Monday, 31 August 1981

HARI KEBANGSAAN 1981


Kesemua dalam gambar ini adalah dari Intake 139 kecuali Rahman Arab dari intake 137


Pernahkah anda menyertai Perarakan Hari Kebangsaan di Dataran Merdeka, Putrajaya atau di peringkat negeri masing-masing...?
Sepanjang hidup saya, hanya sekali saya pernah menyertai kontijen Hari Kebangsaan di Dataran Merdeka Kuala Lumpur pada tahun 1981.

Saya ketika itu berkhidmat di Kapal KD Raja Jarom, mewakili Kontinjen Zon Selatan TLDM iaitu Kontijen dari Woodlands, Singapura (ketika itu Kapal-Kapal TLDM masih lagi beroperasi di Singapura).
Oleh kerana KD Raja Jarom ketika itu masih dalam pembaikan di Limbungan MSE, Pasir Gudang,kami telah dipilih mewakili zon selatan ke Perbarisan Hari Kebangsaan di Kuala Lumpur.
Zon Selatan ketika itu adalah kontinjen TLDM dari Woodlands, Singapura dan anggota TLDM yang bertugas di Kementerian Pertahanan Kuala Lumpur.
Manakala Zon Utara adalah dari Pengkalan di Lumut, Perak.

Bertolak dari Stesen Keretapi Johor Bahru ke Kuala Lumpur, masing-masing membawa senjata M16. Oleh kerana kami adalah kumpulan pertama yang menggunakan uniform 2B baru menggantikan yang lama (berseluar pendek), jadi kami menimbulkan tanda tanya kepada ramai orang ketika itu. Semasa tiba di Stesen Keretapi Kuala Lumpur, ramai mata memandang ke arah kami. Mungkin selama ini mereka biasa nampak Askar berbaju Hijau menggalas senjata... tapi kali ini pasukan yang berbaju biru dan setiap orang menggalas senjata.
Semasa menunggu terak, kami singgah minum di cafeteria di stesen keretapi KL. Seorang Pak Cik kerana ingin tahu... bertanya kepada saya yang kami ini dari mana. Bila saya katakan pada Pakcik tu kami adalah Tentera Laut dari Woodlands, Singapura, dia terkejut dan bertanya kenapa ramai anggota Tentera Laut Singapura berada di Kuala Lumpur dan membawa senjata pula.... kami ketawa dan berkata pada Pakcik tu bahawa kami ialah Anggota Tentera Laut Di Raja Malaysia yang berpengkalan di Woodlands, Singapura.... baru pakcik tu rasa lega dan katanya tak sangka pula anggota TLDM masih berpengkalan di Singapura walaupun Singapura telah lama keluar dari Malaysia.. saya nyatakan yang TLDM sekarang dalam proses berpindah secara berperingkat dari Singapura ke pengkalan Baru di Lumut, Perak....
(Pengkalan TLDM di Woodlands Singapura sekarang ini ini jadi Singapore West Prison... sedihnya bila kenangkan tempat yang aku tinggal diberek bujang dulu sekarang ni jadi tempat tinggal banduan pula....)



Semasa di Kuala Lumpur kami menumpang di Kem Transit Jalan Ampang. Bergambar kenangan dengan anggota dari Tentera Darat yang turut serta dalam Perbarisan tersebut.

1 comment: