ZULHEIMY MAAMOR

Saturday, 9 May 2026

FOTO KENANGAN : KLUANG, JOHOR

Kluang Johor
Kluang merupakan nama sebuah bandar dan daerah yang terletak lebih kurang di tengah negeri Johor. Ia terletak 105 km di utara Johor Bahru, tenggara Batu Pahat, barat Mersing dan selatan Segamat. Bilangan penduduk daerah Kluang kini melebihi 300,000 orang dan kawasan bandar itu sendiri mempunyai 200,000 penduduk. Kluang merupakan bandaraya ketiga terbesar dalam negeri Johor selepas metropolitan kedua terbesar Malaysia iaitu Johor Bahru & bandaraya kedua terbesar Johor, Batu Pahat. Koordinat geografinya ialah: 2°2′01″U, 103°19′10″T.


Antara foto-foto kenangan saya di Kluang :

2008: ZENXIN ORGANIC PARK, KLUANG, JOHOR
Pada 1 November 2008, saya ikut serta dalam Sesi Lawatan Mining Engineering Technical Division, The Institution of Engineers, Malaysia melawat Zenxin Organic Park, di Kluang Johor.
Zenxin Organic Park yang terletak di Kluang, Johor, merupakan ladang organik terbuka pertama di Malaysia yang menggabungkan elemen pendidikan dan rekreasi. Ladang seluas 100 ekar ini menawarkan pengalaman unik kepada pengunjung untuk memahami kaedah pertanian mampan tanpa penggunaan baja kimia atau racun perosak.Terletak di Jalan Batu Pahat, Kluang, Johor. 


2012: HENTIAN REHAT MACHAP
Terletak antara Simpang Renggam dan Ayer Hitam, merupakan salah satu perhentian yang popular bagi pengembara. Machap terletak dalam daerah Kluang, Johor. 
Saya masih ingat, R&R Machap pernah bergelut dengan masalah lalat yang sangat serius. Saya tidak pasti keadaannya masa kini (2026).
Kami singgah di sini ketika dalam perjalanan untuk Program "Johor Heart Week 2012" yang berlansung di AEON Tebrau City, Johor Bahru dari 21-26 Februari 2012.


2012: PEJABAT JABATAN PERPADUAN NEGARA DAN INTEGRASI NASIONAL, KLUANG, JOHOR
Pada 10 Mei 2012 saya dan rakan sekerja telah menghadiri Mesyuarat Penyelarasan Program di Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional di Kluang, Johor.


2012: SJK (CINA) CHONG HWA II, KLUANG, JOHOR
Kempen "Go Red for Women" anjuran Yayasan Jantung Malaysia telah dijalankan di S.J.K (Cina) Chong Hwa II di Daerah Kluang , Johor dengan Kerjasama Jab. Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Kluang Johor dan Pejabat Kesihatan Daerah Kluang pada 9 June 2012. Seramai 94 orang telah menjalani ujian Saringan Kesihatan sepanjang hari kempen dijalankan. 




Semasa Program ini kami menginap di Chinatown Hotel yang terletak berhadapan dengan Dewan

2013: KLUANG MALL
Yayasan Jantung Malaysia bersama Kluang Mall Management menganjurkan Program Minggu Jantung Kluang 2013 pada 8 hingga 10 November 2013 bertempat di Ruang Legar, Kluang Mall, Kempen ini mendapat kerjasama dari Lions Club of Kluang dengan bantuan tenaga jururawat dari Kluang Utama Specialist Hospital dan Pejabat Kesihatan Daerah Kluang.
Seramai 321 orang telah menjalani Ujian Saringan Kesihatan selama 3 hari kempen ini dijalankan.




Extreme Boutique Hotel yang terletakdi Jalan Intan 1/1, Taman Intan, Kluang, Johor, lebih kurang 3.5 km dari Kluang Mall. 

2014: KAHANG, JOHOR
Yayasan Jantung Malaysia telah mengadakan Program Komuniti di SJK (Cina) Kahang pada 21 Disember 2014 dengan kerjasama The Lions Clubs of Kluang, Johor. Seramai 109 orang pelajar dan guru membuat pemeriksaan kesihatan pada hari tersebut. 



Kahang adalah sebuah pekan di Kluang, Johor, Malaysia. Ia terutamanya terkenal sebagai perhentian yang akhir sebelum menuju pada Taman Negara Endau-Rompin. Taman Negara terletak dua jam dari bandar, dihubungkan oleh satu unjuran panjang jalan raya. Kahang terkenal dengan makanan eksotik restoran-restoran yang menyediakan daging haiwan yang dilindungi, termasuk daging harimau.


Mega 68 Hotel yang terletak di Kluang, Johor dimana kami menginap semasa program di Kahang. 

2015: DEWAN JUBLI INTAN, KLUANG
Pada 4 Januari 2015, lokasi ini telah menjadi tempat berlangsungnya program Community Johor 2015. Sebagai sebahagian daripada inisiatif ini, Yayasan Jantung Malaysia (YJM) telah mengadakan sesi pemeriksaan kesihatan jantung untuk orang awam.


Hj Zulheimy Maamor
Lembah Keramat, K.L
9 Mei 2026:  1.51 p.m

No comments:

Post a Comment