Sunday, 24 July 2016

KEMBARA TERENGGANU 2016

Program Yayasan Jantung Malaysia ke Terengganu bagi tahun 2016,kami Awareness Team telah mengadakan 2 program iaitu di Kolej PTPL Kuala Terengganu pada 25 April 2016 dan di SJK (Cina) Chung Hwa Wei Sin juga di Kuala Terengganu. 

PROGRAM PERINGKAT KOLEJ - KOLEJ PTPL KUALA TERENGGANU
25 APRIL 2016

Awareness Team YJM telah berlepas ke Kuala Terengganu untuk Program Pemeriksaan Kesihatan di Kolej PTPL Kuala Terengganu pada 25 April 2016. 
Seramai 129 orang pelajar dan setar kolej telah menjalani ujian Pemeriksaan Kesihatan pada hari tersebut. 

Kolej PTPL Kuala Terengganu terletak di Jalan Sultan Omar, Kuala Terengganu







Kuala Terengganu adalah ibu Negeri Terengganu Darul Iman. Terletak 450 km dari Timur Laut Kuala Lumpur. 
Status bandaraya telah diberikan kepada Kuala Terengganu dengan gelaran "Bandaraya Warisan Pesisir Air" pada 1 Januari 2008. 


Semasa program di sini kami telah menginap di Intan Beach Resort di Pantai Batu Burok, Kuala Terengganu. 












Pantai Batu Burok adalah pantai peranginan yang paling terkenal di Kuala Terengganu. 

PROGRAM KOMUNITI - SJK (CINA) CHUNG HWA WEI SIN, KUALA TERENGGANU
22 JULAI 2016

Program Komuniti kali ini adalah dengan kerjasama The Lions Club of Kuala Terengganu berlansung di SJK (Cina) Chung Hwa Wei Sin di Kuala Terengganu pada 22 Julai 2016. 
Seramai 119 orang telah menjalani ujian Pemeriksaan Kesihatan sepanjang program dijalankan. 


SJK (Cina) Chung Hwa Wei Sin terletak di Jalan Sultan Mohamad di Kuala Terengganu ditubuhkan pada 1 Mei 1915 atas nama Chung Hwa Wei Sin. 



Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kuala Terengganu bermula pada 21 Julai 2016. Perjalanan melalui Lebuhraya Pantai Timur (LPT). 

Lebuhraya Pantai Timur adalah 350km(217 Batu)-panjang, 4-lorong (2 di setiap arah) bermula daripada tamatnya Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak di Persimpangan Karak, Pahang melalui Lanchang, Mentakab, Temerloh, Chenor, Maran, Sri Jaya, Gambang, Kuantan, Jabor, Chenih, Chukai, Kijal, Kerteh, Paka, Dungun, Bukit Besi, Ajil, Telemong dan tamat di Gemuroh, berdekatan dengan Kuala TerengganuTerengganu.

Sepanjang perjalanan kami singgah rehat di Hentian Rehat Paka, di Terengganu yang baru di buka. 






Setiba di Kuala Terengganu, kami singgah minum di sebuah medan selera di Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu. 
Saya berasa sangat teruja kerana tak disangka-sangka bertemu dengan Penceramah terkemuka Ustaz Azhar Idrus di sini. Apa lagi takkan nak lepas peluang, terus ambil gambar kenangan bersama Ustaz Azhar Idrus. 



Di Kuala Terengganu, kami menginap di Batu Burok Beach Resort. Ini adalah kali kedua aku menginap di Batu Burok Beach Resort. Kali pertama ialah ketika Program Komuniti di Dewan Perhimpunan Tiong Hua, Kuala Terengganu pada 14 Februari 2015. 

Rujuk: 

Batu Burok Beach Resort dan Restoran Pak Maidin di hadapan Resort ini adalah milik Allahyarham Kamaruddin Maidin, bekas olahragawan Malaysia yang pernah mewakili Negara dalam Sukan Olimpik di Rome pada tahun 1960 bersama Shahrudin Mohd Ali dan M. Jegathesan). Allahyarham pernah memenangi pingat emas 4 kali berturut-turut dalam acara lompat jauh di Sukan SEAP (kini Sukan SEA). 




Selesai Program Komuniti di Kuala Terengganu, kami meneruskan perjalanan ke Gambang, Pahang untuk program kami seterusnya ialah Program Komuniti di SJK (Cina) Gambang pada 24 Julai 2016. 

Rujuk: 

Semasa dalam perjalanan ke Gambang kami singgah rehat di Hentian Rehat Perasing di Kemaman, Terengganu. Kawasan Hentian Rehat ini adalah merupakan Hentian Rehat terbesar dalam rangkaian Lebuhraya Pantai Timur dan baru sahaja di buka ketika itu. 




Dari Kuala Terengganu ke Gambang - 

http://zulheimymaamor.blogspot.my/2016/11/kembara-pahang-2016.html

Sekian Terima kasih

No comments: