Pahang.
  52. Bujang Suntong : Ahli Kumpulan Sulit Rukin 13 – dihukum gantung oleh Inggeris kerana terlibat dalam pembunuhan Gabenor British di Sarawak, Sir Duncan Stewart.
  53. Bong Kee Chock : Pemimpin Biro pertama Parti Komunis Kalimantan Utara.
  54. Cauder Mohideen : Saudagar India Muslim yang membina Masjid Kapitan Kling di Pulau Pinang.
  55. Chan Sai Soo : Jurutera Projek Stadium Merdeka, Kuala Lumpur, 1956.
  56. Chan Wai Chang @ Rose Chan : Penari Kabaret yang menjadi legenda sekitar tahun 60’an.
  57. Chan Wing : Jutawan Cina – pemilik asal bangunan Istana Negara Kuala Lumpur (Istana Lama).
  58. Chan Yan Bao : Rakyat Malaysia pemegang Ijazah Ph.D termuda di Universiti Melbourne, Australia.
  59. Chao Ju-Kua : Peniaga dari China yang menulis mengenai Terengganu dan Kelantan pada tahun 1225.
  60. Che Aminah Mohamad : Ibu angkat kepada Natrah @ Maria Hertogh (Rusuhan Natrah di Singapura, 1950).
  61. Cheah Chen Eok : Jutawan Pulau Pinang yang menghadiahkan “Penang Clock Tower” pada tahun 1897 sempena Jubli Intan Ratu Victoria England.
  62. Chen Tien : Wakil Parti Komunis Malaya dalam Rundingan Baling, 1955.
  63. Cheong Fatt Tze : Qing Government’ Vice Counsil di Pulau Pinang – salah seorang Ahli Perniagaan yang terkaya di Asia.
  64. Chew Kam Pok : Pengarah Urusan Jabatan Telekomunikasi yang pertama di Malaysia (1965-1971).
  65. Chiang Jin Choon : Olahragawan Kebangsaan 1973 (Acara Renang).
  66. Chiang Ti Ming : Rakyat Malaysia yang menjadi pelajar termuda di California Institute of Technology – meninggal dunia pada 2007 di Seremban kerana tekanan perasaan yang kritikal.
  67. Dato’ Chiew Swee Peow : Bekas Pengerusi China Press & Pengasas The Charity Home of  China Press, 1 Ogos 1990.
  68. Chin Ah Yam : Ketua puak Ghee Hin yang melancarkan serangan besar-besaran ke atas puak Hai San di Klian Pauh, Perang Larut ketiga (1871-74).
  69. Tan Sri Ir. Prof. Chin Fung Kee : Jurutera Pembinaan Universiti Malaya dan Jambatan Pulau Pinang.
  70. Chin Peng : Wakil Parti Komunis Malaya dalam Rundingan Baling 1955. Beliau pernah dianugerahkan Order of the British Empire kerana keberaniannya menentang Tentera Jepun semasa Perang Dunia Kedua.
  71. Datuk Chong Tahin Vun : Menteri Perhubungan dan KerjaRaya Sabah, salah seorang yang terkorban dalam nahas pesawat di Sabah pada 6 Jun 1976 (Double Six) yang turut mengorbankan Ketua Menteri Sabah ketika itu, Tun Fuad Stephen.
  72. Chong Tin Sam : Olahragawan Kebangsaan 1995 (Snooker / Billiard)
  73. Chong Yoke Choy : Seorang banker dan pengasas Chin Woo, Persatuan Atlet China yang ditubuhkan pada tahun 1921. Stadium Chin Woo di Jalan Hang Tuah, KL dibina pada tahun 1951.
  74. Chor Soo Kong : Pengasas Tokong Ular di Pulau Pinang, 1850.
  75. Chow Ah Yoke : Seorang taukeh Pelombong Bijih yang membina Loke Yew Mansion pada tahun 1860’an.
  76. Chow Chee Keong : Penjaga Gol Malaysia – diiktiraf sebagai Penjaga Gol No. 1 Asia oleh Persekutuan Bolasepak Asia pada tahun 1970’ an.
  77. Chow Kwai Lam : Jurulatih Bolasepak Selangor, 1978.
  78. Chua Cheng Bok : Pengasas Cycle and Carriage, Kuala Lumpur.
  79. Chua Koon Eng : Seorang nelayan yang berkhidmat dengan Force 136 semasa Perang Dunia Kedua, ditangkap oleh Tentera Jepun di Perak.
  80. Chung Ah Kwee : Ketua Kumpulan Hai San di Perak yang Berjaya menyelesaikan pergaduhan di Larut , Perak.
  81. Chung Keng Kwee : Pelombong dan ketua puak Hai San di Perak.
  82. Chung Thye Pin, J.P : Ketua puak Hai San semasa Perang Larut, Perak. Kapitan Cina yang terakhir di Perak.
  83. Chye Kooi Loong : Pengarang buku “The History of the British Battalion – Malayan Campaign 1941-42.”
  84. Cik Siti Aminah : Wanita bangsawan yang menjadi legenda di Johor.
  85. Cik Siti Wan Kembang : Puteri Sultan Hussein, Kelantan. Dilantik sebagai Pemerintah Gunung Cinta Wangsa di Ulu Kelantan.
  86. Temenggung Daeng Ibrahim : Pengasas Bandar Tanjung Puteri, Johor.
  87. D.A. Selladurai : Seorang Konduktor estate di Pahang yang dibunuh oleh pengganas Komunis pada 8 Oktober 1950.
  88. Daeng Kemboja : Mengetuai angkatan Bugis menyerang Melaka pada tahun 1756.
  89. Daeng Merewah : Yam Tuan Muda Johor yang pertama.
  90. Dali Omar : Lagenda bolasepak Kelantan, 1962. Penjaring gol terbanyak dalam Kejohanan Remaja Asia di Saigon pada 1963 dan pemain Malaysia pertama beraksi di luar Negara, bermain untuk Kelab Azzuri di Australia pada 1972 .
  91. Darius Binion : Pembantu Menteri kepada Timbalan Ketua Menteri Sabah, salah seorang yang turut terkorban dalam nahas pesawat di Sabah pada 6 Jun 1971.
  92. Dato Bahaman : Orang Kaya Semantan yang menentang Inggeris di Pahang.
  93. Dato Bandar Kulup Tunggal : Pemaju lombong bijih timah di Sungai Ujong, N. Sembilan.
  94. Dato Maharajalela : Pembesar Perak yang terlibat dalam pakatan membunuh Residen British di Perak, J.W.W. Birch pada 1 November 1875. Dijatuhkan hukuman gantung sampai mati.
  95. Dato Sagor : Penentang Inggeris di Perak – dihukum gantung kerana terbabit dalam pembunuhan J.W.W. Birch di Pasir Salak, Perak pada 1 Noveber 1875. Nama penuh Dato’ Seri Agar DiRaja Ngah Kamdin.
  96. Datu Patinggi Abdul Gapur : Pemimpin orang Melayu Sarawak yang menentang pentadbiran James Brooke di Sarawak.
  97. Datuk Kelana Syed Abdul Rahman : Membawa Inggeris campurtangan di Sungai Ujong, N. Sembilan.
  98. Datuk Panglima Bukit Gantang :Haji Abdul Wahab bin Toh Muda Abdul Aziz – Bekas Menteri Perak (1948-1957), wakil Raja-Raja Melayu dalam Rombongan Merdeka ke London , 1956.
  99. Datuk Syahbandar Abdullah Tunggal : Penentang Inggeris di Sungai Ujong, N. Sembilan.
  100. Daud bin Ibrahim : Olahragawan Kebangsaan 1971 (Lumba Basikal).
  101. Daud bin Ishak : Pengarah Jabatan Telekom, 1983.
  102. David Marshall : Wakil Kerajaan dalam Rundingan Baling, 1955.
  103. Davin Arul : Rakyat Malaysia pertama memulakan ruangan Permainan Video di Komputer. Melancarkan akhbar dalam talian yang pertama pada 1995.
  104. Maharaja Derbar Raja : Raja Kedah yang pertama.
  105. Dol Said : Ketua orang Melayu Naning, Melaka yang menentang Inggeris di Melaka dalam Perang Naning pada tahun 1831-1832.
  106. Donald Stephen : Pemimpin Parti UNKO di Sabah yang menyokong penubuhan Malaysia pada 1963.
  107. Dato’ E.E.C. Thuraisingham : Portfolio Pelajaran dan Sistem Ahli, 1954.
  108. Edwin Dutton : Penyerang Pasukan Bolasepak Selangor (1948-1957).
  109. Eileen Sta Maria : Miss Golden Voice , Jabatan Telekom, 1954.
  110. Engku Besar Jeram Tuan Ahmad : Pembesar Kelantan yang menyokong perjuangan Tok Janggut menentang Inggeris di Kelantan.
  111. Engku Sayid Abd Rahman : Ulama Terengganu yang terkenal pada abad ke 19. 
  112. Esther Chuah : Pemain Bowling Kebangsaan – Juara Women’s World Championship pada 2003.
  113. Eu Tong Sen, OBE : Orang yang pertama memiliki kereta di Ipoh, Perak.
  114. Faiznur Miskin : pemenang 5 pingat Emas acara Jimnastik di Sukan SEA Kuala Lumpur pada tahun 1989.
  115. Puan Sri Fatimah bt Hashim : Menteri wanita yang pertama di Malaysia.
  116. Fong Ying Leong : Arkitek pembinaan semula bangunan Kelab Selangor pada 1978.
  117. Foo Kok Keong : Olahragawan Kebangsaan 1989 (Badminton).
  118. Tun Fuad Stephen : Ketua Menteri Sabah yang pertam – terkorban dalam Tragedi Double Six, iaitu nahas pesawat di Sabah pada 6 Jun 1971.
  119. Captain G.K. Ganjoor : Pilot MH 653 Malaysian Airline yang terhempas di Tanjung Kupang, Johor pada 4 Disember 1977.
  120. G.S. Sundang : Pemimpin Parti Pasok Momogun di Sabah yang menyokong penubuhan Malaysia pada 1963.
  121. Gean Kartar Singh : Pegawai Jabatan Penjara – dianugerahkan Pingat Seri Pahlawan Gagah Perkasa atas kejayaan dan keberanian mencegah tindakan banduan melarikan diri dari Penjara Pulau Pinang pada 1970.
  122. George Tan : Ahli Perniagaan yang terlibat dalam Skandal BMF di Hong Kong, 1983 yang mengakibatkan kematian Jalil Ibrahim.
  123. Ghandi J. Nathan : Juruterbang pesawat yang terhempas di Sabah pada 6 Jun 1976 yang turut mengorbankan Ketua Menteri  Sabah Ketika itu Tun Mohd Fuad Stephen.
  124. Datuk Seri Utama DiRaja Datuk  Ghazali Abdullah : Mufti Selangor (1968-1973) dan Mufti Perak (1977-1981). Satu-satunya Mufti yang pernah dilantik bagi 2 buah negeri.
  125. Ghulam Kadar : Pengarang akhbar “Fajahan Melayu” di Perak pada kurun ke 19.
  126. Gladys Chai : Olahragawati Kebangsaan 1973 (Badminton).
  127. Goh Khoon Gee : Olahragawan Kebangsaan 1968 (Bolajaring).
  128. Gurchan Singh : a.k.a “Lion of Malaya” – menentang Jepun semasa Perang Dunia Kedua, menulis dan menyebarkan akhbar secara rahsia kepada penduduk Malaya.
  129. Datuk H.M. Shah : Bekas Pengarah Urusan Utusan Melayu, Pengasas Shah Village di Petaling Jaya, 1962 dan orang pertama membuka stesen Minyak Shell di Jalan Gasing, Petaling Jaya pada tahun 1955.
  130. Tan Sri H.S. Ong : Presiden Royal Selangor Club, 1977.
  131. Hamid Jumat : Rundingan Baling, 1955.
  132. Hamzah bin Abdullah : Ahli Majlis Negeri Selangor sebelum perang.
  133. Hamzah bin Alang : Orang yang menaikkan bendera Persekutuan Tanah Melayu pada malam 31 Ogos 1957.
  134. Hamzah bin Hussein : Antara pengasas ASAS 50 pada 26 Ogos 1950.
  135. Hamzah Fansuri : Ilmuan Islam yang terkenal di Kepulauan Melayu pada abad ke 16.
  136. Tan Sri Hanafiah bin Hussain : Anak Melayu pertama menjadi ‘Chartered Accountant” , pengasas firma Perakaunan Bumiputera yang pertama, Pengarah Lembaga Urusan Tabung Haji yang pertama (1964) dan pengerusi FAMA yang pertama (1965).
  137. Hang Nadim : Tokoh yang banyak menyumbang kepada kemakmuran Johor pada abad ke 16.
  138. Harbak Singh : Antara operator wireless terawal di Air Sistem Raid KL sebelum Perang Dunia Kedua.
  139. Datuk Harun bin M. Hashim : Timbalan Presiden Royal Selangor Club, 1977.
  140. Harun bin Mohd Amin : Dikenali sebagai Harun Aminurrashid  - tokoh nasionalis Melayu lepasan SITC, Tg. Malim, Perak.
  141. Datuk Hashim bin Mat Idris : mengemukakan cadangan menamakan bendera Malaysia kepada “Jalur Gemilang” pada 11 Julai 1995.
  142. Hassan bin Manan : Pemimpin Kesatuan Melayu Muda yang ditahan oleh British pada tahun 1940.
  143. Datuk Seri Utama DiRaja Datuk Hassan bin Omar : Mufti Selangor (1976 -1985).
  144. Kolonel Hau Shik Lee (H.S. Lee) : Pengasas Parti MCA pada 27 Feb 1949, wakil Perikatan dalam Rombongan Kemerdekaan ke London pada 1956 dan juga Menteri Pengangkutan Kabinet Kerajaan Persekutuan yang pertama.
  145. Helen Chow : Olahragawati Kebangsaan, 1981 (Renang).
  146. Tun Sir Henry Lee : Pengasas akhbar China Press.
  147. Hijjas Kasturi : Arkitek Bangunan Tabung Haji, Bangunan Dayabumi, Menara Telekom dll.
  148. Hiu Siew : Kapitan Cina yang pertama di Kuala Lumpur.
  149. Ho Ah Loke : Tokoh bukan Melayu yang memberi sumbangan besar kepada dunia Perfileman Melayu.
  150. Ho Ah Thow : Pembantu Teknik Jabatan Telekom semasa Rundingan Baling, 1955.
  151. Hor Lung : Komandan Komunis Selatan Malaya yang menyerah diri kepada Kerajaan.
  152. Tun Hussein Onn : Perdana Menteri Malaysia yang ke 3 / Ketua Perikatan pemuda UMNO yang dibentuk pada tahun 1949.
  153. Ismail bin Abu Hurairah : Kadi Negeri Pahang yang pertama, 1890 dan juga penentang penjajahan Inggeris di Pahang.
  154. Ibrahim bin Yaacob : Pengasas Kesatuan Melayu Muda (KMM) pada tahun 1938.
  155.  Irma Nurzahrah Juniah : Pemidato Terbaik Dunia dalam Kejuaraan Debat Universiti Dunia pada 2004.
  156. Datuk Seri Utama DiRaja Datuk Ishak bin Baharom : Mufti Selangor (1985-1997).
  157. Ishak bin Hj Muhammad @ Pak Sako : Tokoh Kesatuan Melayu Muda.
  158. Tun Dr. Ismail bin Dato’ Abdul Rahman : Menteri Hasil Bumi dalam Kabinet Kerajaan Persekutuan yang pertama. Wakil tetap Malaysia yang pertama ke PBB.
  159. Ismail bin Hj Ishak : Pengarang buku “Ke Mekah mengikut Jalan Darat”, 1975.
  160. Ismail Kuala Par : Penentang Inggeris di Kuala Berang, Terengganu.
  161. Istiaq Mubarak : Pelari acara berpagar 100m Lelaki – melayakkan ke diri ke peringkat separuh akhir Sukan Olimpik di Montreal, Kanada pada 1976.
  162. J.R. Vethavanam : Ahli Majlis Kerajaan Selangor sebelum Perang.
  163. Jaafar bin Ismail : Tukang kebun yang dipertanggungjawabkan untuk menyediakan keperluan makanan dan minum Chin Peng dalam Rundingan Baling, 1955.
  164. Jaafar Jusoh Ali : pengarang buku “Perihal Pemergian ke Mekah & Madinah”, 1937.
  165. Jalil Che Din : jurulatih pasukan bolasepak Malaysia yang layak ke Sukan Olimpik di Munich, German pada 1972.
  166. Jeffrey Ong : Olahragawan Kebangsaan 1988 (Renang)
  167. Jimmy Asmara : antara pengasas Angkatan Sasterawan 50.
  168. Jimmy Chuah : mengetuai 6 orang banduan reman di Penjara Pudu dengan menahan 2 orang doktor sebagai tebusan pada tahun 1985.
  169. Datuk Ir. Joe Rajaratnam : bertanggungjawab dalam menyusun semula Jabatan Telekom pada tahun 1960’ an.
  170. Temenggung Jugah ak Barieng : Presiden pertama Parti Pesaka Anak Sarawak (PESAKA) – menyokong penubuhan Malaysia.
  171. Junaidah Aman : Olahragawati Kebangsaan 1971 dan 1972 (Olahraga).
  172. K. Ramanathan : Presiden Parti MIC yang ke-3 (1950-1951).
  173. K. Ramani : Pengerusi Majlis Keselamatan PBB pada Mei 1965.
  174. K. Retnam : Pembantu Teknik Jabatan Telekom – membantu pembinaan Rangkaian Radio Telegrafi ke Haadyai, Thailand pada 1962.
  175. K. Shanmugam : Pembantu Teknik Jabatan Telekom – Jurulatih Sekolah Latihan Telekom “Gracelyn” di Jalan Ipoh, KL.
  176. K. Thamboosamy Pillay : Ahli perniagaan dan pelombong – rakan niaga Loke Yew dan salah seorang pengasas Victoria Institution, Kuala Lumpur dan juga pengasas Kuil Shri Maha Mariamman di Kuala Lumpur.
  177. K. Vettivelu : Pemandu keretapi yang terkorban dalam serang hendap komunis di Tampin, N. Sembilan pada 14 November 1951.
  178. K.L. Devaser : Presiden Parti MIC yang ke-4 (1951-1955).
  179. K.P. Ramanathan Menon : Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Telekom Malaya - yang terlibat dalam membangunkan & mewujudkan bukit srom untuk menyediakan komunikasi VHF pada 1948.
  180. Kamaluddin Ahmad @ Keris Mas : antara pengasas Sasterawan 50 (ASAS 50) pada 26 Ogos 1950.
  181. Kamunta : Pejuang yang menentang Inggeris di Sabah yang meneruskan perjuangan Mat Salleh dan Mat Sator. Dijatuhkan hukuman mati pada Julai 1902.
  182. Kassim bin Omar : Ahli UMNO yang dibunuh oleh remaja Cina di Pulau Pinang pada 24 April 1969. Muka beliau telah disimbah dengan cat berwarna merah. Peristiwa ini membawa kepada tercetusnya tragedi 13 May 1969.
  183. Katerina Ong : Olahragawati Kebangsaan 1980 (Renang).
  184. Khawaja Hassan : Pahlawan Melaka di zaman Sultan Mahmud Shah.
  185. Khoo Boo Gong : Selangor State Council sebelum Perang.
  186. Khoo Boon Jin : Olahragawan Kebangsaan 1979 (Bowlings)
  187. Khoo Chong Beng : Olahragawan Kebangsaan 1975 (Olahraga)
  188. Khoo Siak Chew : Pemimpin Parti Bersatu dan Parti Cina Sabah yang menyokong penubuhan Malaysia.
  189. Koh Ah Seng : Pengawal Telekom – memperkenalkan “Crossbar System of Exchange in Telecommunications” pada 1950’an – bertanggungjawab membangunkan Satelit milik Malaysia.
  190. Koh Eng Tong : Pemenang pingat Emas – 1950 British Empire Weightlifting Feather Weight Division.
  191. Kiyai Salleh : menyerang kubu Bintang 3 di Kangkar Senanga, Parit Sulong semasa era Darurat.
  192. Kulup Ali : pejuang menentang Inggeris di Perak , dipenjara seumur hidup oleh British kerana terlibat dalam komplot membunuh Residen British di Perak, J.W.W. Birch pada 1 November 1875.
  193. Kulup Riau : orang sebenar yang menemui Tanah Tinggi Cameron Highland.
  194. Dato’ Bandar Kulup Tunggal : Pembesar yang memajukan perlombongan bijih timah di Sungai Ujong, N. Sembilan.
  195. Linggir : Ketua orang Iban Saribas yang menentang penjajahan Inggeris di Sarawak.
  196. Lai Tek : Setiausaha Parti Komunis Malaya sebelum Chin Peng – ejen serampang 3 mata.
  197. Lam Swee : Anggota PKM yang mengawal Pan Malayan Federation of Trade Unions, 1947.
  198. Lam Woh Kwai : Ketua Biro Kedua Parti Komunis Kalimantan Utara (PKKU) di Sarawak.
  199. Lau Yew : Antara 3 pemimpin tertinggi MPAJA semasa Pemerintahan Jepun di Tanah Melayu. Menghadiri Victory Parade di London selepas perang. Beliau telah menyertai PKM selepas Perang dan telah dibunuh oleh Pasukan Keselamatan pada tahun 1948.
  200. Law Ah Sam : dilantik sebagai ejen oleh Long Jaafar untuk mengendalikan kawasan lombong bijih timah di Klian Pauh, Perak.
  201. Lee Ah Kun : Ketua Puak Ghee Hin di Larut yang telah dibunuh oleh puak Hai San.
  202. Lee Kwok Thye : Structural Designer & Site Supervisor – Projek Stadium Merdeka, 1956.
  203. Lee Quat Leong : Teknisian Penyejukbekuan – mati ketika dalam soalsiasat Polis pada 12 Mei 1995 kerana disyaki terlibat dalam kes rompakan di Maybank Finance Taman Cheras pada Mac 1995.
  204. Tan Sri Lee San Choon : Presiden Parti MCA (1974-1983).
  205. Dr. Lee Tiang Keng : Potfolio Kesihatan, Sistem Ahli 1951.
  206. Lee Wei King : Pengasas Kuil Cheng Hoon Teng di Melaka pada 1646.
  207. Leong Choon Choong : Kontraktor yang bertanggungjawab membina Menara Condong di Teluk Intan, Perak pada 1885.
  208. Leong Fee @ Liang Pi Jao : Vice Consul - Chinese Government,  Penang (1901-07)
  209. Li Kup : Kapitan Cina yang membina Tokong Cheng Hoon Teng  di Melaka pada 1646.
  210. Lisa Kwan : Olahragawati Kebangsaan 1991 / 1993 (Bowlings).
  211. Lim Ah Sam : Membuka perlombongan di Sungai Lembing, Pahang pada 1868.
  212. Lim Ai Lian : Olahragawati Kebangsaan 1992 (Golf).
  213. Kapitan Lim Eng Huat : Kapitan Cina Town yang kedua di Terengganu.
  214. Lim Fung Kee : Penjaga Gol Malaysia dalam Skuad Olimpik 1972.
  215. Lim Teong Kim : Pemain bolasepak Malaysia bertaraf profesional – bermain untuk Herta Berlin, Germany.
  216. Lim Kah Ngam : Kontraktor Rumah Persekutuan Kuala Lumpur, 1952.
  217. Tun Ling Liong Sik : Presiden Parti MCA (1986-2003).
  218. Liu Ngim Kong : Kapitan Cina yang kedua di Kuala Lumpur dilantik pada tahun 1861.
  219. Loh Teng Kong, Peter : Jurutera Stuktur, Projek Stadium Merdeka, 1956.
  220. Loke Chow Kit : Rakaniaga kepada Loke Yew / Chow Kit & Co.
  221. Loke Wan Tho : Rakaniaga Ho Ah Loke, Cathay Kris Film Production.
  222. Low Chin Hon : Clerk of Work – projek Stadium Merdeka, 1956.
  223. Low Yat : Pemaju dan Kontraktor di Malaya sekitar 1950’ an.
  224. Lui Tong Tai : Anggota komunis yang membunuh 3 peladang Inggeris di Sungai Siput, Perak pada 1948.
  225. Dr. Lum Yun Foo : Jabatan Telekom Malaysia – mengetuai Projek ‘Teletek’ , 1965.
  226. Lydia Kwah Poh Ling : Olahragawati Kebangsaan 1990 (Bowling).
  227. Datuk M. Chandran : Kapten Skuad Bolasepak Malaysia (1970 – 1974) – beraksi di Sukan Olimpik di Munich pada 1972 dan memimpin skuad Negara memenangi Pingat Gangsa di Sukan Asia di Tehran pada 1974.
  228. M. Kumaresan : Olahragawan Kebangsaan 1987 (Lumba Basikal)
  229. M. Kuppan : Jurulatih Skuad Bolasepak Malaysia, 1973.
  230. M. Mahendran : Olahragawan Kebangsaan 1972 (Hoki)
  231. M. Rajamani : Olahragawati Kebangsaan 1966 (Olahraga)
  232. Maharaja Kumar : Pemerintah Kelantan pada 1411.
  233. Dato’ Maharaja Lela : Pembesar Perak yang menentang Inggeris – dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Inggeris kerana terlibat dalam pembunuhan Residen British di Perak, J.W.W. Birch pada 1 November 1875.
  234. Dato’ Mahfuz Khalid : Pengarah JKR yang terkorban dalam tragedi Nahas Pesawat Malaysia Airline (MH 653) di Tanjung Kupang, Johor pada 4 Disember 1977. Nama beliau diabadikan di Dewan Mahfuz Khalid di Ibu Pejabat JKR di Jalan Sultan Salahuddin, KL.
  235. Ma Huan dan Fei Shin : Dua pengembara dari Negeri China yang melawat Melaka di awal penubuhan Kerajaan Melayu Melaka.
  236. Mak Foon Than : dijatuhkan hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi Hong Kong kerana terbabit dalam pembunuhan Jalil Ibrahim , Pen. Pengurus Besar BMF di Hong Kong pada Julai 1983.
  237. Mansor Adabi : Suami kepada Maria Hertogh @ Natrah – yang menyebabkan berlaku rusuhan di Singapura pada 1950’an.
  238. Mansor Yassin : Ketua Jurulatih Telekom Training College, Jalan Gurney, KL pada 1970’ an.
  239. Marina Chin : Olahragawati Kebangsaan 1976 / 1977 (Olahraga)
  240. Mario Garcia : Duta Cuba ke Jepun yang terkorban dalam Nahas Pesawat MH 653 Malaysia Airline di Tanjung Kupang, Johor pada 4 Disember 1977.
  241. Masuri S.N : Antara pengasas Angkatan Sasterawan 1950.
  242. Mat Arshad : Jurubahasa yang mengiringi J.W.W. Birch di Pasir Salak, Perak.
  243. Mat Kilau : Penentang Inggeris di Pahang bersama Tok Gajah dan Dato Bahaman.
  244. Mat Salleh : mengetuai penentangan terhadap Inggeris di Sabah (1894-1900) – terkorban dalam satu pertempuran pada 1900.
  245. Mat Sator : Pejuang menentang Inggeris di Sabah yang meneruskan perjuangan Mat Salleh. Beliau telah terkorban dalam satu pertempuran pada April 1900.
  246. Mat Tok Pitas : menentang Inggeris di Kuala Berang, Terengganu.
  247. Datuk Mazlan bin Idris :           ADUN Batu Talam, Pahang – dijumpai mati dibunuh dengan kejam oleh pasangan bomoh suami Isteri (Mona Fandey) pada 13 Julai 1993.
  248. Maznah bt Ismail @ Mona Fandey : Pengamal Ilmu Hitam dan bomoh. Beliau bersama suaminya dan seorang pembantu telah digantung sampai mati pada 2 November 2001 kerana terbabit dalam kes pembunuhan kejam ADUN Batu Talam, Pahang, Datuk Mazlan Idris pada 13 Julai 1993.
  249. Datuk Seri Utama DiRaja Datuk Md Salleh bin Hassan : Mufti Selangor (1974-76).
  250. Megat Seri Rama : Laksamana Bentan – bertanggungjawab membunuh Sultan Mahmud II Johor (Sultan Mahmud Mangkat Di Julang) pada tahun 1699.
  251. Michael Chuah : Runner-up in Bowling World – Cup Competition, 1983, National Sportsman 1984.
  252. Misbun bin Hj Sidek : Olahragawan Kebangsaan 1981 / 1983 (Badminton)
  253. OKK Haji Mohammad Arshad : Ketua Anak Negeri (Sabah) yang menganggotai Pentadbiran Syarikat Borneo Utara British.
  254. Mohd Darus : Pengarah Telekom, Trafik dan Perhubungan Awam, bermula sebagai kerani pada tahun 1951. Beliau bertugas di Bangunan AIA, Jalan Ampang KL ketika Tentera Merah Jepun menawan bangunan tersebut pada 4 Ogos 1975.
  255. Datuk Mohd Nor bin Khalid @ Lat : kartunis terkenal di Malaysia, antara koleksi beliau ialah “Lat The Kampung Boy”, “Keluarga si Mamat” dll.
  256. Mohd Omar bin Hj Bakar : Pengarang akhbar “Fajahan Melayu” yang diterbitkan pada tahun 1896 di Taiping, Perak.
  257. Mohd Rakawi Yusof : Pengarang akhbar “Fajar Sarawak” yang diterbitkan pada tahun 1930.
  258. Mohd Salleh bin Abd Karim @ Kiyai Salleh : Pahlawan Melayu Johor yang menentang Bintang Tiga (Komunis) di Daerah Batu Pahat dan Muar, Johor.
  259. Dato Mohd Seth : Wakil Raja-Raja Melayu dalam Rombongan Merdeka ke London, 1956.
  260. Datuk Mohd Taha Talib : ADUN Kawasan Tampin – ditemui mati pada April 1982. Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Datuk Mokhtar Hashim ditahan polis kerana disyaki terlibat dalam kes tersebut.
  261. Mokhtar Dahari (Allahyarham) : Olahragawan Kebangsaan 1976 (Bolasepak) – legenda bolasepak Malaysia.
  262. Morshidi Sidek : Ahli Kumpulan Sulit Rukun 13 – dihukum gantung oleh Inggeris kerana terlibat dalam pembunuhan Gabenor British di Sarawak, Sir Duncan Stewart.
  263. Tuan Hj Muhamad Arif : Pereka bentuk Masjid Abu Bakar di Johor Bahru.
  264. Muhammad Amin bin Hj Mohd Yusof : Pemilik Selangor Press yang menerbitkan akhbar “Majlis” pada 17 Disember 1931 di Kuala Lumpur.
  265. Muhammad Ghazalie Shafie : Ahli Suruhanjaya Cobbold, 1962.
  266. Muhammad Ibrahim Munsyi : Penterjemah isi kandungan “Perjanjian Pangkor” ke dalam bahasa Melayu pada tahun 1874.
  267. Dato’ Muhammad Salleh bin Perang : Pesuruhjaya Polis, Ketua Jabatan Ukur dan Ketua Jabatan Tanah Negeri Johor yang melukis peta pembangunan Negeri Johor.
  268. Muhammad Yusuf bin Ahmad @ Tok Kenali : Ilmuan Islam terkenal di Kelantan pada abad ke 19.
  269. Munsyi Abdullah bin Abdul Kadir : Pengarang Melayu terkenal dan guru kepada Sir Stamford Raffles.
  270. Musa bin Hj Abdul Ghani @ Hj Musa Minangkabau : seorang ulama yang disegani di Terengganu, pernah menyifatkan undang-undang Inggeris sebagai Undang-Undang Kafir.
  271. Mustafa Albakri Hassan : Potfolio Perhubungan dan Masyarakat – Sistem Ahli 1954.
  272. N. Suzuki : Jurufoto berbangsa Jepun yang mengambil gambar Batu Bersurat di Terengganu pada 1922.
  273. Najmi Faiz bin Mohammed Aris : anak Melayu yang memenangi anugerah “The Best Research of Good Prospect”  di United Kingdom pada tahun 2005.
  274. Nakajima Shizue : Warga Jepun yang Berjaya dikeluarkan dari Runtuhan Highland Towers pada 11 Disember 1993 namun meninggal dunia akibat kecederaan parah.
  275. Namat bin Abdullah : Kapten Skuad Bolasepak Malaysia, 1974.
  276. Ng Boon Bee : Olahragawan Kebangsaan 1968 (Badminton)
  277. Ng Joo Ngan : Olahragawan Kebangsaan 1970 (Lumba Basikal)
  278. Ngah Ibrahim : Pembesar Perak yang turut menandatangani Perjanjian Pangkor pada tahun 1874. Dibuang daerah ke Pulau Seychelles kerana terlibat dalam komplot membunuh Residen British, J.W.W. Birch pada 1875.
  279. Ngah Jabor : Dipenjara seumur hidup kerana terlibat dalam pembunuhan JWW Birch di Pasir Salak pada 1875.
  280. Dato Nik Ahmad Kamil : Wakil Raja-Raja Melayu dalam Rombongan Merdeka ke London pada 1956.
  281. Dr. Norhisham Wahab : Pengasas rawatan Hidroterapi ‘Color Vibration Theraphy” iaitu merawat penyakit dengan menggunakan air.
  282. Norsham bt Yon : Olahragawati Kebangsaan 1983 (Olahraga)
  283. Nur Hamidah bt Najib : Bayi perempuan berusia 18 bulan yang terselamat dalam tragedy runtuhan Highland Towers pada 11 Disember 1993.
  284. Nurheman Majid : Olahragawan Kebangsaan 1994 (Olahraga).
  285. Nurul Huda Abdullah : Olahragawati Kebangsaan 1985-1989 (Renang)
  286. Ong Mei Lin : Olahragawati Kebangsaan 1969 (Renang)
  287. Orang Kaya Maharaja Setia Raja Hj Wan Daud : memulakan penentangan awal terhadap Inggeris di Pahang.
  288. Tan Sri Osman Samsudin Cassim : KSU Kementerian Pengangkutan yang ditukar ganti dengan Tentera Merah Jepun (JRA) yang menawan Bangunan AIA di Kuala Lumpur pada 4 Ogos 1975.
  289. Othman Mohd Noh : Pengasas Kg. Morten di Melaka.
  290. P. Kalimuthu @ Bentong Kali : Penjenayah paling berbahaya sekitar 90’an, ditembak mati oleh Pasukan Polis pada 29 Jun 1993.
  291. P. Siva Subramaniam : Kakitangan Telekom yang berpangkalan di Ipoh semasa Rundingan Baling, 1955 - memasang Sistem penggera Gas Tekanan yang pertama di Kuala Lumpur untuk mengesan kerosakan pada litar Komunikasi.
  292. Dr. P.S. Nathan : Pemenang Pingat Emas Bowling dalam Sukan SEAP, 1975.
  293. Pandak Induk : Penentang Inggeris di Perak – dihukum gantung kerana terlibat dengan pembunuhan Residen British di Perak, JWW Birch di Pasir Salak pada 1 November 1875.
  294. Pangeran Dipati Anum : Mengetuai Angkatan Jambi menyerang Johor pada 1673.
  295. Pangeran Muda Hashim : Pangeran Bendaharan Borneo yang melantik James Brooke sebagai Gabenor di Sarawak pada 1841.
  296. Pangeran Nipa : Penentang Inggeris di Daerah Mukah di Sarawak.
  297. Pangeran Samah : Ketua kaum Bajau yang menentang Inggeris di Sabah pada 1884.
  298. Pangeran Shahbandar Hassan : Bertempur dengan Angkatan British di Sabah pada Disember 1888.
  299. Panglima Kulup Ali : Mengetuai Angkatan Melayu menyerang Garison Belanda pada tahun 1690.
  300. Panglima Muda Jempol : Membantu dan menyokong perjuangan Dato Bahaman menentang Inggeris di Pahang.
  301. Panglima Perang Semaun : penentang Inggeris di Perak – dibuang daerah ke Skudai Johor kerana terbabit dalam pembunuhan JWW Birch di Pasir Salak, Perak pada 1875.
  302. Panjang Bur : Dijatuhi hukuman penjara seumur hidup kerana terbabit dalam pembunuhan JWW Birch di Pasir Salak, Perak pada 1875.
  303. Patih Harun dan Patih Elias : Penggubah Undang-undang Laut Melaka pada abad ke 15.
  304. Patih Unus : Pahlawan Jawa yang menyerang Melaka pada 1513.
  305. Penghulu Mat Ali : Penentang Inggeris di Perak.
  306. Peter Chin : Pemimpin Parti Demokratik Sabah yang menyokong penubuhan Malaysia pada 1965.
  307. Datuk Peter Mojuntin : Menteri Kerajaan Tempatan Sabah yang turut terkorban dalam nahas pesawat pada 6 Jun 1976 (Double Six).
  308. Dato Punch Gunalan : Olahragawan Kebangsaan 1969 / 1974 (Badminton).
  309. R. Arumugam : Penjaga gol Malaysia era 70’an – sezaman dengan Allahyarham Mokhtar Dahari, Son Chin Aun, Santokh Singh dll. Meninggal dunia dalam kemalangan jalanraya pada 18 Disember 1988.
  310. R. Ramani : Wakil Tetap Malaysia ke PBB , Pengerusi Majlis Keselamatan PBB, Mei 1965.
  311. Rabuan Pit : Olahragawan Kebangsaan 1980 / 1982 (Olahraga).
  312. Radhika Menon : Olahragawati Kebangsaan 1970 (Tenis).
  313. Dr. Radzi Jaafar : Doktor yang menjadi tawanan dan tebusan Banduan Jimmy Chuah di Penjara Pudu, KL pada tahun 1985.
  314. Raja Abdullah bin Raja Jaafar : Menemui bijih timah di pertemuan antara Sungai Gombak dan Sungai Klang pada tahun 1857.
  315. Raja Abdullah bin Seyed Salim : Pengurus Besar “The Malay Mining Syndicate” pada tahun 1930’ an.
  316. Raja Ali Haji ibnu Raja Ahmad : Penulis buku yang terkenal pada abad ke 19, karyanya yang terkenal ialah “Tuhfat al-Nafis” dan “Silsilah Melayu dan Bugis”. 
  317. Raja Azmi Raja Ambiah @ R. Azmi : penyanyi terkenal era 50’an dan pernah menjadi saingan hebat kepada P. Ramlee.
  318. Raja Busu : Kerabat Di Raja Selangor – membuka lombong bijil di Lukut.
  319. Raja Chulan ibni Sultan Abdullah : Ahli Majlis Undangan Persekutuan.
  320. Raja Haji bin Upu Daeng Celak : Tokoh dunia Melayu yang terkorban sebagai Syuhada ketika menentang penjajahan Belanda di Melaka.
  321. Raja Kamaralzaman Ibn Raja Mansur @ Raja Ngah Mansur : ADC kepada Sultan Idris, Perak – menulis lirik lagu kebangsaan negeri Perak yang kemudian menjadi lagu Kebangsaan Malaysia iaitu  “Negara Ku”.
  322. Raja Kecil @ Sultan Abdul Jalil Rahmat Shah : Putera dari Siak yang telah menawan Riau pada 1718, merampas takhta Kerajaan Johor dan menjadi Sultan Johor dari 1718 – 1722.
  323. Raja Laut : Ketua Adat masyarakat Melayu di Kuala Lumpur pada kurun ke 18.
  324. Raja Mahdi : Pembesar Jajahan Kelang yang menentang Inggeris di Selangor.
  325. Raja Mudaliar : Saudagar India yang kaya di Melaka – telah menfitnah Bendahara Tun Mutahir sehingga beliau dan keluarganya dihukum bunuh oleh Sultan Mahmud Shah, Melaka.
  326. Raja Ong Maha Perita Deria : Raja Kedah yang terkenal dengan gelaran “Raja Bersiong” – Raja ke 4 daripada keturunan Merong Mahawangsa.
  327. Raja Syed Alwi : Menandatangani Perjanjian dengan British – penyerahan Perlis kepada Jajahan British pada tahun 1930.
  328. Raja Temagi : Raja Temasik (Singapura) yang menyambut baik ketibaan Parameswara.
  329. Raja Uda bin Raja Muhammad : Selangor State Council sebelum Perang.
  330. Dato Ramli bin Omar : Timbalan Menteri Pengangkutan – menawar diri menjadi tukar ganti tebusan Tentera Merah Jepun (JRA) yang menawan bangunan AIA di Kuala Lumpur pada 4 Ogos 1975.
  331. Rani Kaur : Olahragawati Kebangsaan 1974 (Hoki).
  332. Rashid Maidin : Pemimpin Kanan Melayu dalam Parti Komunis Malaya – memimpin Rejimen ke 10 PKM di Bentong, Pahang dan meninggal dunia pada 1 September 2006.
  333. Rashid Sidek : Olahragawan Kebangsaan 1990 – 1992 (Badminton).
  334. Rentap : Ketua Kaum Iban yang menentang Inggeris di Sungai Skrang, Sarawak.
  335. Robert Choe : Ketua Pasukan Bolasepak Malaya, Piala Merdeka 1950’ an.
  336. Robert Kuok Hock Nien : Ahli perniagaan Malaysia yang Berjaya.
  337. Rosli Dhoby : Ahli Kumpulan Sulit Rukun 13 di Sarawak yang telah membunuh Gabenor British ke 2 di Sarawak, Sir Duncan Stewart pada 3 Disember 1949. Dihukum gantung oleh Inggeris.
  338. Rosman Alwi : Olahragawan Kebangsaan 1985 (Lumba Basikal).
  339. Run Run Shaw & Rumee Shaw : Rakan kongsi Shaw Brothers, Studio Jalan Ampas, Singapura.
  340. Saiyed Husin bin Ghulam Al-Bukhari : Ahli perniagaan yang menemui Batu Bersurat di Kg. Buloh, Terengganu pada tahun 1902.
  341. Salleh Pasir Nyiok (Penghulu) : Penentang Inggeris di Kuala Berang,Terengganu.
  342. Datuk Salleh Sulong : Menteri Kewangan Sabah yang turut terkorban dalam nahas pesawat di Sabah pada 6 Jun 1976 (Double Six).
  343. Santokh Singh : Pemain Pertahanan Pasukan Bolasepak Selangor / Malaysia pada 1972-1985.
  344. Sardhar Budh Singh : Presiden Parti MIC yang kedua dari 1947 – 1950.
  345. Datin Sarimah Adzrina : Pereka fesyen yang mencipta nama di Kota London.
  346. Sawing dan Salakai : mengetuai suku kaum Melanau di Sarawak – menyerang kubu James Brooke di Kanowit, Sarawak.
  347. Sayyid Abdul Aziz : Ulama dari Jeddah yang telah mengislamkan Sultan Muhammad Shah, Melaka.
  348. Sayyid Abdul Rahman al-Idrus @ Ungku Sayid Paloh : Tokoh ulama Terengganu yang menganggap perjuangan Dato Bahaman menentang Inggeris di Pahang sebagai Perang Sabil atau Jihad.
  349. Seng Meng Lee : Kapitan Cina di Sungai Ujong, N. Sembilan yang telah dipancong oleh musuhnya pada 1862. Kuil Sze Ya di Lebuh Pudu, K.Lumpur yang dibina oleh Yap Ah Loy pada 1883 adalah untuk menghormati kematian beliau.
  350. Seputum : Orang yang dikatakan bertanggungjawab menikam JWW Birch di Pasir Salak, Perak pada 1 November 1875. Dihukum gantung oleh Inggeris.
  351. Tan Sri Shafie Abdullah : Setiausaha Politik Tunku Abdul Rahman – turut serta dalam Rundingan Baling, 1955.
  352. Shahbandar Uda Mahamor : Dibuang daerah ke Pulau Seychelles kerana terlibat dalam komplot membunuh Residen British di Perak iaitu JWW Birch pada 1875.
  353. Shalin Zulkifli : Olahragawati Kebangsaan 1994 (Bowling).
  354. Shamsiah Sultan Pakeh : Pemimpin AWAS (Angkatan Wanita Sedar) yang menentang Perlembagaan Persekutuan 1948.
  355. Tan Sri Dato ‘ Shamsudin Abdul Kadir : Pengasas SAPURA Holdings.
  356. Shamsudin Mat Udin : Operator Telefon di Bukit Mertajam – Rundingan Baling, 1955.
  357. Sharif Masahor : Pemimpin Melayu Sarawak yang menyerang kubu James Brooke di Sarawak.
  358. Sharon Low / Su Lin : Olahragawati Kebangsaan 1995 (Bowling).
  359. Sheikh Abdul Malek bin Abdullah @ Tok Ku Pulau Manis : Ulama terkenal di Terengganu sekitar tahun 60’an.
  360. Sheikh Abdullah bin Abdul Kahar @ Tok Pauh : Ulama terkenal di Terengganu.
  361. Shirley Chow : Olahragawati Kebangsaan 1979 (Bowling).
  362. Shukor Salleh : Olahragawan Kebangsaan 1977 (Bolasepak).
  363. Sinzo Kikuchi : Gabenor Selangor semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu.
  364. So Ah Chiang : Ketua Kumpulan Kongsi Gelap Ghee Hin di Klian Bharu (Kamunting), Perak.
  365. Datuk Soh Chin Aun : Ketua pasukan bolasepak Malaysia di Sukan Olimpik di Munich, 1972.
  366. Tan Sri Dato’ Soong Siew Hoong : Setiausaha Agung – Associated Chinese Chambers of Commerce & Industry of Malaysia, 1987.
  367. Stan Gabriel : Pemain bolasepak Selangor yang telah menjaringkan 106 gol dalam 15 perlawanan pada 1963.
  368. Stephen Kalong Ningkan : Pengasas Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) pada 10 April 1961 – menyokong penubuhan MALAYSIA.
  369. Subash Chandra Bose : Mengetuai Indian National Army semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu.
  370. Sufiah bt Yusuf : Rakyat Malaysia yang diterima masuk ke University of Oxford pada usia 13 tahun.
  371. Sui Mah : Anggota Komunis dari 11th Regiment Malayan Races Liberation Army yang mengetuai serangan dan membunuh Sir Henry Gurney pada 6 Oktober 1951.
  372. Sukdave Singh : Pengawal Keselamatan Bangunan AIA di Jalan Ampang, KL yang cedera ditembak oleh pengganas Tentera Merah Jepun (JRA) pada 4 Ogos 1975.
  373. Sultan Abdul Samad : Sultan Selangor yang menerima perlantikan Residen British di Selangor.
  374. Sultan Abdullah Mukarram Shah : Sultan Kedah yang menyerahkan Pulau Pinang kepada Francis Light pada tahun 1786.
  375. Sultan Abu Bakar Daeng Ibrahim : Sultan Johor (1862-1895) – Bapa Permodenan Johor, menamakan Bandar Tanjung Puteri sebagai Johor Bahru.
  376. Sultan Ahmad Tajuddin : Sultan Kedah dalam Perjanjian Burney 1826.
  377. Sultan Ahmad Tajuddin II : Pengarang “Syair Sultan Ahmad Tajuddin”.
  378. Sultan Alauddin Riayat Shah : Pengasas Kerajaan Johor di Kota Tinggi pada tahun 1528 – putera kepada Sultan Mahmud Shah Melaka.
  379. Sultan Hussin Mohamad Shah : Bertanggungjawab menyerahkan Singapura kepada Inggeris pada tahun 1819.
  380. Sultan Mahmud Shah : Sultan Melaka terakhir semasa serang Portugis ke atas Melaka pada 1511.
  381. Sultan Mahmud Shah II : “Sultan Mahmud Mangkat di julang”- Sultan Johor terakhir dari keturunan Sultan Melaka yang telah dibunuh oleh Laksamana Megat Seri Rama pada tahun 1699.
  382. Sultan Muzaffar Shah (Melaka) :  Sultan Melaka yang menjadikan agama Islam sebagai agama Rasmi Melaka pada tahun 1445.
  383. Sultan Omar Ali Saifuddin : Sultan Brunei yang telah mengiktiraf James Brooke sebagai Raja Sarawak.
  384. Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah : Dilantik oleh Bugis sebagai Sultan Johor.
  385. Sultan Zainal Abidin II : Sultan Terengganu yang menentang Perjanjian Inggeris – Siam pada tahun 1902.
  386. Syarif Masahor : Gabenor Sarikei – menentang kuasa Inggeris di Sarawak dan menyerang kubu Inggeris di Kanowit, Sarawak.
  387. Syarif Muhammad Al-Baghdad : pendakwah Islam yang terawal di HuluTerengganu.
  388. Datuk Kelana Syed Abdul Rahman : Membawa Inggeris campurtangan di Sungai Ujong, N. Sembilan.
  389. Syed Abdul Rahman Al-Idrus :  dikenali sebagai “Tokku Paloh”- ulama yang menentang Inggeris di Terengganu.
  390. Syed Hussein al-Atas : Ahli Perniagaan Arab di Pulau Pinang – pengasas Masjid Melayu di Acheen Street, P.Pinang.
  391. Syed Hussein Ali al-Sagoff : Pemilik Anglo – Asiatic Press yang menerbitkan akhbar “Warta Malaya” pada 1 Januari 1930.
  392. Syed Hussein Wafa : Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri Sabah yang turut terkorban dalam nahas pesawat di Sabah pada 6 Jun 1976.
  393. Syed Mohamad Nong Yahya : antara yang terawal dipilih menganggotai Johore Military Force.
  394. Syed Mohamed Al-Atas : Ahli perniagaan senjata api di Pulau Pinang dan juga ketua Kongsi Gelap Melayu “Bendera Merah”.
  395. Syed Shaaban : Pembesar Rembau yang membantu Penghulu Dol Said dalam Perang Naning 1831.
  396. Syed Sheikh Al-Hadi : Tokoh Gerakan Islah – Penerbit “Al-Imam” (1906) dan “Al-Ikhwan” (1925).
  397. Syeikh Junid Tola : Pelopor Institusi Pondok di Perak – penggerak utama kepada pembinaan Masjid Kg.Lalang, Padang Rengas pada 1947.
  398. Syeikh Syamsuddin as-Sumatra-I : Ulama sufi yang bermukim di Melaka – gugur sebagai Syudaha semasa menentang Portugis.
  399. Syeikh Tahir Jalaluddin : Tokoh reformis yang menerbitkan majalah al-Iman, Neraca dan al-Ikhwan pada tahun 1926.
  400. T.H. Tan : Rundingan Baling, 1955.
  401. Tan Aik Huang : Olahragawan Kebangsaan 1967 (Badminton)
  402. Tan Chee Koon & Dr. Lim Chong Eu : Pengasas Parti Gerakan Malaysia , 1968.
  403. Dato ‘Tan Cheng Lock : Wakil Kerajaan dalam Rundingan Baling, 1955. Yang DiPertua Parti MCA yang pertama yang juga salah seorang pengasasnya.
  404. Dato’ Tan Hiok Nee : Ketua Kongsi Ngee Heng di Johor – Ahli Johor State Council.
  405. Tan Kee Boo : Pembantu Teknik Jabatan Telekom semasa Rundingan Baling, 1955.
  406. Tan Kim Seng : Memberi sumbangan pembinaan Jambatan Kim Seng dan Kim Seng Clock Tower di Melaka.
  407. Tan Koon Swan : Presiden Parti MCA ( 1985-86)
  408. Tan Kuan Seah @ Raja Laut : Ketua kumpulan lanun di Perak sekitar tahun 1970’an.
  409. Tan Poh Keat : Pengarah Jabatan Telekom dan bertanggungjawab dalam “Telecom Turnkey Projects”, 1980.
  410. Tun Tan Siew Sin : Presiden MCA (1961-1974) dan bekas Menteri Kewangan Malaysia.
  411. Penghulu Tawi Sli : Ketua Menteri Sarawak, 1966
  412. Tengku Ampuan Mariam : Permaisuri Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah yang mengarang “Syair Dahulukala”.
  413. Tengku Dalam Kalthum bt Tengku Khazaki : Pengarang “Syair Tawarikh Zainal Abidin II.”
  414. Tengku Dhiauddin @ Tengku Kudin : Menantu Sultan Abdul Samad (Selangor) dalam Perang Saudara di Selangor 1866 – 1873.
  415. Tengku Mahmud Mahyiddeen : Putera Raja Patani yang mengetuai pasukan Melayu menentang Tentera Jepun.
  416. Tengku Yacob Sultan Hamid : AJK Penyelaras Pertandingan mencorak Bendera Tanah Melayu pada Mei 1948.
  417. Tin Song Sheng : Kanak-kanak berusia 7 tahun dari Sekolah Rendah di Taman Rashna, Kelang yang hilang ketika pulang dari sekolah pada 12 Januari 1996 dan sehingga kini masih tidak ditemui. Beliau dipercayai telah diculik oleh satu sindiket yang memperdagangkan kanak-kanak di Thailand.
  418. Toh Seang Tast : Ahli perniagaan dari Pulau Pinang yang telah menghadiahkan rumahnya kepada Duke of Edinburgh semasa lawatannya ke Pulau Pinang pada tahun 1869.
  419. Tok Berlian Mahmud : Pembesar dan Pahlawan Terengganu.
  420. Tok Gajah @ Imam Rasu bin Shahrum : Orang Kaya Imam Indera Gajah Pahang – penentang Inggeris di Pahang.
  421. Tok Janggut @ Hj Mat Hassan bin Munas : Penentang Inggeris di Negeri Kelantan. Beliau telah terkorban semasa serangan Inggeris di Pasir Puteh, Kelantan pada tahun 1915.
  422. Tok Tun Indera : Pahlawan Terengganu di zaman Sultan Zainal Abidin 1.
  423. Too Joon Hing : Timbalan Menteri Pelajaran yang turut serta dalam Rundingan Baling pada 1955.
  424. Tu Lung Shan : Anggota Parti Komunis Malaya yang ditugaskan mencari ahli baru pada tahun 1939.
  425. Tua Pui Lek : Ketua kumpulan Kongsi Gelap “5 Finger Mountain” yang telah dibunuh oleh Penjenayah Botak Chin pada 1970’ an.
  426. Datuk Tuanku Hj Bujang bin Tuanku Othman : Presiden Parti Barisan Rakyat Jati Sarawak (BARJASA) yang pertama (1961) – menyokong penubuhan Malaysia pada 1963.
  427. Yam Tuan Tuanku Muhammad : Pemerintah Negeri Sembiland dari 1887 hingga 1933.
  428. Tok Raja Ri : Pendakwah dan pembesar Istana Terengganu yang datang bersama Pengisytiharan Batu Bersurat.
  429. Tun Abdul Majid bin Tun Mat Ali : Bendahara Kerajaan Johor Lama.
  430. Tun Besar : Anak kepada Bendahara Tun Perak yang telah dibunuh oleh Raja Muhammad, putera Sultan Mansur Syah semasa bermain sepak raga.
  431. Tun Fatimah : anak Bendahara Tun Mutahir – diambil menjadi permaisuri Sultan Mahmud Syah Melaka setelah bapanya dibunuh oleh Sultan.
  432. Tun Habib Abdul Majid : Bendahara Johor.
  433. Tun Hamzah : Hulubalang besar Melaka di zaman Sultan Mansur Syah.
  434. Tun Jana Khatib : Ulama yang dibunuh oleh Paduka Seri Maharaja dalam versi Sejarah Melayu – beribu-ribu ikan todak menyerang Singapura setelah beliau dibunuh.
  435. Tun Kerutup @ Seri Bija DiRaja : Pembesar Melaka yang telah dibunuh oleh Sultan Mahmud Syah kerana menentang perlantikan baginda sebagai Sultan Melaka.
  436. Tun Mutahir :  Bendahara Melaka selepas kematian Bendahara Tun Perak – dibunuh oleh Sultan Mahmud Shah beserta keluarganya kerana fitnah.
  437. Tun Perak : Bendahara Kerajaan Melayu Melaka yang terkenal (1456 – 1498).
  438. Tun Perpateh Puteh : Dihantar oleh Sultan Mansur Shah Melaka ke Negeri China untuk mengirigi Puteri Hang Li Poh ke Melaka.
  439. Tun Seri Lanang : Pengarang buku “Sejarah Melayu”.
  440. Umi Rashidah Khoruman : Pembantu Rumah dari Indonesia yang terselamat dalam Tragedi Runtuhan Highland Towers pada 11 Disember 1993.
  441. Usman Awang : Dikenali sebagai ‘Tongkat Warrant” – antara pengasas Sasterawan 50 (ASAS 50) pada 26 Ogos 1950.
  442. V. Manickavasagam : Presiden MIC yang ke 6 (1973-1979).
  443. V.M.N. Menon : Potfolio Pos dan Telekom , Sistem Ahli 1954.
  444. V.T. Sambanthan : Presiden MIC pada tahun 1955 dan juga Menteri Buruh bagi Kabinet Kerajaan Persekutuan yang pertama.
  445. Vergis Chacko : Pembantu Juruterbang yang terkorban dalam nahas pesawat yang terhempas di Hutan Janda Baik pada 10 Januari 1982 yang membawa Tan Sri Ghazalie Shafie yang terselamat dalam nahas tersebut.
  446. Vinder Balbir : Wanita Malaysia yang merupakan seorang Chef yang terkemuka di Bangkok, Thailand. Kedua ibu bapanya terbunuh dalam Tragedi 13 Mei 1969 di Kuala Lumpur.
  447. Wahi Anuar : Pengasas Pembela Tanah Air (PETA) pada September 1947.
  448. Wahid Andu : Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan Sabah – salah seorang yang terkorban dalam nahas pesawat pada 6 Jun 1976 di Sabah.
  449. Wan Mat Saman bin Wan Ismail : Perdana Menteri Kedah – membina Terusan Wan Mat  Saman pada tahun 1885.
  450. Laksamana Wan Muhammad Amin – Penentang Inggeris di Perak – dibuang daerah ke Pulau Seychelles.
  451. Dr. William Fenn : Ahli Akademik dari Negara China yang membentuk Jawatankuasa mengkaji Sistem Persekolah Cina di Tanah Melayu bersama Dr. Wu Teh Yao pada tahun 1951.
  452. William Tan : Pemimpin Persatuan Cina Sarawak yang menyokong penubuhan Malaysia pada 1963.
  453. Dr. William Thuraippiah : Jurulatih Sekolah Latihan Telekom di Jalan Ipoh, KL pada 1933.
  454. Wong Ah Fook : Usahawan terkenal di Negeri Johor di awal abad ke 20 yang juga telah membina Istana Besar Johor Bahru.
  455. Wong Choon Wah : Pemain Tengah Pasukan Bolasepak Selangor / Malaysia (1968-1978).
  456. Wong Nai Siong : Ketua Foochow di Sibu, Sarawak. Beliau telah mengadakan rundingan dengan Sir Charles Brooke untuk menjemput petani China meneroka di Lembah Rejang.
  457. Datuk Wong Pow Nee : Ahli Suruhanjaya Cobbold 1962.
  458. Wong Swee Chin @ Botak Chin : Penjenayah terkenal sekitar tahun 1970’an. Menjalani hukuman gantung di Penjara Pudu pada tahun 1981.
  459. Wong Ting San : Pelukis pelan Highland Towers Property Sdn Bhd – dipertanggungjawabkan terhadap Tragedi Runtuhan Highland Towers pada 11 Disember 1993.
  460. Wong Yuen Kean : Jurutera Struktur Bangunan Highland Towers - dipertanggungjawabkan terhadap Tragedi Runtuhan Highland Towers pada 11 Disember 1993.
  461. Y.T. Lee : Arkitek Bangunan UMNO di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur.
  462. Yaacob Latiff : Rundingan Baling, 1955.
  463. Dato’ Yahya Awal : Mengarahkan pembinaan Masjid Abu Bakar di Johor Bahru.
  464. Yam Tuan Amtah : Mengalahkan angkatan British di Paroi, Negeri Sembilan.
  465. Kapitan Yap Ah Loy : Kapitan Cina yang ke 3 di Kuala Lumpur (1868).
  466. Yap Ah Shak : Orang kanan kepada Kapitan Yap Ah Loy dan juga ketua Puak Hai San di Selangor. Kemudian menjadi Kapitan Cina di Kuala Lumpur menggantikan Yap Ah Loy.
  467. Yap Kwan Seng : Kapitan Cina yang terakhir di Kuala Lumpur.
  468. Yee Heng Chuan : Seorang mangsa yang ditelan Ular Sawa di Segamat Johor pada 5 September 1995. Berita ini menjadi fokus media Antarabangsa.
  469. Yeoh Choo Kheng @ Michelle Yeoh : Miss Malaysia 1983 – wanita pertama Malaysia berlakon di peringkat Antarabangsa dalam filem James Bond “Tomorrow Never Dies”.
  470. Yeoh Teck Chye : Pengasas Parti Gerakan Malaysia – bekas pemain badminton Malaya yang memenangi Piala Thomas pada tahun 1948.
  471. Yong Shook Lin : Ahli “Selangor State Council” sebelum Perang Dunia Kedua dan Ahli Jawatankuasa Penyelaras Pertandingan Mencorak Bendera Tanah Melayu pada Mei 1948.
  472. Zainal Abidin Abbas : Ahli Jawatankuasa Penyelaras Pertandingan Mencorak Bendera Tanah Melayu pada Mei 1948.
  473. Zainal Abidin bin Ahmad @ Za’aba : seorang aktivis dan pengembang Bahasa Melayu, antara yang pertama sekali menentang pembentukan Malayan Union di Tanah Melayu.
  474. Zaiton binti Othman : Olahragawati Kebangsaan 1982 (Olahraga).
 
 
 

No comments: