Sunday, 15 April 2012

YJM COMMUNITY 2012 : KG. TITI TERAS, BALIK PULAU, PULAU PINANG

Lokasi: Kg. Titi Teras, Balik Pulau Pinang
Tarikh: 15 April 2012




Yayasan Jantung Malaysia kali ini telah di undang untuk menyertai Karnival Sihat Sepanjang Hayat bersempena Sambutan Hari Kesihatan Sedunia 2012 yang bertempat di Perkarangan Masjid An Nur, Kg.Titi Teras, Balik Pulau, Pulau Pinang. 
Seramai 100 orang telah menjalani ujian Saringan Kesihatan yang dijalankan sepanjang hari. 

BALIK PULAU
Balik Pulau merupakan sebuah bandar yang terletak di daerah barat daya Pulau Pinang, Malaysia.Balik Pulau terkenal dengan buahdurian dan buah pala ditanam oleh peladang Cina dan orang Melayu. Durian di sini sedap dan berbuah cantik kerana buahnya diikat dengan tali bergayutan rendah di atas pokok. Balik Pulau juga terkenal sebagai "The Village Behind The Island". Ini kerana ia juga merupakan namanya jika diterjemahkan dalam bahasa Inggeris.
Kawasan ini juga menerima kesan daripada kejadian Gempa bumi 26 Disember 2004. Terdapat beberapa sekolah rendah di Balik Pulau termasuk SRJK (C) Chong Teik. Terdapat beberapa sekolah menengah dan sekolah rendah di Balik Pulau. Antaranya ialah SK Kongsi, SK Balik Pulau, SK Genting, SK Pulau Betong, dan sebagainya.

Terdapat satu lokasi yang sama taraf kepopularannya dengan durian iaitu Pantai Pasir Panjang. Pantai ini menerima tempias ombak tsunami pada 2004. Kem Pusat Latihan Khidmat Negara White House turut terdapat di sini. Resort ini menjadi pusat latihan kepada pelajar selepas menamatkan alam persekolahan.




PROGRAM KESIHATAN








GELUGOR, PENANG
Kami menginap di Anggerik Lodging yang terletak di Jalan Hilir Pemancar, Gelugor. 




Semasa di Gelugor inilah aku telah berpeluang bertemu dengan sahabat lama semasa berkhidmat dengan Tentera Laut iaitu Osman Desa dan Mohd Najib. Osman Desa pernah berkhidmat satu kapal dengan aku iaitu KD Ganas berpengkalan di Woodlands, Singapura pada tahun 1981, manakala Mohd Najid pernah bertugas bersama di KD Sri Rejang di Sibu Sarawak pada tahun 1983/84. 


 Osman Desa pernah berkhidmat bersama di KD Ganas di Woodlands, 
Singapura pada tahun 1981.

JAMBATAN PULAU PINANG
Jambatan Pulau Pinang  merupakan jambatan yang terpanjang di Malaysia dan keempat terpanjang di Asia Tenggara. Jambatan mempunyai panjang kira-kira 13.5 kilometer di mana 8.4 kilometer daripadanya merentasi laut. Jambatan ini menghubungkan Pulau Pinang diLebuhraya Jelutong, Bayan Lepas dengan tanah besar semenanjung di Seberang PeraiKerja pembinaan bermula pada tahun 1982 dan siap dibina pada tahun 1985, hanya 3 tahun sahaja dan memakan belanja sebanyak RM 850 juta. Jambatan ini membawa kebanggaan kepada negara. Ia diakui sebagai pencapaian kejuruteraan yang cemerlang di dunia. Ini adalah kerana struktur tengahnya merupakan antara jambatan kabel-penahan (cable-stayed bridge) yang terawal di dunia.
Ini adalah kali pertama aku melalui Jambatan Pulau Pinang, walaupun semasa dalam Tentera Laut dulu aku selalu mengunjungi Pulau Pinang, tetapi ketika itu menggunakan perkhidmatan Feri. 




FAIR PARK HOTEL , IPOH , PERAK
Dalam perjalanan pulang, kami singgah di Ipoh, Perak dan bermalam di Fair Park Hotel kerna kami akan menghadiri mesyuarat di AEON Kinta City keesokan harinya. 






Zulheimy Maamor
14.10.2013

No comments: