Sunday 24 February 2013

Rahsia Membaca Al_Quran


1. Setengah orang alim berpendapat bahawa membaca Al-Quran merupakan cara yang paling mujarab untuk memperkuatkan ingatan dan memudahkan hafalan. Bahkan inilah kaedah yang paling utama. Kata-kata hikmah Arab menegaskan "Tiada sesuatu yang lebih menguatkan ingatan seseorang selain daripada membaca Al-Quran dengan melihat (mashaf Al-Quran)."

2. Seorang cendiakawan Islam pernah berkata, "Orang yang mengamalkan membaca Al-Quran akan sentiasa sihat akalnya walaupun dia berumur 200 tahun." "Jarang berlaku orang yang konsisten (selalu) membaca Al-Quran pada setiap hari, menjadi nyanyuk apabila telah tua. Juga, mereka tidak perlu memakai cermin mata.".

3. Kesan membaca Al-Quran dari segi kesihatan amat besar. Dengan membaca Al-Quran secara automatiknya anda melakukan senaman muka, leher, kerongkong dan fikiran.

4. Al-Quran pun merupakan sejenis 'nyanyian' kerana Rasullullah s.a.w. menyuruh umatnya membaca dengan berlagu, atau dengan kata lain, dengan menyanyi. Apabila seseorang itu bernyanyi atau berlagu dengan minda khusyuk dan penuh perasaan, maka ia akan menjadi perhubungan dan rangsangan dari tempat sebutannya kepada organ-organ dalaman. Ia merupakan sejenis rangsangan yang baik kepada organ-organ dan membentuk ketenangan terhadap berjuta-juta saraf di dalam tubuh.

5. Apabila membaca Al-Quran, otot-otot di muka dan leher akan bergerak-gerak dan terurut. Pergerakan otot-otot di seluruh muka dan leher akan menyegarkan wajah dan menghindarkan penyakit-penyakit yang menyerang muka seperti 'Bell's Palsy' iaitu sejenis penyakit lumpuh pada bahagian muka. 6. Membaca Al-Quran juga akan menegangkan kulit dan sekaligus sebagai awet muda. Yang penting sekali, ia melatih otak kita kepada konsentrasi fikiran (concentration of the mind) di mana kekuatan konsentrasi ini amat diperlukan untuk belajar dan mengingat.
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=571465792866428&set=a.374130542599955.94752.119355758077436&type=1&theater
24.2.2013

No comments: