Monday 13 May 2013

Dollah Sarawak


Dollah Sarawak

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Dollah Sarawak
LahirMohammad bin Haji Sulaiman
Pulau Pinang
Mohammad bin Haji Sulaiman atau lebih dikenali dengan nama Dollah Sarawakmerupakan salah seorang pelakon filem hitam-putih Melayu.
Beliau di lahirkan di Pulau PinangMalaysia pada awal abad lepas. Ayahnya seorang berbangsa Cina dari Yunnan. Ibunya pula dari Pulau Pinang mempunyai seorang adik lelaki. Awal tahun dua puluhan beliau telah berhijrah ke Bumi Kenyalang, Sarawak di situ beliau telah berbapa angkat dengan seorang yang di panggil Tengku Syed Idrus yang merubah namanya dari Mohamad Bin Haji Sulaiman ke Dollah.
Di Sarawak beliau telah berumah tangga dengan seorang gadis Sarawak hasil dari perkahwinan itu maka lahirlah Seniwati Siput Sarawak dan adiknya Kuyung. Setelah kematian isterinya seorang primadona bangsawan beliau dan anak-anaknya telah keSingapura di sana beliau telah 
membuka sebuah bangsawan bergelar Seri Noran Opera dimana Allahyarhamah Seniwati 
Siput Sarawak menjadi primadonanya. Beliau kemudian telah berkahwin dengan seorang 
wanita dari Muar, Johor malangnya perkahwinan itu tidak kekal hasil perkahwinan itu 
beliau di kurniakan seorang anak perempuan.
Selepas beberapa tahun beliau berkahwin pula dengan seorang janda beranak dua dari
Teluk IntanPerak iaitu Syarifah Intan. Selang berberapa tahun Syarifah Intan meninggal 
dunia akibat pneumonia. Beliau kemudian pulang ke Singapura dan bekerja di Keris Filem 
di sanalah nama Dollah menjadi Dollah Sarawak kerana apabila hendak membayar gaji 
ada tiga orang yang bernama Dollah maka dengan itu nama Sarawak itu telah dibubuh 
di belakang nama Dollah menjadi Dollah Sarawak. Di Keris Filem beliau telah berkenalan 
dengan seorang janda beranak dua dari Bandung, Indonesia bernama Esah yang juga 
merupakan seorang make-up artis di Keris Filem. Hasil perkahwinan itu beliau telah 
dikurniakan lima orang anak iaitu Hatijah, Rahim, Rosini, Jamil dan Rohanah. Malangnya perkahwinan beliau dengan Esah juga tidak lama kerana Esah telah meninggal dunia akibat 
tumpah darah kerana melahirkan anak mereka yang keenam.
Sedih dengan kehilanggan isteri dan memandangkan anak-anaknya masih kecil beliau 
pun bernikah dengan seorang janda bernama Fatimah Dollah. Setelah Keris Filem dan 
Cathy Filem bergabung menjadi Cathy Keris, beliau kemudian menjadi pelakon dan 
dekorator. Selang beberapa tahun akibat kesihatan beliau kemudian berhenti bekerja 
dari Cathy Keris dan membuka sebuah warung di daerah Woo Mun Chew Road, Singapura
Gerai yang menjual lontong, mee rebus, satay dan berbagai makanan lain selalu dilanggan 
oleh pelakon-pelakon sendiri.
Gerai itu diusahkan untuk beberapa tahun oleh keluarga beliau tetapi kerana usia dan 
kesihatan beliau tidak mengizinkan beliau telah bersara. Beliau telah menghembuskan 
nafas yang terakhir pada hari Isnin 21hb March 1994 bersamaan 8hb Syawal disamping 
isterinya Fatimah Dollah dan cucunya yang dijaga dari bayi, Hartini Inawati di Singapura.

[sunting]Filem lakonan

  • Lancang Kuning,
  • Chuchu Datok Merah,
  • Pontianak, [1]
  • Nilam,
  • Tun Fatimah,
  • Masok Angin Keluar Asap,
  • Gila Talak,
  • Sultan Mahmod Mangkat Dijulang,
  • Tunang Tok Dukun,
  • Selendang Delima,
  • http://ms.wikipedia.org/wiki/Dollah_Sarawak

No comments: