Saturday 2 February 2019

SEJARAH PENGUMPULAN AL QURAN DI ZAMAN SAHABAT.

Pada zaman Khalifah Abu Bakar r.a. , selepas berlaku Perang Yamamah yang menyebabkan kematian ramai sahabat yang hafaz al-Quran, lembaran-lembaran al-Quran yang ditulis dihadapan Nabi s.a.w. dihimpunkan secara lengkap atas cadangan Omar al-Khattab r.a. 
Sahabat Nabi, Zaid bin Thabit diamanahkan untuk melakukan tugas yang berat ini. 
Ketika menghimpunkan lembaran-lembaran ini, Zaid bin Thabit menggunakan metodologi yang amat teliti. Bagi setiap lembaran beliau meminta 2 orang sahabat yang al-Hafiz untuk menjadikan saksi mengesahkan kebenaran dan kesahihan lembaran itu, dan akhirnya lembaran al-Quran yang lengkap disimpan oleh Khalifah Abu Bakar r.a. 
Selepas kewafatan Khalifah Abu Bakar r.a. , lembaran al-Quran ini disimpan oleh Khalifah Omar al-Khattab dan selepas kewafatannya, ia diserahkan kepada isteri Nabi s.a.w iaitu Ummul Mukminin Hafsah. 
Dizaman Khalifah Uthman bin Affan r.a. , atas nasihat sahabat Nabi, Huzaifah bin Yaman, lembaran al-Quran yang berada ditangan Ummul Mukminin Hafsah diambil untuk disimpan semula dan dibukukan secara rasmi.
Yang terlibat dalam usaha pembukuan al-Quran ini ialah Zaid bin Thabit, Abdullah bin Zubair dan Abdul Rahman bin Harith.
Lima naskah al-Quran berjaya disiapkan dan dihantar ke Mekah, Syria, Basrah, Kufah dan senaskah lagi di Madinah. Naskah yang berada di Madinah kemudiannya dibawa oleh pihak yang berwajib Turki ke Istanbul sebelum dipindahkan ke Berlin pada Perang Dunia pertama. 

Akhirnya dikembalikan ke Istanbul melalui Perjanjian Versailles selepas tamat perang, dan berada di Istanbul sehinggalah ke hari ini. 
Sebuah lagi mashaf Uthman yang kekal tersimpan hingga ke hari ini berada di Tashkent, Uzbekistan. Perkara ini disebutkan dalam "Proof of the Preservation of the Quran." oleh Sabeel Ahmad dan Ulum al-Quran  oleh Ahmad von Denfer. 
Kesemua ini membuktikan kesucian al-Quran sehinggalah ke hari ini. 

Pandangan Pengkaji Barat
Seorang penulis Barat yang kritikal terhadap al-Quran, John Burton didalam bukunya "The Collection of the Quran" (Cambridge University Press, 1977) berkata, "Teks al-Quran  yang ada pada hari ini adalah didalam bentuk yang telah disusun dan diiktiraf oleh Nabi....Apa yang ada ditangan kita adalah sebuah mashaf dari (zaman) Muhammad."

F.F.Arbuthnot dalam "The Construction of the Bible and the Qur'an." (London, 1885), berkata, "It will be thus be seen, from the above, that a final and complete text of the Qur'an was prepared within 25 years after the death (A.D 632) of Muhammad, and that this has remained the same, without any change, or alteration by enthusiasts, translators or interpolators, up to the present time. 
It is to be regretted that the same cannot be said of all the books of the Old and New Testaments."

Bagaimana dengan Kesucian Bible dan Taurat hari ini?
Secara dasarnya manuskrip Injil yang asal sudah tidak wujud lagi. 
Didalam "The Catholic Encyclopedia" (www.newadvent.org/cathen/09627a.html)
dinyatakan, 

"It is more than likely that the New Testament sacred writers of their scribes used ink and rolls of gragile papyrus for their autographa (2 Corinthians 3:3; 2 John 12). These original manuscripts probably perished towards the end of the first or the opening of the second century."

Tidak dapat dinafikan lagi bahawa isi-isi Bible telah diubah oleh penulis-penulisnya. 



Pakar Rujuk Kitab Perjanjian Baru, Bart D. Ehrman dalam buku bertajuk "The Orthodox Corruption of Scripture: The Effect of Early Christological Controversies on the text of The New Testament." beliau berkata, 

"My thesis can be stated simply : scribes occasionally altered the words of their sacred texts to make them more patently  orthodox and to prevent their misuse by Christians who espoused aberrant views."

Maksudnya memang benar berlaku pengubahan teks Bible oleh penulis-penulisnya. 

Berhubung dengan Taurat (Torah), ia diistilahkan sebagai Tanakh (Written Torah) oleh golongan Yahudi, dan sebagai Pentateuchos dalam Kitab Perjanjian Lama. 

Pakar Bible Dr. Jerald Frederick Dirks berkata dalam "The Cross & The Cresent" (Beltsville, Amana Publications, 2001), 

"Manuskrips Taurat yang ada pada hari ini ditulis 2,300 tahun selepas Nabi Musa. Walaupun terdapat bahan-bahan tulen di dalamnya namun secara umumnya sumbernya tidak diketahui dan tidak dapat dikaitkan dengan Nabi Musa."

Justeru ketulenan Bible dan Taurat yang ada pada hari ini memang dipertikaikan. Hal ini berbeza dengan al-Quran yang terpelihara ketulenannya sejak daripada awal lagi. 

** Diolah dari Majalah I, terbitan Karangkraf Bil 131 September 2013. 

2 Februari 2019: 12.11 am

No comments: