Pada 10 Februari 2013, kami sekeluarga berpeluang mengunjungi sebuah bangunan bersejarah di Batu Gajah Perak dalam perjalanan pulang dari menghadiri Majlis Perkahwinan saudara sebelah isteri di Kg.Pisang, Batu Gajah , Perak.
Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Batu Gajah, Perak sejauh 204 km dan mengambil masa perjalanan lebih kurang 2 jam 19 minit.
Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Batu Gajah, Perak sejauh 204 km dan mengambil masa perjalanan lebih kurang 2 jam 19 minit.
Berhenti rehat di Hentian Rehat Tapah, Perak
KG PISANG, BATU GAJAH
Kg Pisang di Batu Gajah amat sinonim dengan mercu tanda peninggalan penjajah iaitu Kellie's Castle yang kini menjadi tumpuan pelancong ke negeri Perak.
Kampung Pisang Batu Gajah dijadikan latar untuk filem "Zombi Kampung Pisang" yang diterbitkan pada 2007.
Kellie's Castle terletak lebih kurang 6.2 km dari Kg. Pisang, Batu Gajah lebih kurang 8 minit perjalanan.
"Kellie's Castle" - begitulah nama bangunan lama yang tersergam indah di atas sebuah bukit di Batu Gajah. Terlihat sahaja Kellie's Castle ini mengimbau kembali kenangan sewaktu berkhidmat dengan Tentera Laut Di Raja Malaysia. Ketika itu di sekitar tahun 80'an aku aku bertugas di Lumut , Perak. Setiap kali pulang bercuti ke Kuala Lumpur dengan menaiki bas ekspres dari Lumut ke KL pasti akan melalui jalan ini. Dikala itu aku sering terlihat bangunan lama ini yang agak menyeramkan, ketika itu Kellie's Castle ini tidak begitu dikenali lagi. Aku sering tertanya bangunan apa tu... seramnya macam "haunted house" dalam cerita cerita seram di TV.
"Kellie's Castle" - begitulah nama bangunan lama yang tersergam indah di atas sebuah bukit di Batu Gajah. Terlihat sahaja Kellie's Castle ini mengimbau kembali kenangan sewaktu berkhidmat dengan Tentera Laut Di Raja Malaysia. Ketika itu di sekitar tahun 80'an aku aku bertugas di Lumut , Perak. Setiap kali pulang bercuti ke Kuala Lumpur dengan menaiki bas ekspres dari Lumut ke KL pasti akan melalui jalan ini. Dikala itu aku sering terlihat bangunan lama ini yang agak menyeramkan, ketika itu Kellie's Castle ini tidak begitu dikenali lagi. Aku sering tertanya bangunan apa tu... seramnya macam "haunted house" dalam cerita cerita seram di TV.
Istana Kellie
Istana Kellie atau Kellie's Castle (kadang-kadang digelar Kesilapan Kellie (Folly Kellie) ialah sebuah istana kota yang terletak di tepi jalan Simpang Pulai ke Batu Gajah, Negeri Perak.
WILLIAM KELLIE SMITH |
Bangunan Istana Kellie atau Rumah Kellas telah dibina pada tahun 1910 oleh seorang peladang getah terkemuka British bernama William Kellie Smith Bangunan tiga tingkat dibina mengikut reka bentuk sebuah istana Moghul di bandar Agra, India. Tukang-tukang binaan bangunan tersebut dibawa khas dari Madras.
William Kellie Smith adalah dari sebuah kampung di Scotland yang dikenali sebagai Kellas. Pada tahun 1890, ketika berusia 20 tahun, Smith tiba sebelum Tanah Melayu membangun. Di Tanah Melayu, beliau bertemu dengan seorang pemilik tanah bernama Alma Baker, yang telah memenangi konsesi dari pemerintah negara untuk meneroka 360 hektar hutan di Perak. Dengan keuntungan besar yang dibuat dari perniagaan bersama ("bisnes venture") dengan Alma Baker, Smith mula menanam pohon getah dan menceburi dalam industri perlombongan timah. Sewaktu dengan itu, ia menjadi pemilik Perumahan Kinta Kellas dan Kinta Kellas Tin Dredging Company.
Kemudiannya beliau kembali ke rumah beliau untuk berkahwin dengan orang Scotland bernama Agnes, dan isterinya dibawa ke Tanah Melayu pada tahun 1903. Tahun berikutnya, pasangan ini diberkati dengan anak perempuan mereka yang bernama Helen. Selama bertahun-tahun selepas itu, Agnes berusaha untuk hamil, tapi gagal. William Smith terlalu mengharapkan seorang anak lelaki sebagai waris untuk mengambil alih kerajaan itu di Kepulauan Melayu. Setelah bertahun-tahun selepas itu, akhirnya Agnes telah melahirkan seorang anak lelaki bernama Anthony, pada tahun 1915. Kelahiran anaknya adalah peringkat awal bagi keuntungan yang lebih besar untuk William Smith. Bagi merayakan kelahiran Anthony, William Smith telah memutuskan untuk memperluaskan rumahnya. Smith memulai perancangan untuk cadangan istana besar yang dirancangkan untuk digelar sebagai Rumah Kellas (Kellas House), sempena rumahnya di Scotland.
Bangunan ini mempunyai 14 buah bilik, sebuah bilik bawah tanah dan terowong rahsia itu juga dilengkapkan dengan lif yang pertama di dibina Tanah Melayu. Di tingkat kedua pula akan dibina sebuah padang tenis berlantaikan simen.
Berita mengenai bangunan ini pernah disiarkan dalam akhbar London Financer pada 15 September 1911. Akhbar itu mengatakan Kellas House itu merupakan bangunan yang paling unik di seluruh Timur Jauh, sama ada dari segi bentuk ataupun besarnya.
Bangunan ini tidak sempat disiapkan setelah Kellie Smith meninggal dunia di Pelabuhan Lisbon, Portugal pada 11 Disember 1926. Bangunan yang kekal dalam keadaan 'sedang dibina' telah menjadi tarikan pengunjung ke Batu Gajah kerana keunikannya.
Sebuah jambatan menyeberangi Sungai Kinta dibina untuk pelawat mudah ke Istana Kellie. Sebuah kedai makan dan kedai cenderamata dan tapak parkir kereta telah dibina Majlis Daerah Kinta Barat pada tahun 1990.
Istana Kellie sering menjadi lokasi penggambaran drama dan filem. Antaranya ialah filem Anna And The King yang dilakonkan oleh Jodie Foster dan Chow Yuen Fatt.
Diantara tinggalan bangunan yang sempat kami kunjungi.
Misteri Bilik Helen dikatakan bilik kepada anak perempuan Kellie bernama Helan. Beberapa pengunjung mendakwa pernah melihat kelibat Helen dipintu masuk bilik ini.
Lubang udara terowong bawah tanah yang menghala ke Tolong Hindu berhampiran.
Oleh kerana terlalu taksub dengan agama Hindu dan budaya India, Smith merancang rumah ini bagi berbentuk mirip senibina orang-orang Madras, dengan semua batu bata dan seramik diimport dari India. Dia turut membawa sejumlah besar pekerja buruh India dalam impiannya untuk membina Rumah Kellas menurut seni bina India asli. Bangunan ini dapat dilalui dari jalan utama dengan berjalan menyeberangi jembatan yang melintasi sungai.
Tetapi bukan hanya kos mengimport bahan dan buruh dari luar negeri untuk membina rumah itu yang menarik perhatian pelancong tempatan dan asing. Dalam banyak hal yang luar biasa mengenai Istana Kellie adalah lif yang pertama di Malaya, yang menghubungkan sayap kanan sampai ke lantai atas, dan adanya dua terowong yang menganjur di bawah sungai dekatnya. Salah satunya adalah terowongan yang menghubungkan ke beberapa candi Hindu tidak jauh dari rumah utama. Di tingkat dua, Smith merancang untuk membangun sebuah lapangan tenis dalaman - sebuah projek bercita-cita tinggi walaupun pada piwaian hari ini. Pada tingkat tertinggi, ada halaman untuk bersantai. Puri ini adalah untuk menjadi pusat berhibur pemilik ladang koloni kaya yang telah menetap di Malaya. Rumahnya unik malah turut dilaporkan di akhbar London pada tarikh 15 September 1911.
Sumber Rujukan: Wikipedia - Kellie's Castle
11.2.2013 - 11.33 am
No comments:
Post a Comment