Sunday, 16 October 2016

KEMBARA JOHOR 2016

Tahun 2016 program Yayasan Jantung Malaysia di Johor adalah di Sunway College Johor Bahru dan di Taman Plentong Utama, Johor Bahru. 

20 APRIL 2016 - SUNWAY COLLEGE JOHOR BAHRU
Perjalanan kami ke Johor Bharu bermula selesai program Peringkat Sekolah di SMK Seremban 2 pada 19 April 2016. 
Nasib agak kurang baik apabila van kami rosak berhampiran Exit Alor Gajah. Kami terpaksa menghubungi PLUS Highway untuk meminta bantuan tunda. Kami membaiki van kami di sebuah bengkel di Alor Gajah Melaka.



Program Pemeriksaan Kesihatan Peringkat Kolej di Sunway College Johor Bahru pada 20 April 2016 telah dihadiri oleh seramai 137 orang pelajar dan setaf Kolej. 

Sunway College Johor terletak dibelakang hotel kami menginap di Taman Mount Austin, Johor Bahru. 
Ditubuhkan pada tahun 2004 Sunway College Johor Bahru adalah sebahagian daripada Sunway Education Group.




Semasa berada di Johor Bahru saya telah berpeluang bertemu kembali dengan rakan - rakan seperjuangan TLDM Intake 139/80 berhampiran hotel saya menginap di Hotel Vistaria di Jalan Austin Heights, JB. 





PROGRAM KOMUNITI - TAMAN PLENTONG UTAMA
15 OKTOBER 2016
Pemeriksaan Kesihatan di Taman Plentong Utama telah dihadiri oleh seramai 90 orang penduduk sekitar taman tersebut. 

Plentong adalah sebuah daerah di Johor Bahru yang merangkumi Permas Jaya dan Pasir Gudang. 






Demikian kembara kami anggota Awareness Team ke Johor sepanjang tahun 2016.

No comments: