Wednesday 28 March 2012

2012 : AEON BANDARAYA MELAKA

Lokasi: AEON Bandaraya Melaka
Tarikh: 23-28 March 2012
Kuala Lumpur to Melaka : 145 km (1 hr 51min)


Program Minggu Jantung Melaka 2012 berlansung di AEON Bandaraya Melaka dari 23 hingga 28 March 2012. AEON Bandaraya Melaka terletak di Kawasan Bandar, Daerah Melaka Tengah, Peringgit.
Seramai 755 orang menjalani Ujian Saringan Kesihatan dan 141 orang menjalani ujian Elektrokardiogram sepanjang satu minggu kami di Melaka. 




AEON Bandaraya Melaka dibuka kepada orang ramai pada 17.12.2009. Namun satu kejadian letupan akibat kebocoran gas telah berlaku yang mengorbankan 1 nyawa dan mencederakan 13 yang lain pada 14 Disember 2009. Pembukaannya terpaksa ditangguh pada bulan Februari 2010. 






Bilik yang digunakan untuk ujian Elektrokardiogram
Sepupu kepada isteri ku yang bekerja di Melaka turut menjalani ujian Kesihatan. 


HANG TUAH CITY HOTEL, BUKIT BARU, MELAKA
Sepanjang di Melaka kami menginap di Hang Tuah City Hotel (sebelum ini dikenali dengan Straits Meridian Hotel)  yang terletak di Taman Malinja , Bukit Baru, Melaka.  







Jarak dari Hotel ke AEON Bandaraya Melaka hanya 2.8 km sahaja

MENARA TAMING SARI



Menara Taming Sari dibuka secara rasmi pada 18 April 2008. Ia adalah Menara Gyro yang pertama di Malaysia dan direkodkan dalam Malaysia Book of Records. Mempunyai ketinggian 110 meter, pengunjung boleh melihat panorama bandaraya Melaka dari atas Menara ini.

Dinamakan sempena nama Keris Taming Sari, iaitu senjata yang digunakan oleh Legenda Melaka Pahlawan Hang Tuah. 





BUKIT BARU, MELAKA
Beberapa keping gambar yang sempat saya ambil sepanjang berada di Melaka. 



MASJID AL-AZIM

Masjid Al-Azim merupakan sebuah masjid yang terletak dalam daerah Melaka Tengah, Melaka. Ia di bina ada tahun 1984 dan siap sepenuhnya pada 12 Januari 1990. 









Zulheimy Maamor
13.10.2013

No comments: