Wednesday 10 July 2019

Maksud Haji

Maksud Haji
Haji adalah ziarah suci tahunan ke Mekah yang wajib dilakukan oleh umat Islam sekurang-kurangnya sekali dalam hidup (melainkan uzur atau tidak berkemampuan) kerana ia adalah rukun Islam yang kelima. Perkataan Haji adalah satu perkataan Arab yang bermaksud ‘menuju atau mengunjungi ke suatu tempat.’ Ibadah Haji merangkumi melawat Kaabah pada bulan Zulhijjah dan melakukan rukun wajib Haji.

Maksud Umrah
Umrah bermaksud ziarah suci ke Mekah yang boleh ditunaikan umat Islam pada bila-bila masa sepanjang tahun.
Dalam bahasa Arab, Umrah bermaksud ‘ziarah’ . Ibadah Umrah boleh dikerjakan bersama ibadah Haji dan pada hari-hari lain.
Hajj Ifrad
Haji Ifrad adalah proses melakukan ibadah Haji yang terpisah antara ibadah Haji dan ibadah Umrah. Seseorang yang mengerjakan Haji Ifrad dikenali sebagai Mufrid. Ibadah Haji ini adalah untuk golongan yang tinggal di dalam kawasan Masjidil Haram. Seseorang yang mengerjakan Haji Ifrad akan memakai Ihram dengan niat untuk mengerjakan ibadah Haji sahaja. Dia tidak boleh mengerjakan ibadah Umrah dan sekiranya dia melakukannya, dia bukan lagi mengerjakan Haji Ifrad.

Haji Qiran
Haji Qiran adalah ibadah Haji dan Umrah yang dilakukan secara serentak. Haji ini adalah untuk golongan yang tinggal jauh dengan Masjidil Haram. Seseorang yang mengerjakan Haji ini perlu memakai Ihram dengan niat Umrah dan Haji, dan kedua-dua perlu dilakukan di dalam Ihram yang sama. Dia hanya boleh meninggalkan Ihram setelah ibadah Haji dan Umrah selesai.

Haji Tamattu
Apabila seseorang mendahulukan Umrah di musim Haji sebelum mengerjakan Haji, ia dikenali sebagai Haji Tamattu’. Ia juga dikenali sebagai Mutamatti iaitu Haji yang menyenangkan. Golongan yang datang dari luar untuk mengerjakan Haji selalunya melakukan Haji Tamattu’ kerana merangkumi ibadah Umrah sekali. Ibadah Umrah perlu dilakukan sebelum hari-hari ibadah Haji. Seseorang perlu mengerjakan Haji Tamattu dalam dua Ihram yang berbeza, satu untuk ibadah Umrah dan satu untuk ibadah Haji.

Umrah Mufradah
Umrah Mufradah merujuk kepada Umrah yang dikerjakan secara terpisah tidak ada kaitannya dengan ibadah Haji dan boleh dikerjakan pada bila-bila masa sepanjang tahun, kecuali semasa hari-hari Haji.
Umrah Tamattu
Apabila dilakukan bersama ibadah Haji, ibadah Umrah itu dikenali sebagai Umrah Tamattu’ dan adalah sebahagian Haji yang menyenangkan (Haji Tamattu’). Ibadah Umrah dilakukan terlebih dahulu sebelum ibadah Haji dikerjakan.
Perbezaan antara Haji dan Umrah
1. Ibadah Haji adalah rukun Islam yang kelima dan ia wajib dikerjakan sekurang-kurangnya sekali seumur hidup oleh kaum Muslim yang mampu dari segi fizikal dan kewangan. Ibadah Umrah tidak merupakan rukun Islam dan hanya sunat untuk dikerjakan dan bukan wajib.

2. Haji perlu dikerjakan pada masa yang ditetapkan, iaitu dalam bulan Haji dan secara khususnya lagi, rukun-rukun Haji dilakukan semasa 2 minggu pertama bulan Zulhijjah. Walau bagaimanapun, Umrah boleh dikerjakan pada bila-bila masa sepanjang tahun.
3. Ibadah Umrah merangkumi acara Tawaf dan Sai’ dalam Ihram, walhal ibadah Haji juga merangkumi acara bermalam di Mina, Wukuf di Arafah, bermalam di Muzdalifah, melontar Jamrah dan korban dalam sesetengah keadaan.
Copy and paste from FB
10 July 2019: 9.06 pm

No comments: