Wednesday 26 July 2017

2017 - KUANTAN PARADE

Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kuantan sejauh 241 km mengambil masa 2 jam 46 minit perjalanan. 

Saya bersama dengan Awareness Team, Yayasan Jantung Malaysia kali ini mengembarakan ke Kuantan, Pahang. 
Kami berada di Kuantan dari 28 Mac 2017 sehingga 3 April 2017 untuk program "Minggu Jantung Kuantan 2017" yang berlansung di Komplek Membeli Belah Kuantan Parade yang terletak di Jalan Haji Abdul Rahman, Kuantan Pahang. 
Sepanjang berada di Kuantan, kami menginap di Hotel Seasons View yang terletak di belakang Kuantan Parade. Jadi ini memudahkan kami untuk berulang alik dari hotel ke Kuantan Parade setiap hari. 




Season View Hotel Kuantan
A22, Lorong Haji Abdul Rahman 1
25000 Kuantan
Pahang
Tel: 09-516 2828
Fax: 09-516 2882
Email: seasonview_kuantan@ymail.com


Awareness Team Yayasan Jantung Malaysia yang telah mengembara ke seluruh pelusuk tanahair termasuk Sabah dan Sarawak





Kuantan adalah merupakan ibunegeri Pahang iaitu negeri yang terbesar di Semenanjung Malaysia. 

Kuantan berkeluasan lebih kurang 36,000 km dengan penduduknya yang terdiri 57% Melayu, 32% Cina, 4% India dan 7% lain-lain kaum. 
Bandar Kuantan terletak berhampiran Sungai Kuantan menjadi ibunegeri Pahang sejak 1955 selepas pusat pentadbiran Negeri Pahang berpindah dari Kuala Lipis. 
Antara Sejarah penting di Kuantan ialah di Pantai Timur Kuantan adalah lokasi dimana tenggelamnya kapal perang British HMS Prince of Wales dan HMS Repulse akibat serangan dari Angkatan Udara Jepun semasa Perang Dunia kedua. Serangan berlaku pada 10 December 1941.

Rujuk: 
1. Sinking of Prince of Wales and Repulse - Wikipedia



Ini adalah merupakan kali kedua saya mengikuti program Kesihatan di Kuantan Parade. Kali pertama ialah pada 24 - 28 April 2014.


Sepanjang program selama 5 hari di Kuantan Parade, 423 orang telah menjalani ujian Pemeriksaan Kesihatan dan 136 menjalani ujain Elektrokardiogram (ECG). 








Antara jururawat-jururawat yang turut membantu program kami dari Pejabat Kesihatan Daerah Kuantan dan Kuantan Medical Centre

Kompleks Teruntum yang terletak di belakang Kuantan Parade mempunyai banyak kenangan pahit manis di zaman bujang dulu.... di sinilah saya selalu melepak dengan kawan-kawan ketika bertugas di Kuantan sekitar tahun 1992-95 dahulu. Ketika itu Kuantan Parade belum wujud lagi. 


Satu lagi tempat yang mengimbau kembali kenangan silam saya ketika bertugas di Kuatan tahun 1992 - 1995 ialah bangunan Surau Al Mustaqim yang terletak diantara Kompleks Teruntum dan Kuantan Parade yang masih wujud lagi sehingga kini. Di Surau inilah  dulu saya bersama rakan - rakan TLDM sering bersolat jemaah di surau ini selepas melepak di Komplek Teruntum. 

Rujuk:
1. SKTLDM Kuantan - 1991-1995
2.  KD Panah - 1987

TELUK CEMPEDAK



Pada malam terakhir program, saya dan rakan-rakan mengambil kesempatan untuk menjamu selera di Pantai Peranginan yang cukup terkenal di Kuantan iaitu Pantai Teluk Cempedak (lebih dikenali dengan panggilan TC). Pantai ini terletak kira-kira 5 km dari bandar Kuantan. 
Berhampiran pantai terdapat deretan gerai-gerai makanan dan cenderahati untuk pengunjung di Pantai ini. 

Kami bertolak balik ke Kuala Lumpur pada 3 April 2017 setelah 6 hari berada di Kuantan, Pahang. 

"SELAMAT TINGGAL KUANTAN"

26 July 2017 : 4.00 pm



No comments: