Thursday 2 November 2023

SELIPAR JEPUN

Posted by Hj Zulheimy Maamor on FB : 8 December 2021


8 Disember 1941 tentera Jepun mula tiba di Tanah Melayu dan akhirnya menjajahi Tanah Melayu sehingga 1945.
Ada orang kata setelah Jepun meninggalkan Tanah Melayu, yang mereka tinggalkan hanyalah SELIPAR JEPUN... sebenarnya itu lawak sahaja.... Jepun pun tak pernah mengeluarkan Selipar..
Tapi kenapa Selipar Jepun?
Kenapa tak namakan Selipar British ke, Selipar Belanda ke atau Selipar Portugis, mereka juga pernah jajah Tanah Melayu..
Selipar mula direkodkan dalam sejarah seawal 4,000 S.M lagi di Mesir.
Selipar yang berasal dari Jepun diperbuat daripada jerami padi dan dinamakan "Zori".
Sekitar 1930an banyak kilang Cina di Tanah Melayu membuat kasut berasaskan getah. ketika itu Tanah Melayu adalah pengeluar getah utama dunia.
Bila Jepun menduduki Tanah Melayu pada 1942, mereka mengambilalih kilang-kilang Cina ini. Selepas mengambilalih kilang itu, ketika itulah mereka bawa masuk selipar "Zori" dan kemudian diubah pembuatannya daripada Jerami kepada getah.
Apabila Jepun menyerah kalah, kilang-kilang Cina meneruskan kembali perusahaan membuat kasut dan selipar Jepun itu juga turut disambung pembuatanya... sebab itulah ia dikenali dengan nama Selipar Jepun....
Jadi ada cerita yang kata asal selipar Jepun itu dulu sebab Jepun suka menampar orang dengan guna selipar ... Wallahualam.... nak tanya kat ibu ayah dan datok nenek kita ... ramai yang dah tak ada....
Sampai sekarang selipar Jepun masih laku, dia punya laku sampai solat Jumaat pun ada yang tak khusyuk memikirkan nasib selipar Jepun mereka....hihihi... gurau je...jangan marah....

Copy and paste:
2/11/2023 > 18 Rabiulakhir 1445H: 3.44 pm

No comments: