Thursday, 1 June 2017

SEJARAH TANJUNG TUAN DAN RUMAH API TERTUA DI PORT DICKSON

Tanjung Tuan yang terletak kira-kira 20 kilometer (km) dari Bandar Port Dickson dan 80 km dari Bandar Melaka satu-satunya jajahan luar negeri Melaka yang dikelilingi oleh kawasan kedaulatan luar iaitu Negeri Sembilan. Mungkin ramai orang luar termasuk rakyat Negeri Sembilan atau Melaka sendiri tidak sedar bahawa sebenarnya Tanjung Tuan adalah sebahagian daripada negeri Melaka dan berada dibawah penyeliaan Majlis Perbandaraan Alor Gajah dan bukannnya Majlis Pebandaran Port Dickson.

Tanjung Tuan dahulunya dikenali sebagai Cape Rachado. Nama Cape Rachado tersebut sebenarnya diberikan oleh seorang pelayar Portugis sekitar kurun ke-16 yang bermaksud “Broken Cape” atau Tanjung Patah. Terletak di sebuah tanjung yang kedudukannya menganjur keluar ke Selat Melaka dari tanah Negeri Sembilan menjadikannya titik yang paling sempit di Selat Melaka. Ini kerana jarak antara Tanjung Tuan dengan Pulau Rupat, Indonesia cuma sekitar 24 kilometer sahaja. Bermakna kapal yang lalu di Selat Melaka menyusuri bahagian paling sempit di lautan tersebut.
Sejarah Tanjung Tuan Dan Rumah Api Tertua Di Port Dickson
Pada masa itu, ia menjadi tempat kawalan utama bagi kapal dagang yang melalui perairan Selat Melaka kerana kedudukan perairannya yang sempit memudahkan pihak penguasa memantau atau mengawal kapal yang melaluinya. Kedudukan strategik ini dipercayai menjadi faktor utama tempat tersebut terus digunakan oleh pemerintah di Melaka termasuk Portugis, Belanda dan Inggeris.
Sejarah Tanjung Tuan Dan Rumah Api Tertua Di Port Dickson
Buktinya, sehingga hari ini, masih terdapat rumah api di puncak bukit yang tertinggi di kawasan ini yang menghadap ke Selat Melaka yang pada asalnya dibina oleh Portugis pada 1528 sebelum dibina semula oleh pihak Inggeris pada tahun 1863.
Rumah Api Tertua Di Malaysia
DI seluruh Semenanjung Malaysia kini terdapat 14 buah rumah api berfungsi menunjukkan laluan kepada kapal dan memberi amaran tentang beting pasir, batu karang atau kawasan cetek.
Sejarah Tanjung Tuan Dan Rumah Api Tertua Di Port Dickson
Daripada semua rumah api itu, terdapat sebuah rumah api tertua yang telah berfungsi sejak 200 tahun lalu. Catatan-catatan sejarah menyatakan Rumah Api Tanjung Tuan itu dibina oleh British, namun hakikatnya ia telah wujud sebelum kedatangan Inggeris ke Tanah Melayu.
Mengikut catatan British, Rumah Api Tanjung Tuan dibina pada 1863 dan merupakan yang tertua di Malaysia. Ia mempunyai reka bentuk silinder dengan ketinggian 24 meter.
Sejarah Tanjung Tuan Dan Rumah Api Tertua Di Port DicksonSejarah Tanjung Tuan Dan Rumah Api Tertua Di Port DicksonSejarah Tanjung Tuan Dan Rumah Api Tertua Di Port Dickson
Sungguhpun tiada catatan sebenar tentang sejarah asal pembinaan Rumah Api Tanjung Tuan, tetapi banyak penemuan daripada para pengkaji memberitahu rumah api ini telah dibina dan beroperasi sejak 1817 lagi. Ia mungkin telah berfungsi lebih awal daripada itu memandangkan Portugis yang menggelar Tanjung Tuan sebagai Cape Rachado.
Sejarah Tanjung Tuan Dan Rumah Api Tertua Di Port DicksonSejarah Tanjung Tuan Dan Rumah Api Tertua Di Port Dickson
Rumah api ini berfungsi untuk membantu kelasi, kapal-kapal dagang dan nelayan untuk singgah ke pelabuhan. Ia dikawal dan diselenggarakan oleh Shahbandar Melaka. Sebuah radar untuk tujuan pengawalan laluan kapal-kapal besar di Selat Melaka baru saja dipasang di stesen rumah api ini pada awal tahun 1990.
Sejarah Tanjung Tuan Dan Rumah Api Tertua Di Port Dickson
Rumah api ini asalnya daripada bangunan kayu sahaja tetapi kini telah diganti dengan bangunan batu dan dilengkapi dengan sistem lampu yang memenuhi piawai antarabangsa. Kos pembinaannya lebih daripada sejuta ringgit. Di tepi rumah api ada lorong denai menuju ke Tok Keramat Lela dan medan tinjau Pulau Intan. Laluan denai daripada batu telah dibina oleh Jabatan Perhilitan Melaka. Disebabkan faktor-faktor keselamatan, rumah api ini tidak dibuka kepada orang ramai.
Peristiwa Penting Tanjung Tuan
Tanjung Tuan juga pernah menjadi saksi kepada beberapa peristiwa bersejarah termasuklah peperangan yang digelar Battle of Cape Rachado yang berlaku pada tahun 1606 antara Syarikat Hindia Timur Belanda (VOC) dengan Armada Portugis.
Sejarah Tanjung Tuan Dan Rumah Api Tertua Di Port Dickson
Dikatakan tempat ini juga merupakan lokasi dimana Parameswara dimakamkan serta menjadi tempat Laksamana Hang Tuah bertapa. Dan yang masih lagi tanda tanya ialah kewujudan terowong yang dikatakan wujud di kawasan Tanjung Tuan ini. Walaubagaimanapun, masih belum ada catatan sejarah yang dijumpai lagi untuk membuktikan kesahihan cerita ini.
Tanjung Tuan Kawasan Persinggahan Burung Migrasi
Pada 1921, kawasan ini telah diwartakan sebagai salah satu daripada hutan simpanan kekal yang tertua di Malaysia dan ditadbir oleh Pejabat Hutan Negeri Melaka. Dan seterusnya kawasan Tanjung Tuan ini sekali lagi diwartakan sebagai Kawasan Suaka Kehidupan Liar pada tahun 1971 dan Kawasan Perlindungan Mergastua pada tahun 1991 dan diletakkan dalam kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) yang bersempadan dengan Port Dickson, Negeri Sembilan.
Sejarah Tanjung Tuan Dan Rumah Api Tertua Di Port Dickson
Hari ini, Tanjung Tuan yang terletak berhampiran Ilham Resort Port Dickson ini dikenali sebagai pantai peranginan yang telah diwartakan sebagai kawasan santuari burung liar. Ia menjadi tempat persinggahan berpuluh-puluh ribu burung migrasi jenis helang berhijrah dari hemisfera selatan ke hemisfera utara terutamanya pada bulan September hingga Oktober dan Mac hingga April setiap tahun.
Sejarah Tanjung Tuan Dan Rumah Api Tertua Di Port Dickson
Burung migrasi ini telah menjadikan Tanjung Tuan sebagai lokasi transit untuk mendapatkan bekalan makanan, santuari rehat serta perlindungan yang selamat sejak ratusan tahun lalu sebelum meneruskan perjalanan bermusim melintas hemisfera. 
- Sumber Utusan Rencana

No comments: