Saturday, 7 April 2012

COMMUNITY PROGRAMME 2012: PULAU PANGKOR

Lokasi : Dewan Takraw, Pulau Pangkor, Perak
Tarikh: 7 April 2012

YJM telah mengadakan Ujian Saringan Kesihatan kepada penduduk luarbandar di Pulau Pangkor, Perak.  Program dijalankan di Dewan Takraw Pulau Pangkor dan di hadiri oleh 120 penduduk. Program ini adalah hasil kerjasama dengan Klinik Kesihatan Pu. Pangkor, Pejabat Kesihatan Daerah Seri Manjung dan dibantu dengan tenaga jururawat di klinik berkenaan. 


Dewan Takraw Pu. Pangkor dimana ujian Saringan Kesihatan di jalankan. 

PERJALANAN KE PULAU PANGKOR
Perjalanan ke Pulau Pangkor adalah dengan menaiki Bot dari Pengkalan di Lumut, Perak.




UJIAN SARINGAN KESIHATAN
Ujian Saringan Kesihatan dijalankan di Dewan Takraw Pulau Pangkor. 



 Ujan Kolesterol dan Glukos
Ujian Tekanan Darah 


Nasihat Kesihatan dan Pemakanan oleh Doktor dan Pakar Pemakanan

Kaunter Pendaftaran

PULAU PANGKOR
Pulau Pangkor adalah sebuah pulau yang terkenal tertelak di negeri Perak. Berkeluasan Cuma 2,200 hektar dengan penduduknya berjumlah kira-kira 25,000 orang. Ia adalah salah satu destinasi pelancongan utama di Malaysia. Diantara tempat yang menjadi tumpuan pelancong adalah Kota Belanda, Batu bersurat, Pantai Pasir Bogak, Teluk Nipah dan Pantai Puteri Dewi.

Pulau Pangkor mula dikenali antarabangsa apabila pada tahun 1670, Belanda telah menjadikan Pulau Pangkor sebagai lokasi memunggah bijih timah dari negeri Perak. Kota Belanda telah dibina bagi menyimpan bijih timah dan lain-lain dagangan. Pulau Pangkor juga dikenali dalam sejarah dengan Perjanjian Pangkor pada tahun 1874 apabila SirAndrew Clarke, Gabenor Negeri Selat menandatangani perjanjian dengan Sultan Abdullah di atas kapal HMS Pluto dimana Inggeris bersetuju mengiktiraf Sultan Abdullah sebagai Sultan Perak. 





BLUE BAY RESORT LUMUT
Semasa di sini kami menginap di Blue Bay Resort Lumut yang terletak berhampiran dengan Pekan Lumut, Perak. Ini memudahkan kami untuk membeli belah dan membeli sedikit oleh-oleh untuk di bawa pulang. 




LUMUT PERAK
Lumut adalah sebuah bandar yang terletak kira-kira 84 km dari bandar Ipoh, Perak dan 12 km dari bandar Sitiawan. Ia adalah merupakan pintu masuk ke Pulau Pangkor. Lumut kini dikenali sebagai bandar yang menjadi pengkalan Utama bagi Tentera Laut Di Raja Malaysia sejak dari tahun 1980.

Sebagai bekas anggota Tentera Laut, Lumut memang banyak meninggalkan kenangan pahit manis bagi saya kerana saya adalah diantara kumpulan pertama yang menjalani  latihan rekrut di Pengkalan TLDM Lumut pada tahun 1980.



Stesen Bas Lumut ini adalah antara tempat yang menjadi kenangan bagi saya kerana di sinilah dulu saya sering berulang alik menaiki bas ekspress ke Kuala Lumpur kerana arwah ibu bapa saya dulu tinggal di Kuala Lumpur.

LUMUT BASE JETTY
Melalui Lumut Base Jetty ini mengimbau kembali kenangan bagi ku kerana di sinilah aku pernah berada ketika berkhidmat dengan kapal-kapal TLDM berpengkalan di Lumut.



SECEBIS KENANGAN DALAM TLDM




Zulheimy Maamor
14.10.2013

No comments: