Sunday, 22 May 2016

Hukum Solat Dan Doa serta Bacaan Yaasin Pada Malam Nisfu Sya'ban

Petikan Fatwa Fadhilah Mufti Mesir Prof. Dr Ali Jum’ah.
Terjemahan : Ibnu Juhan Al-Tantawi

Soalan :
Apa hukum melakukan solat dan doa pada malam nisfu Sya’ban seterusnya berpuasa pada siang harinya?
Jawapan :
Malam nisfu Sya’ban merupakan malam yang barakah. Terdapat sebilangan besar dalil yang menyebut tentang kelebihan malam nisfu Sya’ban daripada hadis-hadis (nabi S.A.W) yang saling menguatkan antara satu sama lain serta mengangkat (hadis-hadis tersebut) ke darjat Hadis Hasan dan Kuat (dari segi hukumnya).
Maka mengambil berat terhadap malam nisfu Sya’ban serta menghidupkan malamnya adalah sebahagian daripada agama yang tiada keraguan padanya. Adapun keraguan yang timbul adalah disebabkan pandangan terhadap hadis-hadis yang barangkali hukumnya Dhaif yang menceritakan tentang kelebihan malam tersebut.
Antara hadis-hadis yang menceritakan tentang kelebihannya :
عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْها قَالَتْ : "فَقَدْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ذَاتَ لَيْلَةٍ فَخَرَجْتُ أَطْلُبُهُ فَإِذَا هُوَ بِالْبَقِيعِ رَافِعٌ رَأْسَهُ إِلَى السَّمَاءِ فَقَالَ :يَا عَائِشَةُ أَكُنْتِ تَخَافِينَ أَنْ يَحِيفَ اللَّهُ عَلَيْكِ وَرَسُولُهُ قَالَتْ :قَدْ قُلْتُ وَمَا بِي ذَلِكَ وَلَكِنِّي ظَنَنْتُ أَنَّكَ أَتَيْتَ بَعْضَ نِسَائِكَ فَقَالَ إِنَّ اللَّهَ تَعَالَى يَنْزِلُ لَيْلَةَ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ إِلَى السَّمَاءِ الدُّنْيَا فَيَغْفِرُ لِأَكْثَرَ مِنْ عَدَدِ شَعَرِ غَنَمِ كَلْبٍ" - رواه الترميذي وابن ماجه وأحمد .
Hadis daripada Ummul Mukminin Sayidatina ‘Aisyah R.A telah berkata : "Aku telah kehilangan nabi S.A.W pada suatu malam, maka aku telah keluar untuk mendapatinya maka baginda berada (sedang berdiri di kawasan perkuburan) Baqi’ sambil mendongakkan kepalanya ke langit.lalu baginda berkata : Wahai ‘Aisyah, adakah kamu takut Allah dan Rasulnya melakukan kezaliman ke atas kamu? Berkata ‘Aisyah : Bukan demikian sangkaanku tetapi aku menjangkakan kamu telah pergi kepada sebahagian daripada isteri-isteri kamu (atas perkara-perkara yang mustahak lalu aku ingin mendapat kepastian). Lalu baginda bersabda : Sesungguhnya Allah Ta’ala telah turunkan (malaikatNya dengan perintahNya) pada malam nisfu Sya’ban ke langit dunia, lalu Allah mengampunkan dosa-doa(yang dilakukan oleh hambaNya)lebih banyak daripada bilangan bulu-bulu yang terdapat pada kambing-kambing peliharaan (bani)Kalb."
-Hadis Riwayat Al-Tirmizi, Ibnu Majah dan Imam Ahmad.
Seterusnya,
عن مُعَاذِ بْنِ جَبَلٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : " يَطَّلِعُ اللَّهُ إِلَى جَمِيعِ خَلْقِهِ لَيْلَةَ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ فَيَغْفِرُ لِجَمِيعِ خَلْقِهِ إِلَّا لِمُشْرِكٍ أَوْ مُشَاحِنٍ " - رواه الطبرانى وصححه ابن حبان .
Hadis daripada Saidina Mu’adz ibnu Jabal R.A bahawa nabi S.A.W telah bersabda : “Allah memandang pada kesemua makhluk ciptaanNya pada malam nisfu Sya’ban, lalu Allah mengampunkan dosa-dosa kesemua makhlukNya melainkan dosa orang musyrik (yang menyekutukan Allah) dan dosa orang yang bermusuhan.”
-Riwayat Al-Tobrani dan disahihkan oleh Ibnu Hibban.
Seterusnya,
عَنْ عَلِيِّ بْنِ أَبِي طَالِبٍ كرم الله وجهه قَالَ :قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : "إِذَا كَانَتْ لَيْلَةُ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ فَقُومُوا لَيْلَهَا وَصُومُوا نَهَارَهَا فَإِنَّ اللَّهَ يَنْزِلُ فِيهَا لِغُرُوبِ الشَّمْسِ إِلَى سَمَاءِ الدُّنْيَا فَيَقُولُ أَلَا مِنْ مُسْتَغْفِرٍ لِي فَأَغْفِرَ لَهُ أَلَا مُسْتَرْزِقٌ فَأَرْزُقَهُ أَلَا مُبْتَلًى فَأُعَافِيَهُ أَلَا كَذَا أَلَا كَذَا حَتَّى يَطْلُعَ الْفَجْرُ" - رواه ابن ماجه .
Hadis daripada Saidina ‘Ali R.A bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda : “Apabila masuk malam nisfu Sya’ban, maka hendaklah kamu bangun pada malamnya dan berpuasa pada siang harinya, Sesungguhnya Allah Ta’ala menurunkan malaikatnya ke langit dunia pada malamnya setelah terbenamnya matahari, lalu Allah berkata : Sesiapa yang memohon keampunan padaKu maka Aku akan mengampunkan baginya, Sesiapa yang memohon rezeki padaKu maka Aku akan memberikannya rezeki, Sesiapa yang ditimpa musibah maka Aku akan melepaskan
nya, sesiapa yang demikian…sesiapa yang demikian …sehinggalah terbitnya fajar.”

-Riwayat Ibnu Majah.
Tidaklah mengapa seandainya membaca surah Yasin sebanyak 3 kali selepas solat maghrib secara terang-terangan dan beramai-ramai. Hal ini kerana termasuk dalam perkara menghidupkan malam tersebut dan perkara berkaitan dengan zikir ruangannya adalah luas. Adapun mengkhususkan sebahagian daripada tempat dan waktu untuk melakukan sebahagian daripada amalan soleh secara berterusan adalah termasuk dalam perkara yang disyariatkan selagi mana seseorang yang melakukan amalan tersebut tidak beri’tiqod(menjadikannya sebagai pegangan) ; bahawa perkara tersebut adalah wajib di sisi syara’ yang membawa hukum berdosa sekiranya meninggalkannya.
عَنْ ابْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ : "كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَأْتِي مَسْجِدَ قُبَاءٍ كُلَّ سَبْتٍ مَاشِيًا وَرَاكِبً" - متفق عليه .
Hadis daripada Ibnu Umar R.A telah berkata : “Nabi S.A.W akan mendatangi masjid Quba pada setiap hari Sabtu samada dengan berjalan ataupun menaiki tunggangan.”
-Riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim.
Berkata Al-Hafiz Ibnu Hajar di dalam kitabnya (Fathul Bari) :
“Di dalam hadis ini walaupun berbeza jalan-jalan pengriwayatannya menunjukkan kepada(hukum) harus mengkhususkan sebahagian hari-hari untuk melakukan sebahagian daripada amalan-amalan soleh serta melakukannya secara berterusan.”
-tamat
Berkata Ibnu Rajab Al-Hanbali di dalam kitabnya (Lathoif Al-Ma’arif) :
“Ulama’ di Syam telah berselisih pandangan dalam menyifatkan cara untuk menghidupkan malam nisfu Sya’ban kepada dua pandangan.
Pertamanya :
Adalah disunatkan menghidupkan malamnya secara berjamaah di masjid.
Khalid ibn Ma’dan dan Luqman ibn ‘Amir dan selain daripada mereka telah memakai sebaik-baik pakaian, dan mengenakan wangian serta mengenakan celak pada mata serta mendirikan malamnya dengan ibadah.
Dan Ishaq ibn Rahuyah bersepakat dengan pandangan mereka terhadap perkara tersebut dan berkata dalam masalah mendirikan malamnya dengan ibadah di masjid secara berjamaah : “Perkara tersebut tidaklah menjadi bid’ah.” Kalam ini dinukilkan oleh Harb Al-Kirmani di dalam kitab Masail nya.
Keduanya :
Sifatnya adalah makruh penghimpunan pada malamnya di masjid untuk melakukan solat serta bercerita dan berdoa. Dan tidak makruh sekiranya seseorang itu melakukan solat secara bersendirian. Ini adalah pandangan Al-Auzaie Imam Ahli Syam dan Ahli Faqeh dan ‘Alim.” -tamat
Kesimpulannya :
Maka menghidupkan malam nisfu Sya’ban sama ada secara berjamaah ataupun secara bersendirian sebagaimana sifat yang masyhur dikalangan orang ramai dan selainnya adalah perkara yang disyariatkan dan tidaklah menjadi bid’ah dan tidaklah menjadi makruh dengan syarat tidak menjadikan amalan tersebut sebagai suatu kemestian dan kewajipan.
Sekiranya amalan tersebut diwajibkan ke atas orang lain serta menghukum kepada mereka yang tidak mengikutinya dengan hukum berdosa maka menghukumkan dengan hukum dosa itu yang menjadi bid’ah kerana mewajibkan sesuatu yang tidak diwajibkan oleh Allah dan RasulNya S.A.W. Inilah makna yang menjadikannya makruh sebagaimana pandangan para salafussoleh terhadap hukum makruh dalam menghidupkan malam nisfu Sya’ban. Adapun menghidupkan malamnya sebagaimana hakikat asalnya maka perkara tersebut adalah disyariatkan dan tidaklah menjadi makruh.
Sumber :
Majalah Minbar Al-Islam, keluaran tahun ke-(68), bil (8) Sya’ban 1430, m/s 136.

Wednesday, 18 May 2016

SEJARAH SATEY

Tuan Haji Tasmin Bin Sakiban bersama isteri dan cucunya. Tuan Haji Tasmin dipercayai adalah pengasas sate di Malaysia. 

Sate di Kajang dipelopori oleh Hj. Tasmin b. Sakiban pada tahub 1917. Beliau berasal dari Pulau Jawa, Indonesia. Pada tahun 1914, Hj. Tasmin tiba di kajang melalui sungai langat dan beliau berlabuh di tebing Sungai Jelok (kini lokasi itu adalah belakang plaza metro). Haji @ Wak Darmon, iaitu bapa saudara Hj. Tasmin yang mengajaknya datang ke Kajang. Adik kandung Hj. Tasmin, iaitu Rono bin Sakiban sampai ke Kajang lebih awal iaitu pada tahun 1911. Hj. Tasmin memulakan perniagaannya di Kajang dengan menjual sup dan nasi kepal / ketupat. Pada tahun 1917 Hj. Tasmin memulakan perniagaan satenya. Pada ketika itu, semua pelanggan memakan sate dengan mencelup sate ke dalam satu mangkuk kuah yang besar.

Sate dijual secara berkandar di sekitar kawasan Kajang bermula dari Kampung Paya, batu 14 hingga pekan Kajang. Penjaja sate ini akan menyinggah ke rumah-rumah yang memanggilnya di sepanjang perjalanan. Rono turut membantu Hj. Tasmin untuk menjual sate secara sambilan. Beliau bekerja di ladang getah beberapa tempat seperti di West Country, Kajang. Maklum balas daripada pelanggan telah mengubah cara sajian sate. Hj. Tasmin memperkenalkan mangkuk besar dan kecil untuk setiap pelanggan. Para pelanggan tidak lagi berkongsi mangkuk untuk mencelup kuah sate. Kemudiannya mangkuk kecil dan cili disediakan untuk pelanggan yang inginkan rasa kuah yang pedas. Ada pendapat mengatakan Wak Darmon juga menjalankan perniagaan sate selepas Hj. Tasmin. Perniagaan sate Wak Darmon diteruskan oleh anaknya Wak Bagong dan menantu lelakinya Rono Sakiban.

Pada awal 1940, sate dijual menggunakan kereta tolak dan berhenti di kedai kopi Ban Seng di Jalan Sulaiman sekarang. Pelanggan sate akan duduk di sekliling kereta tolak dan ada juga yang makan didalam kedai kopi. Saye di Kajang seterusnya berkembang di gerai-gerai sate, medan sate lama dan baru serta menerima tempahan untuk jamuan di semua peringkat. Sekarang sate dihidangkan di hotel-hotel besar dan juga dalam sistem Penerbangan Malaysia (MAS).

Sumber: 


Thursday, 12 May 2016

BERHATI HATI DIUSIA 40TAHUN

Ramai tidak sedar dalam al-Quran ada menyentuh tentang usia ini. Tentu ada yang sangat penting, perlu diperhatikan dan diambil serius akan perkara ini. Allah swt. berfirman,

حَتَّى إَذَا بَلَغَ أَشُدَّهُ وَبَلَغَ أَرْبَعِيْنَ سَنَةً قَالَ رَبِّ أَوْزِعْنِى أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِى أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَى وَالِدَيَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَالِحًا تَرْضَاهُ وَأَصْلِحْ لِى فِى ذُرِّيَّتِى إِنِّى تُبْتُ إِلَيْكَ وَإِنِّى مِنَ الْمُسْلِمِيْنَ
"Apabila dia telah dewasa dan usianya sampai empat puluh tahun, ia berdoa, “Ya Tuhanku, tunjukkanlah aku jalan untuk mensyukuri nikmat Engkau yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku dapat berbuat amal yang soleh yang engkau redhai; berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada Engkau dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang muslim.” (al-Ahqaf: 15)
Usia 40 tahun disebut dengan jelas dalam ayat ini. Pada usia inilah manusia mencapai puncak kehidupannya baik dari segi fizikal, intelektual, emosi, mahupun spiritualnya. Benar-benar telah meninggalkan usia mudanya dan melangkah ke usia dewasa yang sebenar.
Doa yang terdapat dalam ayat tersebut dianjurkan untuk dibaca oleh mereka yang berusia 40 tahun dan ke atas. Di dalamnya terkandung penghuraian yang jelas bahawa mereka; telah menerima nikmat yang sempurna, kecenderungan untuk beramal yang positif, telah mempunyai keluarga yang harmoni, kecenderungan untuk bertaubat dan kembali kepada Allah
Pada ayat yang lain, firman Allah;
أَوَلَمْ نُعَمِّرْكُمْ مَا يَتَذَكَّرُ فِيْهِ مَنْ تَذَكَّرَ وَجَاءَكُمُ النَّذِيْرُ
Apakah Kami tidak memanjangkan umurmu dalam tempoh yang cukup untuk berfikir bagi orang-orang yang mahu berfikir, dan (apakah tidak) datang kepadamu pemberi peringatan? (al-Fathir: 37)
Menurut Ibnu Abbas, Hasan al-Bashri, al-Kalbi, Wahab bin Munabbih, dan Masruq, yang dimaksud dengan “umur panjang dalam tempoh yang cukup untuk berfikir” dalam ayat tersebut tidak lain adalah ketika berusia 40 tahun.
Menurut Ibn Kathir, ayat ini memberikan petunjuk bahawa manusia apabila menjelang usia 40 tahun hendaklah memperbaharui taubat dan kembali kepada Allah dengan bersungguh2.
Apabila itu berlaku menjelang usia 40 tahun, maka Allah memberikan janjiNya dalam ayat selepas itu: (maksudnya) Kematangan.
Usia 40 tahun adalah usia matang untuk kita bersungguh-sungguh dalam hidup. Mengumpulkan pengalaman, menajamkan hikmah dan kebijaksanaan, membuang kejahilan ketika usia muda, lebih berhati-hati, melihat sesuatu dengan hikmah dan penuh penelitian. Maka tidak hairan tokoh-tokoh pemimpin muncul secara matang pada usia ini. Bahkan Nabi s.a.w, seperti yang disebut oleh Ibn ‘Abbas:
“Dibangkitkan Rasulullah s.a.w pada usia 40 tahun” (riwayat al-Bukhari).
Nabi Muhammad saw. diutus menjadi nabi tepat pada usia 40 tahun. Begitu juga dengan nabi2 yang lain, kecuali Nabi Isa as. dan Nabi Yahya as.

Banyak negara menetapkan untuk menduduki jabatan2 elit seperti ketua negara, disyaratkan bakal calon harus telah berusia 40 tahun. Masyarakat sendiri mengakui prestasi seseorang mantap tatkala orang itu telah berusia 40 tahun. Soekarno menjadi presiden pada usia 44 tahun. Soeharto menjadi presiden pada umur 46 tahun. J.F. Kennedy 44 tahun. Bill Clinton 46 tahun. Paul Keating 47 tahun. Sementara Tony Blair 44 tahun.
Mengapa umur 40 tahun begitu penting.
Menurut Ibnu Qayyim Al-Jauziyah usia manusia diklasifikasikan menjadi 4 (empat) period, iaitu
1. Kanak-kanak ( sejak lahir hingga akil baligh )
2. Muda atau syabab ( sejak akil baligh hingga 40 tahun )
3. Dewasa ( 40 tahun hingga 60 tahun )
4. Tua atau syaikhukhah ( 60 tahun hingga mati )

Usia 40 tahun adalah usia ketika manusia benar-benar meninggalkan masa mudanya dan beralih kepada masa dewasa penuh. Kenyataan yang paling menarik pada usia 40 tahun ini adalah meningkatnya minat seseorang terhadap agama sedangkan semasa mudanya jauh sekali dengan agama. Seolah-olah macam satu fitrah di usia ini ramai yang mula menutup aurat dan mendekati kuliah-kuliah agama.
Salah satu keistimewaan usia 40 tahun tercermin dari sabda Rasulullah saw.,
لعَبْدُ الْمُسْلِمُ إِذَا بَلَغَ أَرْبَعِيْنَ سَنَةً خَفَّفَ اللهُ تَعَالَى حِسَابَهُ ، وَإِذَا بَلَغَ سِتِّيْنَ سَنَةً رَزَقَهُ اللهُ تَعَالَى الْإِنَابَةَ إِلَيْهِ ، وَإِذَا بَلَغَ سَبْعِيْنَ سَنَةً أَحَبَّهُ أَهْلُ السَّمَاءِ ، وَإِذَا بَلَغَ ثَمَانِيْنَ سَنَةً ثَبَّتَ اللهُ تَعَالَى حَسَنَاتِهِ وَمَحَا سَيِّئَاتِهِ ، وَإِذَا بَلَغَ تِسْعِيْنَ سَنَةً غَفَرَ اللهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ وَمَا تَأَخَّرَ وَشَفَّعَهُ اللهُ تَعَالَى فِى أَهْلِ بَيْتِهِ ، وَكَتَبَ فِى السَّمَاءِ أَسِيْرَ اللهِ فِى أَرْضِهِ – رواه الإمام أحمد
"Seorang hamba muslim bila usianya mencapai 40 tahun, Allah akan meringankan hisabnya (perhitungan amalnya). Jika usianya mencapai 60 tahun, Allah akan memberikan anugerah berupa kemampuan kembali (bertaubat) kepadaNya. Bila usianya mencapai 70 tahun, para penduduk langit (malaikat) akan mencintainya. Jika usianya mencapai 80 tahun, Allah akan menetapkan amal kebaikannya dan menghapus amal keburukannya. Dan bila usianya mencapai 90 puluh tahun, Allah akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan dosa-dosanya yang dahulu, Allah juga akan memberikan pertolongan kepada anggota keluarganya, serta Allah akan mencatatnya sebagai tawanan Allah di bumi. (riwayat Ahmad)
Hadis ini menyebut usia 40 tahun paling awal memiliki komitmen terhadap penghambaan kepada Allah swt. sekaligus konsisten terhadap Islam, maka Allah swt. akan meringankan hisabnya. Orang yang usianya mencapai 40 tahun mendapatkan keistimewaan berupa hisabnya diringankan. Tetapi umur 40 tahun merupakan saat harus berhati2 juga. Ibarat waktu, orang yang berumur 40 tahun mungkin sudah masuk senja. Abdullah bin Abbas ra. dalam suatu riwayat berkata, “Barangsiapa mencapai usia 40 tahun dan amal kebajikannya tidak mantap dan tidak dpt mengalahkan amal keburukannya, maka hendaklah ia bersiap-siap ke neraka.”
Imam asy-Syafi’i tatkala mencapai usia 40 tahun, beliau berjalan sambil memakai tongkat. Jika ditanya, jawab beliau, “Agar aku ingat bahwa aku adalah musafir. Demi Allah, aku melihat diriku sekarang ini seperti seekor burung yang dipenjara di dalam sangkar. Lalu burung itu lepas di udara, kecuali telapak kakinya saja yang masih tertambat dalam sangkar. Komitmenku sekarang seperti itu juga. Aku tidak memiliki sisa2 syahwat untuk menetap tinggal di dunia. Aku tidak berkenan sahabat-sahabatku memberiku sedikit pun sedekah dari dunia. Aku juga tidak berkenan mereka mengingatkanku sedikit pun tentang hiruk pikuk dunia, kecuali hal yang menurut syara’ lazim bagiku. Di antara aku dan dia ada Allah.”
Lantas, apa yang harus kita lakukan menginjak usia 40 tahun?
1. Meneguhkan tujuan hidup
2. Meningkatkan daya spiritual
3. Menjadikan uban sebagai peringatan
4. Memperbanyak bersyukur
5. Menjaga makan dan tidur
6. Menjaga istiqamah dalam ibadah.

Jika ada yang mengatakan bahawa: Life began at forty, saya cenderung berpendapat kehidupan yang dimaksudkan ialah kehidupan terarah kepada mendekatkan diri kepada penciptaNya dengan sebenar-benarnya. Tetapi satu perkara yang kita harus sentiasa sedar bahawa kematian memanggil kita bila-bila masa tanpa tanda, tanpa alamat dan tanpa mengira usia. Jika kita beranggapan harus menunggu usia 40 tahun untuk baru memulakan kehidupan yang dimaksudkan di atas, maka rugi dan sia-sia lah hidup kita jika umur kita tidak panjang.
Maksud sabda Nabi Muhammad S.A.W ," Orang yang bijak adalah orang yang selalu mengingati mati".
Ramai manusia tertipu dengan keindahan dunia dan isinya yang bersifat sementara. Sejak Nabi Adam as. sehingga kini, kesemuanya telah kembali kepada Allah swt. tidak kira kaya atau miskin, berpangkat atau tidak. Mengingati mati bukan bermakna kita akan gagal di dunia tetapi dengan mengingati mati kita akan menjadi insan yang berjaya di dunia dan di akhirat. janganlah menunggu sehingga esok untuk membuat persediaan menghadapi kematian, kerana mati boleh datang pada bila-bila masa..
JOM PAKAT2 Share✔

Sumber: Facebook
12.5.2016

Friday, 6 May 2016

KIAMAT SEMAKIN HAMPIR

Kiamat Semakin Hampir; "Hakikatnya pada umur kita tiga puluh tahun, maka kita bangun dari tidur. Umur kita tiga puluh tahun dan tiga puluh tahun kita bangkit dari tidur. Jadi, didalam kita tidur dan bangun kita dari tidur, terselit terkandung satu mesej untuk kita fikirkan iaitu kita akan dibangkitkan dipadang mahsyar nnti didalam keadaan sepertimana kita bangkit dari tidur."
"Hidup kita umpama masa antara dua sujud iaitu duduk antara dua sujud. Daripada tanah kita datang iaitu sujud pertama dan kembali, adalah kepada tanah iaitu sujud yang kedua."
"Kelahiran Rasulullah ﷺ ialah tanda kiamat sudah dekat. Sabda Rasulullah ﷺ; "Apabila aku diutuskan menjadi nabi, maka bumi ini akan kiamat dan jaraknya umpama antara kedua-dua jari ini. Bererti sangat dekat." Para sahabat bertanya kepada Nabi; "Ya Rasulullah. Mengapa sepanjang umur mu kami tidak nampk kamu berehat dan bersuka ria. Maka nabi menjawab; "Aku takut malaikat akan meniup sangkakalanya yang bila-bila masa akan dia meniupnya."
"Kiamat akan berlaku apabila gerhana berlaku. Nabi juga takut kalau gerhana berlaku kerana ia antara tanda-tanda kiamat akan berlaku. Satu tiupan yang manusia tidak pernah dengar. Satu bunyi yang halus dan semakin lama ia akan menjadi kuat lalu manusia seperti dalam keadan mabuk menjerit meraung sehingga gegendang telinga pecah."
"Pokok-pokok dan gunung-gunung akan tercabut daripada akarnya lalu berterbangan di langit. Langit akan terbelah dan menjadi warna kemerahan-merahan dan tiupan kedua ditiup lalu manusia yang berterbangan tadi akan jatuh bergelimpangan ditanah. Hari ini dinamakan yaumul fazail amzat iaitu hari ketakutan."
"Antara makhluk terakhir Allah سبحانه وتعالى cabut nyawanya pada hari kiamat ialah malaikat-malaikat muqorrobin. Antaranya malaikat jibrail, israfil, empat malaikat yang memikul arasy Allah سبحانه وتعالى dan malaikat izrail. Lalu malaikat izrail berkata; Ya Allah, semua aku sudah tarik nyawa mereka. Kini, aku seorang saja yang tinggal. Lalu Allah سبحانه وتعالى memerintahkan; "Wahai Izrail, engkau cabutlah nyawa kamu sendiri. Malaikat izrail pon mencabut nyawanya. Cabutan nyawa para malaikat umpama seekor kambing yang dicincang-cincang halus."
"Kemudian setelah itu. Allah سبحانه وتعالى berfirman; "Siapa lagi yang maalikiyau middin? Siapa lagi yang berkuasa? Siapa lagi? "Lalu para bidadari mnjawab lillahi wahidul kohhar; "Tiada lagi kecuali mu Wahai Allah yang esa."
"Kalau manusia mati didalam keadaan bersujud nanti, dia akan dibangkitkan didalam keadaan sujud juga. Kalau mati didalam membaca Al-Quran maka dia dibangkitkn dlm keadaan membaca quran juga. Akan tetapi, kalau dia mati didalam maksiat ketika memegang botol arak maka dia akan dibangkitkan dengan keadaan botol arak ditangannya."
"Selama lima puluh ribu tahun kita akan hidup dengan jiran kta di akhirat nnti. Sedangkan selama enam puluh tahun kita tak tahan berjiran dengan jiran yang suka membuat maksiat. Jadi mintak juga tempat yang baik-baik untuk kita dimatikan selain mintak dimatikan dengan cara baik yakni husnul khotimah."
"Allah سبحانه وتعالى akan keringkan air laut yg terbentang luas seluruh dunia ini, dengan Allah akan membuka pintu neraka sakar neraka bagi orang yang tinggal solat. Maka terus keringlah lautan dunia. Kita akan dibangkitkan ketika bumi bertukar menjadi perak langit bertukar menjadi emas. Seterusnya kita akan berjalan kaki tanpa selipar daripada malaysia ke syria."
"Ada tiga cara berjalan dipadang mahsyar.

Yang pertama, berjalan kaki. Yang kedua, menunggang kenderaan binatang korban. Dan korbanlah dengan binatang korban yang besar-besar dan gemuk-gemuk. 
Yang ketiga, Berjalan dengan muka diseret di tanah.

Ada tujuh golongan yang akan duduk dibawah naungan arasy Allah سبحانه وتعالى di padang mahsyar kelak.
Yang pertama adalah ketua yang adil.
Yang kedua, orang yang bersedekah.
Yang ketiga, orang yang cinta kepada masjid.
Yang keempat orang yang bertemu dan berpisah kerana Allah.
Yang kelima, org yang menitiskan air mata diwaktu sunyi mengenang dosa-dosa yg dilakukan.
Yang keenam, orang yang menghafal Al-Quran.
Dan yang ketujuh adalah orang yang mati syahid."
"Ada tiga golongan yang dihisab awal nanti diakhirat dan yang akan dihumbangkan ke dalam neraka. :-
Yang pertama, adalah para alim ulamak yang mengembangkan agama Allah. Tetapi bukan ikhlas kerana Allah سبحانه وتعالى. Kerana manusia dan untuk memdapatkan nama sahaja.
Yang kedua, adalah golongan mati syahid kerana manusia bukan ikhlas kerana Allah سبحانه وتعالى.
Dan yang ketiga, golongan yang suka mnderma tetapi bukan niat kerana Allah dan mendptkan redha Allah tetapi untuk mendpatkan tempat dikalangan manusia."
"Segala kesalahan kita didalam beramal yang para ulamak tak boleh tegur ialah ikhlas. Maka kita beramal perlu mncari redha Allah. Barangsiapa yang menyebut satu ucapan tasbih subhanallah walhamdulillah walaa ilaahailallahu allahu akbar. Maka akan tumbuh satu pokok di syurga nnti. Bila dah ada pokok tu maka kita juga akan berada disitu. Insya Allah."
Daripada Maulana Wan Helmi

Sumber: Facebook 

AJARAN SHALAT KHUSYUK DARI PARA ULAMA

Imam Al-Ghazali dalam kitab Ihya Ulumuddin menyebutkan 6 perkara untuk menghadir khusyuk ketika mendirikaan shalat, yakni:
1. Hudhur al-Qalbi, yaitu menghadirkan hati kita ketika menunaikan shalat. Merasakan kehadiran Allah dalam diri. Merasakan kedekatan dan kebersamaan dengan Allah. Kalbunya hidup dan terus ditujukan kepada Allah.

2. At-Tafahhum, yaitu berusaha memahami segala perkara dalam shalat dan bacaan shalat yang sedang didirikan. Mengahayati makna dan gerakan shalat dengan penghayatan lahir dan batin.
3. At-Ta’dzim, yaitu merasakan kebesaran Allah dengan merasa bahwa diri kita kecil, hina, lemah, dan tak berdaya di hadapan Allah.
4. Haibah, yaitu merasa takut terhadap kekuasaan dan kebesaran Allah ketika berada di hadapan-Nya. Merasa takut terhadap kemurkaan dan adzab-Nya. Merasa takut melanggar perintah-Nya.
5. Ar-Raja’, yaitu sentiasa menaruh harapan besar kepada Allah mudah-mudahan shalat yang dikerjakan akan diterima oleh Allah. Berharap agar doa dan munajatnya dikabulkan.
6. Al-Haya’, yaitu merasa malu terhadap Allah atas segala kekurangan dan kecacatan yang terdapat di dalam shalat. Merasa malu terhadap salah dan dosa, merasa malu terhadap kekurangan, kelemahan, dan kekerdilan diri yang selalu terjadi berulang-ulang.
Menurut Imam Al-Qurthubi; “Khusyuk adalah suatu keadaan di dalam jiwa di mana ia mewujudkan keadaan tetap (tenang) dan merendah diri.” Sedangkan menurut Imam Zamakhsyari dalam kitab Al-Kasysyaf mengatakan; “Khusyuk dalam shalat ialah hati dalam keadaan takut dan mata selalu tunduk (ke tempat sujud)”.
Imam al-Jurjani mengatakan: “Orang yang khusyuk adalah orang yang merendahkan diri kepada Allah dengan hati dan segala anggotanya”. Sedangkan Imam al-Kalbi mengatakan, “Khusyuk itu adalah suatu keadaan di dalam hati di mana dia mempunyai sifat takut, muraqabah (selalu memperhatikan dan diperhatikan Allah) dan merendah diri kepada kebesaran Allah, kemudian dia mempengaruhi segala anggota tubuhnya yang membawa berkeadaan tetap tenang, serius melakukan shalat, tidak berpaling-paling kepada hal-hal lain di luar shalat, menangis dan berdoa.”
Selain itu, khusyu dalam shalat merupakan cermin seorang hamba di luar shalat. Khusyuk dalam shalat merupakan ketundukan hati dalam dzikir dan konsentrasi hati untuk taat yang hasilnya diperoleh di luar shalat. Karena itu, Allah memberi jaminan kebahagiaan bagi seorang Mukmin yang khusyuk dalam shalatnya. (QS Al Mu’minun : 1-3).
Meninggalkan khusyukan shalat merupakan bencana bagi seorang Mukmin, karena meninggalkan khusyuk dalam shalat akan memberi pengaruh buruk bagi pelaksanaan agamanya. Khusyuk adalah puncak mujahadah seorang Mukmin. Khusyuk hanya dimiliki seorang Mukmin yang selalu bersungguh-sungguh dalam muraqabah.(QS Al Baqarah [2] 45-46 dan QS Al Baqarah [2]: 238).
Semoga Allah selalu membimbing kita agar dapat mendirikan solat DENGAN sebaik2nya. Aamiin

WASIAT NASIHAT IMAM ABUL HASSAN ALI ASY SYAZULI MAKA PERHATIKANLAH...

Al-Qutub ar-Rabbani al-'Arif al-Wali al-Imam al-Muhaqqiq Sayyid Abul Hasan Ali asy-Syazuli al-Hasani (593H-656H) radhiyallahu 'anhu, pengasas Tariqat Syazuliyyah berkata:
1) Tasawuf itu ialah melatih jiwa di atas dasar perhambaan serta mengembalikannya (supaya tunduk) kepada hukum-hakam Ketuhanan.

2) Jika anda melihat seseorang meninggi diri dengan ilmunya, maka jangan anda merasa aman dengan kejahilannya.
3) Jika anda melihat seseorang mendakwa selain daripada apa yang diucapkan oleh Nabi sallallahu 'alaihi wa alihi wasallam, maka orang itu ialah pembuat bida'ah.
4) Jika seorang sufi itu tidak melazimi sembahyang lima waktu secara berjemaah, maka jangan pedulikan dia.
5) Ada satu perkara yang boleh menghapuskan amalan. Kebanyakan orang tidak menyedari perkara ini.
Perkara itu ialah marah terhadap ketentuan Allah Ta'ala. Allah 'Azza wa Jalla berfirman, mafhumnya: "Itu adalah disebabkan mereka benci terhadap apa yang telah diturunkan oleh Allah, lantas Dia menghapuskan amalan mereka." [Surah Muhammad: 9].
6) Ilmu itu tidak akan bermanfaat jika disertai dengan empat perkara (iaitu):
- Cintakan dunia,
- Lupakan akhirat,
- Takutkan kefakiran,
- Takutkan manusia.

7) Jangan berterusan melakukan maksiat kerana orang yang melanggar batas-batas (yang telah ditetapkan oleh) Allah Ta'ala ialah orang yang zalim. Orang yang zalim tidak berhak menjadi pemimpin.
8) Siapa yang meninggalkan maksiat, bersabar dengan ujian Allah Ta'ala serta yakin dengan janji-janji Allah, maka dia adalah pemimpin yang sebenar walaupun pengikutnya sedikit.
9) Jangan anda bersahabat kecuali dengan orang yang memiliki empat sifat (iaitu):
- Pemurah ketika miskin,
- Memaafkan kezaliman orang lain (terhadap dirinya),
- Bersabar di atas bencana,
- Redha terhadap ketentuan Allah Ta'ala (baik atau buruk).

10) Jika anda ingin memperolehi khusyuk (dalam ibadah), maka tinggalkan pandangan yang berlebihan. Jika anda ingin mendapat hikmah, maka tinggalkan ucapan secara berlebih-lebihan.
11) Jika anda ingin mengecapi kemanisan ibadah, maka tinggalkan makan secara berlebih-lebihan. Anda mestilah berpuasa, berqiyamullail dan bertahajud. Jika anda ingin dipandang hebat, maka tinggalkan gurauan dan ketawa (secara berlebihan) kerana kedua-duanya menjatuhkan kehebatan anda (pada pandangan manusia). Jika anda ingin disayangi (oleh orang ramai), maka tinggalkan keinginan (yang melampau) terhadap dunia.
12) Jika anda ingin memperbaiki keburukan diri sendiri, jangan mencari-cari keburukan orang lain kerana perbuatan ini adalah sebahagian daripada cabang nifaq sebagaimana berbaik sangka (terhadap orang lain itu) adalah sebahagian daripada cabang iman.
Semuga bermanafaat...

Daripada Al Fadhil Ustaz Mustaffa Kamal Bin Hamzah

Resource: Facebook

KEBAHAGIAN SEJATI DAN HAKIKAT CINTA KEPADA ALLAH

Menurut Imam Al-Ghazali, bagi orang yang sudah sangat mendalam pengetahuan makrifatnya dan sudah menyingkap rahasia kekuasaan Allah walaupun hanya sedikit, maka hatinya akan diliputi perasaan bahagia yang tak terhingga. Karena begitu bahagianya, dia akan menemukan dirinya seolah-olah terbang. Dia juga akan terheran-heran dan takjub menyaksikan keadaan dirinya. Ini termasuk hal-hal yang tak dapat dipersepsi kecuali dengan cita rasa (dzawq).

Bahkan, kadang cerita-cerita sufi pun tak banyak membantu.

Semuanya tak dapat dilukiskan oleh kata-kata. Ini juga membuktikan bahwa makrifat kepada Allah merupakan puncak dari segala kenikmatan. Tak ada kenikmatan lain yang dapat mengalahkannya.
Abu Sulaiman Ad-Darani pernah mengatakan, “Allah memiliki beberapa orang hamba, mereka menyibukkan diri dengan ibadah kepada Allah, bukan karena takut neraka atau berharap surga. Lalu, bagaimana mungkin mereka disibukkan oleh dunia dan meninggalkan Allah?”

Maka, wajar saja jika ada seorang murid dari Ma’ruf Al-Karkhi bertanya kepada gurunya, “Apa yang membuatmu beribadah dan meninggalkan pergaulan dengan manusia yang lain?”

Sejenak Ma’ruf Al-Karkhi terdiam. Lalu menjawab, “Aku ingat mati.”

“Ingat apanya?” tanya muridnya lagi.
“Aku ingat kuburan dan barzakhnya,” jawab Al-Karkhi.
“Ingat kuburan? Bagian yang mana?” tanya murid itu lagi.
“Rasa takut pada neraka dan berharap surga,” jawab Al-Karkhi.
“Bagaimana bisa begitu?”
“Sesungguhnya dua malaikat ini ada dalam kekuasaan-Nya. Jika engkau mencintai-Nya, maka engkau akan melupakan itu semua. Jika engkau mengenal-Nya, maka cukuplah itu semua!”

Ma’ruf Al-Karkhi mengingatkan kita bahwa perasaan takut dan berharap masuk surga adalah harapan rendah bagi orang yang beribadah. Sebab, orang yang benar-benar beribadah kepada Allah dan mengharap perjumpaan dengan-Nya, pasti merindukan-Nya dengan penuh cinta, dan pasti akan melupakan segalanya. Dia hanya berharap memandang wajah-Nya. Dalam sebuah kisah disebutkan bahwa Nabi Isya a.s. bersabda, “Jika engkau melihat seorang pemuda mencari Tuhannya, maka sungguh dia akan lupa segala-galanya!”
Ali Ibnu Al-Muwaffaq mengatakan, “Aku bermimpi seolah-olah masuk surga. Aku melihat seorang lelaki duduk menghadap sebuah hidangan. Dua malaikat duduk di kanan-kirinya menyapinya makanan yang serba lezat. Dia sendiri tampak begitu menikmatinya. Aku juga melihat seorang lelaki berdiri di pintu surga sedang mengawasi wajah-wajah manusia. Sebagian dipersilahkan masuk dan sebagian lagi ditolak. Aku melewati dua orang lelaki itu menuju Hadirat-Nya yang suci.
Kemudian, di tenda Arsy aku melihat seorang lelaki lagi, matanya terbuka dan tak berkedip, memandangi Allah SWT. Lalu, aku bertanya kepada Malaikat Ridwan, “Siapakah orang ini?” Lalu dia menjawab, “Dia adalah Makruf Al-Karkhi. Dia hamba Allah yang tidak takut neraka dan tidak rindu surga tetapi cinta kepada Allah SWT. Maka, dia diizinkan memandangi-Nya hingga Hari Kiamat. Dia menambahkan dua lainnya adalah Bisyr Al-Harits dan Ahmad Bin Hanbal.”
Abu Sulaiman berkata, “Siapa saja yang hari ini sibuk dengan dirinya sendiri, maka besok dia juga akan sibuk dengan dirinya sendiri. Siapa saja yang hari ini sibuk dengan Tuhannya, maka besok dia akan sibuk dengan Tuhannya.”
Sofyan Ats-Tsauri suatu ketika bertanya kepada Rabi’ah Al-Adhawiyah, “Apa hakikat imanmu?” Lalu dia menjawab, “Aku tidak menyembah-Nya karena takut neraka atau berharap surga. Aku tidak seperti buruh yang jahat—jika dibayar bahagia, jika tak dibayar bersedih—Aku menyembah-Nya semata-mata karena cinta dan rindu kepada-Nya.”
(Imam Al-Ghazali dalam kitab Al-Mahabbah wa al-Syawq wa al-Uns wa al-Ridha)

Resource: Facebook

AJARAN CINTA PARA SUFI

Menurut Imam Al-Ghazali, semua perbuatan baik dan akhlak mulia yang diajarkan oleh agama adalah buah dari cinta. Sedangkan segala yang tidak dibuahkan oleh kecintaan kepada Allah adalah karena mengikuti hawa nafsu dan merupakan akhlak yang tercela.
Memang, kadang-kadang seseorang mencintai Allah karena kenikmatan yang diterimanya. Tapi, kadang seorang juga mencintai Allah karena keagungan dan keindahan-Nya meskipun Dia “tidak memberikan” kenikmatan kepadanya. Para pecinta tidak terlepas dari kedua macam cinta tersebut.
Maka dari itu, Imam Al-Junaid mengatakan, “Dalam mencintai Allah, orang terbagi menjadi dua macam, yaitu awam dan khusus. Orang awam memperoleh cinta tersebut karena mereka mengenal kebaikan dan kenikmatan-kenikmatan Allah yang terus-menerus, serta tak terhitung jumlah dan banyaknya. Mereka tidak mampu mengendalikan diri mereka agar rela kepada-Nya. Besar kecil cinta mereka tergantung besar-kecilnya kebaikan Allah yang mereka terima.
Sedangkan orang khusus memperoleh cinta karena besarnya kemampuan, kekuasaan, ilmu pengetahuan, hikmah, dan upayanya untuk menjadikan Sang Kekasih sebagai satu-satunya yang harus ia cintai. Ketika mereka mengenal sifat-sifat-Nya yang sempurna dan nama-nama-Nya yang indah, mereka tidak mampu menolak untuk mencintai-Nya. Dengan sifat-sifat dan nama-nama tersebut, bagi mereka Tuhan berhak untuk dicintai. Hal itu karena Allah memang layak memperoleh cinta meskipun Dia hilangkan semua kenikmatan dari para pecinta khusus tersebut.”
(Disarikan dari Al-Mahabbah karya Imam Al-Ghazali)

Wednesday, 27 April 2016

2016 - KOTA BHARU, GUA MUSANG DAN DONG PAHANG

Sepanjang saya bekerja dengan Yayasan Jantung Malaysia, kali terakhir saya ikut program YJM ke Kelantan ialah pada tahun 2012, iaitu program Komuniti di Ketereh, Kelantan pada 13 Oktober 2012. 
Syukur Alhamdullillah tahun 2016 saya berpeluang sekali lagi menjejakkan kaki ke Bumi Kelantan. 

Setelah selesai program Pemeriksaan Kesihatan di Kolej PTPL Kuala Terengganu pada 25 April 2016, kami meneruskan perjalanan kami menuju ke Kota Bharu, Kelantan. 


Perjalanan kami dari Kolej PTPL Kuala Terengganu ke Dynasty Hotel, Kota Bharu adalah sejah 161 km dan mengambil masa perjalanan 2 jam 49 minit. 

Rujuk:

Hotel Dynasty Inn, Kota Bharu, Kelantan

Foto diambil dari Hotel Dynasty Inn, Kota Bharu


Tiba di Kota Bharu, kami terus check in Hotel Dynasty Inn, yang terletak di Wakaf Che Yeh, Kota Bharu, Kelantan. 

Dynasty Inn
2865-D & E, Jalan Sultanah Zainab
15050 Kota Bharu
Kelantan
Tel: 09-747 3000     Faks: 09-747 3111






Kota Bharu ialah ibu negeri Kelantan yang dibuka pada tahun 1844 oleh Sultan Muhammad II. 
Dalam Sejarah, Kota Bharu ialah tapak pendaratan tentera Jepun pada 8 Disember 1941 semasa Perang Dunia Kedua. 
Kota Bharu telah diisytiharkan sebagai Bandaraya Islam pada 1 Oktober 2005.

PROGRAM PERINGKAT KOLEJ - KOLEJ POLY TECH MARA KOTA BHARU, KELANTAN
26.4.2016
Program Kesihatan Peringkat Kolej di Kelantan diadakan di Kolej Poly Tech MARA Kota Bharu, Kelantan pada 26 April 2016. Seramai 167 pelajar dan setaf kolej telah hadir untuk ujian pemeriksaan kesihatan pada hari tersebut. 

Kolej Poly Tech MARA sebelum ini dikenali sebagai Kolej Yayasan Pelajaran MARA (KYPM). Kolej Poly Tech MARA Cawangan Kota Bharu ditubuhkan pada tahun 1994. 




Selesai program di Koleh Poly Tech MARA, Kota Bharu, kami meneruskan perjalanan pulang ke  Kuala Lumpur keesokan harinya pada 27 April 2016. 


Perjalanan dari Kota Bharu ke Kuala Lumpur mengambil masa perjalanan 6 jam 19 min iaitu sejauh 425 km. 

Sebelum pulang kami mengambil kesempatan untuk mengunjungi pasar yang terkenal di negeri Kelantan iaitu Pasar Siti Khadijah (atau lebih dikenali dengan Pasar Khadijah). Nama pasar ini adalah mengambil sempena nama Siti Khadijah, isteri pertama Junjungan Besar kita Nabi Muhammad SAW yang merupakan seorang ahli perniagaan wanita yang Berjaya di zamannya. Sesuai dengan namanya, majoriti peniaga di pasar ini adalah wanita. Pengunjung berpeluang untuk memilih berbagai jualan seperti kraftangan , kuih muih tradisional dan hasil tanaman segar…… kalau berkunjung ke Kota Bharu tidak sah jika tak singgah ke Pasar Khadijah.







Restoran Nasi Ulam Cikgu terletak 200 meter dari Pasar Khadijah merupakan destinasi popular untuk makan tengahari. Saya dan rakan-rakan tidak melepaskan peluang untuk menjamu selera di sini.


Wakaf Che Yeh merupakan sebuah bandar terletak kira-kira 7 km dari bandar Kota Bharu, Kelantan. Wakaf Che Yeh terkenal dengan pasar harian dan pasar minggu. 

Hotel tempat kami menginap iaitu Hotel Dynasy Inn terletak tidak jauh dari Restoran Kak Ros ini. 

Dalam perjalanan pulang, kami singgah di Hentian Rehat Gua Musang yang terletak sejauh 186 km dari Dynasty Inn, Kota Bharu. 
Gua Musang terletak di Selatan negeri Kelantan. Daerah Gua Musang bersempadan dengan Pahang di Selatan, Terengganu di Timur dan Perak di arah Barat. 





Dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur, kami singgah makan di Hentian Rehat Gua Musang.
Gua Musang yang terletak di Selatan negeri Kelantan. Gua Musang pernah melalui zaman gelap ketika era Komunis di Tanah Melayu dahulu. Di sini pernah berlaku serangan kejam oleh Komunis pada 4 Januari 1943 dimana ramai penduduk Gua Musang dibunuh oleh Komunis. 
Di sini juga pernah berlaku peristiwa "Pertempuran Sungai Semur" pada tahun 1948 dimana 16 anggota tentera dari Batalion Ke 3 Rejimen Askar Melayu terkorban dalam serangan hendap komunis. 

Ketika dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur ketika melalui Raub, Pahang saya sempat melalui sebuah tempat yang menjadi ingatan kepada saya sekitar tahun 70' an dulu, iaitu SMK Dong Raub, Pahang.


https://en.wikipedia.org/wiki/Gua_Musang_District




SMK Dong Raub,Pahang mengingatkan saya kepada arwah bapa saudara saya Allahyarham Cikgu Win Bin Yasin yang pernah menjadi Guru Besar di Sekolah ini pada tahun 70'an dahulu. Saya dan keluarga pernah mengunjungi beliau yang ketika itu tinggal di dalam sebuah rumah Khas untuk Guru didalam perkarangan sekolah ini. Kami sekeluarga bermalam dirumah beliau ketika itu. 


Dong merupakan sebuah mukim di daerah Raub, Pahang, Malaysia. Pada 1993, negara ini dikejutkan berita Mona Fandey, suaminya serta pembantunya telah membunuh seorang wakil rakyat Pahang di sebuah rumah tidak bernombor di sekitar mukim ini.

Mona Fandey.jpg

Dalam kes ini beliau bersama suaminya dan pembantu mereka ditahan kerana dituduh membunuh Datuk Mazlan Idris, Ahli Dewan Undangan Negeri Pahang antara pukul 10 malam - tengah malam 13 Julai 1993 di sebuah rumah di Kampung Peruas Ulu Dong, Raub, Pahang. 

Mona Fandey, suaminya Mohd Affandi Abdul Rahman, dan pembantu mereka Juraimi Hussin telah dibicara dan didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi Temerloh pada 1995. Rayuan mereka kepada Lembaga Jamaah Pengampunan Negeri Pahang telah ditolak. Mereka dihukum gantung hingga mati pada 6 hingga 6:30 pagi Jumaat 2 November 2001. 

Demikianlah kembara YJM team ke Negeri Kelantan bagi tahun 2016. 

Friday, 15 April 2016

Fadhilat Kebaikan dan Keistimewaan Solat Malam.

Solat malam atau Solat Tahajud adalah satu peluang keemasan ditawarkan kepada manusia untuk mengeratkan perhubungan kita dengan Allah.

Kesusahan hanya dirasai mereka yang jarang atau tidak pernah melakukannya, tetapi bagi mereka yang biasa, ia menjadi satu kenikmatan pula. Malah, bagi yang dapat menghayatinya mereka akan berasa kerugian besar jika tertinggal daripada mengerjakan solat berkenaan.
Pada sepertiga malam pintu langit terbuka luas menerima taubat hamba-Nya. Malaikat membawa kendi emas untuk mengumpul air mata taubat bagi menyiram api neraka yang sedia menanti untuk membakar tubuh manusia di akhirat nanti.
Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud: “Allah s.w.t sayang kepada lelaki yang bangun malam kemudian mengerjakan solat dan akan membangunkan isterinya manakala kalau isterinya enggan, dipercikkan air di wajahnya. Allah s.w.t sayangkan perempuan yang bangun malam kemudian mengerjakan solat dan membangunkan suaminya manakala jika suaminya enggan, dipercikkan air ke wajahnya.” (Hadis riwayat Abu Daud)
Amalan solat malam bukan hanya diamalkan Nabi Muhammad s.a.w, malah ia diamalkan umat nabi sebelumnya. Ini bererti perintah mengerjakan solat tahajud bukanlah dikhususkan kepada umat Nabi Muhammad s.a.w semata-mata.
Saidina Umar al-Khattab menyatakan kelebihan solat malam dengan berkata: “Sesiapa mengerjakan solat malam (tahajud) dengan khusyuk nescaya dianugerahkan Allah sembilan perkara, lima di dunia dan empat di akhirat. Kurniaan di dunia ialah:-
* Jauh daripada segala penyakit
* Lahir kesan taqwa pada wajahnya
* Dikasihi sekelian mukmin dan seluruh manusia
* Percakapannya mengandungi hikmah (kebijaksanaan)
* Dikurniakan kekuatan dan diberi rezeki dalam agama (halal dan diberkati)

Sementara empat perkara di akhirat ialah:-
* Dibangkitkan dari kubur dengan wajah berseri-seri
* Dipermudahkan hisab
* Cepat melalui sirat al-Mustaqim seperti kilat
* Diserahkan suratan amalan pada hari akhirat melalui tangan kanan.”

Solat malam adalah solat yang penting antara solat-solat sunat yang lain. Rasulullah S.A.W pernah ditanya, “Solat apakah yang paling utama selepas solat lima waktu?” Beliau menjawab dengan tegas, “Solat malam!” (Hadis Riwayat Muslim).
Beberapa keutamaan yang diperoleh oleh para pengamal solat malam adalah seperti berikut:
1. Tercatat sebagai orang yang baik dan berhak mendapat anugerah rahmatnya (Surah adz-Dzariyat ayat 15 hingga 18).
2. Mendapat penyempurnaan di atas kekurangan dalam ibadat wajibnya, hingga dapat menempati darjat yang terpuji (Surah al-Israk ayat 79).
3. Mendapat pujian daripada Allah (Surah al-Furqan ayat 63 hingga 64).
4. Dilihat sebagai orang yang beriman (Surah as-Sajadah ayat 16).
5. Darjatnya dibezakan dengan orang yang malas (Surah az-Zumar ayat 9).

Beberapa petikan hadis berikut menyebut beberapa fadilat dan keindahan lain solat malam. Antaranya adalah hadis daripada Abdullah bin Amr bin Al-‘Ash yang berbunyi, Rasulullah S.A.W berkata kepadaku, “Abdullah, jangan jadi seperti polan yang pernah mendirikan solat malam kemudian meninggalkannya,” (Hadis Riwayat Bukhari-Muslim).
Salman al-Farisi menceritakan, Rasulullah S.A.W berkata, “Kerjakanlah solat malam, kerana itu adalah kebiasaan orang soleh sebelum kamu, jalan mendekatkan diri kepada Tuhan, penebus kesalahan, pencegah dosa, serta penghindar penyakit.”
Salim bin Abdullah bin Umar bercerita kepada Hafshah, isteri Rasulullah S.A.W, “Ketika Rasulullah S.A.W masih hidup, biasanya apabila seseorang bermimpi, dia menceritakan mimpinya itu kepada Rasulullah S.A.W. Saya berharap mendapat mimpi supaya dapat menceritakannya kepada beliau. Semasa masih muda, biasanya saya tidur di masjid. Suatu ketika, saya bermimpi seakan-akan dua malaikat memegang dan membawaku ke neraka yang dibina seperti perigi dan memiliki tanduk. Di dalam perigi itu ada beberapa orang yang saya kenal. Saya lalu berkata, “Saya berlindung kepada Allah dari neraka.” Saya bertemu dengan malaikat lain yang berkata padaku, “Jangan takut.” Mimpi ini disampaikan oleh Hafshah kepada Rasulullah S.A.W, dan beliau berkata, “Sebaik-baik lelaki adalah Abdullah ketika mahu solat malam.” Selepas itu, dia hanya tidur sebentar sahaja di malam hari.
Abu Hurairah meriwayatkan Rasulullah S.A.W berkata, “Syaitan mengikat tengkuk kamu yang tidur dengan tiga ikatan. Syaitan menepuk pada setiap ikatan, ‘Bagimu malam yang panjang, maka tidurlah.’ Apabila kamu bangun dan berzikir mengingat Allah, maka terbukalah satu ikatan. Apabila kamu berwuduk, terbuka satu lagi ikatan. Apabila kamu solat, terbukalah satu ikatan lagi. Maka di pagi hari, kamu segar dan bersemangat. Sekiranya tidak, di pagi hari tentu kamu berasa lesu dan malas.”
Abu Hurairah meriwayatkan Rasulullah S.A.W berkata, “Tuhan kita turun setiap malam ke langit dunia pada sepertiga malam terakhir, dan menyatakan, ‘Siapa yang berdoa kepadaku, pasti aku kabulkan. Sesiapa yang memohon kepadaku, pasti aku beri, dan sesiapa yang memohon ampun kepadaku, pasti aku ampuni.’” (Hadis Riwayat Al-Jama’ah).
‘Amr bin Al-‘Ash meriwayatkan Rasulullah S.A.W berkata, “Sedekat-dekat hamba kepada Allah adalah pada tengah malam yang terakhir. Apabila kamu dapat menyertai golongan orang yang berzikir mengingat Allah pada saat itu, maka lakukanlah.” (Hadis Riwayat Al-Hakim).
Abu Hurairah meriwayatkan Rasulullah S.A.W berkata, “Apabila seseorang membangunkan isterinya pada waktu malam, lalu kedua-duanya solat dua rakaat, maka mereka tercatat dalam golongan orang yang selalu berzikir.” (Hadis Riwayat Abu Daud).
Wassalam.

KREDIT : Saudara Rosli Hanip
Copied from Facebook: 15.4.2016