ZULHEIMY MAAMOR

Saturday, 24 February 2024

TAHUKAH ANDA?

DISUSUN OLEH:
HJ ZULHEIMY MAAMOR
(KOLEKSI POSTING HJ ZULHEIMY DI FACEBOOK)

LADANG HAWTHONDERN
Tahukah anda nama Ladang Getah yang terdapat dalam filem Anak Bapak yang diarahkan oleh Allahyarham Tan Sri P.Ramlee pada tahun 1968?
Ladang tersebut adalah Ladang Hawthondern...... Ladang Hawthondern inilah Bandar Baru Wangsa Maju sekarang yang dibuka pada 1984....
Bagi saya yang membesar di Gombak dan Hulu Kelang.... masih ingat lagi Wangsa Maju dulu adalah kawasan ladang getah..... sekarang cukup pesat membangun... sudah ada Pasaraya AEON, AEON Big.. Wangsa Walk Mall, Melawati Mall... Giant dan lain lain....

LADANG HAWTHORNDEN

WANGSA MAJU

PECA DE MALACCA
Tahukah anda jenis meriam yang dipamerkan di Lisbon Military Musuem di Portugal ini adalah meriam Kerajaan Melayu Melaka yang dirampas oleh Portugis pada tahun 1511.
Ianya adalah jenis 'forged-welded wrought iron cannon', berukuran panjang 336 cm, saiz kaliber 17.5 cm, dan boleh menembak peluru batu atau besi seberat 17.5 kg (38 lb) sejauh 650 hingga 3,700 meter. 14 orang askar diperlukan khusus untuk operasi artileri termasuk proses penjajaran & pembedilan.
Catatan dari Alfonso de Alburquerque (Comentários do Grande Afonso de Albuquerque) bahawa ada lebih kurang 3,000 senjata api dirampas oleh penjajah Portugis selepas tentera Melaka berundur. Ada catatan lain mengatakan 8,000 senjata api.
Apa yang diilustrasikan di buku buku sejarah zaman saya dulu yang tentera Melaka menggunakan keris dan lembing adalah pembohongan sejarah semata-mata yang dicipta oleh orientalis orientalis barat.... sehingga ada pembesar Melayu sendiri pernah menyindir kata orang Melayu nak merdeka tapi nak buat jarum sebatang pun tak tahu....
Ye memang betul ... orang Melayu tak buat jarum ... dia buat meriam ...
Ada ke lojik Pelabuhan Melaka yang digelar Venice of the East di kawal oleh askar askar yang hanya bersenjatakan Keris dan Lembing... sedangkan Melaka tersenarai antara pelabuhan terkaya di Dunia pada zaman itu....


RAAF BUTTERWORTH, PENANG
Tahukah anda bahawa di Pulau Pinang suatu ketika dahulu pernah ada sebuah pengkalan Tentera Udara Di Raja Australia (RAAF Butterworth) di Butterworth...
Pengkalan ini sudah wujud sejak Perang Dunia Kedua ketika itu dibawah Royal Air Force (British)....
Ianya kemudian diserahkan kepada Royal Australian Air Force pada tahun 1955....
RAAF Butterworth ketika itu menempatkan 78 Fighter Wing terdiri dari 3 skuadron dan 77 Squadron.
Pengkalan ini kemudiannya diserahkan kepada Tentera Udara DiRaja Malaysia pada 31 Mac 1970...
Teringat kembali tahun 1991 ketika saya bersama KD Lekir berada di Sydney, Australia... saya telah bertemu dengan seorang bekas anggota RAAF Butterworth yang berkahwin dengan rakyat Malaysia keturunan Cina.... dia membawa saya dan rakan saya kerumah.... malam itu mereka belanja kami makan disebuah restoran Malaysia di Sydney....
Kedua suami isteri ini memang sangat baik hati.... isteri beliau sangat gembira bertemu dengan orang dari Malaysia...Malah sepanjang bersama mereka malam itu...isterinya tidak mau lansung bercakap bahasa Inggeris... dia rindu nak cakap bahasa Malaysia dengan kami katanya.... cuma dengan suami dia kami cakap bahasa Inggeris....
Saya tidak tahu jika kedua suami isteri ini masih ada lagi ke tidak.... zaman tu dulu komunikasi tidak secanggih sekarang...kalau dulu ada FB dan whatsapps...mungkin kami masih berhubung sekarang ini sekiranya mereka masih hidup....
Secebis kenangan RAAF Butterworth di Penang... dan kenangan bertemu bekas anggota RAAF Butterworth.



KAMPAR, PERAK & KAMPAR, INDONESIA
Tahukah anda bahawa nama Kampar mempunyai persamaan dengan nama Bandar Kampar di Sumatera, Indonesia. Ini ialah kerana kedatangan orang Kampar (Indonesia) paling ramai berlaku pada tahun 1880 – 1900. Oleh itu nama Kampar adalah bersempena nama Kampar di Indonesia.
Kampar diasaskan oleh Ngah Jabor, salah seorang yang turut dituduh terlibat dalam pembunuhan J.W.W. Birch, Residen British Perak pada tahun 1875 di Pasir Salak. Beliau dituduh bersama Datuk Maharajalela, Datok Sagor dan SiPuntum. Bagaimanapun Ngah Jabor terlepas dari hukuman setelah dibicarakan.
Mungkin juga ramai yang tidak mengetahui bahawa Nama Kampar tercatat dalam sejarah Dunia sebagai salah satu antara tempat berlakunya pertempuran paling sengit di dunia ketika Perang Dunia Kedua.
Battle of Kampar yang berlaku pada 30 Disember 1941 melibatkan 1,500 tentera British dan India dari 11th Indian Infantry Division dengan 4,000 anggota Divisyen ke 5 Tentera Imperial Jepun.



LADANG KENAF SAJI
Tahukah anda di Perlis terdapat Ladang Kenaf Saji Panorama ala Oversea yang terletak di Chuping.
Ladang kenaf terletak di lebuhraya yang menghubungkan antara Chuping dan Padang Besar. Sesiapa sahaja yang melalui kawasan ini jangan lupa berhenti seketika.
Satu lokasi yang cantik untuk sesi bergambar atau selfie di Perlis...
Tapi ingat Jangan pula anda feeling-feeling bergambar di ladang bunga canola di Pulau Jeju di Korea Selatan kala musim sejuk. Siapa yang pernah pergi Korea pasti tahu..........Pakai pakaian yang bersesuaian kerana ini MALAYSIA.


BATANG BERJUNTAI
Tahukah anda bahawa Bestari Jaya yang terletak di Kuala Selangor lebih kurang 66 km dari Kuala Lumpur, nama lama Bestari Jaya adalah Batang Berjuntai.
Kenapa Batang Berjuntai?
Ketika saya membuat program kesihatan di sana tahun 2014 dan menginap di Homestay Al-Hannah, saya diberitahu oleh seorang orang Lama BJ (Bestari Jaya), yang dulu tempat ni namanya Batang Berjuntai.
Katanya nama asalnya dulu sempena nama sebatang pokok di tepi sungai yang hampir tumbang dan berjuntai. Kebetulan tempat itu adalah port terbaik bagi kaki pancing.... jadi setiap kali nak pergi pancing mereka akan sebut Jom kita Mancing kat Batang Berjuntai tu (merujuk pokok yang berjuntai tu)....akhirnya tempat tu dikenali dengan nama Batang Berjuntai....
Namun pada 2007, Kerajaan Selangor secara rasminya telah membuat penamaan semula Batang Berjuntai kepada "Bestari Jaya". Antara penukaran adalah bagi menjaga nama tempat tersebut supaya tempat dan masyarakat disana tidak disalah ertikan dengan tanggapan yang tidak senonoh. Selain itu ia sebagai salah satu inisiatif bagi mewujudkan perkampungan ilmu berikutan terbina kampus utama Universiti Selangor (UNISEL) disitu.


MAKHLUK PALING CERIA DI DUNIA
Tahukah anda di Pulau Rottness di Australia terdapat sejenis haiwan seperti kangaroo tapi lebih kecil bernama "Quokka"...
Dia memang senyum je kerja dia dari kecik sampailah ke tua..
😁😁😁

800001 SARKAWI B BUJANG
Tahukah anda siapakah anggota Tentera Laut DiRaja Malaysia memegang nombor rasmi 800001
Beliau adalah POWG ( B ) Sarkawi Bin Bujang. POWG itu adalah pangkat terakhir beliau iaitu Petty Officer Writer General (sama rank dengan Sarjan dalam Tentera Darat). Kalau sekarang Petty Office dikenali dengan Bintara Muda (Sarjan).
En . Sarkawi lahir di Kampung Sungai Bedil Besar, Sarawak (tak dinyatakan dibahagian mana Sarawak)..
Beliau melaporkan diri dengan Pasukan Royal Navy (Malay Section) pada 14 Januari 1941, iaitu satu seksyen terdiri dari anak-anak tempatan dalam tentera Laut British.
Ketika perang dunia kedua meletus, beliau telah berkhidmat di atas Kapal-Kapal HMS VYNER BROOKE, HMS PELANDOK dan kemudian HMS FASTNEST. Beliau telah ditangkap oleh Tentera Jepun di Singapura dan dibawa ke Thailand untuk dijadikan buruh paksa. Beliau telah berjaya melarikan diri namun ditangkap semula dan dipenjarakan di Singapura. Namun nasib beliau agak baik kerana dibebaskan sehinggalah Jepun menyerah kalah.
Pada September 1945 beliau melapor diri semula dengan Malay Navy namun tidak lama kemudian pasukan ini dibubarkan pada tahun 1947.
Apabila Pasukan Malayan Naval Force (MNF) ditubuhkan pada 10 Januari 1949, beliau mendaftar diri dan diserapkan ke cawangan Kerani Am (Writer General) dan diberi nombor rasmi MNF 800001 sehinggalah beliau bersara pada 25 Oktober 1963.
PULAU JERJAK
Tahukah anda bahawa Pulau Jerejak pernah menjadi pengkalan kapal Selam U boat tentera Laut Jerman ketika Perang Dunia kedua....
Ia juga pernah dikenali sebagai 'Alcatraz' Malaysia kerana ia pernah menempatkan tahanan perang dan juga tempat buangan banduan suatu ketika dulu.
Di Pulau ini juga terdapat sebuah Memorial yang dibina oleh Kerajaan Rusia untuk memperingati 2 orang kelasi Tentera Laut Rusia yang terkorban dalam pertempuran yang pernah berlaku di sini antara Rusia dan Jerman pada tahun 1914...ini menunjukkan bahawa Perang Dunia pertama pernah juga berlaku di Malaya


NORTH BORNEO - SUKAN OLIMPIK
Tahukah anda bahawa Sabah sebelum menyertai Malaysia pada 1963 pernah menyertai sukan Olimpik 1956 di Melbourne, Australia dibawah bendera North Borneo.
Pada masa itu North Borneo menghantar 2 orang atlet sahaja untuk sukan Olimpik 1956. Mereka ialah Gabuh bin Piging (Datuk) dan Sium bin Diau (Datuk) dalam acara Lompak Kijang.
Datuk Gabuh meninggal dunia pada 2010 namun tidak diketahui mengenai Datuk Sium. Orang Sabah pasti mengetahuinya....


RINGGIT MALAYSIA
Tahukah anda Malaysia mengeluarkan matawang sendiri pada tahun 1967 iaitu "RINGGIT" tetapi ketika itu menggunakan simbol dollar ($)..... lihat contoh matawang pertama Malaysia yang dikeluarkan pada masa itu... sebelum itu Malaysia menggunakan "Dollar Malaya dan Inggeris Borneo"
Sehingga pada 11 November 1992 Kerajaan mengumumkan simbol baru untuk ringgit iaitu "RINGGIT MALAYSIA" (RM) dan dirasmikan oleh Bank Negara Malaysia pada 1 Disember 1992.
Simbol RM ini adalah dari cadangan Menteri Kewangan ketika itu iaitu Dato' Seri Anwar Ibrahim...


OLAHRAGAWAN & OLAHRAGAWATI PERTAMA
Tahukah anda penerima Olahrawan & Olahragawai Kebangsaan pertama negara kedua-duanya berasal dari Perak...
Mereka ialah Tan Sri Dr. Mani Jegathesan dari Kuala Kangsar, Perak dan Datuk Rajamani Mailvaganam dari Tapah Perak.
Kedua-duanya menerima anugerah Olahragawan & Olahragawati Kebangsaan yang pertama pada tahun 1966.
Tan Sri Dr. M.Jegathesan merupakan atlet pertama Malaysia memenangi pingat dalam 4 sukan Antarabangsa. Pada 1966 beliau diiktirafkan sebagai pelari paling pantas Asia.
Manakala Datuk M.Rajamani pernah membawa gelaran Ratu Trek Asia.
Antara kata-kata Datuk M. Rajamani yang masih diingat ialah ketika temu bual dengan akhbar New Sunday Times pada Julai 2006, “Setiap kali aku melihat bendera Malaysia dinaikkan dan lagu kebangsaan disiarkan, aku menangis. Aku amat berbangga untuk berdiri di atas tetingkat, dengan setiap orang menepuk tangan dan memberikan sorakan. Aku mempunyai satu perasaan yang mesra yang menyebabkan aku hendak memberikan yang terbaik kepada negaraku.”
Begitulah tingginya semangat Atlet Negara kita dahulu...



HUAISHENG MOSQUE, GUANGZHOU, CHINA
Tahukah anda apakah masjid yang pertama dibina di Negara China....
Masjid Huaisheng beralamat di 56 Guangta Road juga dikenali dengan nama Masjid Rumah Api adalah masjid utama di Guangzhou. Ia adalah merupakan masjid yang tertua dan yang pertama dibina di Negara China lebih kurang 1300 tahun.
Dalam catatan sejarah Negara China dan juga Manuskrip lama Muslim di China, dicatatkan bahawa masjid ini dibina pada tahun 627M oleh salah seorang sahabat Rasulullah s.a.w yang bernama Saad bin Abi Waqqas (salah seorang dari 10 sahabat yang dijanjikan syurga). Kebanyakan sejarahwan China mengakui bahawa Orang Islam telah sampai ke China pada abad ke 7 Masehi. Masjid Huaisheng dibina ketika zaman Dinasti Tang.
Masjid ini kemudian dibina semula pada tahun 1350M ketika zaman Dinasti Yuan dan sekali lagi pada 1695M ketika pemerintahan Dinasti Qing setelah musnah dalam kebakaran.
  

NAGA PELANGI II
Tahukah anda kapal layar ini yang bernama Naga Pelangi II milik warga German bernama Christoph Swoboda dibina di Pulau Duyung, Terengganu dengan harga RM4 juta.
Ianya di bina oleh tukang Melayu Terengganu iaitu Ayah Chik Hassan pada tahun 2003.
Sebenarnya inilah kapal layar kedua Christoph Swoboda. Kapal Naga Pelangi I dibina oleh ayah kepada Ayah Chik Hassan iaitu Allahyarham Tuan Ali Hj Ngah pada tahun 1980. Kapal Naga Pelangi I telah belayar mengelilingi dunia....


KAMPUNG 'KIRBY'
Tahukah anda bahawa pernah wujud Malayan Teachers Training College dari tahun 1952 - 1962 di Kirby, Liverpool, England yang telah melahirkan 1,500 guru bertauliah di Malaya ketika itu.
Tempat dimana MTTC berada pernah diberi jolokan "Kampung Kirby"......
Rasanya ramai graduan dari College ini telah pun pergi meninggalkan kita dan kalau ada yang masih hidup pasti meniti usia warga emas....
Namun jasa mereka kepada kita pasti tak akan kita lupa sepanjang hayat kita.....



JAMES BOND DI MALAYSIA?
Tahukah anda bahawa filem James Bond, iaitu watak perisik MI6 dari England adalah hasil nukilan penulis Ian Fleming. Malah Ian Fleming adalah bekas anggota MI6.
Menurut seorang pakar Sejarah Lynette Silver, Ian Fleming mengambil inspirasi watak James Bond daripada rakan seperjuangan beliau bernama Denis Emerson-Ellliott, yang pernah bertugas di Malaya untuk mengintip pergerakan Chin Peng ketika Darurat.... beliau pernah tinggal di rumah Agam di Cameron Highland berhampiran kediaman Chin Peng....
Wow...James Bond pernah tinggal di Malaysia....haha....


POLIS
Tahukah anda negara-negara selain Malaysia yang menggunakan perkataan "POLIS" ialah Brunei, Sweden, Turki dan Azerbaijan...


MELAYU DAY
Tahukah anda di Yala , Selatan Thailand setiap tahun diadakan sambutan "MELAYU DAY" untuk menarik pelancong ke Thailand.


PUTERA TAKAOKA SHINOO
Tahukah anda bahawa di Johor Bahru terdapat sebuah perkuburan anak kepada Maharaja Heijo dari Jepun (754 - 824M).
Putera Maharaja Jepun itu dikatakan ingin menjadi sami Buddha dan beliau memulakan perjalanan dari Jepun ke India untuk mendalami Ilmu Agama Buddha.
Dalam Perjalanan itu beliau dikatakan singgah bertapa di sebuah hutan di Johor dan dikatakan tempat beliau bertapa itu ialah di Kota Gelanggi di Johor Bahru...
Bagaimanapun beliau dikatakan telah mati akibat dibaham seekor Harimau dan dikebumikan disitu... kejadian ini berlaku pada tahun 865M.
Mengikut catatan lama dari rekod China dikatakan sami-sami Buddha yang hendak mendalami ajaran Buddha di India pasti akan singgah disebuah wilayah Kerajaan Srivijaya (Kota Gelanggi) kerana disana terdapat juga pusat pengajian Buddha yang terkenal ketika itu...
Srivijaya (juga disebut Sri Vijaya atau Sriwijaya ) ialah sebuah empayar maritim Melayu purba yang berpusat di Semenanjung Tanah Melayu, Sumatera dan Pulau Jawa yang banyak mempengaruhi Asia Tenggara.
Bukti terawal kewujudannya adalah dari abad ke-7; apabila seorang sami Buddha dari China, I-Tsing, ada menulis tentang lawatannya selama 6 bulan ke Srivijaya pada tahun 671.
Nak tahu lebih lanjut mengenai Srivijaya dan Kota Gelanggi boleh Google ... nak cerita kat sini panjanglah ceritanya....


USS PUEBLO
Tahukah anda di Korea Utara terdapat sebuah kapal tentera Laut Amerika Syarikat bernama USS Pueblo ditawan oleh Korea Utara pada tahun 1968 dan dijadikan tarikan pelancongan.
Kapal tersebut masih dalam senarai kapal yang aktif dan bertauliah dalam Angkatan Laut Amerika Syarikat...


BENAK / TIDAL BORE
Pernah dengar perkataan Benak atau dalam bahasa Inggeris disebut Tidal Bore?
Biasanya kita hanya melihat ombak di lautan...tapi tahukah anda ombak juga berlaku di Sungai dan ianya dikenali sebagai Benak.
Fenomena benak di sungai Batang Lupar Sarawak merupakan salah satu lokasi daripada 56 lokasi benak di seluruh dunia.Benak sungai Batang Lupar bermula di kawasan Pulau Seduku di bahagian hulu Pekan Lingga,kira2 44.6km dari muara dan 34.5 km dari Bandar Sri Aman,Sarawak.
Benak ini dapat mencapai ketinggian sehingga 6 meter atau 18kaki
Fenomena ini berlaku pada setiap bulan mengikut air pasang besar (King Tide), dan akan melintasi tebingan bandar Sri Aman yang menjadi lokasi utama Pesta Benak.
Tiga tempat lain di Sarawak yang mengalami fenomena benak selain Batang Lupar adalah Batang Sadong, Batang Samarahan dan Batang Saribas.
Pesta Benak Sri Aman yang telah pun dimasukkan dalam Kalendar Pelancongan Negeri Sarawak ini sememangnya sudah diketahui ramai sehingga ke luar negara dan secara tidak langsung pesta ini mampu meningkatkan lagi ekonomi penduduk di bandar ini.

ISTANA BUKIT CHANDAN, KUALA KANGSAR, PERAK
Tahukah anda bahawa nama Bukit Chandan, lokasi Istana Rasmi Sultan Perak (Istana Iskandriah) itu berasal dari nama seekor gajah bernama "Kulup Chandan".
Kulup Chandan ialah seekor gajah peliharaan Sutan Perak ke 27 iaitu Sultan Yusuf Sharifuddin Mudzaffar Shah yang memerintah Perak hanya 10 bulan sahaja.
Namun pada 29 Julai 1887 iaitu hari pertabalan Sultan Idris I menjadi sultan Perak yang ke 28, barulah kawasan di sekitar istana rasmi Sultan Perak dikenali dengan nama Bukit Chandan. Ada certia kenapa Sultan Idris I menamakan Bukit Chandan itu sempena nama Gajah Sultan Perak yang ke 27... boleh cari di Google kerana kalau saya nak ceritakan di sini panjang ceritanya.



ETNIK AINU, JEPUN
Tahukah anda bahawa di Jepun terdapat masyarakat Pribumi Jepun di Hokkaido, Kepulauan Kuril dan Sakhalin dikenali sebagai Etnik Ainu.
Etnik Ainu berbeza dengan penduduk Jepun dari segi warna kulit dan juga bahasa.



PULAU BATU HAIRAN
Tahukah anda bahawa sebuah Pulau Batu pernah tiba-tiba muncul di Pulau Banggi, kira-kira 65 km ke timur Laut Kudat, Sabah pada 14 April 1988.
Pulau ini dipanggil oleh Penduduk tempatan yang terkejut apabila melihat tiba-tiba sebuah pulau muncul dan diberi nama Pulau Batu Hairan. Pulau ini bagaimanapun tenggelam semula pada 25 Februari 1990.
Misteri kewujudan dan kehilangan pulau yang dipercayai terhasil dari terumbu karang seluas 0.7 hektar dan berketinggian 3.1 meter itu hingga kini kekal menjadi tanda tanya.


WARNA BULU KUCING
Tahukah anda kucing hanya mempunyai 4 warna asas....
Warna asas bagi seekor kucing ialah putih, hitam, kelabu, oren.
Kucing akan mempunyai satu warna, gabungan 2 warna, dan gabungan 3 warna sahaja. Tidak ada kucing yang ada gabungan 4 warna....
Kucing yang satu warna atau dua warna ni, biasa je, maknanya boleh jadi jantan, boleh jadi betina.
Tapi untuk kucing yang ada gabungan 3 warna ni, 99.97% bahawa kucing tu adalah betina. Maknanya probability nak jumpa kucing jantan 3 warna cuma 0.03%, kalau jumpe pon, 99% kucing jantan tersebut mandul. Jadi jika ada jumpe kucing jantan 3 warna dan boleh buntingkan kucing betina, kucing tu satu dalam beribu.
Jadi kalau nampak kucing ada gabungan 3 warna ... 99.97 % kucing itu adalah betina...
Dan kucing adalah satu-satunya haiwan yang akan menimbus najisnya... tidak ada haiwan lain yang berbuat demikian...
Kenapa?... google dan carilah jawapannya....haha


MC DONALD MALAYSIA
Tahukah anda bahawa McDonald's membuka cawangan pertamanya di Malaysia pada tahun 1982 di Bukit Bintang, Kuala Lumpur dan diuruskan oleh Golden Arches Restaurants Sdn Bhd.
Pada tahun yang sama juga, Burger King membuka cawangannya yang pertama di Plaza OUG Kuala Lumpur.
Namun restoran makanan segera yang paling awal sekali dibuka di Malaysia ialah A&W pada tahun 1961 di Batu Road (Sekarang Jalan Tuanku Abdul Rahman) Kuala Lumpur, diikuti oleh Kentucky Fried Chicken (KFC) pada tahun 1973 di Jalan Tuanku Abdul Rahman, KL.


ROYAL FLEET REVIEW
Tahukah anda bahawa Royal Fleet Review yang pertama di negara kita ialah pada 7 September 1958 di perairan Port Dickson , N.Sembilan.
Antara kapal-kapal yang terlibat ialah HMMS Sri Perlis, HMMS Sri Johor, HMMS Sri Kedah, HMMS Sri Trengganu, HMMS Sri Pahang, HMMS Sri Negri Sembilan, HMMS Sri Perak, HMMS Sri Kelantan, HMMS Sri Selangor dan HMMS Langkasuka....



LOCENG HMS MALAYA
Tahukah anda bahawa Loceng Kapal HMS Malaya, iaitu sebuah kapal tempur Tentera Laut British kelas Queen Elizabeth, loceng tersebut pernah dihadiahkan oleh Kerajaan British kepada Sekolah Victoria Instution, Kuala Lumpur pada 12 September 1948 setelah HMS Malaya ditamatkan perkhidmatannya oleh Tentera Laut DiRaja British.
Loceng tersebut berada di Sekolah Victoria Institution sehingga tahun 2007 apabila ianya diserahkan kepada TLDM atas arahan Sultan Selangor. Loceng itu kini disimpan di KD Sultan Abdul Aziz Shah di Pulau Indah, Klang.
HMS Malaya adalah hadiah dari Kerajaan Negeri Negeri Melayu Bersekutu kepada Kerajaan British. Ia dibina pada tahun 1913 dan ditauliahkan dalam Tentera Laut DiRaja British pada tahun 1916 dan dinamakan HMS Malaya.
Yang uniknya ialah ketika Pertempuran Jutland pada tahun 1921, HMS Malaya adalah satu satunya kapal Perang British yang mengibarkan bendera Negeri-Negeri Melayu Bersekutu.
Yang menyedihkan ialah HMS Malaya jugalah yang membawa Sultan Mehmed VI Sultan terakhir Empayar Turki Uthmaniyyah yang dibuang negara oleh Mustafa Kamal Atarturk ke Malta......
Kini riwayat HMS Malaya sudah pun berakhir......



DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR
Tahukah anda apakah nama DBKL sebelum ini....
1890 - Kuala Lumpur Sanitary Board
1912 - Kuala Lumpur Town Board
1930 - Kuala Lumpur Municipality (Majlis Mesyuarat Perbandaran KL
1958 - Commissioner of Federal Capital (Pesuruhjaya Ibu Kota)
1972 - Hingga kini : Dewan Bandaraya KL (KL City Hall)


Tahukah anda bahawa German dan Rusia pernah berperang di Tanah Melayu?
Kejadian yang berlaku pada 28 Oktober 1914 itu juga dikenali sebagai "Battle of Penang" apabila kapal Cruiser Rusia bernama "Zhemchug" telah ditenggelamkan oleh kapal Cruiser German SS Emden dibawah perintah Leftenan Komander Karl von Muller diperairan Pulau Pinang.
Dalam pertempuran itu telah mengorbankan sebanyak 89 anak kapal dan pegawai Zhemchug, manakala 143 lagi mengalami kecederaan akibat serangan tersebut.
Mereka yang terselamat dalam pertempuran itu telah diselamatkan oleh penduduk Pulau Pinang. Seramai 12 tentera Laut Rusia yang gugur dalam pertempuran tersebut telah disemadikan di Western Road Cemetery, George Town, manakala dua lagi di Pulau Jerejak.
Kubur yang menempatkan dua kelasi Tentera Laut Rusia di Pulau Jerejak telah ditemui pada tahun 2005.


KAMPONG COLDSTREAM, PERAK
Tahukah anda bahawa di Perak terdapat sebuah kampong bernama Kampong Baru Coldstream lebih kurang 15 km dari pekan Bidor, Perak.
Kenapa dinamakan Coldstream?
Coldstream adalah nama sebuah bandar di negara Scotland. Ketika zaman Darurat dulu, banyak kampung-kampung baru diwujudkan oleh Kerajaan British dimana penduduk ini dipindahkan kerana sering di ganggu oleh pengganas Komunis yang meminta bekalan makanan dari mereka.
Salah satu kampung baru itu ialah Kampung Coldstream, dinamakan sempena nama satu unit tentera British yang telah membantu membina perkampungan tersebut iaitu 2nd Battalion The Coldstream Guard yang mana anggota - anggotanya adalah berasal dari Pekan Coldstream, di Scotland (Scotland adalah salah satu dari 4 negara bawah gabungan United Kingdom).
Kerana mengenang jasa anggota The Coldstream Guard ini membantu penduduk tempatan, maka kampung itu dinamakan kampung Baru Coldstream.


ALAMAT LANGKAPURI
Tahukah anda bahawa akhbar dwi-Mingguan Bahasa Melayu dalam tulisan Jawi yang pertama diterbitkan di dunia ialah Akhbar Alamat Langkapuri yang diterbitkan di Colombo, Sri Lanka pada Jun 1869..akhbar ini dicetak dalam proses Litografi.
Baba Ounus Saldin adalah penerbit, editor dan jurulitografi yang mencetak akhbar ini.
Namun akhbar ini tidak bertahan lama , ianya ditutup setahun kemudian disebabkan kekurangan pelanggan....


PROTON SAGA
Kereta Nasional pertama PROTON SAGA mendapat namanya ketika diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia Tun Dr. Mahathir pada tahun 1985.
Tahukah anda siapakah yang memberi idea nama SAGA itu... beliau ialah seorang anggota Tentera dari Markas 2 Divisyen Pulau Pinang iaitu Staff Sarjan Ismail Jaafar. Beliau telah memenangi pertandingan menamakan kereta nasional daripada jumlah 102,823 penyertaan yang diterima oleh Proton.
Namun ramai yang tidak tahu bahawa En. Ismail mendapat nama SAGA itu daripada permainan Scrabble...daripada nama SAGA beliau mendapat idea membentuk 4 perkataan :
S = Safety / Stability (Keselamatan / Kestabilan
A = Achievement (Pencapaian)
G = Greatness (Keagungan)
A = Ability (Kebolehan)
Pelancaran Proton Saga telah dilakukan oleh Y.A.B. Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad pada 1 September 1985.


TAMAN TEMA PERTAMA DI MALAYSIA
Tahukah anda bahawa Taman Tema (Theme Park) yang pertama di Malaysia ialah MIMALAND yang dibuka pada tahun 1971.
Mimaland adalah singkatan "Malaysia in Miniature Land" terletak di Gombak, Selangor.
Taman ini terkenal dan berjaya menarik kehadiran pengunjung tempatan dan luar negara sehingga berlakunya sebuah tragedi berdarah di taman tema itu sehingga ianya terpaksa ditutup pada tahun 1994.
Nama Mimaland sudah lama dilupai malah ada generasi muda sekarang yang tidak pernah mendengar namanya. Nama Mimaland mula terkenal semula apabila ramai yang ingin tahu mengenai “perkara-perkara yang misteri dan luar biasa” yang berlaku di situ. Ramai yang tidak tahu akan kewujudan tempat ini sehinggalah ia dikatakan menjadi antara tempat yang paling menyeramkan atau berhantu di Malaysia.
Walaupun Mimaland tidak lagi ‘hidup’ seperti 24 tahun dahulu taman tema ini walau bagaimanapun masih berjaya menarik kehadiran orang ramai dengan cerita dan sejarahnya yang tersendiri.

NEGERI SEMBILAN
Tahukah anda bahawa Negeri Sembilan adalah satu-satunya negeri di Malaysia yang menggunakan sebutan nombor untuk nama negerinya.
Apakah sebenarnya fakta disebalik nombor 9 itu?
Negeri Sembilan asalnya ada gabungan 9 daerah-daerah kecil yang membentuk nama Negeri Sembilan. Apakah 9 daerah asal Negeri Sembilan itu?
1. Sungai Ujong
2. Rembau
3. Johol
4. Jelebu
5. Naning (kini bawah jajahan Melaka)
6. Kelang (Klang kini bawah jajahan Selangor)
7. Hulu Pahang (kini bawah jajahan Pahang)
8. Inas ( Kini Jelai) - kini bawah jajahan Pahang
9. Segamat (Kini bawah jajahan Johor)


SENOI PRAAQ - THE SILENT KILLER ELITE
Tahukah anda dalam pasukan Polis Di Raja Malaysia terdapat satu unit yang dianggotai oleh Orang Asli yang dikenali dengan nama "SENOI PRAAQ".
Senoi bermaksud "Orang" dan Praaq bermaksud "Perang". Jadi Senoi Praaq adalah orang perang.
Unit ditubuhkan pada tahun 1957 dan kemudian pada tahun 1968 pasukan ini digabungkan dengan Pasukan Polis Hutan (Sekarang Pasukan Gerakan Am).
Ramai yang tidak mengetahui bahawa pasukan ini pernah digelar sebagai "The Silent Killer" oleh pihak Central Intelligence Agency (CIA) Amerika Syarikat dan khidmat mereka pernah digunakan secara rahsia di Laos. Namun apabila US gagal di Laos, mereka telah meninggalkan bumi Laos unit Senoi Praaq ini mereka tinggalkan begitu sahaja dengan harapan mereka akan berkubur di Laos dan rahsia pihak CIA akan terpendam begitu sahaja.... Namun sangkaan mereka meleset apabila anggota Senoi Praaq berjaya kembali ke Malaysia dengan hanya berjalan kaki, kerana ketahanan fizikal dan kebiasaan mereka dengan kehidupan di hutan adalah faktor mereka berjaya sampai kembali ke tanahair.
Kisah ini telah dibukukan dalam sebuah buku bertajuk " Death Waits in the Dark: the Senoi Praaq, Malaysia's Killer Elite."


Hj Zulheimy Maamor
Lembah Keramat
54200 KL
24/2/2024 : 12.41 am



No comments:

Post a Comment