Tuesday, 11 March 2014

Temui kapal terbang selepas 35 tahun

Selepas 35 tahun kapal terbang yang membawa penumpang seramai 92 orang hilang di ruangan angkasa dan tidak dapat dikesan oleh sebarang radar dan elektronik, ia akhirnya mendarat di Porto Alegre, Brazil dengan keadaan penumpang yang kurus kering !
Ia hilang pada 4 September 1945 dan mendarat pada 12 oktober 1980.

Teori menyatakan bahawa pesawat ini telah sesat di dimesi keempat dan ada kemungkinan telah jauh "tersimpan di Black Hole" selama 35 tahun. Para penumpang yang pulang seolah-olah tidak mampu mengingat kembali "moment" mereka ketika hilang dan tidak mempu untuk bercerita pengalaman mereka selama "disana."

 Kapal terbang muncul selepas 55 tahun hilang




Penerbangan DC-3 dari Rio de Janeiro ke Havana itu telah hilang, dan hanya muncul 55 tahun selepas itu, mendarat di lapangan terbang Bogota, Colombia, pada disember 1994. Kapal terbang tersebut membuat pendaratan tanpa menghubungi pusat kawalan trafik udara dan hampir bertembung dengan sebuah kapal terbang yang lain.
Pihak keselamatan bergegas ke lokasi, dan telah menemui sesuatu yang menakjubkan, dimana terdapat 36 rangka manusia didalamnya. Bagaimana sebuah kapal terbang yang hilang pada tahun 1939 dan muncul pada tahun 1994, membuat pendaratan selamat, dan hanya rangka manusia didalamnya?
Memetik laporan daripada Herman Guevara yang merupakan salah seorang daripada 100 orang pakar penerbangan yang menyiasat fenomena ini:

"Misteri yang sangat hebat, sejak kehilangan kapal terbang DC-3 pada tahun 1939, mereka mendarat, dan menemui 36 rangka manusia, kopi yang masih panas, dan jenama rokok Old Gold yang sudah lama tidak wujud. Salah seorang penumpang mempunyai surat khabar bertarikh 16/04/1939, tetapi telah kekuningan serta masih berbau cetakkan.

"Saya berharap agar dapat memberi penjelasan kepada fenomena ini, tetapi saya juga seperti mereka yang lain, tidak dapat merungkai perkara sebenar disebalik kejadian ini."

Selain dari mereka yang mendakwa kapal terbang tersebut telah merentasi masa, separuh dari pakar tersebut juga mempercayai bahawa fenomena ini mempunyai kaitan dengan makhluk asing (Alien), dimana secara logiknya pendaratan secara automatic adalah mustahil, dan hanya boleh dilakukan dengan menggunakan satu alat kawalan jauh yang besar untuk mendaratkannya.

 Pesawat Ditemui Setelah 70 Tahun Hilang



Seperti yang kita tahu, perang dunia merupakan satu konfik sedunia yang memakan masa hampir selama enam tahun dan dianggarkan mengorbankan sejumlah 61 juta orang termasuk orang awam dan tentera. Semasa peperangan tercetus, terdapat sebuah pesawat perang dunia ke-2 yang hilang selama 70 tahun dan kini ia berjaya ditemui semula. Pesawat Kittyhawak P-40 tersebut adalah milik tentera British Royal Air Force dan diterbangkan oleh Sarjan Dennis Copping. Pesawat tersebut berpengkalan di Mesir semasa kempen Afrika Utara terhadap Rommel. Pesawat yang didapati mengalami kerosakan tersebut diarahkan untuk dibawa ke pengkalan lain untuk dibaiki.


Semasa di dalam perjalanan, pesawat tersebut didapati hilang kawalan pada Jun 1942 dan kehilangannya menjadi misteri.Setelah 70 tahun, pesawat tersebut berjaya ditemui semula di Gurun Sahara dalam keadaan serba lengkap seperti tidak diusik oleh sesiapa.
Nasib juruterbang tersebut pula dikatakan selamat semasa ianya terhempas melalui penemuan sisa-sisa payung terjunnya dan juga radio rosak yang dikeluarkan daripada pesawat menunjukkan beliau cuba untuk menghubungi pengkalan.

Kapal hilang dari radar 


Pada awal tahun 1994, sebuah pesawat penumpang Itali melintasi ruang udara pantai Afrika.Dengan tiba-tiba sahaja pesawat tersebut hilang dari radar di menara kawalan. Ketika semua petugas di lapangan terbang tersebut cemas kerana menyangka pesawat itu telah terhempas, pesawat tersebut muncul kembali di ruang udara, dan radar dapat mengesan kembali koordinat pesawat tersebut. Pesawat itu mendarat dengan selamat tanpa sebarang masalah. Namun, kru kapal dan 315 penumpangnya sama sekali tidak tahu bahawa mereka pernah “hilang”. 

Perkara itu diberitahu oleh patugas di menara kawalan kepada kapten kapal terbang. Dengan kehairanan dan rasa tidak percaya, kapten pesawat berkata : “Pesawat kami tidak pernah mengalami sebarang masalah dari Manila, dan tidak ada kejadian yang pelik-pelik pun berlaku. Mana mungkin kami semua ‘hilang’?”. Tetapi yang menjadi misteri dan membuatkan mereka semua percaya mereka semua telah ‘hilang’ ialah ketika mereka semua melihat jam masing-masing. Semuanya terlambat 20 minit.

MISTERI KEHILANGAN PESAWAT MAS

Semalam negara dikejutkan dengan kehilangan  Pesawat Boeing 777-200 MH370 yang membawa 239 penumpang dan anak kapal. Namun misteri ini masih belum terjawab kerana setakat ini tiada bangkai pesawat ditemui atau tanda-tanda yang membolehkan pesawat ini ditemui kecuali tumpuhan minyak yg dikesan di perairan Vietnam. Maha besar kekuasaan Allah  berdasarkan cerita-cerita di atas sukar mempercayai adanya misteri kehilangan pesawat yang akhirnya berjaya ditemui selepas berpuluh-puluh tahun.
Semuanya berlaku atas takdir ALLAH, hanya DIA yang mengetahuiNYA. Berdoa saja atas pelbagai kemungkinan yang berlaku. 

p/s: Mengharapkan keajaiban atas kejadian ini.


No comments: