Sunday 9 June 2013

2013 : AEON BUKIT INDAH JB

Lokasi: AEON Bukit Indah Shopping Centre, Bukit Indah, Johor Bahru, Johor.
Tarikh: 7 - 9 Jun 2013

Jarak Perjalanan dari YJM ke Princeton Hotel, Bukit Indah, Johor Bahru adalah 330 km

Program Minggu Jantung bagi tahun 2013 diteruskan dengan kali ini di adakan di Pusat Membeli Belah AEON Bukit Indah, Johor Bahru bermula dari 7 Jun hingga 9 Jun 2013. 
Seramai 611 orang telah menjalani ujian Saringan Kesihatan sepanjang 3 hari program dijalankan. Kali ini Yayasan Jantung Malaysia turut dibantu oleh tenaga Jururawat dari Puteri Specialist Hospital Johor Bahru dan juga dari Pejabat Kesihatan Daerah Johor Bahru





Bukit Indah merupakan sebuah perbandaran di Iskandar Puteri, Johor Bahru, Johor. Dilancarkan pada tahun 1997,telah memenangi Anugerah Landscape Negeri Johor 2001, Pertandingan Landskap Negara pada tahun 2001 dan Best Anugerah Landskap Negara Terbaik 2005.

AEON Bukit Indah Johor Bahru 
AEON Bukit Indah Shopping Centre yang terletak di Bukit Indah, Johor Bahru telah dibuka pada Disember 2008.  Bangunan 3 tingkat ini hanya beberapa minit sahaja dari Johor Bahru bersaing dengan Sutera Mall dan Nusa Bestari di JB. 

Kerja-kerja Pemasangan Karpet dijalankan pada tengah malam 6 June 2013. 



Pengurus Program Tn Hj. Mohd Salleh dan SN Muhammad Nawawie 

Kaunter Pendaftaran seawal jam 10.00 pagi. 



Ujian Kolesterol dan Glukosa

Body Mass Index


Ujian Tekanan Darah


Nasihat Pemakanan dan Kesihatan








Beberapa anggota Polis turut membuat ujian kesihatan. 





Sepanjang program di AEON Bukit Indah JB ini kami telah dibantu oleh para jururawat dari Puteri Specialist Hospital JB dan juga dari Pejabat Kesihatan Daerah Johor Bahru .




Princeton Hotel hanya 600 meter dari AEON Bukit Indah




Kami menginap di Princeton Hotel di Jalan Indah 15/2, Bukit Indah, Johor Bahru sepanjang program dijalankan di AEON Mall Bukit Indah. Jaraknya ke AEON Mall Bukit Indah adalah 500 meter sahaja. 

Princeton Hotel
No. 47, Jalan 15/2
Bukit Indah 
Johor Bahru, Johor
Tel: 07-232 6313

Zulheimy Maamor
YJM
31.10.2013 : 1.50 pagi


No comments: