Wednesday 24 April 2013

SRJK (INGGERIS) GOMBAK 2 1968 - 1973

Lambang Lama SRJK (I) Gombak


Lambang SK Gombak 2

Sek.Ren. Jenis Kebangsaan (Inggeris) Gombak 2, Kuala Lumpur yang kini dikenali dengan Sek.Keb. Gombak 2 ialah Sekolah kedua saya selepas Sek.Ren. Jenis Kebangsaan (Inggeris) Jalan Temerloh Kuala Lumpur. 
Saya bersekolah di SRJK (I) Jalan Temerloh KL hanya beberapa bulan sahaja selepas arwah ayah saya mengusahakan pertukaran ke SRJK (I) Gombak kerana ketika itu saya sekeluarga menetap di Jalan Sekolah, Gombak yang lebih dekat dengan rumah..

Sekolah ini dibuka dengan resminya pada 28 November 1964 oleh YAB Dato'Haron bin Hj Idris, Menteri Besar Selangor ketika itu. 

Sekolah ini pada asalnya adalah dikenali dengan nama Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Inggeris) Gombak Selangor. Guru Besar pertama sekolah ini ialah En.Michael Lounders. 
Namun pada tahun 1971 (ketika itu saya berada di darjah 4) , sekolah ini telah dibahagi kepada 2 sessi:

    • SRJK (Ing) Gombak 1 :  (Januari-Jun sesi pagi) dan (Jun-November sesi petang)
    • SRJK (Ing) Gombak 2 : (Jun-November sesi pagi) dan (Januari-Jun sesi petang)
Seingat saya Guru Besar pertama yang dilantik mengetuai SRJK (Inggeris) Gombak 2 ketika Cik Gu Ariffin bin Hj Yassin (1971)....

Saya tidak mempunyai kenangan gambar-gambar ketika sekolah Rendah kerana gambar-gambar tersebut kebanyakannya hilang ketika saya berpindah randah kerana bertukar tempat tugas ketika berkhidmat dengan Tentera Laut Di Raja Malaysia dari 1980-1996. 

Namun syukur Alhamdullillah... laman sosial Facebook ternyata telah banyak membantu saya mendapatkan kembali kenangan silam apabila Grup SRJK Gombak ditubuhkan dalam laman sosial FB.... Dari grup ini saya dapat berhubung kembali dengan rakan-rakan semasa sekolah Rendah dulu dan dari grup ini juga lah saya amat teruja kerana dapat kembali menatap beberapa keping gambar kelas saya yang penah saya miliki dahulu namun telah hilang... maklumlah dulu gambar pakai negatif, tak macam sekarang dah guna digital dan boleh di simpan dalam komputer... kalau hilang boleh cuci kembali... 
Terima kasih saya ucapkan kepada rakan-rakan yang upload gambar-gambar tersebut dalam laman FB yang dapat saya save kembali dalam komputer... 



Gambar ketika Darjah 2... saya memang ingat ini kelas saya cuma saya sendiri tak dapat nak pastikan yang mana satu saya... haha...
Ya ini saya memang pastilah kelas saya Darjah 3C kerana saya ingat Cikgu tu...CikGu Zaleha dan sebelah kanan cikgu tu Azizah bt Yusof (Class Monitor) sebab semasa darjah 3 saya duduk sebelah dia.... 

*** Update 2/7/2021 : Puan Azizah bt Yusof baru baru ini telah kembali ke Rahmatullah akibat COVID 19... Al Fatihah

Saya di barisan paling depan nombor 8 dari kiri....

Ketika ini murid-murid darjah 3 ditumpangkan di Sekolah Rendah Kebangsaan Gombak Setia berhampiran Balai Polis Gombak kerana sebab - sebab yang saya pun dah tak ingat ...

Gambar ketika darjah 4... saya sebenarnya tak pasti samada ini kelas saya atau pun bukan.... cuma beberapa wajah dalam kelas ni memang saya kenal sangat...
Gambar ketika darjah 5
Saya berdiri paling kiri dalam barisan nombor 4....

Yang menariknya murid disebelah kiri saya (Mohd Rasid) pernah  bersama dengan saya ketika saya bekerja dengan The Institution of Engineers, Malaysia (IEM) di Petaling Jaya dari tahun 1999 - 2011.... Ir. Mohd Rasid selalu datang ke IEM ketika meeting atau kursus.... Sepanjang 12 tahun di IEM saya lansung tak perasan dan tak ingat yang beliau pernah satu kelas dengan saya ketika Sekolah Rendah dulu... 



Setelah hampir 41 tahun berlalu... baru kini dapat bertemu kembali dengan rakan-rakan Sekolah Rendah dulu... 
Kali pertama saya dapat bertemu kembali dengan rakan-rakan Sekolah Rendah saya ialah dalam satu Majlis Perkahwinan anak seorang rakan kami di Dewan Komuniti Taman Ibu Kota Kuala Lumpur pada 1 Mac 2014. 











Satu Reunion besar-besaran telah kami adakan di sebuah Hotel di Kuala Lumpur iaitu Hotel Grand Seasons yang terletak di Jalan Pahang, Kuala Lumpur. Perjumpaan kembali antara bekas pelajar SRJK (Inggeris) Gombak 1 dan Gombak 2 (Class of 73). 












Zulheimy Maamor
24.4. 2013
Update: 16/5/2022




2 comments:

Unknown said...

Assalamualaikum brother senior , saya salah seorang bekas murid sk gombak 2 badge 1970 to 1976......mohon share maklumat ya

zulheimymaamor.blogspot said...

M salam.. silakan tak ada masalah...