Saturday 2 March 2024

RUPANYA KEDAH ITU PERKATAAN ARAB!

Oleh: Prof.Dr. Solehah Yaacob
20 February 2024

Rupanya perkataan KEDAH itu adalah perkataan Arab. Takrif KEDAH قداح berdasarkan Mu'jam al Wasif bermaksud ketulan besi yang dipanaskan utk mengasingkan material asing yang terdapat dalam ketulan tersebut. Kepanasan yang melampau ini menyebabkan besi asli yang bersih terhasil.
Adapun perkataan 'KALAH' yang disebut sebagai البادي iaitu nama tempat yang terpencil untuk menghasilkan besi ini. Bermaksud 1000 kilometer persegi dari Gunung Jerai Sg Batu dan seterusnya naik ke selatan Thailand hingga ke Pattani berdasarkan penemuan Arkeologi yang diketuai oleh Dato' Dr Mokhtar Saidin itu adalah KALAH.
Adapun Ibnu Kathir dalam Sirah An- Nabawiyyah menyebut bahawa orang-orang Arab Jahiliyyah menyebut KEDAH itu bermaksud mata anak panah (رأس السهم). Bagi Ibnu al Jawzi pula perkataanالقلَعيُّ dinisbahkan kepada nama sebuah kampung pedalaman yang menghasilkan besi yang amat bermutu tinggi.
Ibnu Abu Rabih Al Andalusi dalam kitabnya al Iqdu la fareed menyebut ketika pemerintahan Khalifah Harun al Rashid di bawah Kerajaan Abbasiyah telah menerima hadiah Pedang Qalai atau pedang قلعي dari seorang Raja India. Apabila diuji oleh pakar pedang diraja maka bertanya Harun al Rashid kepada pakar pedang tersebut, Apakah pandangan kamu terhadap kehebatan Pedang Qalai ini? Maka dijawab Tiada sebarang cacat celanya لا نظر فيها .
Begitu juga Ibnu Duraid di dalam al Mukhasas telah menyebut perkataan قلعى ( Kal 'aa) itu dinisbahkan kepada besi atau metal ( material asli yang keras) selain dari maksud besi ia juga dinisbahkan kepada nama tempat. Adapun Ibnu al Manzur di dalam kitabnya Lisan al Arab menegaskan bahawa perkataan قلعية yang disebut oleh Ibnu Athir al Jazari di dalam Al-Kamil Fi At Tarikh bahawa pedang2 tersebut dinisbahkan kepada gelaran sebuah tempat yang bernama قلّعية ( Kala' iyyah) dibaca baris atas pada huruf ق dan ل ia merupakan tempat terhasilnya pembuatan pedang2 tersebut.
Kesimpulan, Perkataan KEDAH adalah perkataan arab yang mempunyai tasrif morfologi yang sempurna yang disebut dalam Mu`jam2 besar Bahasa Arab. Ia merupakan perkataan al mushtarak al lafzi. Ini menunjukkan KEDAH TUA sudah lama berhubungan dengan Alam Mesopotamia. Perkataan ini telah digunakan ketika di zaman Arab Jahiliyah (Jahiliyah satu dan Jahiliyah 2) lagi samada ia bermaksud besi asal yang bercampur dengan mineral yang lain (raw iron) kemudian dipanaskan untuk mengasingkan material lain atau bermaksud besi yang diletak dihujung anak panah. Adapun Kalah atau perkataan قلعى itu bermaksud sebuah desa atau kampung di pedalaman.
Maklumat tentang besi Qalai قلعى telah memberi satu hujah yang kuat bahawa hubungan KEDAH dan Kerajaan Abbasiyah telah wujud setelah Khalifah Harun Ar Rashid menguji kehebatan pedang tersebut. Maka dengan ini tidak salah untuk mengaitkan KEDAH TUA telah berhubungan dengan Empayar-empayar besar Islam terlebih dahulu. Pembuktian Syiling Fulus Timah Belanja Kedah Darul Aman tahun 118 H bersamaan 736 Masihi menunjukkan sudah terdapat penguasa atau Kerajaan Islam yang mentadbir KEDAH TUA. Bukti-bukti primer yang semakin terbongkar ini perlu dibetulkan dengan segera.
Membetulkan Sejarah sebenar bangsa akan melahirkan sebuah bangsa yang mempunyai kefahaman yang berkualiti terhadap asal asul bangsa. Hakikatnya bangsa ini mempunyai jati diri yang kukuh, berani dan bijak. Oleh itu ia perlu menjadi kebanggaan generasi millennium bangsa Melayu terhadap kehebatan nenek moyang mereka.

Copy and paste:
2 Mac 2024 > 21 Syaaban 1445H: 8.31 pm


No comments: