Friday, 6 December 2013

Mangsa kapal terbang terhempas Perang Dunia Ke-2 diberi pengkebumian hormat

OLEH LYDIA KOH

OCTOBER 18, 2012

Mayat Mangsa Kemalangan Udara Tentera Udara Diraja (RAF) perang dunia kedua di Malaya dikebumikan dengan Kepujian Tentera Perang di Tanah Perkuburan Perang Dunia Kedua di Cheras, Kuala Lumpur. — Gambar Oleh Choo Choy May
Mayat Mangsa Kemalangan Udara Tentera Udara Diraja (RAF) perang dunia kedua di Malaya dikebumikan dengan Kepujian Tentera Perang di Tanah Perkuburan Perang Dunia Kedua di Cheras, Kuala Lumpur. — Gambar Oleh Choo Choy May
KUALA LUMPUR, 18 Okt — Selepas 67 tahun, mangsa kapal terbang terhempas daripada Tentera Udara Diraja British dikebumikan dengan penuh penghormatan di Tanah Perkuburan Perang Komanwel Jalan Cheras pada pagi ini.

Pada 23 Ogos 1945, seramai lapan orang krew daripada Skuadron 356 berlepas dari kepulauan Cocos, Australia dalam misi menghantar bekalan ke Malaya semasa Perang Dunia kedua.
Malangnya, akibat faktor cuaca buruk KL654 Royal Airforce Liberator terhempas dikawasan hutan Kuala Pilah, Negeri Sembilan dan kesemua anak kapal di dalam pesawat telah terkorban.
 Dia adalah seorang Methodist dan sering ke kampung untuk menyampaikan syarahan,” kata Diane Fletcher, anak sedara kepada Leftenan, John Selwyn Watts, juruterbang yang terkorban dalam nahas itu.
Ahli keluarga mangsa telah diterbangkan dari United Kingdom untuk menghadiri upcara pengkebumian pada hari ini.
Mangsa yang terkorban ialah Leftenan John Selwyn Watts, pembantunya Edward Donald Mason, jurupandu penerbangan William Kenneth Dovey, jurubom John Trevor Bromfield, jurutera Jack Blackey dan tiga operator/ pegawai persenjataan penerbangan Sarjan Arthur Turner, Sarjan Raymond Arthur Towell dan Sarjan William Ross.
Pihak Tentera Udara Diraja Malaysia melawat tapak terhempas pada 1991 selepas ia ditemui penduduk kampung.
Selepas itu, Angkatan Tentera Malaysia, Kumpulan Sejarah Malaya dan Kumpulan Pengkaji Bangkai Malaya turut membuat lawatan susulan pada 1996.
“Saya sangat berminat dengan sejarah dan kapal terbang sejak kecil, jadi apabila saya membaca tentang berita penemuan pada 1996 saya telah membuat keputusan untuk mengetahui lebih lanjut mengenai KL654 Royal Airforce Liberator,” kata Shaharom Ahmad, salah seorang ahli Kumpulan Sejarah Malaya.
Shaharom kemudiaan menghubungi Sager Ahmad yang juga terlibat secara aktif dalam ekspedisi yang serupa.
Ahli Kumpulan Sejarah Malaya terdiri daripada lima ahli dan mereka juga terlibat dalam pencarian mayat krew pesawat KN630 Royal Airforce Dakota.
Pasukan tersebut menggunakan sumber kewangan sendiri untuk ekspedisi mereka sebelum kerajaan British mengesahkan penemuan tersebut.
“Pada tahun 2000, kami berjaya mendapatkan maklumat penuh semua krew yang menaiki pesawat.
“Kami telah hubungi semua ahli keluarga dan membantu mereka untuk mendapatkan lebih banyak maklumat bagi membentangkan kepada pihak berkuasa.
“Dalam penemuan awal kami, kami berjaya mendapatkan nombor R pada pesawat tersebut namun kerajaan British enggan menerimanya sebagai bukti kerana terdapat beberapa kapal terbang yang memiliki nombor sama ketika itu.
“Tiga tahun kemudiaan, kami menemui tanda KL654 yang sudah pudar di fius dan kami hantar ini sebagai bukti yang dikenalpasti kepada ahli keluarga mangsa.
“Pada 2005, kami berjaya mendapat tanda yang lebih jelas pada KL654 tetapi ketika itu kerajaan British memberikan alasan tidak mempunyai peruntukan untuk mencari bangkai pesawat.
“Ia hanya selepas kami menemui sebuah plat tercatat nombor siri enjin Pratt & Whitney dan beberapa barangan peribadi mangsa, barulah kerajaan British menerimanya sebagai bukti identiti pesawat tersebut,” kata Shaharom.
Antara 2005 dan 2008, ahli keluarga mangsa telah menggunakan maklumat ini untuk menggesa kerajaan British menghantar satu pasukan.
Arthur Lane daripada Persatuan Bekas Perkhidmatan Kebangsaan memohon kepada sukarelawan British untuk membantu pencarian baki bangkai pesawat.
“Saya mahu membantu sebagai tanda penghargaan kepada pakcik saya Bob Ungless yang berkhidmat dengan POW pada ketika itu,” kata Clayton Ford, salah seorang sukarelawan yang membantu dalam ekspedisi tersebut bersama-sama Ed Macy.
“Mereka ini layak mendapat pengkebumian penuh hormat atas jasa mereka kepada negara.
“Mereka meninggal dunia meninggal kerana ingin membantu kawan-kawan pakcik saya yang hebat.”
Dalam ekspedisi melibatkan Ford, Macy dan beberapa rakyat Malaysia tersebut melaporkan penemuan sebanyak 63 tulang manusia dan kemungkinan 18 tulang manusia telah ditemui.
Kementerian Pertahanan UK dan pihak berkuasa Malaysia kemudiaannya mendapatkan khidmat pakar forensik dari Hospital Kuala Lumpur untuk mengenalpasti kesemua mayat dalam KL654 Royal Airforce Liberator.
Suruhanjaya Tanah Perkuburan Komanwel telah bersetuju kesemua mayat tersebut dikebumikan di dalam sebuah keranda selepas berbincang dengan kesemua ahli keluarga krew pesawat tersebut.
“Ia sudah 67 tahun selepas peswat terhempas dan tiga setengah tahun sejak mayat mereka ditemui.
“Sekarang kesemua mereka yang berjasa kepada negara akhirnya dapat pergi dengan tenang.
“Saya gembira kesemua ahli keluarga dapat memberikan penghormatan terakhir dan akan diberikan penghargaan secara ketenteraan yang layak mereka terima,” kata Pesuruhjaya Tinggi British ke Malaysia, Simon Featherstone. 
 6.12.2013 : 11.35 am

No comments: