ZULHEIMY MAAMOR

Thursday, 27 August 2020

TOKOH ULAMA NUSANTARA

  1. Abdul Malek Abdul Karim Amrullah @ Buya Prof. Dr. Hamka : ulama Dunia Melayu yang mengarang Kitab Tafsir Al Azhar (Tafsir Al Quran). 
  2. Abdul Mubin bin Muhammad Thaiyib Jabbar Shah al-Jarimi al- Fathani : ulama Pattani yang menjadi guru Sultan Pahang. 
  3. Abdullah bin Abdul Rahman Muar (Dato') : Ulama zaman Sultan Abu Bakar Johor , menulis beberapa kitab dan juga menterjemahkan kitab "Al-Uqudud Durriyyah" karya ulama Mesir bernama Sheikh Hamzah Fathullah. 
  4. Abdullah bin Fahim (Mufti) : Datuk kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia kelima. Beliau juga adalah ulama pakar Hisab dan Falak yang memberikan tarikh kemerdekaan negara pada 31 Ogos 1957. 
  5. Abdur Rahman Shiddiq bin Muhammad Afif al-Banjari : Mufti Kerajaan Inderagiri yang mengarang kitab "Fat-hul Alim"  pada 1906M. 
  6. Abu Bakar bin Haji Hasan Muar : Tokoh ulama Johor
  7. Ahmad bin Aminuddin Qadhi : Ulama Kedah yang mengarang kitab Tauhid pada 1622 M. 
  8. Ahmad Khatib Al-Minangkabawi (wafat 1916M): pernah menjadi imam di Masjidilharam. 
  9. Baba Daud bin Agha Ismail al-Jawi bin Agha Mushthafa ar-Rumi: anak murid Sheikh Abdur Rauf bin Ali al-Fansuri yang meneruskan usaha beliau menterjemah dan mentafsir dalam bahasa Melayu. 
  10. Hasyim Asy'ari (Kiyai Haji) : pengasas parti Nahdatul Ulama, beliau ialah datuk kepada Haji Abdur Rahman Wahid (Gus Dur) yang pernah menjadi Presiden Republik Indonesia.  
  11. Kadi Munawwar : Kadi di zaman Sultan Mansur Syah, Melaka. 
  12. K.H. Siradjuddin Abbas : Ulama Besar Indonesia yang menulis kitab "40 Masalah Agama".
  13. Mas'ud bin Abu Su'ud bin Syeikh Muhammad Arsyad al-Banjari: gugur syahid menentang Siam di Kuala Kedah pada 1821. 
  14. Maulana Abu Bakar : Ulama tawawuf di zaman Sultan Mansur Syah Melaka. 
  15. Maulana Jalaluddin : Ulama yang rapat dengan Sultan Muzaffar Shah (Melaka). 
  16. Maulana Sadar Jahan : Ulama di zaman Sultan Mahmud Syah Melaka. Guru kepada Sultan Mahmud Syah dan turut terlibat dalam peperangan menentang Portugis pada 1511. 
  17. Maulana Yusuf (Kadi) : Kadi di zaman Kesultanan Melayu Melaka, sangat di hormat sehinggakan Sultan Melaka sendiri berjalan kaki ke rumah beliau untuk belajar ilmu Agama. 
  18. Muhammad Syihab bin Tunku Raja Nuruddin @ Imam Bonjol atau Peto Syarif : meninggal dunia pada 8 November 1864 dalam buangan di Menado. 
  19. Muhammad Yusuf bin Ahmad @ Tok Kenali (1871 - 1933) : menguasai 24 bidang ilmu agama. 
  20. Putera Abdul Hamid @ Diponegoro : Meninggal dunia dalam buangan di Benteng Rotterdam, Sulawesi Selatan pada 8 Januari 1855. 
  21. Raja Ali Haji Riau : ulama pelopor bahasa dan sastera Melayu. 
  22. Raja Haji bin Upu Daeng Celak : gugur syahid di medan perang menentang Belanda di Melaka pada 18 Jun 1784. 
  23. Sayyid Abdul Aziz : Ulama dari Hijjaz yang mengislamkan Parameswara di Melaka. 
  24. Sayyid Abdul Rahman al-Idrus @ Tok Ku Paloh : Ulama Terengganu yang menentang Inggeris di Pahang.
  25. Sayyidi Arab : Ulama yang tinggal di Melaka di zaman Sultan Muzaffar Shah, terkenal pemanah yang handal.
  26. Sheikh Abdul Qadir bin Abdur Rahman al-Fathani : Ulama Patani mengarang kitab "Al-Mawahibul Makkiyah" pada 1879M. 
  27. Sheikh Abdullah bin Qasim as-Sanquri : mengarang kitab "Mauriduz Zhaman" pada tahun 1898M, sebuah kitab Tajwid yang paling tebal dan paling lengkap dalam Bahasa Melayu. 
  28. Sheikh Abdullah bin Sheikh Abdul Mubin Pauh Bok al-Fathani : Ulama Patani dalam penulisan Hadis. Menghasilkan kitab "Tanbihul Ghafilin" pada 1770M. 
  29. Sheikh Abdul Malik bin Abdullah  (Tok Pulau Manis): penyusun kitab "Syarah Hikam"
  30. Sheikh Abdur Rauf  bin Ali al-Fansuri : pelopor murrabir ruhi dan pelopor terjemahan dan tafsiran al-Quran lengkap 30 juzuk yang pertama dalam Bahasa Melayu berjudul "Turjuman al-Mustafid".
  31. Sheikh Abdus Samad al-Falimbani : Syahid di bumi Patani berperang melawan Siam yang merampas Patani dan Kedah. Mengarang kitab Hidayat al-Salikin dan Siyar al-Salikin
  32. Sheikh Abu Ahmad Syamsuddin Abdul Mubin Muhammad Thaiyib Abdul Jabbar : Ulama Patani yang menyusun risalah tajwid. 
  33. Sheikh Ahmad bin Muhammad Zain al-Fathani (1856-1908) : mengajar sekurang-kurangnya 47 Bidang Ilmu Agama. Mengarang beberapa kitab Tauhid dan Akidah. Mempunyai pengaruh yang besar dalam Kerajaan Turki Uthmaniyyah, Mesir dan Mekah. 
  34. Sheikh Ahmad Khatib bin Abdul Ghaffar Sambas : Pelopor Tareqat Qadiriyah-Naqsyabandiah.  
  35. Sheikh Ahmad Majnun : Ulama yang hidup di zaman Sultan Mansur Syah (Melaka). Wafat di Pengkalan Kempas, Linggi pada 1467M. 
  36. Sheikh Datuk Kahfi : Ulama dari Melaka yang mendirikan Sekolah pengajian (Pesantren) di Gunung Jati, Cirebon dan membantu dakwah Sunan Gunung Jati. 
  37. Sheikh Daud bin Abdullah al-Fathani : mengarang kitab Tauhid yang tebal  "Warduz Zawahir" pada 1829M. 
  38. Sheikh Daud bin Ismail al-Fathani : Ulama Patani. 
  39. Sheikh Hamzah al-Fansuri: tokoh sufi, yang pertama mencipta syair dalam Bahasa Melayu. 
  40. Sheikh Idris al-Marbawi :penyusun kamus Al Marbawi , kamus Arab-Melayu yang pertama di Dunia Melayu. 
  41. Sheikh Idris bin Husein al-Kalantani 
  42. Sheikh Ismail bin Abdullah Minangkabau : pelopor tareqat Naqsyabandiyah al-Khalidiyah. 
  43. Sheikh Jailani Mendik Masab : dikenali dengan nama Datuk Machap. Ulama dan Pahlawan Bugis dari Makassar , Sulawesi. Dilantik oleh Sultan Mahmud Syah Melaka menjadi Imam di Raja. Beliau turut terlibat dalam peperangan mementang Portugis di Melaka pada 1511. 
  44. Syeikh Junaid Al Batawi : Lahir di Pekojan, Jakarta Barat > Sangat masyhur di Tanah Arab. Dikatakan gelaran "Siti Rahmah" kepada wanita-wanita Indonesia di Arab Saudi berasal dari nama isteri beliau. 
  45. Sheikh Ma'shum bin Jamal al-Fathani : Pengarang kitab Tafsir al-Quran iaitu "Tafsir Jamal" lengkap 30 juzuk. 
  46. Sheikh Muhammad bin Ismail Dawud al-Fathani :penyusun kitab "Mathla'ul Badrain". 
  47. Sheikh Muhammad Arshad bin Abdullah Al-Banjari (1710M-1812M) : Ulama yang menguasai 35 bidang Ilmu. Mengarang kitab "Sabil al-Muhtadin". 
  48. Sheikh Muhammad Nafis bin idris bin Hussein al-Banjari : mengarang kitab "Al-Durr al-Nafis". 
  49. Sheikh Muhammad Nawawi bin Umar al-Bantani : mengarang beberapa buah kitab dalam bahasa Arab. 
  50. Sheikh Muhammad Said bin Sheikh Jamaluddin Linggi - pelopor tareqat Ahmadiyah di Dunia Melayu. Bapa kepada pelakon filem Melayu era 60'an iaitu Haji Mahadi. 
  51. Sheikh Muhammad Shalih bin Sheikh Zainal Abidin al-Fathani: Mengarang kitab "Sirajul Qari" pada 1891M. 
  52. Sheikh Muhammad Zain Nuruddin bin Sheikh Abbas al-Khalidi : Ulama Inderapura (Langkat) . 
  53. Sheikh Muhammad Zainuddin as-Sumbawi : mengarang kitab "Sirajul Huda".
  54. Sheikh Nuruddin ar-Raniri : Ulama Nusantara pertama menulis bab Fiqh dalam kitab "Ash-Shirat al-Mustaqim" dalam bahasa Melayu. 
  55. Sheikh Syamsuddin as-Sumatra'i : 
  56. Sheikh Utsman bin Abdul Wahhab Sarawak : Ulama Dunia Melayu dari Sarawak yang pernah mengajar di Masjidilharam, Mekkah. 
  57. Sheikh Wan Abdul Qadir al-Fathani: Ulama Patani mengasaskan Pondok Bendang Daya. 
  58. Sheikh Wan Ahmad bin Muhammad Zain al-Fathani : tokoh ulama Melayu dalam perjuangan jihad fi sabilillah. 
  59. Sheikh Wan Ali bin Abdur Rahman al-Kalantani : Ulama Nusantara penulis kitab Hadis. 
  60. Sheikh Wan Mustafa al-Fathani : pengasas Pondok Bendang Daya. 
  61. Sheikh Yusuf Tajul Khalwati al-Makassari : Ulama Nusantara yang meninggal dunia dalam buangan di Cape Town, Afrika Selatan pada 3 Mei 1699 oleh penjajah Belanda. 
  62. Sheikh Zainal Abidin bin Muhammad al-Fathani : mengarang kitab "Aqidatun Najin fi Ushulid Din WaTashauwufis Shaafiin"  pada 1891M.  
  63. Syeikh Nawawi Al Bantani : lahir di Banten, Indonesia pada 1815. Meninggal di Mekah pada 1897 dan dikebumikan berhampiran dengan makam isteri Rasulullah s.a.w. , Saidatina Khadijah r.a.
  64. Sulong bin Abdul Qadir al-Fathani (Haji) : Ulama besar Patani, pelopor kebangkitan jihad fi-sabilillah untuk mengembalikan Daulah Fatani Darus Salam. 
  65. Syeikh Junaid al-Batawi : Ulama Indonesia pertama menjadi Imam di Masjidilharam. 
  66. Syeikh Nawawi Al-Bantani : Ulama Banten yang pernah menjadi Imam di Masjidilharam, meninggal di Mekkah pada 1897M. 
Rujukan : Ulama Nusantara Blogspot
27 Ogos 2020 / 8 Muharram 1442H : 3.03 pm

No comments:

Post a Comment