Thursday 12 July 2018

TRAGEDI NURI

HARI Isnin, 18 Disember 1989. Cuaca sebagaimana kebiasaan pada musim tengkujuh di Kuching, Sarawak masih tidak menentu dan beberapa kawasan rendah sudah ditenggelami air berikutan hujan lebat beberapa hari sebelumnya.
Di Pangkalan Tentera Udara Malaysia (TUDM) Kuching pula, sebuah helikopter Nuri seawal pukul 8 pagi sudah bersedia menerbangkan 16 penumpang termasuk empat pegawai tinggi Angkatan Tentera Malaysia (ATM), masing-masing dua orang berpangkat Jeneral dan tiga Kolonel.
Mereka terdiri daripada
Panglima 1 Divisyen, Mejar Jeneral Datuk Mustaffa Awang (ayah kepada Kapt Shareef Mustaffa (B) Logistik.)
Panglima 3 Briged Infantri, Brigadier Jeneral Datuk Hasbullah Yusuf yang lebih dikenali sebagai Bond Hasbullah (ayah kepada Maj Azril TUDM)
Pegawai Memerintah Batalion Kelima Rejimen Renjer Diraja (RRD), Leftenan Kolonel Mohd. Johari Selan
Pegawai Memerintah Batalion Ke-13 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD)
Leftenan Kolonel Tunku Abdul Aziz Tunku Osman
Pegawai Staf Satu (Operasi) 1 Divisyen, Leftenan Kolonel Mustafa Kamal Mohd. Yusoff (ayah kepada Lt Col Fajim Juffa TUDM - Pilot)
Antara krew lain yg terkorban adalah 
AQM Ramle Kachong
Lt (U) ZuLkifLy Abu Samah
Kapt (U) Fauzi Awab 
Lt (U) Shahid

Destinasi yang dituju mereka ialah Kem Sematan untuk menghadiri majlis penutup Kursus Risik Tempur. Namun, berikutan halangan cuaca buruk, penerbangan helikopter pelbagai guna itu terpaksa ditangguhkan sehingga pukul 8.50 pagi.
Penangguhan hampir sejam itu rupa-rupanya memberi petunjuk bahawa penerbangan berkenaan adalah yang terakhir buat kesemua penumpang.
Berdasarkan rekod kenyataan rasmi Kementerian Pertahanan, helikopter itu terputus hubungan dengan menara kawalan hanya selepas 15 minit berlepas sehingga TUDM terpaksa melancarkan gerakan mencari dan menyelamat (SAR).
Dua buah pesawat Alouette telah dikerah untuk mengesan Nuri yang membawa individu penting dalam hierarki kepimpinan ATM itu sehinggalah pencariannya menemui noktah. Ia ditemui terhempas di muara Sungai Lundu, berhampiran Kampung Kuala Bandang, kira-kira 60 kilometer (km) ke barat laut Kuching.
Kejadian yang mengorbankan semua penumpang itu dilaporkan berlaku dalam keadaan cuaca buruk dengan hujan lebat disertai angin kencang dan kilat sabung-menyabung.
Apa yg berlaku adalah sebahagian drpd rentetan tragedi pesawat tersebut :
25 April 1969 - Kejadian Nuri terhempas pertama apabila 4 anggota TUDM terbunuh di Kuching, Sarawak.
11 Mac 1972 - 4 terbunuh dalam kemalangan di Gambang, Pahang.
26 April 1976 - 11 anak kapal dan penumpang terbunuh apabila helikopter Nuri ditembak jatuh oleh pengganas komunis di Gubir, Kedah.

19 Julai 1980 - Helikopter Nuri terhempas berhampiran Ipoh, Perak akan tetapi 18 penumpangnya terselamat.
25 April 1981 - 2 anggota TUDM terbunuh sementara 13 orang yang lain tercedera apabila helikopter Nuri terhempas di Lapangan Terbang Kuching, Sarawak.
11 Julai 1981 - Nuri terhempas berdekatan Batu Melintang, Perak. 11 penumpang terselamat.
14 November 1989 - 21 orang terkorban dalam kemalangan di antara Gunung Gerah dan Gunung Bilah di sempadan Kelantan- Perak.
18 Disember 1989 - 16 orang terbunuh dalam kemalangan berdekatan Sungai Lundu, Sarawak.
28 Ogos 1990 - 9 anggota yang sedang menjalani latihan untuk sambutan ulang tahun Kemerdekaan terselamat dalam pendaratan kecemasan berdekatan Rawang, Selangor.
16 Januari 1991 - Helikopter Nuri dari Sungai Besi ke Kluang membuat pendaratan kecemasan di Kampung Parit Zin, Muar, Johor. 12 orang terselamat.
10 Jun 1991 - 6 orang terbunuh apabila helikopter Nuri terhempas dan meletup di Banding, Perak.
11 Julai 1991 - 7 orang terbunuh apabila Nuri terhempas semasa mendarat juga di Banding, Perak.
16 Oktober 1996 - 2 orang terbunuh apabila Nuri terhempas di Muka Head, Pulau Pinang.
19 Mac 1997 - 11 anggota TUDM terbunuh apabila 2 buah helikopter Nuri terhempas berdekatan Gunung Lumaku, Sipitang di Sabah.
5 Mac 2004 - 2 orang terbunuh dalam kemalangan di Taman Udara, Butterworth.

30 Mac 2004 - 3 juruterbang terselamat semasa membuat pendaratan kecemasan di Bukit Kalam berdekatan Labuan, Sabah.
15 Ogos 2004 - 3 orang terbunuh dalam kejadian terhempas di Long Seridan, Sarawak.
13 Julai 2007 - 6 anggota TUDM terbunuh apabila helikopter Nuri terhempas di Genting Sempah, Pahang. Mayat mereka ditemui 4 hari kemudian.
10 Julai 2008 - Sebuah helikopter Nuri milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mendarat cemas di sebuah kawasan lapang di Taman Sinar Mentari, Bedong, Gurun, Kedah semasa ia sedang dalam perjalanan balik dari Kem Gubir, Sik menuju Pangkalan Udara Butterworth
Kerajaan Malaysia membeli 40 pesawat Nuri atau dikenali sebagai Sikorsky S61 Sea King pada 1968 daripada Sikorsky Aircraft Corporation, Amerika Syarikat yang berperanan pada peringkat awal memberi bantuan logistik kepada Tentera Darat sebelum diperluaskan untuk operasi mencari, menyelamat dan bantuan kemanusiaan. Helikopter Nuri itu, yang mula diperkenalkan di persada antarabangsa sewaktu Perang Vietnam yang berakhir pada 1975, menggunakan dua enjin General Electric berkuasa kuda 15,000 mempunyai kelajuan maksimum 220 km sejam. Helikopter pelbagai guna seberat 3,652 kilogram itu mempunyai kemampuan membawa 21 penumpang termasuk tiga anak kapal.
..=WRA=
Copy and Paste : FB Kelab Veteran Tentera Malaysia
12 Julai 2018 : 1.08 pagi

No comments: