Monday, 15 January 1996

809025 LK KMR ZULHEIMY MAAMOR


1. KD Pelandok, Lumut Perak (Rekrut / LM KMR) : 14.1.1980 - 2.2.1981
2. KD Ganas,1st Sqn Fast Attack Craft (Missile), Woodlands, Singapore : 3.2.1981 - 27.7.1981
3. KD Raja Jarom, 32nd Sealift Sqn, Woodlands, Singapore : 28.7.1981 - 28.6.1982
4. FOCRMNCCS, Woodlands, Singapore : 28.6.1982 - 1.8.1982
5. Kursus Kelas 1 KMR,KD Pelandok, Lumut , Perak : 2.8.1982 - 27.3.1983
6. KD Sri Rejang, Sibu, Sarawak : 28.3.1983 - 24.11.1984
7. KD Pendekar, 2nd Sqn Fast Attack Craft (Missile), Pasir Gudang Johor : 25.11.1984 - 5.1.1985
8. Kursus LK KMR, KD Pelandok, Lumut, Perak : 7.1.1985 - 27.8.1985
9. KD Mutiara, 36th Hydrographic Sqn, Lumut, Perak : 26.8.1985 - 1.5.1986
10. Departmen Tentera Laut, Kementah, Kuala Lumpur : 2.5.1986 - 7.9.1986
11. KD Ganyang, 1st Sqn Fast Attack Craft (Missile), Lumut,Perak : 8.9.1986 - 29.3.1987
12. KD Panah, 14th Sqn Patrol Craft, Kuantan, Pahang : 30.3.1987 - 11.10.1987
13. KD Sri Negeri Sembilan,12th Sqn Patrol Craft, Lumut, Perak : 12.10.1987 - 28.3.1988
14. SKTLDM Kuala Lumpur : 29.3.1988 - 6.8.1989
15. KD Lekir, 22nd Corvette Sqn, Lumut, Perak : 7.8.1989 - 4.12.1991
16. SKTLDM Kuantan,Pahang : 4.12.1991 - 13.3.1995
17. Markas Tentera Laut, Kementerian Pertahanan , KL : 13.3.1995 - 8.6.1995
18. Kursus Peralihan - RBQ Auto Services, Pandan Jaya, KL : 10.6.1995 - 10.12.1995
19. Dokumentasi Akhir , JRP Kementah : 11.12.1995 - 16.12.1995
20. Tamat Perkhidmatan TLDM : 13 January 1996

16 tahun dalam Perkhidmatan, bertugas di 8 buah kapal dan 6 buah Pengkalan. Tidak pernah bertugas di mana mana pengkalan di Lumut, Perak kecuali Kapal sahaja.
Yang membuatkan aku rasa sedikit kecewa ialah kebanyakan unit di mana aku bertugas tidak sampai satu tahun, ditukarkan ke unit lain pula terutama antara tahun 1985 - 1987,  kecuali KD Sri Rejang, SKTLDM KL, KD Lekir dan SKTLDM Kuantan.
Semasa bertugasdi SKTLDM Kuantan, baru nak jejak 1 tahun, Draft Order telah keluar dan nama aku turut tersenarai untuk ditukarkan ke KD Musytari. Oleh kerana dah mula rasa bosan  dan muak kerana  asyik jadi mangsa pertukaran sana pertukaran sini... aku telah berjumpa dengan Pegawai Bahagian (tidak ingat namanya, seorang Pegawai Wanita) memohon jasa baik beliau untuk aku tidak ditukarkan ke kapal kerana aku telah mengambil keputusan untuk tidak mahu lagi menyambung perkhidmatan dengan TLDM. Saya masih ingat lagi kata kata saya kepada Pegawai tersebut, "Puan saya bukanlah pemain Bola dalam TLDM tetapi saya adalah Bola dalam TLDM." Atas jasa baik Puan tersebut akhirnya pertukaran saya ke KD Musytari dibatalkan dan saya terus berkhidmat di SKTLDM Kuantan sehingga tamat Perkhidmatan. Sebelum menghadiri kursus Peralihan saya ditumpangkan ke Markas Tentera Laut KL kerana saya akan berkursus di Kuala Lumpur bagi memudahkan urusan sebelum kursus.
Inilah antara kenangan pahit manis dalam TLDM... sehingga Tamat Perkhidmatan.. saya masih terfikir dan terbayang macam mana rupanya dalam Comcen SKTLDM Lumut.... walaupun selalu ambil signal di depan kaunter, tapi tak pernah masuk ke dalam.... mungkin saya satu  satu nya RO yang tak pernah bertugas di SKTLDM Lumut.... :)))


1 comment:

PakMail said...

Saya juga tak pernah bertugas di SKTLDM Lumut. Sekadar ambil message sahaja di kaunter...