Saturday 8 February 2014

THE FIRST IN MALAYSIA

  1. Captain A.G. Exham : Adjutan Rejimen Askar Melayu yang pertama, perekabentuk lencana dan moto Askar Melayu.
  2. A.K. Moosdeen : Arkitek Bangunan Loke Yew di Kuala Lumpur.
  3. A.L. Birch : Orang yang pertama memulakan siaran radio Di Tanah Melayu pada 1921.
  4. A.M. Azahari :  Pemimpin pemberontak di Brunei yang menentang penubuhan Malaysia pada 1963.
  5. A.R. Cook :wanita pertama menjadi Pengetua Sekolah Jalan Maxwell, Kuala Lumpur pada tahun 1959.
  6. A.R. Venning : Lake Garden (Taman Tasik Perdana) pada tahun 1888.
  7. Datu Bandar Abang Hj Mustapha : Pengasas Parti Negara Sarawak , 9 April 1990.
  8. Abdul Aziz bin Ishak : Menteri Tanaman, Kehutanan dan Perikanan bagi Kabinet Persekutuan Tanah Melayu yang pertama.
  9. Abdul Aziz bin Ismail : Anak Melayu pertama menjadi Pengetua Maktab Melayu Kuala Kangsar.
  10. Dato’ Dr. Abdul Halim bin Ismail : Pengarah Urusan Bank Islam yang pertama, 1983.
  11. Abdul Hamid bin Desa : Johan Qari Musabaqah Membaca Al-Quran peringkat Kebangsaan yang pertama, 1960.
  12. Abdul Jalil bin Ibrahim : Orang awam pertama dikurniakan Pingat Seri Panglima Gagah Perkasa (SPGB). Terbunuh dalam siasatan kes Bumiputra Finance Bhd di Hong Kong pada Julai 1983.
  13. CPOSM Abdul Kadir bin Ibrahim : Anggota Malay Navy Semasa Perang Dunia Kedua - anak Melayu pertama menerima pingat "Distinguished Service Medal" dari Kerajaan British kerana keberanian menentang tentera Jepun.
  14. Tan Sri Datuk Haji Abdul Kadir Yusof : Peguam Negara yang pertama.
  15. Dato’ Abdul Malik Mydin : Rakyat Malaysia pertama merenangi Selat Inggeris sejauh 33 km pada Ogos 2003.
  16. Abdul Rahim Kajai : Pengarang Utusan Melayu yang pertama.
  17. Abu Bakar Al-Baqir : Pengasas Hizbul Muslimin.
  18. Major Abu Hassan bin Abdullah : Pegawai Memerintah pertama Pasukan Gerak Khas Malaysia pada 23 Feb 1965.
  19. Ah Ying : Anggota Komunis di Negeri Sembilan yang pertama menyahut tawaran penyerahan Kerajaan pada tahun 1957.
  20. Ahmad Fuad bin Hassan : Presiden Parti PAS (Parti Islam Se Malaysia) yang pertama.
  21. Datuk Ainun binti Mohd Said : Wanita pertama dilantik Peguam Negara pada tahun 2000.
  22. Datuk Aini Dhoby : Pengasas Barisan Rakyat Jati Sarawak pada 1961, adik kepada Rosli Dhoby.
  23. Dato’ Sir Alexander Oppenheim : Naib Canselor Universiti Malaya yang pertama, 1962.
  24. Amber Chia : Yang pertama dilantik duta jenama jam Guess pada 2004.
  25. Aminuddin Baki : Anak tempatan pertama menjadi Ketua Penasihat Pelajaran.
  26. Anandam Xavier : Menghasilkan filem animasi pendek yang pertama di Malaysia dengan filem “Hikayat Sang Kancil” pada tahun 1978.
  27. Annie Choong  : Atlet wanita pertama mewakili Negara di Sukan Olimpik di Melbourne, Australia pada tahun 1956.
  28. Anthony Chan : Yang pertama di Malaysia memulakan Graphic User Interface (GUI) Bulletin Board.
  29. Arman Ramli Jaafar @ A.R. Tompel : Anak Melayu pertama menjadi Pengarah Filem Melayu di Singapura pada tahun 1951.
  30. Arthur E. Walker : Seorang Peladang British di Sungai Siput Perak menjadi mangsa pertama pembunuhan komunis semasa Darurat di Tanah Melayu, 1948.
  31. Awang Hamat Mat Lazim  : Rakyat Malaysia pertama menjadi pengadil Bolasepak World Cup Tournament, 1997 – 99.
  32. Dato’Azhar bin Mansur : Rakyat Malaysia pertama mengelilingi dunia secara solo melalui kapal layar pada tahun 1999.
  33. Tan Sri B.C. Sekhar : Pengarah Institut Penyelidikan Getah (RRIM) yang pertama pada tahun 1966.
  34. B.E. Shaws : Pengetua Victoria Institution, Kuala Lumpur yang pertama.
  35. B.S. Rajhans : Pengarah Filem Melayu pertama pada tahun 1947 dengan filem bertajuk “Singapura di Waktu Malam”.
  36. Bahaman Shamsudin : Penolong Menteri Hal Ehwal dalam Negeri yang pertama.
  37. Bastianpillai Paul Nicholas : Pengasas Oriental Bank of Malaya dan orang Asia pertama menjalankan perniagaan perbankan dalam sejarah Koloni British di Malaya.
  38. Bibi Aishah bin Hamidon : Wanita Malaysia pertama menjadi Senator.
  39. Burhanuddin Al-Helmi : Pengasas Homeopati di Malaysia. Pemimpin PKMM (Parti Kebangsaan Melayu Malaya) yang menentang Perlembagaan Persekutuan, 1948.
  40. C.E. Spooner : Pengurus Besar Keretapi Negeri-Negeri Bersekutu yang pertama.
  41. Sir Charles Arden Clarke : Gabenor Sarawak yang pertama.
  42. Charles Jessel : Pengasas Jessel Town atau Jesselton yang kini dikenali sebagai Kota Kinabalu pada tahun 1900.
  43. Father Charles Letessieer : Mubaligh Kristian dan pengasas St John Institution dan Convent Bukit Nenas Girl School di Kuala Lumpur.
  44. Chew Kam Pok : Ketua Pengarah Jabatan Telekom yang pertama (1965 – 1971).
  45. Chow Chee Keong : Penjaga gol Malaysia & rakyat Malaysia pertama yang diundi oleh Gabungan Bola Sepak Asia sebagai penjaga gol terbaik untuk 5 kali berturut-turut.
  46. Chua Cheng Bok : Pengasas Cycle & Carriage di Kuala Lumpur.
  47. Sir Claude Fenner : Ketua Polis Negara yang pertama.
  48. Cornelius de Houtman : mengetuai ekspidisi pertama dari Belanda yang tiba di Kepulauan Melayu pada April 1595.
  49. Cuthbert Woodville Harrison : Pengarang buku “Travel Guide to Malaya” yang pertama pada tahun 1920.
  50. Daeng Ibrahim : Pengasas Bandar Tanjung Puteri, Johor Bahru.
  51. Daeng Merewah : Yam Tuan Muda Johor yang Pertama.
  52. Dali Omar : Pemain bolasepak Negara yang pertama beraksi di Luar Negara mewakili kelab Azzuri, Australia pada 1972.
  53. Davin Arul : Rakyat Malaysia pertama memulakan program Permainan Video di Komputer dan yang pertama melancarkan Akhbar dalam talian pada 1995.
  54. Commodore A.D. Norman : Pemerintah Tertinggi Tentera Laut Di Raja Malaya yang pertama (1957-1960) .
  55. Leftenan E. Lenthal : Pengarah Muzik Pancaragam Pusat Rejimen Askar Melayu yang pertama.
  56. Sir Edward Gent : Gabenor Malayan Union yang pertama dan terakhir.
  57. Eu Tong Sen : Orang yang pertama memiliki kereta di Perak.
  58. Puan Sri Fatimah bt Hashim : Menteri Kabinet wanita yang pertama di Malaysia.
  59. Bishop Ferguson-Davie : Pengasas Bukit Fraser ketika dalam operasi mencari L.J. Fraser yang hilang pada tahun 1910.
  60. Francis George Atkinson : Pegawai Daerah Jesselton (Kota Kinabalu) yang pertama.
  61. Sir Francis Mc Williams : Jurutera Bandar Petaling Jaya yang pertama, 1954.
  62. Sir Frank Swettenham  : Residen Jeneral British yang pertama di Tanah Melayu.
  63. Frederick Joseph Morten : Pengasas Kg. Morten di Melaka.
  64. G.W. Hepponstall : Gurubesar Victoria Institution, Kuala Lumpur yang pertama.
  65. George Maxwell : Penasihat British yang pertama di Kedah.
  66. H.A. Courtney : Pengurus Hong Kong Bank cawangan Johor yang pertama pada tahun 1917.
  67. Captain H.C. Syers : Pesuruhjaya Polis Negeri-Negeri Melayu Bersekutu  yang pertama pada 1896.
  68. H.M. De Souza : Chef de Mission yang pertama bagi Kontinjen Malaya dalam Sukan Olimpik di Melbourne, Australia pada 1956.
  69. Datuk H.M. Shah : Membuka stesen Minyak yang pertama di Petaling Jaya di Jalan Gasing pada tahun 1955.
  70. Tan Sri Hanafiah bin Hussin : Anak Melayu pertama menjadi ‘Chartered Accountant’ , Pengarah Lembaga Urusan Tabung Haji yang pertama pada 1964 dan Pengerusi FAMA yang pertama pada 1965.
  71. Brig. Gen. Dato’ Harun bin Taib : Panglima Gerup Gerak Khas yang pertama.
  72. Peg.Waran 2 Hassan bin Din : Anak Melayu pertama dihantar berkursus di Royal Military School of Music, Kneller Hall, England dan anak Melayu pertama menjadi Pengarah Muzik Pancaragam Pusat Rejimen Askar Melayu DiRaja.
  73. Dato’ Haji Hassan bin Yunus : Menteri Besar Johor yang pertama, 1955.
  74. Henry Fauconnier : orang yang pertama membuka ladang kelapa sawit pada tahun 1917.
  75. Lt. General Hugh Stockwell : Kolonel Kehormat pertama Rejimen Askar Melayu Di Raja, 1954.
  76. Hui Siew : Kapitan Cina yang pertama di Kuala Lumpur.
  77. Lt. General Hugh Stockwell : Kolonel Kehormat pertama Rejimen Askar Melayu Di Raja, 1954.
  78. Ibrahim bin Abu Hurairah : Kadi Negeri Pahang yang pertama, 1890.
  79. Ibrahim bin Hassan @ Ibrahim Pendek : Anak Melayu pertama berlakon filem Hollywood dalam filem “The Spiral Roads” pada tahun 1961.
  80. Ibrahim bin Yaacob : Pengasas Kesatuan Melayu Muda (KMM).
  81. Irma Nurzahrah Juniah : Rakyat Malaysia pertama menjadi Pemidato Terbaik Dunia dalam Kejuaraan Debat Universiti Dunia pada tahun 2004.
  82. Dato’ Dr. Ismail bin Dato’ Abdul Rahman : Wakil tetap Malaysia yang pertama ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
  83. J.A Russel & A.B Milne : Mempelopori tanaman teh di Cameron Highlands.
  84. J.B. Carruthers : Pengarah Pertanian pertama Negeri-Negeri Melayu Bersekutu. 
  85. J.F.A. McNair : yang pertama mengetuai “Public Work Department” yang ditubuhkan pada 1872.
  86. J.G Davidson : Residen British yang pertama di Selangor.
  87. J.B Carruthers : Pengarah Pertanian yang pertama di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu.
  88. J.F.A Mc Nair : Pengarah Jabatan Kerja Raya yang pertama di Malaya , 1972.
  89. J.L. Humphreys : Penasihat Inggeris yang pertama di Terengganu pada tahun 1919.
  90. J.P Rodger : Residen British yang pertama di Pahang.
  91. J.P Wade Gardner : Pengurus Hong Kong & Shanghai Banking Corporation yang pertam di Pulau Pinang.
  92. Captain J.R. Brown : Juruterbang Pesawat Penerbangan Sewa Khas yang  pertama dari Singapura ke Kuala Lumpur pada 2 April 1947.
  93. J.S Mason : Penasihat British yang pertama di Kelantan.
  94. J.W.W Birch : Residen British yang pertama di Perak dan juga Tanah Melayu. Dibunuh di Pasir Salak pada 1 November 1875.
  95. Datuk Jaafar bin Hj Muhammad : Menteri Besar Johor yang pertama (1883 – 1919).
  96. Jack Russell : Editor “Selangor Journal” akhbar yang pertama di Selangor pada 1890.
  97. James Brooke : Rajah Inggeris yang pertama di Sarawak.
  98. James Carnegy : Ketua Pasukan Polis Pulau Pinang yang pertama, 25 Mac 1807.
  99. Tan Sri Johari bin Daud : Ketua Pengarah Perkhidmatan Haiwan yang pertama (1957).
  100. John Kevin Barlow & Brian Geoffrey Chambers : 2 rakyat Australia pertama yang dijatuhkan hukuman gantung pada 7 Julai 1986 atas kesalahan mengedar dadah.
  101. John Robson : Menerbitkan akhbar pertama di Selangor “The Malay Mail” pada tahun 1896.
  102. John Thivy : Pengasas Malayan Indian Congress (MIC) pada Ogos 1946.
  103. Joseph Pairin Kitingan : Pengasas Parti Bersatu Sabah (PBS) pada April 1985.
  104. Justin & Gerald Read: Rakyat Malaysia pertama tiba di Kutun Utara pada 19 April 1999.
  105. Laksamana Muda Datuk K. Thanabalasingam : Rakyat Malaysia pertama menjadi Ketua Turus Tentera Laut.
  106. Prof. Datin Dr. Khatijah bt Mohd Yusof : Penerima pertama Asia Tenggara anugerah UNESCO Carlos J. Finlay  & UNESCO Albert Eistein Silver Medal pada 2005, beliau menemui penawar penyakit sampar ayam (New Castle disease) yang mendapat pengiktirafan luar Negara.
  107. Khoo Teck Puat : Pengasas Malayan Banking (Maybank) pada tahun 1960.
  108. Kok Shoo Yin : Orang pertama menerima Sijil Kerakyatan Persekutuan Tanah Melayu pada 14 Nov 1957.
  109. Koraizo Abdullah : Pegawai Polis wanita pertama memegang jawatan Ketua Polis Daerah (OCPD) Timur Laut Pulau Pinang pada 2 September 1996.
  110. Datuk L. Krishnan : Mengarah filem Merdeka Studio yang pertama berjudul “Tun Teja” pada tahun 1961.
  111. Datuk Prof. Lam Sai Kit : Rakyat Malaysia pertama menerima anugerah “The Prince Mahidol Award” – menemui virus Nipah.
  112. Lee Kong Chian : Pengasas Lee Rubber pada tahun 1930.
  113. Tun Leong Yew Koh : Rakyat Malaysia pertama dilantik Gabenor Melaka.
  114. Dr. Lim Chong Eu : Pengasas Parti Gerakan Rakyat Malaysia pada tahun 1968 bersama Dr. Tan Chee Khoon.
  115. Lim Chuan Geok : Ketua Pasukan Badminton Malaya yang pertama menjuarai Piala Thomas pada tahun 1949.
  116. Datuk Lim Foo Yong : Pengasas Merlin Hotel di Kuala Lumpur pada 1952.
  117. Lim Yock Chin : Presiden pertama , Federation of Malaysian Chinese Assembly pada tahun 1991.
  118. Tan Sri Loh Boon Siew : Pengasas Boon Siew Motor di Malaysia.
  119. Loke Wan Yat : Pemilik pertama panggung Odeon di Kuala Lumpur.
  120. Loke Yew : Orang yang pertama memiliki kereta di Kuala Lumpur, Presiden pertama Selangor Chinese Chamber of Commerce, yang pertama di Selangor menggunakan kuasa elektrik di Lombong dan membuka ladang getah pertama di Malaya.
  121. Tan Sri Lokman bin Yusof : Datuk Bandar Kuala Lumpur yang pertama.
  122. Long Jaafar : Orang Melayu pertama membuka perusahaan lombong bijih timah di Larut Matang dan Selama di Perak pada tahun 1840.
  123. Long Yunus : Sultan Kelantan yang pertama.
  124. Prof. Dr. Looi Lai Meng : Wanita pertama memenangi Anugerah Sains Kebangsaan tahun 1999 dan Rakyat Malaysia pertama menerima Anugerah Saintis dan Ahli Teknologi Terbilang ASEAN pada tahun 2001.
  125. Lopez de Sequeira : Orang Portugis pertama tiba di Melaka pada tahun 1509.
  126. Louis Thivy : Orang India pertama dilantik didalam Perak State Council pada tahun 1929.
  127. Datuk Dr. M. Jegathesan : Atlet Malaysia pertama memasuki separuh Akhir dalam Sukan Olimpik di Tokyo pada tahun 1964 dan atlet Malaysia pertama menjuarai Acara 200 Meter Lumba Lari di Sukan Asia.
  128. M. Vasugi : Pemenang pingat pertama Malaysia di Sukan Olimpik, pingat Gangsa dalam acara Taekwondo di Sukan Olimpik Seoul pada tahun 1988.
  129. M.H. Ali bin H.A. Latiff @ Bat Latiff : Pelakon kanak-kanak Melayu pertama menerima anugerah “Pelakon Kanak-Kanak Lelaki Terbaik” di Pesta Filem Asia di Tokyo.
  130. Magendran M. Munisamy & Mohanadas Nagapan : Rakyat Malaysia pertama tiba ke puncak Gunung Everest pada 23 Mei 1997.
  131. Maharaja Derbar Raja : Raja Kedah yang pertama.
  132. Dr. Mahathir bin Mohammad (Tun) : Doktor Melayu pertama membuka klinik persendirian.
  133. Malik AL Mansur : Pengasas Kerajaan Melayu Bruas pada kurun ke 15 Masehi.
  134. Mansor bin Hj Abu Bakar : Anak Melayu pertama menjadi pengadil bolasepak Piala Malaya pada tahun 1957.
  135. Maria Menado : Produser Filem Melayu pertama yang mempunyai Syarikat Perfilemannya sendiri.
  136. Datuk Mark Koding : Pengasas Parti Angkatan Keadilan Rakyat, 1989.
  137. Martin Lister : Residen British yang pertama di Negeri Sembilan.
  138. Datuk Prof. Dr. Mazlan Bt Othman : Rakyat Malaysia pertama menjadi Astrophysicist dan wanita pertama dari Negara-Negara Membangun dilantik sebagai Pengarah United Nations Office for Outerspace Affairs beribupejabat di Vienna pada 1999.
  139. Major Dr. Maznorila bt Mohamad : Anggota Tentera Wanita pertama menerima PhD pada tahun 1999.
  140. Meadow Frost : Penasihat British yang pertama di Perlis.
  141. Mehmet Durakovic : Pemain bolasepak impot yang pertama menjadi Kapten Pasukan Bolasepak Selangor dalam Perlawanan Akhir Bolasepak Piala Malaysia.
  142. Tan Sri Mohamad bin Jamil : Pengarah Pertanian yang pertama.
  143. Mohamad Hassan bin Abdul Wahab : Jurulatih tempatan pertama Gracely Telecom Training School, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur.
  144. Dato’ Mohamad Nadzim : Pengarah Urusan Jabatan Telekom Malaysia (1978 – 1983) , diantara kumpulan pertama Jurutera tempatan yang mengambilalih jawatan tersebut.
  145. Dr. Mohamed Awang Lah : Pensyarah Universiti Malaya – rakyat Malaysia pertama membina rangkaian internet di Malaysia pada 1983.
  146. Mohammad Eunos bin Abdullah : Pengasas Kesatuan Melayu Singapura (KMS) pada 1926.
  147. Mohamad Sopiee bin Sheikh Ibrahim : Pengerusi Parti Buruh yang pertama.
  148. Datuk Hj Mohd Asri bin Muda : Pengasas Parti Hizbul Muslimin, 1982.
  149. Sarjan Mohd Dali bin Ahmad : Anak Melayu pertama memimpin Pasukan Tambor Rejimen Askar Melayu DiRaja, 1 Ogos 1936.
  150. Tun Mohd Fuad Stephen : Pengasas Parti Bersatu Rakyat Jelata Sabah (BERJAYA) pada 1976 dan Ketua Menteri Sabah yang pertama. Terkorban dalam Tragedi “Double Six”, iaitu nahas kapalterbang di Sabah pada 6 Jun 1976.
  151. Dato’ Muhammad Ibrahim Munsyi : Ketua Jabatan Pendidikan Johor yang pertama, 1883.
  152. Tun Datu Mustapha bin Datu Harun : Pengasas Parti Kebangsaan Sabah Bersatu(USNO). Menyertai pasukan Gerila di Kudat menentang Tentera Jepun semasa Perang Dunia Kedua.
  153. Dr. Mustapha bin Osman : anak Melayu pertama menjadi patologis.
  154. N.A. Kularajah : Pengurus Besar MCIS Zurich yang pertama.
  155. N.A.J Kennedy : Ketua Pentadbir pertama Kuasa Tempatan Petaling Jaya (1953-54).
  156. Dato’ Nicol Ann David : Rakyat Malaysia dan Asia pertama menjuarai Kejohanan Squash Dunia (pemain No. 1 Dunia).
  157. Nor Azieta Kamarudin : 'Wanita Pertama membuat penerjunan paraglide Dari Gunung Kinabalu' pada 18 Disember 2004.
  158. Lt. KomanderTLDM Noraini binti Sheikh Ahmad : Wanita pertama Tentera Laut DiRaja Malaysia dilantik sebagai Pegawai Memerintah (SKTLDM Sitiawan) pada tahun 1996.
  159. Datin Paduka Norsiah binti Harun : Wanita pertama dilantik Setiausaha Kerajaan Negeri Johor pada 10 Januari 2006.
  160. Nooryah binti Md Anvar : Wanita pertama dilantik Ketua Polis Bahagian Trafik Persekutuan pada Mac 2006.
  161. Nurul Huda Abdullah : Perenang wanita pertama di Asia Tenggara untuk memecahkan rekod 5 minit mark dalam acara 400m rampaian individu dan 60 mark dalam 100m Gaya Bebas.
  162. Ong Kee Hui : Pengasas Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) bersama Stephen Yong pada 12 Jun 1959.
  163. Ong Yoke Lin : Menteri Perhubungan Pos dan Telekom yang pertama.
  164. Dato’ Onn bin Jaafar : Presiden parti UMNO yang pertama.
  165. Datuk Ooi Chean See : Wanita Malaysia pertama menerima “The Federal Cross of Merit” daripada Republik Persekutuan German pada April 2003.
  166. PW 1 Osman bin Enggok : Anak Melayu pertama dilantik menjadi Sarjan Mejar Rejimen, Rejimen Askar Melayu DiRaja.
  167. Ir. Ow Yong Hong Chiew : Rakyat Malaysia pertama menjadi Pengarah Jabatan Parit dan Saluran pada 1964.
  168. Pangeran Indera Mahkota : Pengasas Bandar Kuching, Sarawak pada 1827.
  169. Parameswara : Pengasas Kesultanan Melayu Melaka pada 1400M.
  170. Sir Philip Dundas : Gabenor Pulau Pinang yang pertama.
  171. Datin Putih Mariah bt Abdul Rashid : Pengasas Jabatan Kaum Ibu UMNO, 1947.
  172. Pra Ong Maha Wangsa : Raja Kedah yang pertama memeluk agama Islam bergelar Sultan Muzaffar Shah.
  173. R.A. Low : Pengarah pertama Pos dan Telegrafi  Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, 1903.
  174. R.S. Hutchings : Pengasas Penang Free School.
  175. Datuk Rafiah binti Salim : Wanita pertama menjadi Naib Canselor Universiti Malaya, Mei 2006.
  176. Raja Chulan ibnu Raja Hamid : Wakil Melayu pertama dalam Majlis Mesyuarat Persekutuan.
  177. Raja Lumu : Sultan Selangor yang pertama.
  178. Lt Kolonel Raja Lope Nor Rashid Raja Abdul Rahman : Anak tempatan pertama diberi penghormatan mengambil tabik hormat Perbarisan Tamat Latihan Rekrut Rejimen Askar Melayu DiRaja pada 16 Ogos 1956.
  179. Raja Mashoor Bin Raja Abdul Kadir : Penyunting pertama akhbar Warta Kinta.
  180. Raja Melewar : Yang Di Pertuan Besar Negeri Sembilan yang pertama.
  181. Raja Musa bin Raja Hj Bot : Hakim anak Melayu yang pertama.
  182. Raja Sir Tun Uda : Gabenor Pulau Pinang yang pertama.
  183. Tan Sri Ir. Raja Zainal bin Raja Suleiman : Presiden pertama Institusi Jurutera-Jurutera Malaysia, 1959.
  184. Ralph Ritch : Orang British pertama melawat Melaka pada 1588.
  185. Ras Adiba Razi : Bekas Pengacara TV, yang pertama menjelajah dari Melaka, Negeri Sembilan dan Putrajaya menggunakan kerusi Roda.
  186. Tan Sri Dr. Rashdan Baba : CEO pertama Syarikat Telekom Malaysia, 1986.
  187. Tan Sri Razali bin Ismail : Anak Melayu pertama memegang jawatan tertinggi dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
  188. Ustaz Razali bin Nawawi : Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) yang pertama.
  189. Robert Fullerton : Gabenor Negeri-Negeri Selat yang pertama.
  190. Rosli bin Man : Pengurus Besar Telekom Malaysia yang pertama.
  191. Runme Shaw & Run Run Shaw : Yang pertama membuka Studio Filem di Singapura pada tahun 1939.
  192. Sir Rutherford Alcock : Presiden pertama Syarikat Borneo Utara British , 1882.
  193. S.E. Harper & S.B.R. Reyne : Antara Ahli pertama “The Royal Selangor Club” pada 1884.
  194. S.O.K Ubaidulla : Pengasas dan Yang Di Pertua PERKIM (1960-64).
  195. S.P. Seenivasagam : Presiden pertama “Ipoh Municipal Council” pada 1962.
  196. Saadiah Ahmad Daud : Pengarah Filem Wanita Melayu pertama dengan filem berjudul “Cerita Ku Cerita Mu” pada tahun 1980.
  197. Tan Sri Dr. Salma binti Ismail : Wanita Melayu pertama lulus dalam bidang Perubatan.
  198. Dr. Lady Sarah Winstedt : Doktor wanita pertama berkhidmat di Tanah Melayu pada 1935.
  199. Sardon bin Jubir : Menteri KerjaRaya yang pertama.
  200. Shamsiah Sultan Fatah : Pengasas Angkatan Wanita Sedar (AWAS) pada Feb. 1946.
  201. Tan Sri Dato’ Shamsudin bin Abd Kadir : Pengasas Sapura Holdings.
  202. Dato’ Senu bin Abdul Rahman : Duta Besar Malaysia yang pertama ke Indonesia.
  203. Datin Paduka Sharifah Mazlina binti Syed Abdul Kadir : Wanita pertama menyeberangi Antartika dalam ‘Solo-Ski Sail Expedition’ pada Disember 2004.
  204. Datuk Dr. Sheikh Muszaphar bin Shukor : Angkasawan pertama dari Malaysia, 10 Oktober 2007.
  205. Tan Sri Siti Norma Yaakob : Hakim wanita pertama di Malaysia (1994) dan Hakim wanita pertama di Emiriyah Arab Bersatu (UAE) pada March 2008.
  206. Allahyarham Dato’ Sudirman Hj Arshad :  Penyanyi Malaysia pertama memenangi Anugerah Penghibur Terbaik Asia, 1989.
  207. Sufiah bt Yusuf : Rakyat Malaysia pertama yang diterima masuk ke University of Oxford pada usia 13 tahun.
  208. Sulaiman Dato’ Abdul Rahman : Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan yang pertama dalam kabinet.
  209. Marsyal Muda (Udara) Dato’ Sulaiman bin Sujak : anak tempatan pertama dilantik Ketua Turus Tentera Udara DiRaja Malaysia.
  210. Sultan Alauddin Riayat Shah II : Sultan Johor yang pertama (1528).
  211. Sultan Hussain Jamallulail : Raja Perlis yang pertama.
  212. Sultan Mahkota Iskandar Shah : Sultan Melaka yang pertama memeluk agama Islam.
  213. Sultan Muhammad Shah : Sultan Pahang yang pertama.
  214. Sultan Muzaffar Shah : Sultan Perak yang pertama.
  215. Sultan Zainal Abidin 1 : Sultan Terengganu yang pertama.
  216. Sybil Kathigasu : Wanita Malaysia pertama menerima pingat “George Medal” dari Kerajaan British semasa Perang Dunia Kedua.
  217. Syed Abdul Rahman bin Syed Abdullah Al-Jafre : Pengarah Biro Pencegah Rasuah yang pertama (1960-63).
  218. Syed Abu Hassan Ibnay Burhan : Penerbit akhbar “Perak Pioneer” – akhbar Inggeris yang pertama di Negeri-Negeri Melayu pada 4 Julai 1894.
  219. Dr. Syed Hussein Mohamad : Pengarah Eksekutif Syarikat Telekom Malaysia yang pertama – 1987.
  220. Dato Seri Syed Nahar bin Tun Syed Shah Shahabuddin : Pengerusi Bank Simpanan Nasional yang pertama.
  221. Tun Syed Shah bin Syed Abdullah Shahabuddin : Duta Malaysia yang pertama ke Thailand (1958).
  222. Tun Syed Shah bin Syed Hassan Barakbah : Anak Melayu pertama memegang jawatan Ketua Hakim Negara.
  223. Sylvia Ng : Atlet wanita pertama Malaysia memenangi pingat Emas acara Badminton di Edmonton, Kanada pada tahun 1978.
  224. T. Heslop Hill : Antara pengusaha awal tanaman getah di Malaysia.
  225. T.F. Toft : Superintendan pertama Jabatan Pos dan Telegrafi Perak pada 1 Okt 1884.
  226. T.H. Moore : Pengetua Malacca Free School yang pertama, 7 Disember 1826.
  227. Tan Chay Yan : Orang yang menanam getah di Tanah Melayu pada 1895.
  228. Tan Joo Hing : Penolong Menteri Pelajaran yang pertama. 
  229. Tan Tze Meng : Jurutera Komputer – cipta laman utama peribadi pertama di Malaysia.
  230. Ir. Thean Lip Thong : Presiden pertama Lembaga Jurutera Malaysia, (1972-74).
  231. Tony Hiew : memulakan 'whizzboard',  salah satu dari dua Bulletin Board System (BBS).
  232. Jeneral Tan Sri Tunku Osman Bin Tunku Mohd Jewa : Anak Melayu pertama menyandang pangkat Jenderal dan juga Ketua Turus Angkatan Tentera yang pertama.
  233. Tunku Yaakub Ibni Al Marhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah  : Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Melayu yang pertama dan juga Pesuruh Jaya Tinggi Malaysia yang pertama ke United Kingdom.
  234. Ungku Abdul Aziz : Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka yang pertama. 
  235. Ungku Mahkota Aziz : Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka yang pertama.
  236. Haji Utsman bin Abdullah : Kadi Kuala Lumpur yang pertama.
  237. V. Subramaniam : Memenangi pingat Emas pertama Malaysia dalam acara 10 KM Jalan Kaki di Sukan SEA Manila , 1978.
  238. Captain Von Driberg : Pemerintah pertama Rejimen Askar Melayu di Ceylon pada tahun 1924.
  239. W.A. Graham : Penasihat Inggeris yang pertama di Kelantan.
  240. William Cameron : Pengasas Cameron Highland, Pahang pada tahun 1885.
  241. William Hargreaves : Pengetua pertama Maktab Melayu Kuala Kangsar.
  242. William Hornaday : Orang yang pertama menemui Gua di Batu Caves, Kuala Lumpur.
  243. William Middleton Sime & Henry Darby : Pengasas Sime Darby di Malaya pada 1910.
  244. William Hood Treacher : Gabernor Syarikat Berpiagam Borneo Utara yang pertama di Sabah.
  245. William Pryer : Pengasas Bandar Sandakan, 1879.
  246. Dato’ Yeoh Choo Kheng @ Michelle Yeoh : Wanita pertama dari Malaysia membintangi filem James Bond berjudul “Tomorrow Never Dies”.
  247. Yeop Mohidin bin Mohd Sharif       : Pengasas Askar Wataniah.
  248. Tan Sri Ir. Yusof bin Hj Ibrahim : Antara Pengasas Institusi Jurutera-Jurutera Malaysia pada tahun 1959.
  249. Datuk Seri Utama Di Raja Datuk Yusof Shahabudin : Mufti Negeri Selangor yang pertama ( 1963-68).
  250. Dato’ Zakiah Anum binti Haji Abdul Hamid : Ketua Pengarah Arkib Negara Malaysia yang pertama & juga wanita Melayu pertama menerima anugerah Ramon Magsasay.
  251. Zainal Abidin bin Safarwan : Memperkenalkan Perkamusan Melayu – Inggeris yang pertama di Singapura pada 1964.
  252. SAC II Zaleha binti Abdul Rahman : wanita pertama menjadi Timbalan Ketua Polis Negeri Melaka.
  253. Dato’ Zarinah bin Anwar : Wanita pertama menjadi Pengerusi “Suruhanjaya Sekuriti” pada April 2006.
  254. Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz : wanita pertama menjadi Gabenor Bank Negara, September 1998.


No comments: