Tuesday, 31 October 2000

KEMBARA - BANGKOK & PATTAYA 2000

Sepanjang bekerja dengan The Institution of Engineers,Malaysia saya telah banyak kali dapat mengunjungi Negara Thailand iaitu pada tahun 2000, 2002, 2006 dan 2007. Antara Daerah yang telah saya kunjungi di Thailand ialah Bangkok & Pattaya, Haatyai dan Songkhla dan ChiengMai. 
Sebenarnya Thailand bukanlah asing bagi ku kerana semasa dalam perkhidmatan Tentera Laut dulu saya telah banyak kali ke Thailand.


Sedikit info mengenai Thailand
Thailand mengikut sejarah didirikan pada tahun 1238M yang dikenali sebagai Sukhothai dan kemudian Ayutthaya. Ia bersempadan dengan Laos, Kemboja dan Myanmar (Golden Triangle). Thailand dahulunya dikenali sebagai Siam sehingga tahun 1949 perkataan “Thai” yang bermaksud ‘bebas’ mula digunakan.
Thailand merupakan negara yang ke 51 terbesar di dunia. 95% penduduk Thailand berugama Buddha. 

BANGKOK & PATTAYA , 2000

Bangkok, ibukota Thailand dan merupakan bandar yang paling ramai penduduk di negara ini. Dikenali di Thailand sebagai Krung Thep Maha Nakhon terletak di delta Sungai Chao Phraya.



Don Muang International Airport yang terletak di Vibhavadi Rangsi Road telah digunakan sebagai Lapangan Terbang Komersial sejak tahun 1924.
Selepas pembukaan Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabhumi pada 28 September 2006, Lapangan terbang ini kemudian menjadi kemudahan untuk penerbangan tentera dan awam. 




Prince Palace Hotel yang terletak di Damrongrak Road dinamakan sempena nama Field Marshal Putera Kromaluang Nakhon Chaisri Suradej iaitu anak kepada Raja Rama V. 



Sungai Chao Phraya atau "Menam Chao Phraya" adalah sungai terpanjang dan terpenting di negara Thailand. Panjangnya 372 kilometer mengalir dari utara Thailand menuju ke Teluk Thailand(Teluk Siam) di selatan. Sungai ini membentuk Lembah Chao Phraya atau 'Basin Chao Phraya'. Bangkok pesat membangun seperti sekarang kerana adanya sungai ini. Penduduk Bangkok seramai 8.1 juta orang amat bergantung hidup kepada sungai ini.




Marine Park Thailand

Berikut adalah beberapa keping gambar sekitar lawatan ke Bangkok dan Pattaya pada tahun 2000












PATTAYA 2000
Pattaya adalah merupakan sebuah Bandar yang terletak di Pantai TimurTeluk Thailand kira-kira 165 km dari tenggara Bangkok. Ianya merupakan sebuah Bandar pelancongan yang cukup terkenal di Asia. 




Kenangan manis ketika bertugas di Institute of Enginees Malaysia dari 1999 sehingga 2011 tak mungkin dapat ku lupakan. 



No comments: