ZULHEIMY MAAMOR

Friday, 23 February 2024

LIVERPOOL NAVAL MEMORIAL

POSTED BY:
HJ ZULHEIMY MAAMOR : 8 NOVEMBER 2020


Tahukah anda bahawa di Liverpool Naval Memorial di Pier Head, Liverpool England terdapat senarai nama-nama 1,400 orang yang terkorban semasa Perang Dunia Kedua dan 40 daripada nama - nama itu adalah Kelasi-kelasi berketurunan Melayu....
Kelasi Melayu ini ketika itu berkhidmat dengan Kapal Dagang yang dimiliki oleh British... namun polisi Kerajaan British ketika Perang Dunia Kedua setiap kelasi yang berkhidmat dengan Kapal Dagang British adalah secara automatik diserapkan ke dalam pasukan tentera laut dan dikenali dengan nama Merchant Navy....
Namun dalam situasi peperangan, kapal dagang yang telah berada di lautan ini terlibat secara langsung dengan operasi di Lautan Pacific sewaktu perang dunia kedua,pasukan ini dinamakan Merchant Navy. Kapal ini tidak membawa sejata berat atau bersifat seperti kapal perang, lalu tugas yang diberi adalah seperti mengesan periuk api dan sebagainya. Atas sifat pertahanannya yang lemah, kapal ini menjadi sasaran mudah musuh, akibatnya banyak kapal yang diserang dan ditenggelamkan oleh pihak musuh.
Antara kapal kapal Merchant Navy yang tewas di laut ketika Perang dunia kedua yang mana didalamnya terdapat kelasi kelasi Melayu ialah:
1. H.M.S Banka ( Tenggelam pada 10 Disember 1941)
2. H.M.S Anking ( Tenggelam pada 4 Mac 1942)
3. H.M.S Fiona ( Tenggelam pada 18April 1941)
4. H.M.S Chakdina ( Tenggelam pada 5 Disember 1941)
5. H.M.S Highflyer (Tenggelam pada 16 Januari 1946)
6. H.M.S Siang Wo ( Tenggelam pada 20 Februari 1942)
7. H.M.S Scott Harley ( Tenggelam pada 25 Februari 1942)
8. H.M.S Relau ( Tenggelam pada 13 Februari 1942)
Sebagai tanda penghargaan, sebuah memorial telah dibina di Liverpool, atau lebih tepat lagi di Mersey River Front, Pier Head. Memorial ini terletak berhampiran dengan Liver Building dan Martime Meuseum. Memorial ini telah dirasmikan pada 30 November 1998 oleh Timbalan Perdana Menteri Britain, John Prescott.

Posted on MyBlog :
23/2/2024 : 7.48 pm

No comments:

Post a Comment