Tuesday 11 June 2013

Siapakah Syi‘ah?

Syi‘ah ialah golongan yang mendakwa Sayyidina ‘Ali lebih utama daripada sahabat-sahabat lain. Inilah perkara pokok yang membezakan golongan Syi‘ah daripada golongan-golongan Islam yang lain. Soalnya, adakah semua Syi‘ah mempunyai fahaman sekadar yang tersebut itu atau di samping mempunyai fahaman itu ia juga mempunyai fahaman-fahaman lain yang menyentuh ‘aqidah dan cabang yang berbeza dari golongan-golongan Islam yang lain?
Apabila diperhatikan persoalan ini maka akan timbullah di hadapan kita beberapa banyak aliran di dalam Syi‘ah itu sendiri yang pada dasarnya masing-masing mempunyai konsep yang tersebut di atas. Tetapi aliran-aliran itu berbeza antara satu dengan yang lain kerana wujudnya fahaman-fahaman atau ajaran-ajaran yang saling berbeza. Lantaran perbezaan di dalam ajaran dan fahaman itulah maka Syi‘ah terbahagi kepada beberapa kumpulan. Antara lain ialah:-

1. Syi‘ah Tafdhiliyyah
laitu Syi‘ah yang mengutamakan Sayyidina ‘Ali r.a. daripada sahabat-sahabat yang lain termasuk Sayyidina ‘Utsman r.a. (tidak termasuk Sayyidina Abu Bakar dan Sayyidina ‘Umar r.a.), tanpa mengkafir, memaki atau menaruh kebencian terhadap mereka semua.

2. Syi‘ah Saba’iyyah
laitu Syi‘ah yang memaki dan mengkafirkan sahabat-sahabat kecuali sebahagian kecil dari mereka seperti Salman al-Farisi, Abu Dzar, Miqdad dan ‘Ammar bin Yasir r.a. Mereka berlepas diri (memutuskan hubungan kasih sayang) daripada para sahabat yang lain daripada mereka ini. Selain dari itu, mereka juga berkeyakinan tentang raj‘ah (kebangkitan semula ‘Ali dan para imam sebelum qiamat untuk menjalankan hukuman ke atas orang- orang yang menyelewengkan ajaran agama yang sebenar di permulaan Islam)

3. Syi‘ah Ghulat
laitu Syi‘ah yang mempercayai ketuhanan ‘Ali r.a. di samping kepercayaan-kepercayaan karut lain yang terdapat di dalamnya. Syi‘ah Ghulat ini terbahagi pula kepada 24 golongan, di antaranya ialah Syi‘ah Mufadhdhaliyyah, Syi‘ah Sarighiyyah, Syi‘ah Janahiyyah, Syi‘ah Bayaniyyah, Syi‘ah Imamiyyah dan lain-lain.

Kemudian Syi‘ah Imamiyyah itu terbahagi pula kepada 39 golongan. Di antaranya ialah al- Hasaniyyah, al-Baqiriyyah, al-Ithna ‘Asyariyyah, asy-Syaitaniyyah, as-Salimiyyah, al- Isma‘iliyyah dan lain-lain lagi. Oleh kerana buku ini ditulis untuk menjelaskan kedudukan Syi‘ah Imamiyyah Ithna ‘Asyariyyah, maka tumpuan yang utama akan diberikan kepada Syi‘ah ini dalam perbicaraan akan datang kerana kekeliruan yang timbul di dalam masyarakat sekarang ini ialah berhubung dengan Syi‘ah Imamiyyah Ithna ‘Asyariyyah. Syi‘ah inilah yang dipertikaikan oleh para ‘ulama’ di setiap tempat pada masa ini kerana ramainya bilangan mereka dan kedudukan mereka yang semakin popular terutama selepas tercetusnya revolusi di Iran.


Sumber: Facebook - Sham Kamikaze
11 Jun 2013

No comments: