Wednesday 13 November 2013

SEKADAR UNTUK BERKONGSI ILMU - MAAL HIJRAH


Forum Santai Maal Hijrah - 5 November 2013
Masjid Al Ridhuan, Hulu Kelang, Selangor
Moderator: Al Fadhil Ustaz Haslin Bollywood
Ahli Panel: Al Fadhil Ustaz Badlishah
Shamsul Ghau Ghau
Ali (XPDC)

Hijrah bermaksud ‘Perpindahan’ – perpindahan Rasulullah SAW dari Kota Makkah ke Kota Madinah. Penghijrahan ini bukanlah bermakna melarikan diri atau takut, tetapi adalah untuk menyusun kembali strategi dakwah Rasulullah SAW.
Peristiwa Hijrah ini amat penting untuk kita hayati agar tercapai maksud sebenar Hijrah ini. Persoalannya ialah berapa ramai diantara umat Islam di Malaysia yang benar-benar menghayati falsafah dan sejarah disebalik peristiwa hijrah ini…. Kita lebih peka menyambut Tahun Baru Masehi dengan berbagai azam dan pelbagai hiburan yang melalaikan. 
Tanpa penghayatan konsep Hijrah inilah akan membawa kepada kegagalan umat Islam sendiri.. umat Islam dipandang hina dan dilabel sebagai ganas… 
Konsep Hijrah akan gagal sekiranya umat Islam tidak bersatu padu, sentiasa bertelagah sesame sendiri, mencari kesalahan orang dan suka mengkritik sahaja..perpecahan hanya mengundang kegagalan dalam apa jua matlamat yang hendak dicapai…

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:”Orang yang berhijrah ialah orang yang meninggalkan apa-apa yang dilarang oleh Allah.” (Hadis riwayat Abu Dawud)
Maknanya, hijrah difahami sebagai perpindahan daripada suatu keadaan tidak baik kepada keadaan yang lebih baik. Contohnya, meninggalkan ajaran bertentangan dengan Islam dan kembali kepada ajaran Islam sebenar.
Marilah kita muhasabah diri untuk berubah daripada kejahilah kepada berilmu dan mendaulatkan Islam sebagai satu cara hidup….

No comments: