Monday 23 December 2019

Buku, Akhbar & Sejarah :Sejarah Kesultanan Tringanu Dalam Rekod-rekod Denmark 🇩🇰 - 1900 - 1910


Deskripsi :
Alhamdulillah, pencarian semenjak 2 tahun lalu menemukan nama Kristen Feilberg atau Christen Schjellerup Feilberg ataupun K.S. Feilberg seorang warga Denmark ðŸ‡©ðŸ‡° (Danish) yang mewakili East Asiatic Company (AEC) sebagai seorang “Buyer” ataupun pembeli hasil –hasil kelapa di Tringanu.
Beliau sebelum ini amat di kenali antara jurufoto terawal dari Denmark ðŸ‡©ðŸ‡° yang pernah memiliki studio Sachtler & Co bersama August Sachtler di Singapura 1864. 1867 beliau berpindah dan membuka cawangan di Pulau Pinang. Bagi 1900 sehingga 1910 beliau pernah bermastautin hampir 10 tahun pada usia 61 tahun di kampung Cina, Kuala Tringanu.
Buku Biografi beliau ditemui dan berjaya di beli dari " Books on Demand" (BOD), Book Repository. Cabaran yang pertama perlu di tempuhi, buku ini di tulis dalam Bahasa Denmark ðŸ‡©ðŸ‡° sepenuhnya.
Menjadi satu kelemahan buat "Independent Researcher",pelajar ataupun akademian bilamana bahan sudah ada di tangan namun perlu melakukan kerja-kerja penterjemahan terlebih dahulu bagi mendapatkan informasi dan maklumat lengkap samada ke dalam Bahasa Inggeris ataupun Bahasa Melayu.
Timbul satu persoalan di benak fikiran, kenapa nama beliau seolah-olah HILANG dari rekod-rekod sejarah Kesultanan Terengganu dan British. Tidak pernah terungkap sekalipun nama ataupun tercatit kisahnya dalam lipatan sejarah negeri khususnya dari penulisan MISBAHA (Sejarawan Terengganu).
Tempoh 10 tahun beliau bermastautin di Tringanu dengan terlibat dalam industri Copra (Kelapa) mewakili East Asiatic Company merupakan satu jangkamasa yang agak panjang.
Sepanjang berada di Tringanu, beliau masih kekal berhubung dunia luar melalui perutusan surat samada kepada majikan ataupun sahabat serta saudara mara samada di Singapura, Bangkok, London ataupun Copenhagen.
Satu persoalan menarik yang mana boleh di selidiki serta di jalankan kajian yang lebih rapi berdasarkan pengalaman beliau sebelum ini merupakan Jurufoto dan pemilik studio di Pulau Pinang, pernah merakamkan koleksi foto-foto vintage (klasik) dalam peristiwa 'Riot at Penang-1867' ataupun 'Perang Kongsi Gelap di Pulau Pinang' yang mana ianya kekal tersimpan di Royal Collection Trust sebagai cenderamata beliau kepada Putera Alfred Duke of Edinburgh ketika kunjungannya ke Singapura & Pulau Pinang (Negeri-Negeri Selat) pada tahun 1869.
Yang menjadi lebih menarik dan ingin terus di terokai, Muka Buku "Cover Book" ini merupakan salah satu foto yang sama dari foto-foto yang pernah di kongsikan oleh Adilnor Sweden (Koleksi Foto-foto Klasik Kesultanan Trengganu, 1900 -1909) di page ini yang memaparkan seorang lelaki tua, berjambang serta bertopi (lelaki berbangsa Eropah) dengan seekor anak harimau (Tungku Fatima) di atas pelantar jeti dan tepian bangunan.
Ada kemungkinan susuk tubuh lelaki ini merupakan K.S. Feilberg yang mana beliau meninggal dunia di kota Singapura pada usia 80 tahun tahun 1919.
Sudah pasti dan tentunya ada lagi koleksi foto-foto klasik dari beliau yang menarik sepanjang berada di Kesultanan Trengganu sementelahan sezaman dengan pemerintahan Sultan Ze Nul Abedien af Tringanu (Sultan Zainal Abidin III - 1881-1918) yang berkemungkinan masih tersorak ataupun terlepas pandang dari penemuan akademian, pelajar ataupun “Independent Researcher”.
Penemuan "clue" satu demi satu ini menjadi pembakar semangat kuat bagi meneruskan lagi kerja-kerja "Exploration of Information" ataupun meneroka serta mencarigali informasi dan maklumat berkaitan sejarah Kesultanan Terengganu Islamiah Melayuwiah dari rekod-rekod di luar negara dalam pelbagai variasi bahasa.
Berdasarkan sedikit pembacaan dengan hasil terjemahan dari buku beliau didapati agak banyak laporan serta catitan berkaitan samada dari sudut perdagangan dan perladangan,perkapalan, sosioekonomi serta cara hidup dan budaya masyarakat melayu dan cina di Kesultanan Tringanu tersiar di dalam akhbar harian serta buku-buku dalam bahasa Denmark. Ini menjadikan satu penemuan baru dan amat menarik sekali kerana sebelum ini kita lebih terarah dan hanya terlalu bergantung dan berkiblatkan kepada sumber dan rekod-rekod British sahaja.
Sedangkan sudah ada orang perseorangan, wakil syarikat, pelayar ataupun syarikat Denmark terlebih dahulu yang bertapak di Kesultanan Trengganu dengan mendapat sokongan penuh dari Raja Chulalongkorn (Rama 5) Siam. Ini kerana British sebelum ini seringkali memberikan gambaran bahawa Sultan Zainal Abidin III mengamalkan dasar “tutup pintu” dengan warga eropah sedangkan sudah ada K.S.Feilberg dan serta pemburu haiwan (Exotic Hunter) terkenal, Charles Mayer dari Amerika Syarikat di Kuala Tringanu.
Insyaallah semoga usaha-usaha pengkajian serta penerokaan bahagian baru Sejarah Kesultanan Terengganu Islamiah Melayuwiah dari sumber rekod-rekod Denmark ataupun negara lain ini terus mendapat ilham serta di berikan bimbingan-NYA agar dipermudahkan segala urusan pada hari yang mendatang.
Sebarang sokongan, kerjasama dan bantuan dari kenalan serta kawan-kawan yang sealiran dari seluruh pelusuk dunia amatlah di alu-alukan dan tidak pernah sekali di lupakan bagi sama-sama mengimarahkan dunia perkongsian " Informasi, Maklumat & Sejarah" Tanahair. Insyaallah, Amin.
Rujukan :
1.Section XII Tringanu- Lars Feilberg Farbror Kristens Liv (Christen Feilberg 1839 - 1919). Books on Demand (BOD).Copenhagen.2009.
2.Royal Danish Library.


Copy and paste from Facebook: 23/12/2019: 4.16 pm

No comments: