Saturday, 20 April 2019

JASA DIKENANG - MALAY NAVY SEMASA PERANG DUNIA KEDUA

Ketika berkhidmat di Kementerian Pertahanan Kuala Lumpur, saya telah menghadiri satu majlis memperingati jasa-jasa anggota Malay Navy yang berkhidmat dibawah Royal Navy Malay Section ketika Perang Dunia kedua. 
Majlis yang berlansung di Auditorium Wisma Pertahanan pada 5 Disember 1988 telah dihadir oleh beberapa anggota veteran Malay Navy yang masih hidup untuk menceritakan pengalaman mereka semasa perang dahulu.
Setiap yang hadir telah diberikan sebuah buku cenderahati yang bertajuk "JASA DIKENANG" dan buku itu sehingga kini masih ada dalam simpanan saya. 


Didalam buku ini diceritakan sejarah pembentukan Malay Navy yang berkhidmat dengan Tentera Laut DiRaja British ketika Perang. Turut diceritakan pengalaman beberapa anggota yang masih hidup ketika itu. 

SEJARAH RINGKAS ROYAL NAVY MALAY SECTION
Cadangan untuk membentuk sebuah pasukan Tentera Laut di Persekutuan Tanah Melayu telah dibuat antara tahun 1920 dan 1932. Namun disebabkan oleh keadaan ekonomi ketika itu cadangan tersebut terbiar begitu sahaja sehinggalah pada tahun 1934 apabila cadangan menubuhkan pasukan Straits Settlement Royal Naval Volunteer Reserve (SSRNVR) diusulkan. 
Kanun Straits Settlement No. 3 tahun 1934 memberi kuasa untuk menubuhkan The Straits Settlement Royal Naval Volunteer Reserve (SSRNVR) pada 27 April 1934 di Singapura. 



SSRNVR kemudiannya dikenali sebagai The Malayan Royal Naval Volunteer Reserve (MRNVR). Pasukan MRNVR dikerah tenaga sepenuh masa pada 4 September 1939.
Apabila meletusnya Perang Dunia Kedua, Kerajaan British telah menubuhkan satu cawangan Melayu didalam Royal Navy yang dikenali sebagai "Royal Navy Malay Section" atau ringkasnya Malay Navy. Beberapa anggota dari MRNVR telah diserapkan kedalam pasukan Malay Navy dan dihantar bertugas dibeberapa buah kapal British Navy semasa perang. Ramai anggota Malay Navy yang terkorban semasa Perang Dunia Kedua. Ada yang telah ditangkap oleh Tentera Jepun dan dibunuh serta ada yang telah dihantar menjadi buruk paksa di Thailand. 






Dalam suasana perang yang huru hara dan ada anggota Malay Navy yang terkorban serta hilang dilaut... terdapat beberapa anggota Malay Navy yang menyertai beberapa unit lain yang ditubuhkan semasa Perang seperti FORCE 136. Antara anggota Malay Navy yang menyertai Force 136 ialah S/Lt Mohd Zain bin Hussein, LRSM Ismail bin Hassan (bersara Kapten TLDM), ABSM Omar bin Yahaya, ABSM Sulaiman bin Dol, ABSM Mohd Nor bin Rani dan ABSM Membar bin Itam. 



Selain Force 136, beberapa anggota Malay Navy turut menyertai pasukan Klendistin OSS 404 (U.S Army) iaitu ABSM Johari Md Amin, ABSM Sharif bin Mahmud dan ABSM Awang bin Salleh. 




Semasa Perang juga, 8 anggota Malay Navy cawangan telegraphist telah ditugaskan di Chief of Intelligent Staff Eastern Fleet di Mombasa, Afrika Timur iaitu Yasin Endut, Basir Salim, Ramli Hadi, Ahmad Sulaiman, Hashim Md Nor, Mustafa Sheikh Ismail, Abdullah Dakan dan Omar Abdul Rahman. 

Pengorbanan anggota Malay Navy dalam perang Dunia Kedua tidak dilupakan begitu sahaja. Beberapa anggota telah dikurniakan Pingat Keberanian oleh kerajaan British diatas keberanian mereka menentang Tentera Jepun ketika Perang. 
Antara yang mendapat penghargaan Kerajaan British ialah:

1. S/Lt Mohd Zain bin Hussain - telah dianugerahkan Pingat Member of British Empire (MBE) oleh Kerajaan British. 
2. CPOSM ABD KADIR BIN SAID 
3. CPOSM JOHARI BIN MOHD AMIN



















KAPAL PERANG BRITISH DI MALAYA - PERANG DUNIA KEDUA
WARSHIP
HMS SCORPION, HMS DRAGONFLY, HMS FASTNEST, HMS BARRIER, HAS SURVEYOR, HMS BARRICADE, HMS BARLANE, HMS ROSEMARRY, HMS MIDWAY, HMS LADY BIRD, HMS GRASSHOPPER, HMS BARDWELL, HMS PERSONATE, HMS SYLVIA, HMS SCARAB, HMS PENGAWAL DAN HMS PENGAIL. 

ARMED MERCHANT SHIPS
HMS DARVEL (KARAM), HMS ANGBY (KARAM), HMS CIRCE (KARAM), HMS BANGKA, HMS AMPANG (KARAM), HMS GEMAS (KARAM), HMS INTAN, HMS MALACCA (KARAM), HMS RAWANG (KARAM), HMS RIMBA (KARAM), HMS TERENGGANU, HMS KEMUNTING (KARAM), HMS JERANTUT (KARAM), HMS IPOH, HMS TIEN KWANG, HMS SIANG WOH, HMS KELANTAN (COLOMBO), HMS KEDAH (COLOMBO), HMS RAUB (KARAM), HMS LARUT (KARAM), HMS KUDAT (KARAM), HMS PANGKOR (COLOMBO), HMS MATAHARI (COLOMBO), HMS VYNER BROOKE (KARAM), HMS LIPIS (KARAM), , HMS MAMBAU, HMS KAMPAR, HMS TUNG SONG (KARAM), HMS HONG PENG (KARAM) DAN HMS HONG SIANG

Pada 6 Ogos 1945 Pesawat B-29 Bomber United State Army Air Force telah mengugurkan bom Atom di bandar Hiroshima, Jepun diikuti kemudiannya pada 9 Ogos 1945  di bandar Nagasaki. 

Akhirnya Jepun menyerah kalah dan berakhirlah Perang Dunia Kedua. 
USS MISSOURI

SELEPAS PERANG
  • 12 Januari 1946 - sebahagian anggota Malay Navy dan MRNVR berkhidmat semula di atas kapal HMS Derby Heaven. 
  • 26 Februari 1946 - MRNVR dibubarkan. 
  • 8 Jun 1946 - beberapa anggota Malay Navy terlibat dalam London Victory Parade. 


  • April 1947 - Malay Navy dibubarkan. 
  • 22 Disember 1948 - Majlis Perundangan Singapura telah mengesahkan penubuhanMalayan Naval Force (MNF).
  • 24 Disember 1948 - Malayan Naval Force Ordinance 1948 telah mendapat kelulusan Majlis Perundangan Singapura. 
  • 18 Februari 1949 - Captain H.E.H. Nicholls RN telah dilantik sebagai Senior Officer Malayan Naval Force. 
  • 4 Mac 1949 - The Malayan Naval Force Regulation 1949 telah diwartakan. 
  • 19 November 1949 - Bekas Stesen wireless Royal AirForce di Woodlands, Singapura dirasmikan sebagai Berek Malayan Naval Force. 












KOLEKSI FOTO ANGGOTA MALAY NAVY KETIKA PERANG DUNIA KEDUA














HJ ZULHEIMY BIN MAAMOR

20 April 2019 - 11.47 am

*** hak cipta terpelihara
Kalau ada yang nak share dipersilakan namun sila rujuk blog saya sebagai rujukan.... 


1 comment:

ANNIKA AMAHLE MOKOENA said...
This comment has been removed by a blog administrator.