Saturday, 24 December 2005

LAWATAN KE KOREA SELATAN 2005

Korea Selatan terletak di Utara Timur Benua Asia bersempadan dengan Sungai Amnok (Yalu River) di bahagian Barat Laut yang memisahkan Korea dan China dan Sungai Duman (Tumen River) bahagian timur laut yg memisahkan Korea dengan China dan Rusia.
Semenanjung Korea adalah kira-kira 1030 km (612 batu) panjang dan 175 km (105 batu) lebar pada titik sempit. Jumlah keluasan tanah Korea adalah 100.033 km persegi, dan ia mempunyai penduduk seramai 49800000 orang (2011).

Saya bersama dengan setaf Institusi Jurutera Malaysia telah berpeluang untuk mengunjungi Korea Selatan pada Disember 2005. Ini adalah kali kedua saya menjejakkan kaki ke bumi Korea, kali pertama adalah pada tahun 1990 sewaktu saya berkhidmat dengan Tentera Laut Di Raja Malaysia bersama dengan kapal KD Lekir ketika itu.

Rujukan : 
KE LEKIR DI KOREA SELATAN 1990
http://zulheimymaamor.blogspot.my/2012/09/kd-lekir-south-korea-1990.html

Kunjungan kali pertama ke Korea Selatan pada 1990


Kunjungan kali kedua ke Korea, 2005


Sebaik tiba di Inchon International Airport kami dibawa untuk makan tengahari di sebuah Restoran (tidak ingat nama Restoran itu) untuk makan tengahari. Oleh kerana sukar mendapatkan makanan halal di sini.. kami hanya makan di kedai Vegetarian, makan nasi dan sup sayur-sayuran.

 

INCHON KOREA
Bandar Incheon adalah bandar yang terkenal sebagai tapak dimana General Douglas MacArthur pernah mendarat semasa Perang Korea. Operasi Tentera Amerika yang dikenali sebaga Operasi Chromite melibatkan pendaratan 75,000 tentera dan 261 kapal Tentera Laut. Anggota Tentera Amerika adalah terdiri daripada unit 5th Marine Division mendarat di Incheon pada 15 September 1950.
Di bandar ini juga Lapangan Terbang Antarabangsa Korea dibina yang terletak di Pulau Yeongjong. 

BATTLE OF INCHON, 1950
POHANG BEACH (Sekarang)
Pantai dimana tentera Amerika mendarat ketika Perang Korea 1950
NAMISEOM ISLAND – WINTER SONATA

Bagi yang meminati drama Korea tentu ingat drama “Winter Sonata” yang cukup popular di Malaysia. Namun saya bukanlah peminat drama-drama Korea dan tak pernah tonton pun. Namun saya pernah dengar nama tajuk drama itu sahaja. Walaupun saya tak pernah menonton”drama “Winter Sonata”, namun saya berpeluang menjejakkan kaki ke lokasi penggambaran drama tersebut yang terletak di Pulau Namiseom.
Pulau Namiseom adalah sebuah pulau yang tertubuh akibat dari pembinaan Empangan Cheongpyeong berbentuk bulan setengah. Di sini terletaknya kubur General Nami, pemimpin tentera Korea yang berjaya menewaskan pemberontakan terhadap Raja Sejo, Raja ke 7 dari Dinasti Joseon yang memerintah dari tahun 1455 hingga 1468. Pulau Namiseom terletak 63 km dari bandar Seoul ke arah Chuncheon.
TOMB OF GENERAL NAMI
NAMISEOM ISLAND









DAEJANGGEUM - JEWEL IN THE PALACE
MBC STUDIO


Drama Miniseries Korea "Jewel in the Palace" ini juga telah pernah ditayangkan di Malaysia. Kami juga berkesempatan untuk melawat tapak penggambaran drama tersebut.
Pada hari ini, lokasi penggambaran utama drama tersebut terletak di Pulau Jeju, di Kampung Rakyat Korea, Naganeupseong, Suwon Hwaseong Haenggung Palace dan Changdeokgung Palace sentiasa penuh sesak dengan pelancong tempatan dan pelancong luar.

 





SEORAKSAN NATIONAL PARK
Seoraksan National Park yang disenaraikan oleh kerajaan Korea Selatan dengan UNESCO sebagai Tapak Warisan Dunia. Terletak di sebelah timur semenanjung Korea, tanah rizab ini  meliputi Injegun, Yanyanggun, dan Sokchosi. Ia adalah salah satu tarikan pelancongan yang paling popular bagi peminat alam semula jadi di Korea. Rizab alam semulajadi ini termasuk kawasan seluas 163,6 kilometer persegi (63,2 batu persegi) dan mengandungi banyak puncak yang tinggi berukuran lebih 1,200 meter di atas paras laut termasuk puncak tertinggi Soraksan, Daecheongbong, yang mempunyai ketinggian 1708 meter (5604 kaki).


SHINHEUNG TEMPLE
Di Seoraksan National Park juga terdapat Kuil Shinheung yang telah dibina pada tahun 652 AD dan dianggap kuil Zen yang tertua di dunia. Sebuah patung Buddha yang besar terletak dalam kuil tersebut.


SKI RESORT
Di Ski Resort inilah kami menginap untuk satu malam. Saya tidak dapat mengingati nama ski Resort tempat kami menginap ini sebab ada banyak Ski Resort di Seoul. Gambar ini saya ambil dari bilik saya kerana pemandangannya yang sangat cantik. 



Pengalaman musim Salji memang agak asing bagi kita orang Malaysia... cuma yang pernah merasainya akan tahu bagaimana susahnya hidup dalam negara yang ada bermacam-macam musim. Untungnya kita di Malaysia kita cuma ada satu musim sahaja... tapi di Korea ada 4 musim... tiap-tiap musim kena sediakan pakaian khas untuk musim tersebut....
Setelah merasai musim salji.. saya rasa serik dan kalau boleh tak mau lagi pergi ke Negara luar ketika musim salji. Saya tak boleh tahan sejuknya sehingga terasa pedih jari-jemari walaupun menggunakan glove. Hidung juga terasa pedih dan mata sentiasa berair...  jari kaki terasa dah macam nak putus walaupun menggunakan stokin tebal...  cukuplah pengalaman itu bagi saya... 

KOREAN WAR MUSEUM
Muzium Memorial Peperangan Korea dibina sebagai memperingati anggota-anggota tentera Korea dan juga mangsa-mangsa peperangan Korea yang terkorban. Memorial Perang ini siap dibina pada bulan Disember, 1993 dan dibuka secara rasmi pada JUN 10, 1994 yang menjadi mercu tanda Muzium Memorial Peperangan terbesar di dunia.
Muzium ini mempamirkan 13,000 item dibawah tema yang berbeza. Antara yang dipamirkan ada Pesawat-pesawat pejuang, kereta-kereta kebal dan senjata-senjata yang digunakan semasa perang Korea.








DONGDAEMUN MARKET
Dongdaemun Market atau Tongdaemun (singkatan DDM) adalah  daerah komersial terbesar yang terdiri daripada pasaran tradisional dan pusat-pusat membeli-belah di Jongno-gu, Seoul, Korea Selatan. Satu destinasi membeli-belah dan pelancongan yang amat popular di Korea, ia telah ditetapkan sebagai  Zon Pelancongan Khas sejak 2002.
Dongdaemun Market dibuka pada bulan Julai 1905 di Yeji-dong.  Dongdaemun Market terletak berhampiran dengan Dongdaemun mengambil sempena namanya. Pasar ini menjual berbagai jenis barangan seperti sutera dan kain, pakaian, kasut dan barangan kulit, barangan sukan, elektronik, peralatan pejabat dan bermacam-macam lagi. 

EVERLAND RESORT
Everland Resort adalah sebuah taman tema di Yongin, sebuah bandar di wilayah Gyeonggi-do, Korea Selatan. Ia adalah merupakan taman tema yang terbesar di Korea Selatan. Dengan 6.6 juta pelawat, Everland diletakkan ditangga ke 13 di dunia kerana jumlah kehadiran pelancong yang ramai ke taman hiburan ini pada tahun 2011. Antara  tarikan utamanya Everland adalah zoo dan taman air yang dikenali sebagai Caribbean Bay. Everland dikendalikan oleh Samsung Everland, yang merupakan anak syarikat Kumpulan Samsung.




LOTTE WORLD


Lotte World adalah sebuah kompleks rekreasi utama di Seoul, Korea Selatan. Ia adalah sebuah taman tema tertutup yang terbesar di dunia mengikut Guinness Book of World Record. Antara yang terdapat di sini ialah Taman Hiburan Luaran yang di panggil “Magic Island”,  sebuah pulau buatan manusia yang dihubungkan dengan monorel, pusat membeli belah, hotel mewah, kemudahan sukan dan berbagai-bagai lagi.
Ia dibuka pada 12 Julai 1989, menerima lebih dari 8 juta pengunjung setiap tahun dan diiktiraf sebagai Taman Tema bertaraf dunia di Asia.

2002 FIFA WORLD CUP STADIUM AND MUSEUM
Pada tahun 1996, Jepun dan Korea telah dipilih oleh FIFA untuk menjadi tuan rumah sukan Bolasepak Piala Dunia 2002. Kerajaan  Korea telah meluluskan peruntukan untuk membina sebuah stadium bolasepak yang boleh menampung acara terbesar Bolasepak Piala Dunia.
Pembinaan stadium ini mengambil masa  3 tahun untuk disiapkan dengan kos perbelanjaan melebihi 200 juta dolar.
Selepas World Cup 2002, berbagai kemudahan telah dibangunkan semual didalam stadium ini  seperti sebuah muzium, pusat membeli belah, Pusat Sukan dan lain-lain kemudah yang lebih komersial.
Pengunjung boleh mengambil kesempatan untuk melawat ke sekitar Stadium ini dan juga Muzium FIFA 2002 yang terletak berhampiran dengan stadium. Didalam muzium kita boleh menyaksikan berbagai pameran mengenai Piala Dunia yang turut dipamerkan. 






Bersama Tourist Guide kami, seorang bekas Tentera Korea Selatan yang pernah terlibat dalam Perang Korea. Tengok pada empunya diri rasa tak percaya yang beliau berusia 70 tahun

 Itulah antara beberapa tempat-tempat menarik yang kami kunjungi sepajang berada di Korea Selatan pada tahun 2005. Ia adalah suatu kenangan yang sukar untuk kami lupakan. Terima kasih kepada Institusi Jurutera Malaysia yang memberi kesempatan kepada kami untuk mengunjungi bumi Korea.




작별 KOREA

No comments: