ZULHEIMY MAAMOR

Monday, 27 November 2023

NOTA : ALAM MELAYU - ASAL USUL, BAHASA DSB

DISUSUN OLEH : HJ ZULHEIMY MAAMOR

Istilah 'MELAYU' ditakrifkan oleh UNESCO pada tahun 1972 sebagai suku bangsa Melayu di Semenanjung Malaysia, Thailand, Indonesia, Filipina dan Madagaskar. 

Dari segi Etimologi, perkataan 'MELAYU' itu dikatakan berasal dari perkataan Sanskrit 'Malaya' yang bermaksud bukit. Melayu adalah merujuk kepada kumpulan etnik dari bangsa Austronesia

Bahasa Melayu ialah sejenis bahasa Malayo-Polynesian dibawah keluarga bahasa Austronesian digunakan di Malaysia dan Indonesia melebihi 1,000 tahun yang lalu. Istilah Austronesia membawa pengertian Pulau-Pulau Selatan telah diperkenalkan oleh P.W. Schmidt manakalan istilah Malayo-Polynesia digunakan oleh Wilhem von Humboldt

Adriaan Reland : seorang ilmuwan dari Belanda pada tahun 1706, antara orang pertama yang melihat ada persamaan antara bahasa yang dipertuturkan di Kepulauan Melayu dengan orang-orang di Lautan Pasifik. 

Al-Qazwini : ahli Geographi mengenai Tanah Melayu "Itulah negara di pesisir pantai yang menghadap laut China, yang terletak selepas negara India. Pada zaman kita ini tidak dapatlah para pedagang yang bertolak dari negara China melainkan mesti melalui negara ini. Disebabkan melalui jalan selain negara ini (laluan sutera) di negara China menyusahkan kerana jauh jaraknya dan berbeza agamanya.”

Albert S. Bickmore : "Travels in the East Indian Archipelago" > beliau mencatatkan mengenai 2 buah gunung yang dikenali sebagai Mount Ophir, satunya di Palembang, manakala satu lagi terletak 40 batu di Utara Melaka, dikenali sebagai Gunung Ledang

Alexei Butakov:  Pegawai Tentera Laut Rusia antara orang Rusia terawal menjejak kaki ke Semenanjung Tanah Melayu pada tahun 1840. Antara catatan beliau mengenai orang Melayu ialah  : "Malays have more noble qualities, they are loyal, true to their word." "The wealth of its natural produce may well rank Penang among the richest islands of the world."

Arthur Edward Powell : dalam bukunya "The Solar System" bab 35 bahawa akar bangsa ke-4 Lemuria merupakan Malayan Brown yang membawa maksud rumpun Melayu atau nama saintifiknya Austronesian-Polynesian. Akar ke-4 ini digelar Atlanteans.

Davisakd Puaksom : menulis untuk tesisnya di National University of Singapore bahawa beliau telah menemui banyak bukti mengejutkan tentang pengaruh bahasa Melayu sebagai Lingua Franca didalam Istana Ayutthaya. 

Dr. Stephen Oppenheimer dalam bukunya yang bertajuk 'Eden in the East, The Drowned Continent of Southeast Asia' (1999), lagenda purba Kota Atlantis yang tenggelam akibat banjir besar itu adalah tinggalan Benua Melayu Sunda.

F.de Houtman: Pada awal 1603M, beliau membuktikan bahawa Madagaskar mempunyai persamaan dengan Bahasa Melayu. Seluruh kerabat bahasa Austronesia turut dikenali sebagai kerabat "Bahasa Melayu-Polinesia" hingga sekarang. 

Gorys Keraf : Dalam bukunya Linguistik Bandingan Historis (1984) mengemukakan Teori Leksikostatistik dan Teori Migrasi bagi mengkaji asal usul bahasa Melayu. 

Hadrian Reland: Sarjana Belanda yang pertama mengandaikan wujud persamaan antara Bahasa Melayu dari kawasan Madagaskar ke Jawa, Borneo, Maluku sehingga ke Timur pada tahun 1706. 

Hendrik Kern: mengemukakan teori bahawa kawasan bangsa Melayu adalah di Champa, Cochin-China dan Kemboja. Teori ini kemudian diikuti oleh R.O.Winstedt

Human Genome Organisation (HUGO) : the study conducted by HUGO in 2013 showed that the ancestors of the Malay people, the Semang and Senoi, migrated to the ancient Kingdom of Champa that is now located in parts of Vietnam and Cambodia. 

Ibnu Kathir dalam kitabnya 'Al-Kamil fil Tarikh', umat Nusantara termasuk Melayu (Bani Jawi) bersalasilah terus dengan Nabi Ibrahim a.s. melalui zuriatnya dari isteri ketiga bernama Keturah.  Dalam Kitab Perjanjian Lama ada disebut nama Keturah, isteri ketiga Nabi Ibrahim a.s. Perkataan Jawi dalam istilah Bani Jawi bererti yang meyakini Tuhan Yang Esa. 

J.H.C. Kern : Ahli fisiologi Belanda yang mendapati perkataan yang terdapat di Kepulauan Nusantara juga terdapat di Madagaskar, Filipina dan Taiwan. Bahasa Melayu adalah satu induk yang terdapat di Asia. 

J.R. Foster: Bahasa Melayu dan Bahasa Polinesia berasal dari Bahasa Melayu-Polinesia purba. 

J.R. Logan :  Terdapat persamaan antara adat resam kaum Melayu dengan adat resam kaum Naga di Assam (di daerah Burma dan Tibet).

James T. Collin: dalam buku "Bahasa Melayu Bahasa Dunia. Sejarah Singkat." (2011) Yayasan Pustaka Obor, Indonesia > Bahasa Melayu merupakan turunan bahasa Austronesia Purba yang digunakan di Kalimantan Barat sejak kurang lebih 2 juta tahun yang lalu. 

Jan Hugen Van Linschotten : Bangsa Belanda yang pernah tinggal di Indonesia dari 1586 - 1592 mencatatkan dalam bukunya bahawa Bahasa Melayu dianggap sebagai Bahasa yang paling dihormati antara bahasa-bahasa Negeri Timur. 

Johann Friedrich Blumenbach dalam kajian mengenai 5 bangsa utama dunia pada tahun 1779, dicatatkan bangsa Melayu adalah antara 5 bangsa utama dunia

K.A. Nilakanta Sastri dalam "The History of Srivijaya" (1940) menyatakan 4 buah inskripsi Melayu Klasik yang ditemui di Kedukan Bukit, Talang Tuwo, Karang Brahi dan di Kota Kapur adalah inskripsi bahasa Melayu yang paling tua dan rekod pengunaan bahasa tertua di dalam keluarga bahasa Malayo-Polinesia

K.G. Tregonning : dalam bukunya "Malaysian Historical Sources" (Singapore,1965) dan "The Encyclopedia Americana" (Edisi 8, 1963) menyatakan Semenanjung Tanah Melayu merupakan persinggahan terbaik perdagangan China-India.  

King Kalakaua (Hawaii) : In 1879 , he authored a bill in the Hawaiian Parliament - the first democratically elected national parliament in Austronesia - to formally declare Hawai'i as an Asiatic Malay State. He went around the world in 1881 visiting Japan, Malaya, China, Singapore, Thailand and India. 

L.C Damais  : Sejak dahulu lagi bahasa Melayu berperanan sebagai bahasa perantara utama atau Lingua Franca di Asia Tenggara amnya dan di Nusantara khasnya. 

Liang Liji (1996) > Hubungan antara China dan Alam Melayu sudah wujud sejak zaman Dinasti Han (140-117 S.M). 

M.W.Tweedie:  dalam bukunya "Pre-History" , mereka yang tinggal di Semenanjung Tanah Melayu dikenali sebagai Negrito dan telah ada sejak 8000 S.M. 

Martianus Heraclea: Pencatat Yunani dalam "Periplus of the Erythrean Sea." > Kedudukan Semenanjung Emas (Tanah Melayu) terletak diantara benua India dan China. 

Mikhail Venyukov : "An Essay on the contemporary state of British dominions in Asia." (1875) > beliau menganggap pegawai-pegawai kolonial British sebagai angkuh dan suka mengeksploitasi sebuah bangsa yang pernah mencapai keagungannya satu masa dahulu. Venyukov turut menyifatkan orang Melayu diperlakukan seperti bangsa bawahan dan sentiasa dimalukan penjajah secara sistematik.

Mpu Prapanca penyair Jawa di Kraton Majapahit dalam karyanya 'Desawarnama' pada tahun 1365M telah menyenaraikan daerah-daerah yang dikenalpasti daerah-daerah Melayu seperti Jambi, Palembang, Siak, Minangkabau, Kampar,Rokan, Kedah, Langkasuka, Kelantan, Pahang dsb. 

Melayu adalah pembina tamadun awal di Asia Tenggara - The Patriots

Nicholas Miklouho-Maclay : Saintis Rusia yang melawat Tanah Melayu sekitar 1874-1875 > Banyak maklumat yang dikumpul beliau semasa di Tanah Melayu termasuk beberapa dialek puak-puak yang dikatakan hampir pupus dan maklumat ini diterbitkan pada tahun 1941. 

Nik Safiah Karim : Istilah 'Melayu' merujuk kepada Kerajaan atau kawasan dikesan pada 100 - 150 S.M. 

O.W. Wolters menulis dalam bukunya 'Early Indonesian Commerce: The Origins of Srivijaya' bahawa Semenanjung Tanah Melayu telah ada dalam pengetahuan orang-orang Yunani pada kurun pertama Masehi lagi

P.W. Schmidt: Membuat kajian struktur ayat dan perbendaharaan kata Bahasa Champa dan Mon-Khmer. 

Perlembagaan Malaysia :  Perkara 160 (2) > "Melayu" merujuk kepada seseorang yang berketurunan Melayu, ataupun seseorang yang menganut agama Islam , mengamalkan adat istiadat Melayu, bertutur bahasa Melayu, lahir sebelum hari Merdeka sama ada di Persekutuan Tanah Melayu atau di Singapura atau pada hari Merdeka, dia bermastautin di Persekutuan atau di Singapura. 

Prasasti Dong Yen Chau rekod bertulis terawal Bahasa Melayu ialah seawal abad ke-4 Masehi melalui Tamadun Melayu Champa. 

Pemakaian Bahasa Melayu dikesan pada beberapa Prasasti abad ke-7 Masehi, yang berkaitan dengan Melayu Srivijaya. Antaranya :
  • Prasasti Kedukan Bukit - 682M
  • Prasasti Talang Tuwo - 684M
  • Prasasti Kota Kapur (Bangka) - 686M
  • Prasasti Telaga Batu abad 7 M
Prof. Arysio N. Dos Santos, Pensyarah University of Campinas Sao Paolo bersama Dr. Stephen Oppenheimer turut menamakan Benua Pentas Sunda sebagai 'The Lost Continent of Atlantis' seperti yang digambarkan oleh Ahli Falsafah Greek Plato dalam 'Timaeus and Critias'. 

Rekod terawal mengenai 'Nanhai Trade' antara China dan Tanah Melayu sudah wujud sejak 140SM lagi seperti yang tercatat dalam Han-Shu

R.H. Geldern & J.H.C Kern : bangsa Melayu berasal dari Asia Tengah. 

R.H. Geldern: Ahli pra-Sejarah dan pengetua di Iranian Institute and School for Asiatic Studies yang menemui kapak tua dari Asia Tengah dan Gendang Dongson di Utara Vietnam.

Robert Blust dalam 'Model of History of the Austronesian Language Family' menyatakan bahawa Bahasa Austronesia termasuk dalam Bahasa Melayu-Polinesia berasal dari Taiwan (Theory Out of Taiwan). 

Snouk Hurgronje:  mengemukakan Teori The Greater India, menggambarkan keseluruhan pemikiran, kebudayaan dan Tamadun Melayu adalah sebahagian dari proses ketamadunan India yang beragama Hindu-Buddha. 

Sumio Fukami yang telah mengkaji catatan Chima Shiji Text dan Hanshu Text mendapati bahawa Kapur Barus (Camphor) dari Asia Tenggara sudah masyhur di Guangzhou seawal abad ke-2 S.M. atau lebih awal lagi. Malahan Pulau Pisang dibahagian Selatan Selat Melaka dirakam dalam catatan Dinasti Han pada tahun 111 SM. 

Teori Antropologi mengatakan bahawa bangsa Melayu berasal dari percampuran 2 bangsa iaitu :
  • Proto Malay : Ras Mongoloid berhijrah ke Nusantara sekitar 2500-1500 SM, kemungkinan berasal dari Yunnan di Selatan China, New Guinea atau Kepulauan Taiwan. 
  • Deutro Malay : berasal dari Dataran Asia Tengah dan Selatan yang datang ke Nusantara sekitar tahun 300 SM. 
The London Quaterly Review jilid 86-87 (1850) : menyatakan mengenai emas di Gunung Ledang (Mount Ophir) . 
"In truth, as Solomon’s ships, which brought back this gold,were absent so long, there seems to be good reason for believing that his Ophir may have been in the Malayan peninsula or adjacent countries, crystalline and granitic, which still furnish a considerable amount of gold" 
Nama Mount Ophir (Gunung Ledang) disebut dalam kitab Injil Hebrew Versi Raja James (King James Version) Book of Job 28:16 "It cannot be valued with the gold of Ophir, with the precious Onyx or the Sapphire"

Tom Pires dalam 'Suma Oriental' adalah merupakan catatan Eropah pertama yang ada menulis mengenai Orang Laut, yang juga dikenali sebagai Orang Seletar (Celates), salah satu sub-etnik Melayu Asli. 

UNESCO: Pada 1972 UNESCO mentakrifkan Melayu sebagai suku bangsa Melayu di Semenanjung Malaysia, Thailand, Indonesia, Filipina dan Madagaskar. 

Wei Djao: dalam "Being Chinese - Voices from the Diaspora" (2003) > Kewujudan cengkerang dan tulang tapir dari Semenajung Tanah Melayu dijumpai di Makam Maharaja Wuding zaman Dinasti Shang (1328 - 1263 SM) .

William Marsden: Bahasa Melayu dan Bahasa Polinesia, Melanesia dan Mikronesia merupakan bahasa yang serumpun. 

William Schmidt: memperkenal istilah 'Austronesia' dan 'Austroasiatic' mengemukakan hipotesis bahawa 2 keluarga bahasa ini berkemungkinan berada dalam kumpulan yang lebih besar iaitu BAHASA AUSTRIC

William von Humboldt: alam kajiannya mendapati bahawa bahasa Melayu (terutama bahasa Jawa) telah banyak menyerap bahasa Sanskrit yang berasal dari India. 

Xian Zhong Shu Lu : 
  • Jilid 59 : Melaka mengutus Menter Ba La Si dan jurubahasa Wu Sha menghadap Maharaja China pada 1468.
  • Jilid 65 : Raja Melaka Sultan Mansur Syah mengutus Duan Ya Ma La Di Na Cha dan pendampingnya seramai 12 orang menghadap dan menyerahkan barang ufti kepada Maharaja China pada tahu 1469. 
Zaharah Sulaiman: Masyarakat orang Asli Semang dan Senoi yang mendiami Benua Sunda (Asia Tenggara) merupakan nenek moyang kepada populasi Melayu Proto dan kaum Melayu pada hari ini. 

TEORI ASAL USUL MELAYU
  • Asmah Hj Omar : menyatakan bahawa lokasi bahasa Proto-Austronesia terletak di Dataran China yang dikenali sebagai Yunan. 
  • Eusibio Dizon : Menyokong "Theory of Taiwan" oleh Peter Bellwood dan menjelaskan orang Melayu keluar dari Taiwan sejak 6,000 tahun lalu. 
  • Habib Abdullah Bin Abu Bakar al-Hadad:  Kitab Sejarah Keturunan Raja-Raja Bugis : mengesahkan bahawa nasab keturunan rumpun Melayu Bugis adalah hasil perkahwinan Nabi Sulaiman a.s. dengan Ratu Balqis.
  • Issobel Dyen : "Theory Out of New Guinea" (1965) > Pelopor "Theory Out of New Guinea" pada 1965, teori asal usul bangsa Melayu dari New Guinea. 
  • P.Sarasin & S.Sarasin mengemukakan hipotesis asal usul Melayu dari Tanah Besar Asia atau Asia Tengah dan disokong oleh R.H. Geldern pada tahun 1932. 
  • Peter Bellwood
    • "Theory out of Taiwan" (1997) dalam bukunya "The Austronesian"  > Orang Melayu berhijrah dari Taiwan, teori ini turut dikenali dengan nama "Teori Keretapi Ekspress ke Polinesia".
    • Telah wujud sebuah tamadun di pesisir pantai Vietnam iaitu Tamadun Sa Huynh sekitar 1000SM sehingga 100SM (M.A.Ishak, 2009) yang merupakan permulaan kepada tamadun Melayu Champa
  • Prof. Ralph Olssen dalam "Book of Mormon" telah menyatakan bahawa ibu segala keturunan Manasseh adalah orang Melayu di Semenanjung Tanah Melayu. Manasseh adalah salah seorang dari 2 anak Nabi Yusuf a.s.  iaitu Manasseh dan Ephraim .
  • Raymond Kent menyatakan bahawa berkemungkinan besar memang wujud Bangsa Zanj yang merupakan percampuran darah diantara suku-suku tempatan Afrika dengan orang-orang Nusantara. 
  • Robert Dick Read menyatakan bahawa Bangsa Zanj yang sering disebut oleh pengembara Arab dalam catatan mereka di Afrikat Timur adalah bangsa Nusantara. 
  • Sultan Takdir Alisjahbana menyatakan bahawa Bangsa Selatan Thailand, Malaysia, Singapura, Indonesia, Brunei dan Selatan Filipina berasal dari rumpun bangsa yang satu.
  • Teks Melayu Tertua adalah Inskripsi "Batu Bersurat Kedudukan Bukit" tahun 682M dijumpai di Palembang oleh M.Batnburg pada 29 November 1920. 
  • Teori Pentas Sunda: digunakan oleh Anthony Reid untuk menentukan kawasan geografi Alam Melayu. 
  • Theory Out of New Guinea : diterbitkan pada 1965. 
  • Theory out of NusantaraJ. Crawfurd, K. Himly, Sultan Takdir Alishahbana & Gorys Keraf > Orang Melayu tidak berasal dari mana-mana berasal dan berkembang di Nusantara. 'Nusantara' berasal dari perkataan 'Nusa' dan 'Antara' yang bermaksud satu benua terdiri dari pulau-pulau. 
  • Theory Out of Sundaland Dr. Stephen Oppenheimer - berdasarkan analisis DNA, arkeologi dan etnologi, Asia Tenggara adalah pusat awal peradaban dunia yang dinamakan Sundaland sekitar 16,000 tahun yang lalu. 
  • Theory Out of Taiwan (1997) Peter Bellwood - berdasarkan penyelidikan bahasa Austronesia oleh Pakar Linguistik Amerika Syarikat Robert Blust. Menurut beliau bahasa Austronesia termasuk dalam bahasa Malayo-Polynesia berasal dari Taiwan. Teori beliau ini juga dikenali dengan 'Teori Keretapi Ekspress ke Polinesia'. 
  • Theory Out of Yunan (1889) Hendrik Kern & Robert von Heine Geldern > kelompok manusia yang berasal dari daerah Yunnan di China telah berhijrah dan menduduki Asia Tenggara.Teori ini disokong oleh R.H Gelden, J.H.C Kern, J.R. Logen, Slametmuljana & Asmah Hj Omar.  Teori ini disangkal dari hasil Kajian UKM yang mengesahkan rumpun Melayu adalah penduduk asal Tanah Melayu sejak lebih 40,000 tahun yang lalu. 
  • The Seafarers Theory : diterbitkan pada 1965. 
  • Teori Wallace Line (1859): hasil kajian Alfred Russel Wallace terhadap kepelbagaian spesies flora dan fauna di Nusantara. 
  • Teori Linguistik: menentukan keberadaan dan liputan kawasan alam Melayu menggunakan indikator bahasa yang digunakan. Sebanyak 1,200 varian bahasa Malayo-Polynesia digunakan di segenap kawasan Malayo-Polynesia atau Austronesia ini. 
  • Van Rongkel > orang Melayu berasal dari Asia Tenggara dan tergolong dalam kumpulan bangsa dan bahasa Austronesia atau Malaya-Polinesia.
  • W. Eliotscot  : dalam bukunya "The Story of Atlantis and The Lost Lemuria" > Lemuria wujud di wilayah Nusantara. 
  • William Solheim: dalam "Theory out of Island Origin" :
    • Induk bahasa Austronesia adalah di kawasan pesisir Pantai Vietnam.
    • Percaya bahawa kronologi pembentukan kaum Proto – Austronesian bermula di Champa dan Semenanjung Malaysia.
    • Menggunakan istilah “Nusantao” (Orang di Kepulauan di Melayu Nusantara), dan mengklasifikasi mereka moyang asli orang Asia Tenggara. 
ISTILAH MELAYU DARI CATATAN LUAR
  • Catatan Dinasti Yuan (1271-1368M) dan Dinasti Ming (1368-1644M) perkataan 'Ma-La-Yu' terdapat dalam teks-teks sejarah China. Panggilan Melayu berbeza-beza mengikut zaman setiap Dinasti seperti Bok-la-yu, Mok-la-yu, Ma-li-ye-er dan Oo-la-yu.
  • Catatan Dinasti Yuan terdapat istilah Ma-li-yu-er merujuk sebuah Kerajaan di Tanah Melayu yang menghadapi ancaman Kerajaan Sukhotai
  • Catatan Ibnu Yusuf dalam Kitab 'Permata Yang Hilang' ada kemungkinan nama Melayu berasal dari perkataan 'Malai-Ur' sempena nama Kerajaan Chaldea tempat asal Nabi Ibrahim a.s. 
  • "Catatan Perjalanan Marco Polo" > beliau membuat rujukan kepada sebuah kerajaan bernama "Malauir" di Pulau Sumatera. 
  • G.E. Gerini:  menganggap istilah "Meleu-Kolon" oleh Ptolemy berasal dari perkataan Sanskrit iaitu "Malayakom" atau "Malaikurram" yang merujuk kepada Tanjung Kuantan. 
  • Istilah 'Bhumi Malayu' terukir di Prasasti Padang Roco bertarikh 1286M merujuk kerajaan Dharmasraya. 
  • Istilah 'Malayur' tercatat di Tembok Selatan Kuil Brihadeeswarar di Tamil Naidu, India. Ia dinyatakan sebuah kerajaan dari Semenanjung Tanah Melayu yang jatuh ke tangan Rajendra Chola adad ke-11 Masehi. 
  • Istilah 'Melayu' muncul pertama kali kira-kira 100-150M dalam karya Ptolemy bertajuk 'Geographike Sintaxis'  yang menggunakan istilah 'Meleu-Kolon' (Teluk Melayu). G.E. Gerini menganggap istilah itu berasal dari perkataan Sanskrit iaitu 'Malayakom' atau Malaikurram yang merujuk kepada Tanjung Kuantan. Manakala  Roland Bradell menganggap tempat itu merujuk kepada Tanjung Penyabung. 
  • Istilah 'Mo-lo-yu' disebut oleh I-Tsing pengembara China dan Sami Buddha dari Dinasti Tang yang melawat Asia Tenggara sekitar 688-695M. Catatan China juga mengatakan bahawa terdapat 30 buah Negara kota Melayu berdiri sepanjang Tanah Melayu. 
  • Inskripsi Cola : Abad ke 11 Masihi berkaitan dengan serangan Cola ke atas Kepulauan Melayu disebut nama Malaiyar
  • Inskripsi Madigiriya : diukir oleh Mahinda VI Raja Kerajaan Polonnaruwa Sri Lanka > memuji Raja Srivijaya yang membebaskan Sri Lanka dari Raja Chola. 
  • Kun-lun > Orang Melayu juga pernah dirujuk sebagai "Kun-lun" dalam beberapa catatan China. Pada 750M, Jianzhen (688-765) menyatakan kehadiran ramai orang Brahmin, Parsi dan Kunlun di Guangzhou.
  • Malayapura tersebut dalam Inskripsi Amoghapasa bertarikh 1347M secara literal bermaksud "Kota Melayu"
  • Martianus Heraclea, seorang pencatat Yunani didalam "Periplus of the Erythrean Sea", kedudukan 'Semenanjung Emas' (Tanah Melayu) terletak diantara benua India dan China. 
  • Ramayana > dalam epik Ramayana ada disebut Suvarnabhumi (Land of Gold) dan Suvarnadvipa (The Golden Island or Peninsula) MalayDvipa yang bererti Pulau atau Semenanjung Melayu. merujuk Semenanjung Tanah Melayu.
  • Robert Dick Read: Bangsa Zanj yang sering disebut oleh pengembara Arab dalam catatan mereka di Afrika Timur adalah bangsa Nusantara. 
  • Roland Bradell (Dato' Sir) : 
    • menganggap istilah 'Meleu-kolon' yang dinyatakan oleh Ptolemy merujuk kepada Tanjung Penyabung. 
    • Beliau juga menegaskan kepentingan Funan dalam kajian berkaitan Srivijaya. 
  • Rounsevelle Wildman seorang penulis terkenal Amerika Syarikat telah menemui sekeping logam di tebing Sungai Gemih pada tahun 1894, apabila dikeluarkan didapati mengandungi emas
  • Semenanjung Emas (Bahasa GreekChersonesus Aurea; Khersonese Emas) ialah nama lama yang digunakan untuk merujuk Semenanjung Tanah Melayu oleh Claudius Ptolemy, seorang tokoh Yunani. 
  • Valery Yakovlevish Bryusov : Russian poet in the "Malay Song" written in 1909 one can easily spot numerous references to islands of Malay Archipelago such as scent of Chempaka flowers, figs, bananas, pandan, coconuts, a paddy fields, tigers in the jungle and white waves in the sea.
  • Van Rongkel:  Orang Melayu berasal dari Asia Tenggara dan tergolong ke dalam kumpulan bangsa dan bahasa Austronesian atau Malayo-Polinesian
  • Vayu Purana sebuah Kitab Hindu dalam Bab 48 yang ditulis pada zaman Gautama Buddha terdapat perkataan Malay Dvipa yang merujuk kepada Tanah Melayu. 
  • Xuanzang : Sami Buddha dari China yang mencatatkan nama sebuah tempat bernama Mok-La-Yu dipertengahan perjalanannya ke India. 
  • Zakaria Ali : Dalam "Islamic Art in Southeast Asia 830 A.D - 1570 A.D Halaman 189-204 menyatakan bahawa Kedah Tua begitu masyur di kalangan pedangang Arab sebagai tempat membuat pedang yang berkualiti di mana mereka memanggilnya sebagai Pegang Qala'i.    
RUJUKAN
  1. BIBLIOGRAFI - ALAM MELAYU, BAHASA, TAMADUN DAN SEBAGAINYA.
  2. RUJUKAN KAJIAN & CATATAN MENGENAI MELAYU : BAHASA, BANGSA, TAMADUN DLL..
  3. TRACING THE MALAYS IN THE MALAY LAND
  4. Abdullah Sidek : Membongkar Misteri Bangsa Melayu: Perihal Melayu yang perlu kita Tahu - Hijaz Records Publishing, 2020. 
  5. Alan Teh Leam Seng : Old-New History of Ancient Kedah - New Straits Times,2017.
  6. Farahana Shuhaimi : Tasjil Anis Salatin: Rahsia Agung Melaka - Patriots Publication, 2018. 
  7. Hadi Fayyadh : The Last Kingdom: Skyfall & Ghost Protocol - Hadi Fayyadh Production Sdn Bhd, 2018. 
  8. Hasanuddin Yusof : Teknologi Kesultanan Melaka: Membongkar Keagungannya Berdasarkan Catatan Portugis - Penerbitan Alami Sdn Bhd, 2017.
  9. Hasanuddin Yusof : Menjejak Hubungan Daulah Uthmaniyah  & Kesultanan Melaka - Penerbitan Alami Sdn Bhd, 2018. 
  10. Prof. Dr. Hashim Musa & Dr. Rohaidah Kamarudin : Hang Tuah - Catatan Okinawa - Penerbitan UPM,Serdang, 2015.
  11. Leonard Y. Andaya : The Search for the 'Origin' of Melayu > Journal of Southeast Asian Studies, , 32 (3) pp 315-330 October 2001 (NUS)
  12. Lynda N. ShafferMaritime Southeast Asia to 1500 : London: M.E. Sharpe (1995)
  13. Lynda N. Shaffer : Southernization : Journal of the World History Vol.6 (1994)
  14. Datin Hjh Ruslaini Othman : Membongkar Misteri Hikayat Melayu : Antara Yang Tersurat dan Yang Tersirat - Hijaz Records Publishing (2018). 
  15. Sarah Kamal : Misteri Kisah Lagenda Melayu - Hijaz Records Publishing (2021). 
  16. Srikandi, Al-Semantani & Inbu-Rusydi : Membongkar Rahsia Dunia Melayu, Peribumi Asia Tenggara, Menjawab Kekeliruan Sejarah - HR Publishing (2015).
  17. Srikandi : Baiduri Segala Permaisuri : Koleksi Catatan Cik Srikandi - Terkfaktab Media (2016).
  18. Syed Mahadzir Syed Ibrahim: Misteri Tamadun Melayu Yang Hilang: Empayar Lemuria - Hijaz Records Publishing (2019). 
  19. Syed Mahadzir Syed Ibrahim: Henry The Black, Panglima Awang : Pelayar Melayu Pertama Mengeliling Dunia - Hijaz Records Publishing (2020). 
  20. Tun Suzana Tun Othman & Hasanuddin Yusof : Rahsia Penaklukan Melaka 1511 - Penerbitan Alami Sdn Bhd (2020)   
  21. Liaw Yock Fang : Naskah Undang-Undang Melaka: Suatu Tinjauan, 2007. 

Hj Zulheimy Maamor
Lembah Keramat, Kuala Lumpur
18 September 2022 : 10.16 am





No comments:

Post a Comment